Music

Saturday, 24 March 2012

Spent Time With Them !!

Hello Mr blog sayang.. Sayang apa khabar ya.. Hari ni aku taknak cerita banyak dengan Mr blog tau.. Eh jap sebelum tu aku nak cerita pasal hari ni aku rasa happy sangat tau :) Nak tahu kenapa ? Hah..meh sini dengar cerita aku ni.. Tengahari tadi kan , aku sempat berbalas2 SMS dengan orang yang paling aku rindu sangat selama ni iaitu SM saya.. Apa yang kitaorang message tu biarlah menjadi rahsia aku ok.. Lepas habis berbalas2 SMS then aku mintak permission nak call.. Nasib dia bagi aku call :) Rindu sangat wey kat SM saya.. Akhirnya dapat juga aku dengar suara and berbual pendek dengan dia.. InsyAllah bulan april ni kitaorang jumpa.. Doakan yang baik2 ok Mr blog..

Okay sekarang jom follow cerita yang aku nak berceritakan ni ya.. Tak payah cerita lah kot aku rasa.. Apa kata korang just tengok je gambar2 yang aku upload kat bawah.. Gambar2 ni yang akan menceritakan segala2 nya kat korang :)



 

  
Penat sangat bila melayan kerenah budak2 ni.. Hope korang paham apa yang cuba aku nak sampaikan pada korang ya.. Sorry lah tak dapat story sangat hari ni sebab terlalu letih sejak dua tiga hari ni.. Korang jaga diri ok :)

Wednesday, 21 March 2012

Andai Itu Takdir Yang Tertulis Buat Kita !!

Hey Mr blog sayang.. Eh jap2 sebelum tu nak bagi salam dulu ni.. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua :) Jangan lupa tau jawab balik.. Hah..mesti Mr blog tertanya2 kan kemanakah aku menghilangkan diri untuk ke berapa hari ni kan kan kan ? Aku takda kemana pun sebenarnya.. Cuma busy sikit dengan kerja and sibuk duk memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah.. Masalah apa ? Itu biarlah menjadi rahsia aku ok.. Terima kasih sebab faham saya :)

Erm.. Mr blog sayang tahu tak apa maksud title kat atas tu.. And Mr blog pernah tak dengar ayat ni "setiap pertemuan yang dirancangkan untuk kita , pasti penghujungnya ada perpisahan".. Kalau sayang pernah dengar ayat tu its great for you :) Itulah yang aku cuba untuk sampaikan kepada Mr blog.. Walaupun hati ni berat nak cerita kat kau , tapi aku terpaksa juga.. Mr blog nak tahu tak hari ni jer empat orang punya air mata berguguran.. Kami menangis sebab tak sanggup berpisah dengan seorang kawan yang kami dah anggap macam keluarga sendiri.. Begitu juga dengan dia..
Aku dapat rasakan dia pun sama rasa apa yang kami lalui..

Wey..Kau still belum terlambat lagi bawa medical check up bagi kat miss.. Tak kisahlah kalau kau tak boleh duduk final untuk lima subjek yang kita belajar.. Janji kau amik exam and masuk exam hall dengan kitaorang sume.. Duduk exam hall and jawab soalan sama2.. Aku tak tahu samada aku sanggup ke tak nak berjalan ke exam hall tanpa kau.. Masa semester satu , kita satu rumah berjalan ke kolej and masuk exam hall sesama walaupun berlainan kos.. Lepas atau tidak itu belakang kira janji kau duduk final exam dengan kitaorang.. Aku harap nanti kau balik sini akan bawa berita gembira untuk kitaorang..

Kitaorang sayang kau.. Kitaorang nak kau berjaya and graduate sama2 dengan kitaorang.. Sedihlah macam ni kalau andai kata kau betul2 nak keluar dari sini.. Dah nak hampir setahun kita duduk satu bumbung kan.. Kalau kau takda , kita dah tak boleh nak buat kerja giler yang selalu kita buat bersama.. Lepas ni aku nak makan ice cream TF dengan sape ? Sape nak bagi aku kata2 semangat kalau aku nak hampir2 jatuh.. Final exam nanti , mesti kitaorang rasa sedih sebab kau takda dengan kitaorang..

