Music

Thursday, 13 April 2017

AS SIRAJUL MUNIR YANG AKU RINDUKAN

Assalamualaikum semua. Dah lama tak update blog. Semoga semuanya baik² saja dan aku mohon doa dari kalian tolong mendoakan kesihatan ayahku dan semoga ayahku kembali sihat seperti biasa. InshaAllah.

Dua tahun yang lalu, aku pernah update blog mengenai As Sirajul Munir di mana kau akan jumpa ketenangan yang selama ini kau cari. Ya itu yang aku lalui dua tahun yang lalu. Bermula dengan menerima mesej daripada Bonda Asni menghantar satu poster berkenaan program qiam selama 2H 1M di sana. Hati terus terdetik untuk pergi. Disitu bermula segalanya. (Boleh rujuk blog yang pernah aku update sebelum ini)

Alhamdulillah, harini Allah izinkan untuk berjumpa dengan Bonda Asni setelah sekian lama tak jumpa. Adalah dalam beberapa bulan. Perasaan rindu nak berjumpa semakin menebal. Ya terlalu rindu. T.kasih Allah! Ah bukan itu yang mahu aku ceritakan. Di dalam pertemuan itu, tiba² bonda berkata "shafelah, nanti bila free. Datanglah as sirajul munir". Itu pesan bonda padaku. Ya sebelum ini, aku pernah menyuara hasrat ingin pergi ke as sirajul munir lagi. Hati mula rindu mahu menjejakkan kaki di sana. Semakin rindu!

Aku sukakan tempat itu. Aku dah jatuh cinta dengan tempat itu. Disitu aku jumpa kedamaian, disitu aku jumpa ketenangan dan pelbagai rasa lagi yang aku sendiri lalui ketika bermalam disana. Sepanjang bermalam disana, aku dilayan dengan baik. Disana aku mula rasa hatiku begitu tenang. Semuanya kerana Allah. (Boleh rujuk blog yang sebelum ini)

Ya Allah! aku rindu tempat itu. Permudahkanlah langkah ini Wahai Allah.

T.kasih bonda kerana memperkenalkan tempat ini kepadaku.

Sekian.

Saturday, 4 February 2017

FRIM: CANOPY WALKWAY WITH KEDAHAN PEOPLE (30.10.2016)

Assalamualaikum! Dah lama tak update blog. Entri kali ni agak unik dan menarik sikitlah. Sebab entri kali berkisahkan aktiviti sihat aku with kedah people. Wahh gitu kauuu! :) Selamat membaca k!

Dalam tempoh kurang 2 minggu kami plan semuanya. Tubuhkan satu group whatsapps untuk event ni sebab senang untuk kami berbincang dan bertukar pandangan. Gitu kau. Haha.. Yang main organizer untuk event ni of course Anis Najwa. Bab² ni memang serahkan kat dia je sebab dia ada potensi untuk jadi organiser event. hihi. Bab bajet pun kami serahkan kat dia. Aku dengan Anis Najwa, kami satu office. So takde hal. Jadi kami buat sesama. Task aku cuma dapatkan quotation daripada pihak FRIM, confirm berapa orang dan sebagainya. Task Najwa plak collect duit daripada depa.

Aktiviti kami of course happening gler babe! Sebabnya semua budak kedah people yang aku kenal semuanya sejenis yang masuk air sama. Jadi aku pun boleh masuk sekali. No touching² bila bergurau tu. Before aktiviti FRIM, aku dah kenal beberapa orang budak kedah people antaranya Putri, Hani and Fauhan. Lepas tu barulah aku kenal dengan Amy and Amzar.

Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar seperti apa yang kami semua rancangkan. Sehari sebelum aktiviti. Kami berlima Najwa, Hani, Putri, Amy dan aku. Kami sesama pergi ke decatlon kat sri dsara, kemudian jalan2 p makan kat kota dsara lepas tu last sekali barulah p tesco mencari barang untuk buat sandwich. Haa nak gtau sandwich ni hasil air tangan dak si Najwa & Hani. Walaupun cuma sandwich tapi sedap gler. Kalau tak sedap, takkan dak Putri leh makan sampai 10 set sandwich tu kan? Opps! haha

Di Frim, kami di guide oleh Pak Din.. Pak Din memainkan peranan yang sangat penting untuk membawa kami menjelajah masuk sampai ke canopy walkway dari mula sehinggalah habis aktiviti.. Estimate hour around 2 hours.. Sambil beraktiviti sambil mentadabbur alam mengenal pelbagai jenis pokok yang tak pernah kita tahu pun sebelum ni. Thanks to Pak Din! Haa nak bagitau kat Frim banyak jugak pacat. Sepanjang aktiviti tu, ada beberapa orang group kami yang kena pacat.. Ada yang menjerit² sebab pacat.. HAHA.. Tapi Fauhan paling banyak kena adalah dalam 6-7 ekor pacat..

Sampai dekat satu kawasan, Pak Din adakan satu aktiviti untuk kami. Pak Din mintak setiap dari kami hulurkan tapak tangan masing² dan biarkan pacat tu ada kat tapak tangan kami. Pak Din saja nak test kami. Kami sahut cabaran Pak Din. Setiap dari kami letak pacat kat tapak tangan kecuali Put. Dia memang tak boleh. Kami paksa suruh letak pun dia takmau. Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan untuk ke Titian plak (jambatan gantung) mungkin bagi orang yang gayat tinggi akan rasa sikit nervous ataupun takut nak lalu titian tinggi tu tapi aku rasa bangga dengan Anis and Hani walaupun depa dua gayat bila berada kat tempat tinggi tapi depa dua tetap cuba berjalan atas tu sampai ke titian terakhir. Biasalah aku kadang memang suka mengusik depa. So aku saja dok kacau Anis, aku dok goyang² kan jambatan tu. Bangga sebab depa tak takut. Well Done guys!

Pelbagai ragam dan perangai kami sepanjang aktiviti kat Frim. Aku pun seronok buat aktiviti dengan kedah people. InshaAllah lepas ni akan ada lagi aktiviti menarik. Oh ya, kos kami untuk aktiviti Canopy Walkway ni cuma RM160+++ dan setiap sorang kami collect RM40 include bfast.

Friday, 14 October 2016

PSORIASIS FIGHTER

KLINIK KJ: JAN 2016

Aku mula beranikan diri untuk membuat pemeriksaan masalah kulit kepala selepas 3 tahun aku menanggung masalah ni. Selepas aku mendapat surat refer ke hospital daripada Klinik Kelana Jaya. Aku terus menelefon Ustazah Asni untuk memberitahu tentang perkara ni. Beliau antara orang yang selalu aku berhubung mengenai hal ni. Moga Allah balas kebaikannya. Dan beliau adalah antara orang yang menyuruh aku untuk membuat pemeriksaan dengan cepat. Supaya penyakit aku ni boleh di diagnose oleh Doktor sendiri. Sehari selepas mendapat surat refer ke hospital. Aku masih tidak yakin untuk membuat pemeriksaan kulit. Mungkin terlalu takut andai aku tak dapat menerima kenyataan.

Sebenarnya, aku tak pernah sangka yang aku akan ada penyakit macam tu. Dulu aku selalu fikir mungkin ni cuma kelemumur biasa dan akan hilang sendiri. Tapi sangkaan aku meleset jauh dari apa yang aku pernah fikirkan. Dulu kawan aku pernah juga nasihat suruh aku buat pemeriksaan Dr tapi aku je yang degil taknak buat. Kawan aku pernah teka, dia kata yang aku ni mungkin penyakit Psoriasis. Tapi waktu tu aku tak pernah amik port apa dia cakap sebab aku anggap ia biasa.

HOSPITAL: JAN 2016

Aku berjalan ke bahagian pakar kulit dalam keadaan fikiran yang masih tak boleh nak tune andai aku disahkan sebagai Psoriasis Fighter. Aku tunjukkan surat refer tu kepada nurse yang bertugas dan aku di daftarkan sebagai pesakit luar. Sementara menunggu no giliran dipanggil. Nurse menyuruh aku untuk masuk ke dalam bilik buat pemeriksaan sebelum Dr panggil. Selepas nurse dah membuat pemeriksaan, aku diminta untuk tunggu di ruang menunggu.