Lepas ni Killa dah tak boleh nak kena marah dengan kau sebab die suka k***** merata2 tempat.. Killa nak tukar bteri hp dengan sape lagi lepas ni kalau bukan dengan kau.. Bukan tu jer , aku dah tak boleh nak sendawa depan2 kau.. Lepas tu bila aku dah sendawa depan kau , kau mesti marah and cakap "eee..tak senonoh betullah felah ni".. Serius wey kalau betul kau keluar dari sini , mesti kitaorang rindu nak buat aktiviti bersama setiap hari.. Kitaorang sayang kau tau.. Masih belum terlambat lagi untuk kita sama2 duduk final exam :)

Wednesday, 22 February 2012

Rindu Dengan Mereka Bertiga !!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia !! Hey Mr blog sayang.. Sebelum aku nak stori mori dengan kau.. Biar aku cerita serba sedikit tentang aktiviti aku pada hari ni.. Kau percaya tak aku cakap kalau aku kata hari ni kelas DCA semuanya batal and even sepatutnya hari ni ada exam midterm POM pun terpaksa tunda hari jumaat ni.. Hah..mesti kau tak percaya kan ? Tapi itularh realitinya sayang.. Hari ni kelas cos DCA batal sebab hari ni kitaorang ada ceramah pasal PTPTN.. Happy gler kitaorang sebab sehari suntuk ni takda kelas , kalau tak full dengan kelas jer..haha.. Tapi lepas balik dari makan , masing2 sampai hostel.. Bantai tido sampai tak ingat dunia.. Ialah mana taknya , awal pagi lagi dah kena bangun..haha

Okay now baru larh boleh cter pasal cerita seperti title di atas kan , kan , kan.. Hah..jeng..jeng..jeng.. Siapa sebenarnya yang aku rindu sangat ni ?? Kau nak tau tak siapa sebenarnya yang aku rindukan ?? Kalau nak tau , jom ikut aku tengok siapa kat bawah ni.. Jom meh jom..jangan malu2 okay :)

Inilah dia anak buahku yang tersayang!!
Mereka inilah yang aku rindukan sebenarnya.. Takda siapa yang nak rindukan melainkan mereka bertiga.. Rasanya dah 2 bulan aku tak jumpa dengan mereka bertiga.. Ialah , sejak2 aku tak balik PJ.. Dieorang ni selalu datang umah nenek dieorang kat Damansara tu.. Bila cuti sabtu ahad jer , mesti dieorang dah terpancul kat depan pagar.. Terjerit2 bagi salam and memanggil atok and nenek dieorang.. Dieorang ni kalau datang umah nenek dieorang , adalah projek yang dieorang nak buat kat umah tu.. Apa lagi projek dieorang , kalau tak lain tak bukan.. Projek menyepahkan satu rumah.. Itu jelah kerje dieorang bila datang sana.. Kalau kau nak tau , jaga budak tiga orang memang penat sangat sampaikan kadang2 tu boleh kena darah tinggi larh sebab asik menjerit jer..hahaha.. Lagi2 se budak lelaki tu.. Kejap aku upload gambar budak bertuah tu..

Mohd Ashraf Daniel

Hah..budak yang nama Mohd Ashraf Daniel ni adalah anak yang ketiga.. Senang cter , anak yang bongsu.. Die ade banyak nama glamor.. Kadang2 kitaorang panggil die Acap.. Kadang2 Qhaud.. Kadang2 Sarjan and yang paling kelakar bila orang panggil die Baby..haha.. Die ni adalah anak buah aku yang paling nakal sangat.. Bila orang marah die , die bukannya tahu istilah TAKUT tapi malah die ajuk balik cakap kita.. Dengan semua orang di akan tegur , tak kira sesape pun even nyonya kat tepi jalan pun die tegur tapi tegur dengan menyakat orang.. Contohnya , selamba jer die pukul orang kat jalan..haha.. Lagi satu , die tak suka bila orang cakap yang tak hensem.. Kadang2 aku suka sakat si Ashraf ni , aku cakap "eeee....ashraf tak hensem larh mcm pak long..rambut tak pacak pun.. pak long lagi hensem dari ashraf".. Bila aku cakap mcm tu , nanti mula larh die merengek..haha..
Nur Alya Natasha

Gambar yang kedua ni plak namanya Nur Alya Natasha.. Die anak kedua and kakak kepada si Ashraf tadi.. Si Alya , suka berlawa jer 24 hours.. Even nak duk umah pun , nak pakai pakaian yang lawa2.. Tapi die ni rajin sikit.. Bila aku suruh buat itu and ini , die akan buat.. Kadang2 tak payah disuruh pun , die akan kemas apa yang patut.. Selalunya die akan kemas barang mainan yang die dah mainlah.. Ade satu hari tu , ntah apa mimpi die ntah , tiba2 die rajin plak nak sapu umah.. Tak padan dengan kecik , ade hati nak pegang penyapu yang panjang tu kan..haha.. Ni cucu yang rapat dengan atok die.. Ape2 sikit atok tapi bile kena marah dengan atok kesayangan.. Mula larh die menganjuk and lepas tu menangis mengadu kena marah dengan atok.. Asal kena marah jer , mesti die akan cakap mcm ni "adik tak sayang atok..tadi atok marah adik".. Sekejap jer die tak syg lepas tu syg blk..haha
Nur Hidayah

Hah..gambar yg terakhir ni plak nama die Nur Hidayah and akak kpd budak dua orang tadi tu.. Die akak yang bertanggungjawab menjaga adik2 die.. Kalau adik2 die buat salah jer sikit , die tak teragak2 nak pukul adik2 die..haha.. Die ni akak yg sangat garang t'hadap adik2 die.. Tapi dlm hati ade taman tau..haha. Die ni pun rajin gak mengemas cuma kena suruh jer.. Tapi kalau kedegilan die dah sampai , apa orang cakap pun die buat endah tak endah jer..haha.. Kadang2 geram jugak dengan kakak budak2 ni..haha :)

So conclusion nya , tiga beradik ni paling pandai bodek mak cik2 nya.. Nanti mula larh dieorang ajak pergi kedai.. Kalau cakap pergi petang , nanti mula larh dieorang mogok and menangis beriya2..haha.. Kalau kau nak tau , aku suka buat budak2 ni menangis taupun ajak2 ayam pergi kedai.. Tapi selalunya , aku ikut jer kemahuan.. Nak pergi kedai beli ice cream sorang satu , aku ikut jer.. Nak round2 naik moto time ptg2 aku ikut jer.. Biaselah kan budak2.. Yang paling tak tahan time pergi kedai r , mahunya duit aku paling common pun habis RM10.. Setiap sorang belanje jer RM3.. Kalau hari2 mahu kopak duit aku..haha..
Sayang kalian semua !!

Wednesday, 1 February 2012

Voucher Kami Tebus !!!!

Hello Mr blog.. Kau apa khabar ya.. Kau rindu tak kat aku.. Ialah aku kan dah lama tak update cerita aku kat kau kan ? Hah..mesti kau menganjuk dengan aku kan ? Kalau kau nak menganjuk dengan aku pun , ada aku kesah ke..hahaha.. Jahatkan aku :P Sorry sebab dah lama aku tak update blog.. Hal ini kerana aku sibuk sejak akhir2 ini.. bunyinya macam businesswomen je kan.. Businesswomen pun tak sesibuk aku..haha :D Ok Mr blog , hari ni aku nak citer pasal "Takdir Kita".. Mesti kau terkejutkan dengan tajuk tu..hah.. Biarlah rahsia ye.. Jeng..jeng..jeng.. Tunggu...........

Aku pun tak tahu samada cter yang aku cuba nak cterkan kat Mr blog ni adalah cter yang berbunyi sedih atau tak , aku sendiri pun tak tahu.. Pandai2 larh Mr blog menilainya sendiri ok :) Semalam aku dan 4 orang lagi housemates , lepas kelas petang habis kitaorang berjalan2 pergi IOI Mall.. Bukan jalan2 window shopping tau.. Tapi kitaorang jalan2 masuk kedai buku Popular.. Baik tak kitaorang pergi kedai buku cari Ilmu..haha :P Almaklumlah , masing2 dah dapat bauncer RM200 kan.. So excited larh masing2 nak mencari barang..