Tiba no giliran aku di panggil. Jantung aku berdegup laju sambil berjalan masuk ke dalam bilik Dr. Selepas selesai pemeriksaan yang lebih terperinci. Dr nasihatkan aku supaya tidak melakukan apa² aktiviti outdoor sebab ia akan bagi effect yang lebih teruk. Antara lagi Dr nasihatkan aku supaya tidak terlalu stress dengan apapun situasi. Selesai semua, Dr bagi aku cream sapu dan ubat makan. Tapi ia tidak menjamin akan sembuh. Sekurang-kurangnya kita usaha.

Tapi alhamdulillah, aku rasa sangat bersyukur sebab aku tidak seteruk orang lain yang mengalami penyakit ni. Aku cuma mengalami penyakit ni di bahagian kepala dan beberapa bahagian lain tapi yang agak teruk cuma di bahagian kepala. Kalau korang nak tahu, sesiapa saja yang menghidap penyakit psoriasis ni pasti mereka akan rasa satu perasaan yang orang lain tak akan rasa. Nak tahu apa? Perasaan terlalu merendah diri dan takut untuk bergaul dengan orang sekeliling. Sebab dia dah kehilangan satu perasaan yang orang panggil "keyakinan diri". Yes! That whats I'm feel! Tulah yang aku rasa bila aku juga salah seorang psoriasis fighter.

Orang yang tidak pernah lalui apa yang kami lalui. Mereka tak akan paham perasaan tu. Yang mereka tahu cuma komen "eee pengotorlah kau ni". Aku sangat pantang bila orang kata ayat macam tu. Kau ingat kami semua ni nak ke jadi macam ni? Nak ke dapat penyakit macam ni? Tak pernah mintak. Tapi Allah tetap bagi sebab apa? Sebab Allah tahu mereka ini kuat untuk hadapi. Dan mereka orang yang terpilih. Kau tahu setiap kali aku tengok keadaan aku. Aku jadi manusia yang paling lemah. Aku hilang keyakinan diri. Sebab penyakit ini. Ketika hati aku belum redha dan kini mungkin dah semakin redha pun. Kadang setiap malam tido bertemankan airmata. Doa selalu mintak Allah sembuhkan. Allah tetap bagi aku kekuatan untuk hadapi. Dia kata sabar.

Bersambung...

Thursday, 23 June 2016

Kawan Kau Kawan Aku, Kawan Aku Kawan Kau

Assalamualaikum.

Okay, rasa macam dah lama tak update blog since bermulanya puasa ni kan. Lately ni seriuslah sangat busy kat office dan rumah. Dan lagi satu penat gler so bila dah penat jalan akhir tido. haha. Busy kat office bukan sebab buat kerja dalam office tapi banyak merayap keluar ke sana sini atas urusan office. Tapi its okay sebab tu tanggungjawab sebagai seorang staff kan. Okay sat, tolong baca sikit title kat atas tu.

Okay begini ceritanya, semalam aku keluar iftar dengan kawan2 fikri. Fikri ni sape? Fikri seorang manusia yang dah lama aku kenal waktu buat kerja partime kat Toys R Us, Tropicana tiga tahun yang lalu. Nothing between us. Kawan je pun. Semalam sebenarnya aku takde nak plan apa2 pun ingat nak dok lepak kat rumah je. Sekali Syafiek kawan si Fikri whatsapp dalam group ajak buka puasa kat luar sambil depa dok cari barang kat area KL.

Aku kenal Syafiek dan Pae (bakal tunang syafiek) masa kiteorang pergi hiking bukit gasing dua bulan lepas. Dari situ terjalin lah sebuah ukhuwah dengan dorang sehingga sekarang. Alhamdulillah. So kawan dia dah jadi kawan aku. Okay berbalik pada cerita iftar semalam, selain syafiek dan pae. Ada jugak kawan dia yang lain. Nama depa Nurin and Shahfaez. Dorang berempat ni kawan2 office dia jgak. So memandangkan aku baru kenal nurin and faez, so aku agak selesa jgaklah macam aku selesa dengan syafiek and pae. Kawan2 dia memasing masuk air. Serius tak tipu! So kawan dia lagi dua orang tu dah jadi kawan aku gak. Cuma aku tak tau macam nak mulakan conversation dulu. Sape kenal aku so dia tahulah aku jenis yang macam mana? haha

Okay tu part dia kenalkan kawan2 dia. Now part aku plak sebenarnya, tak banyak pun aku kenalkan kawan2 aku kat dia kecuali aku kenalkan Dr.Afzan kat dia. Itupun sebab main badminton. Seingat aku takde dah aku kenalkan kawan2 aku kat dia macam dia kenalkan kawan2 dia. Teruk perangai aku ni kan? kahkah. Bagi aku nothing. Aku suka berahsia sebenarnya.