Kalau Mr blog nak tahu , aku larh student yang paling lambat sekali amik Voucher buku tu.. Housemates aku yang lain , semua dah dapat Voucher minggu lepas.. Aku sorang jelah yang baru amik hari Isnin minggu ni..haha.. Tapi , voucher diaorang tinggal rm50 and rm100 jer.. Cuma aku jelah voucher yang still tinggal rm150 lagi.. Semalam aku guna hanya rm50 jer.. Tak tahu larh nak tebus apa lagi.. Mungkin hari sabtu ni , aku pergi tebus lagi kot.. Tapi tengok keadaan macam mana..

Sesampai jer kitaorang kat Popular , tempat utama yang kitaorang singgah dulu.. Adalah bahagian novel dan buku Islamic.. Diorang berempat sibuk mencari novel dan aku plak duk sibuk mencari buku Islamic yang aku nak sangat.. Tajuk buku tu "Don't Be Sad" jangan bersedih.. First keluaran buku tu keluar , aku tak nak beli sebab tak jumpa.. Tapi Semalam , aku dapat gak beli buku tu walaupun buku tu kecik jer and harga pun murah jer.. Buku tu baru rm9.80.. Murah kan.. So korang kalau nak buku tu , pergilah cari di kedai buku yang berhampiran di rumah korang ok :P

Macam2 yang kitaorang capai tanpa tengok harga pun.. Memang gler r pegi kedai buku semalam.. Dengan ramai orangnya.. Barang yang bersepah2 nya lagi.. Memang menarik minat kitaorang nak mencapai itu dan ini..haha.. Hah..lagi satu kan aku bagitau korang , semalam gak aku dapat beli buku yang macam SM aku bagi time bday aku last year.. Tapi buku yang SM aku bagi tu besar.. Buku yang aku beli tu cuma kecik jer.. Tak besar pun.. Tak kisahlah kecik ke besar , janji buku tu sama jenis :)

Nanti kalau ada masa aku upload buku tu kat dalam blog ni ya.. Sekarang tak sempatlah ank upload.. Kalau Mr blog nak tahu buku tu macam mana , sampai aku sayang sangat dengan buku tu.. Mr blog kenalah tunggu ya sayang :)

Friday, 20 January 2012

Housemates Oh Housemates

Hello Mr blog :) Hari ni aku nak stori mori dengan kau pasal my crazy housemates..haha.. Kenapa aku cakap diaorang crazy housemates ? Sebab diaorang memang crazy housemates pun..hahaha.. Eh bukan2.. Maksud aku diaorang adalah crazy housemates yang aku ada sekarang ni since aku masuk belajar kat kolej ni.. Aku rasa kalau aku tak masuk belajar kat kolej ni , erm mungkin aku tak akan kenal sape diaorang.. Diaorang ni sebenarnya memang gler pun..haha.. Kurang asam kan aku sebab cakap housemates aku semua gler :) Aku still ingat lagi.. First day aku masuk hostel tu , diaorang anggap yang aku ni sombong gler kot.. Ak tak tahu nape diaorang cakap aku sombong ?haha.. Tapi bila dah betul2 kenal antara satu sama lain.. Baru larh diaorang tahu yang aku ni bukannya sombong orangnya..

Genap dua minggu aku kenal Wan Anis , Ayu and Atty.. Kitaorang jadi rapat.. Kebetulan Wan Anis and Atty sama cos DCA dengan aku.. Cuma Ayu jer amik cos DHM.. Perghh..lepas betul2 kenal dengan diorang bertiga , memang betul2 gler kot.. Rupa2 nya yang kitaorang berempat satu kepala kot.. So orang cakap bole masuk sekaki larh..haha.. Tiga orang crazy housemates aku ni memang suka sangat buat keje gler.. Keje gler yang macam mana ? Keje gler diaorang ialah suka buat sesuatu tanpa dirancang..haha.. Sebab apa ? Sebab kalau kitaorang merancang nak buat sesuatu tu , sure punya tak jadi :D So lebih baik tak payah merancang kan ?

Kitaorang kalau nak pergi mana2 even kalau nak pergi kedai runcit pun.. Mesti kitaorang akan pergi berempat.. Ke mana2 jer yang kitaorang nak pergi , mesti berempat punya.. Kalau salah sorang yang takda , rasa macam tak cukup kuota kitaorang..haha.. Nanti mula larh , bila dah berjalan berempat.. Sepanjang perjalanan nanti asyik penuh gelak ketawa kitaorang.. Kadang2 jalan raya tu dah jadi jalan bapak kitaorang dah..haha.. Sebab tu aku cakap yang diaorang ni crazy housemates.. Hah..lagi satu kan aku bagitau kat sini.. antara kitaorang berempat , dua daripada kitaorang kalau makan duduk semeja mesti lebih dari sejam..

Ayu and Wan Anis ni adalah dua orang crazy housemates yang kuat makan sangat.. Kalau budak dua orang ni makan duduk semeja kan , mesti lebih dari sejam punya larh.. Sedangkan aku and Atty dah pun siap makan tapi budak dua orang ni larh yang lama sangat kat meja makan tu.. Selagi lauk2 yang kat meja tu tak habis , selagi tu larh diaorang tak henti2 makan.. Even lepas sejam diaorang benti makan pun , diaorang akan cakap macam ni "wey korang perut aku lapar larh , jom makan".. Hah..ni larh ayat diaorang berdua..haha.. Kalau korang tak percaya aku bole tunjukan bukti.. Korang tunggu sekejap ye aku nak upload gambar diaorang berdua..

 

"ini larh dua orang crazy housemates aku Wan Anis and Ayu yang kuat makan"
 
Cuba korang perhatikan satu persatu apa yang ada kat atas meja yang diaorang tengah makan tu.. Time ni diaorang tengah makan nasi goreng kalau tak silap aku.. Selain nasi goreng yang ada kat meja tu.. Ada jugak air susu chocolate dutch lady , mirinda merah , empat glass air milo panas , dua botol sos cili and macam2 lagi yang ada.. Banyak kan budak diaorang ni makan ?

Thursday, 19 January 2012

Kenangan Tercipta Bersama Mereka

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia wahai Mr blog :) Kalau semalam tajuk blog aku adalah air mata seorang ibu dan hari ni plak aku nak cter satu lagi title yang bertajuk seperti diatas iaitu "Kenangan Tercipta".. Hah..mesti Mr blog tertanya2 kan dengan title diatas.. Sebenarnya takda benda pun dengan title diatas tapi ntah tiba2 hari ni aku teringat satu kenangan waktu aku di sekolah dua tahun yang lepas.. Waktu tu aku di tahun akhir tingkatan 5 di SMK S.A.S.. Sepanjang menjadi student di sekolah Sultan Abdul Samad , banyak kenangan yang aku lalui.. Tapi sorry larh Mr blog , aku bukan nak cter semua kenangan aku sepanjang aku jadi student kat sekolah Samad.. Aku nak cter kenangan aku waktu tingkatan 5 jer ok :)

Ok Mr blog , cternya macam ni.. Mr blog dengar baik2 tau :) Aku masih ingat lagi di bulan Mei 2010 , ada seorang cikgu sains ni nama cikgu tu Miss Annie.. Cikgu ni mengajar aku subjek sains dari aku form 4 lagi.. Dulu aku kat sekolah , aku cuma kelas sastera je tapi amik ekonomi asas.. Aku ni mana pandai sangat macam kawan2 aku yang lain :) Sebelum dua minggu nak cuti sekolah pertengahan tahun , cikgu ni ada bagitahu kelas aku yang beliau tak akan mengajar kitaorang subjek sains lagi lepas cuti ni..