So begitulah ceritanya, Kawan Kau Kawan Aku, Kawan Aku Kawan Kau. Kita hidup kena ada silaturahim sesama manusia biarpun baru kenal sehari. Fikri ni dah kira best friend lah sekarang. Cuma dulu kat tempat kerja kiteorang tak rapat sebab muka dia muka sombong nak mati tahu! haha. Kalau kau baca ni fikri, mohon gelak sendiri. haha

Sekian

Sunday, 12 June 2016

BILA NAK KAHWIN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa korang! Semoga ramadhan tahun ni memberi 1001 rahmat keatas kita dan sama2 berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Moga ramadhan ini sebagai satu langkah untuk kita sama2 meraih redha dan rahmat Allah s.w.t . Selawat dan salam keatas baginda Nabi Muhammad s.a.w .

Dah lama tak menulis dalam blog. Bukan blog saja dah lama aku tak menulis even puisi pun dah lama aku tak berkarya. Okay sekarang nak bersembang pasal topik yang sangat hangat dan hot ketika hari raya nanti. Belum hari raya pun topik tu dah hangat tahuuu. Tapi kita perlu bijak menangani topik tersebut supaya orang tanya kita sekali je. Haha

Okay begini. Lately ramai sangat yang dok bertanya bila nak kahwin, bila nak kahwin? Jawapan simple aku bagi "insyaAllah, doakan". Aku tahu jawapan ni orang tak akan berpuas hati. Haha. Ingatkan selamatlah sikit bila bagi jawapan yang macam tu. Rupanya tidak! Soalan seterusnya, bila nak kahwin? Orang muda nikah awal bagus. Aku jawab betul nikah awal tu bagus tapi empunya diri pun belum ada calon kata aku.

Kau ingat selamatlah bagi jawapan takde calon tu? Haha. Jangan memilih sangat. Eh sape kata memilih. Tapi sometime kita harus memilih sebab kita nak kahwin sekali seumur hidup dan biar sampai hujung nyawa perkahwinan tu. Kau tu pun jangan jenis memilih sangat. Cukup yang jaga 5 waktu okaylah. Yes exactly cukup yang jaga 5 waktu sebab bila terjaga 5 waktu insyaAllah kita akan dijaga dengan baik. Pandai kau berkata eh! Saja berdebat dengan akak2 makcik2.

InsyaAllah, ada jodoh sampai masa kahwinlah. Jangan risau. Ingat selamat bagi jawapan macam tu? Haha. Tak selamat lagi rupanya. Soalan yang seterusnya, pergi panjat gunung sana, panjat bukit sini, jogging merata, main badminton selalu, cycling sana sini tak akan takde yang terlanggar bahu terus sangkut. Aktif sukan tu bagus dah tapi terlebih aktif pun payah jgak nanti takde orang nak. Amboi cik kemain soalan tu yo? Takpe cik. Yakin pada aturan Allah. Dia dah susun cantik perjalanan hidup kita. Bab terlanggar bahu tu belum lagi lah sebab biasa hiking niat nak tengok nature je. Haha

Penatlah acik cakap dengan kau ni. Ada je jawapan yang kau bagi. Takpolah, acik doakan semoga kau dijodohkan dengan encik sempurna. Amboi cik, doa ikhlas atau doa perli? Haha. Cari yang sempurna tu takdolah. Tapi insyaAllah. Okay cik lepas ni jangan tanya soalan cepumas ni lagi.

Allah keep me safe and Allah knows better. The time will come on the right place.