Kitaorang tanya larh kenapa cikgu taknak ajar kitaorang lagi.. Then cikgu cakap yang beliau akan bersara awal dari bidang perguruan selepas lebih 20 tahun mengajar.. And dah semestinya aku rasa sedih sebab cikgu dah bersara kan :) Aku tanya kat beliau , kalau cikgu dah bersara nanti sape nak ajar kitaorang sains ? Cikgu hanya jawab nanti ada seorang cikgu yang akan ajar kitaorang.. Tapi cikgu tak bagitau sape ? Rahsia katanya.. Cikgu cuma cakap I'm sure you will like it that teacher :) Sebelum cuti sekolah , aku dapat jadual kelas baru sebab cikgu tu nak bersara kan so time table kelas bertukar sikit..


Okay.. Selepas dua minggu cuti sekolah , aku follow timetable kelas yang baru.. Kebetulan hari Isnin tu ada kelas sains.. Tiba waktunya kelas sains , aku berjalan ke makmal sains dan berdiri di luar bersama classmates yang lain.. Nak tatu tak apa jadi waktu kitaorang berdiri kat depan makmal tu ? Kitaorang kena marah dengan seorang cikgu sains baru tu sebab kitaorang beratur bersepah2 dan buat bising.. Mula2 aku tak perasan cikgu tu sebab cikgu datang dari arah tangga bawah dari makmal  kelas bawah.. Aku still ingat lagi time tu cikgu tu pakai baju kurung warna hijau.. Tak pasal2 sebelum masuk makmal dah kena marah.. Bunyi macam garang kan ? Mula2 aku tengok cikgu tu pun , aku rasa takut..haha

Dalam kelas cikgu tu memperkenalkan diri beliau sebagai Pn.Sheena.. Cikgu cakap dengan kitaorang I'll replace Miss Annie place and I going to teach all of you in science.. Dalam kelas , beliau suruh memperkenalkan diri masing2.. Masa dalam kelas beliau , banyak syarat yang kitaorang kena follow.. Students lain ada yang merungut dengan syarat beliau..haha.. Tapi aku tak merungut , aku cuma dengar je.. Sebab rasa kecut perut kot..haha.. Dalam fikiran aku fikir garangnya beliau :) Okay selepas beberapa hari aku kenal beliau.. Dalam hati aku cakap wah sporting gler cikgu ni siot..haha.. Aku cuma amik tempoh dalam masa dua minggu jer untuk rapat dengan beliau.. Eh ceh wah..haha :)

Sejak dari tu aku terus kenal dan kenal beliau dengan lebih dekat lagi.. Aku berani cakap antara banyak2 student yang beliau ajar.. Aku yang paling rapat dengan beliau.. Dan cikgu pun sama mengakui yang aku adalah student pertama yang beliau pernah rapat :) Kadang2 kalau aku datang sekolah dan kebetulan ada kelas beliau.. Bila dia tengok aku macam takda mood jer , mesti beliau tanya kenapa ? Senang cter beliau memang caring gler  ar terhadap aku.. Sampaikan beliau pernah cakap yang aku adalah special student for her :) Walaupun sekarang aku dah tak sekolah lagi , tapi we still contact in each other's.. Kadang2 kitaorang keluar bersama bila beliau tak busy :)

Kenangan yang sangat terindah buat aku sebab dapat kenal dengan beliau.. Anugerah Allah yang tak ternilai buatku :) Terima kasih Ya Allah ! Dan bermula dari situ larh semua kenangan tercipta bersama cikgu tersebut.. Sayang sangat kat cikgu tu sama seperti sayangkan Pn.Rositah.. Dua orang cikgu yang menjadi pembakar semangat aku sepanjang menjadi student Samad.. Tapi aku kenal Pn.Rositah dulu berbanding Pn.Sheena.. Aku kenal Pn.Rositah since aku form 2 lagi dan Pn.Sheena semasa aku form 5 sebab cikgu tu start mengajar kat Samad pada tahun akhir aku 2010 :)


Pn.Sheena : Dear , you are special girl to me.. You can do it.. Don't give up in everything you do.. You are a strong girl , someone who will become very great one day !


Pn.Rositah : Shafelah , belajar rajin2.. Kejarlah impian dan cita2 kamu.. Cikgu akan sentiasa mendoakan untuk kamu dan Ayuni..