InsyaAllah

Tuesday, 24 May 2016

PPUM: KENANGAN BERSAMA ARWAH NENEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera gais.. Semoga semuanya berada di dalam keadaan baik2 saja juga di dalam jagaan Allah hendaknya.. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan keatas keluarga baginda S.A.W .. Dah lama rasanya aku tak update any entry dalam blog ni.. Entry kali ni nak cerita pasal arwah nenek.. Entah tiba2 rasa rindu sangat dengan arwah. *kesat airmata*

Pagi tadi aku pergi hospital Universiti Malaya (PPUM) untuk check suhu badan sebab demam dah 2 ari so better mencegah dulu daripada merawat. Aku dtg macam biasa amik no then tunggu turn no kena panggil dan kemudian berjalan tunggu plak depan bilik sementara doktor panggil utk check selebihnya. Sementara aku dok menunggu no giliran yang pertama iaitu pendaftaran. Fikiran aku dok melayang sangat jauh. Aku perhatikan setiap sudut ppum ni sebenarnya memberi kesan kepada aku.

Aku duduk diam di bangku biru ppum dan tiba2 mata aku tertumpu pada suatu tubuh yang sedang menunggu no giliran bersama anaknya mungkin. Aku terus teringat arwah nenek. Rinduuu! Aku rindu arwah nenek! Aku rindu nak tengok kebaikan arwah nenek pada staff ppum. Dan aku tak berapa ingat nama doktor bahagian ruka yang pernah merawat nenek setiap kali check up. Doktor akan puji nenek, bagus cucu2 makcik rajin temankan makcik. Macam tulah kata doktor. Waktu aku kecik2 rajin ikut nenek pergi hospital. Sebab nenek rajin belanja cucu2 dia makan. :)

Cuma di akhir2 hayatnya, aku tak dapat selalu temankan nenek utk follow up check up dengan doktor. Aku cuma berpeluang temankan nenek cuma 2 kali selainnya sepupu aku yang lain temankan. Sebab waktu tu, aku dah start study. Jadi aku selalu takde dengan nenek. Walaupun 2 kali cuma dapat teman ketika akhir hayatnya. Ada sesuatu yang aku belajar daripada arwah nenek. Arwah nenek didik aku sesuatu dengan cara dia tanpa memberitahu. 2 kali aku temankan nenek bersama sorang sepupu aku, waktu tu setiap 2 minggu sekali nenek kena datang utk cuci kaki. Setiap kali sebelum nak pergi ppum, mesti nenek akan bawa duit lebih atau buah tangan untuk staff ppum.

Biasanya semua dah selesai. Nenek akan hulur sedikit duit atau buah tangan kat staff ppum yang mana nenek dah kenal atau tak kenal. Nenek akan bagi jugak. Aku belajar daripada arwah nenek "MEMBERILAH KETIKA TIADA MAHUPUN KETIKA ADA". Arwah nenek rajin bersedekah. Itu yang aku perasan. Allah! Baiknya nenek bisik hati aku! Nenek anggap staff ppum macam family sendiri macam anak2 sendiri.

Aku teringat di saat2 genting, 2 minggu sebelum nenek pergi. Arwah nenek di jadualkan utk buat operation kali kedua kali ni operation ibu kaki. Nenek sempat lagi bagi buah tangan pada staff ppum. Bila di operation teater, doktor akan bagi serba sikit penerangan tentang kesan operation selepas itu ini. Nenek dengan nada redha, "doktor, buatlah apa yg patut. Makcik dah redha". Aku dan beberapa orang sepupu makcik dan pakcik sesama tunggu sampai operation habis. Dalam kul 4 pagi operation baru selesai. Arwah nenek keluar drpd bilik operation dlm keadaan sedar sambil tersenyum.

Tapi apakan daya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia. Tiga hari selepas operation, aku dikhabarkan dengan berita yg mengejutkan oleh sepupu aku. Waktu tu bulan ramadhan puasa kedua dan aku baru habis klas. Sepupu kata nenek dah tenat. Allah! Mcm tak percaya. Aku kelam kabut balik ptg tu jgak terus pecut ke PPUM. Doktor kata tiada harapan. Nenek kami dah 50 50. Nenek mengalirkan airmata bila kami cucu2 nya berbisik ketika dia terlantar tenat. Yakin, arwah nenek dengar apa yang kami bicarakan! Keesokan harinya, waktu buka puasa. Dapat fon call nenek dah takde! Nenek dah takde!

Terima kasih nenek sebab dah mengajar kami semua tentang manisnya memberi daripada manisnya menerima. Memberi ketika ada mahupun tiada tetaplah memberi kerana rezki itu harus dikongsi biarpun sedikit. Dan terima kasih utk semua doktor, nurse, staff ppum yang menjaga dan merawat arwah nenek kami.

Semoga Allah balas jasa dan budi baik kalian!

Nenek,
Tenanglah dikau disamping sang pencipta.

Al-Fatihah.
4 tahun berlalu

Saturday, 2 April 2016

PERKAHWINAN: UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan selawat keatas keluarga baginda S.A.W.. Doa aku semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik-baik dan tentunya juga berada di dalam jagaan Allah..

BERKAHWIN IMPIAN SETIAP PASANGAN
Sudah menjadi fitrah manusia yang ada perasaan ingin di cintai dan mencintai pasangan masing-masing dan hidup berumahtangga sudah menjadi satu impian besar bagi setiap pasangan. Namun, tidak semua orang akan memikirkan soal perkahwinan ini secara serius. Di zaman yang serba moden ini, mungkin berkahwin itu sudah menjadi satu "trend" bagi golongan remaja atau muda. Dan aku tidak kata salah jika kahwin muda malah ia amat bagus kerana kita mampu menjauhkan diri daripada terjebaknya zina lalu melahirkan anak yang tidak sah taraf. Tetapi walau bagaimanapun, semuanya kena berbalik semula pada agama dan diri kita juga pasangan.

NIAT BERKAHWIN
Niat itu sangat penting sebenarnya. Dalam hadis juga ada sebut tentang peranan niat. "INNAMAL AL'MALUU BIN NIAT (SETIAP PERKARA PERLU DISERTAI DGN NIAT)". Niat ni penting sebab ianya bersangkut paut dengan kehidupan kita. Jika niat berkahwin kerana Allah dan hanya untuk mencari redha Allah semata, insyaAllah perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kerana Allah dan Rasul pasti akan bahagia walaupun kadang-kadang badai berumahtangga itu tetap ada kerana itu tanda Allah sayang.

JANGAN SUSAHKAN PERKARA YANG MUDAH
Sepatutnya nikah menjadi mudah bagi mereka yang telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan suami dan isteri. Tidak perlu membazirkan duit untuk buat majlis yang grand sehingga diangkat sebagai "WEDDING OF THE YEAR" di kalangan kawan-kawan kita. Jangan jadikan urusan pernikahan itu susah sedangkan ia mudah. Jika kita seorang yang tahu tentang soal agama pastinya akan mudah. Kita semua tahu rukun wajib nikah itu cuma akad, wali, saksi dan pengantin itu sendiri. Jika 4 rukun ini kita paham, insyaAllah semuanya akan jadi mudah.

KEMAMPUAN PENGANTIN
Sudah menjadi satu kewajipan keatas kita untuk membuat sesuatu majlis perkahwinan itu mengikut kemampuan yang kita miliki baik di sebelah pengantin lelaki mahupun perempuan. Dan bukan kerana trend ikut-ikutan pada zaman moden ini. Kalau pengantin lelaki tidak mampu untuk membuat majlis yang meriah dan pengantin perempuan janganlah sesekali cuba memaksa pasangan supaya mengikut kehendak kita. Biarlah majlis itu nampak sederhana asalkan ada barokah di dalamnya.

ILMU BERUMAHTANGGA
Setiap pasangan yang dah bersedia untuk melalui kehidupan berumahtangga. Kita wajib mempelajari ilmu berkaitan dengan alam rumahtangga. Bukan hanya mempelajarinya ketika khusus nikah semata-mata. Ianya tidak mencukupi untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia. Mahukan rumahtangga yang harmoni dan bahagia selalu, kita wajib menjaga solat kita. InsyaAllah, jika solat kita jaga dengan baik. Semuanya juga akan baik-baik.

Alhamdulillah, ini cuma pandangan dari sudut peribadi setiap individu yang ingin mencorak sesuatu untuk kehidupannya. Moga tips ini memberi serba sedikit manfaat.

Sekian,
Bukan Si Wedding Planning