Ini larh dua orang cikgu yang sangat supporting and open minded :) Aku sangat sayang pada mereka berdua walaupun aku dah berjaya suatu hari nanti.. Walaupun dah belajar di kolej , tapi still mintak pendapat mereka berdua berkaitan dengan pelajaran :) Sayang kalian berdua <3

Saturday, 7 January 2012

Langgar

Hello Mr blog.. How are you.. Hari ni aku taknak merepek sangat dengan Mr blog.. Walau apa pun aku sebenarnya rindu sangat nak merepek dengan you , Mr blog :) Petang tadi aku balik Damansara dengan Mak Lang , nenek and Anis Ayuni itupun sekejap jer.. Aku balik sana sebab nak ambik laptop.. Sebelum balik Damansara , kiteorang pergi Tesco Puchong dulu beli barang sikit.. Lepas tu dalam kul 7 lebih baru gerak pergi Damansara..

Balik Damansara dapatlah jumpa parents and family aku kan.. Ialah minggu ni aku tak balik , aku just stay kat hostel jer.. So tadi balik sana , dapatlah aku makan masakan Ibuku tercinta kan ? Rindu Mr blog nak makan masakan air tangan seorang ibu..hehe :) Lepas kiteorang makan nasi lauk ayam masak lemak cili api and telur masak kicap.. Kiteorang makan plak Durian yang ada kat dapur.. Memang rezeki aku larh kan , balik jer sana dapat makan durian :D Dah lama aku nak makan durian tau tapi tak kesampaian..haha.. Aku makan sikit jer durian tu sebab aku tak berapa minat sangat.. Tapi kalau tempoyak , memang aku makan sampai menjilat jari larh kan..haha :P

Okay lepas dah makan , abang aku yang nombor tiga Shazlin.. Dia balik jer dari masjid lepas isyak , dia suruh aku pergi bank dekat dengan rumah aku tu.. Ok aku pun pergi larh bank naik moto.. Kebetulan plak , masa aku naik keluar tu.. Kawan kawasan rumah aku pun ada sekali.. Dia pun turut pergi ke kawasan yang sama aku pergi.. Dia naik moto dia.. So kiteorang sama2 nak ke seberang.. Sebelum aku nak ke seberang , aku nampak ada satu kereta ni dah bagi signal nak masuk sempang kiri.. So aku pun terus larh ke seberang bila tengok kereta tu bagi signal kiri.. Mr blog nak tahu tak ? Masa aku nak keseberang tu , alih2 kereta tu boleh terus plak walaupun bagi signal kiri.. 

Okay itu citer masa pergi.. Sekarang citer masa nak balik plak.. Citer masa nak balik pun lebih kurang sama macam kat atas juga.. Tapi masa nak balik tadi , aku memang hampir2 kena langgar dengan kereta yang tak berapa nak pergi sekolah sangat tu.. Aku tak tahu larh , dia pergi amik lesen kat mana pun tak tahu.. Bagi signal kiri , tapi boleh terus juga macam kereta tadi.. Masa balik  tu , memang aku betul2 nak kena langgar.. Tapi nasib baik aku sempat break emergency and pandang kereta yang tak sekolah tu.. Nasib aku break tak terus jatuh.. Kalau aku break terus jatuh tadi , aku tak tahu larh apa jadi kat aku..

Memang tadi nasib aku agak malang  sikit bawa moto dua kali hampir2 nak kena langgar dengan kereta.. Aku syukur sangat sebab tak terjadi apa2 kat aku.. Kereta tu memang betul2 mencabar kesabaran aku :) Kalau larh tadi aku betul2 kena langgar then terus tercampak , mahunya aku terus masuk ICU..  Tak balik aku kat hostel ni lagi..haha.. Tapi nasib baik.. Alhamdulillah :P
So the moral value is kepada  kereta2 yang di luar sana , bila dah bagi signal kiri atau kanan terus jer masuk simpang yang nak dimasuk.. Jangan bagi signal kanan atau kiri , tapi terus jalan straight jer.. Mana taknya accident dengan moto..

Terima Kasih Nyawa Saya Selamat :)