Music

Friday, 20 January 2012

Housemates Oh Housemates

Hello Mr blog :) Hari ni aku nak stori mori dengan kau pasal my crazy housemates..haha.. Kenapa aku cakap diaorang crazy housemates ? Sebab diaorang memang crazy housemates pun..hahaha.. Eh bukan2.. Maksud aku diaorang adalah crazy housemates yang aku ada sekarang ni since aku masuk belajar kat kolej ni.. Aku rasa kalau aku tak masuk belajar kat kolej ni , erm mungkin aku tak akan kenal sape diaorang.. Diaorang ni sebenarnya memang gler pun..haha.. Kurang asam kan aku sebab cakap housemates aku semua gler :) Aku still ingat lagi.. First day aku masuk hostel tu , diaorang anggap yang aku ni sombong gler kot.. Ak tak tahu nape diaorang cakap aku sombong ?haha.. Tapi bila dah betul2 kenal antara satu sama lain.. Baru larh diaorang tahu yang aku ni bukannya sombong orangnya..

Genap dua minggu aku kenal Wan Anis , Ayu and Atty.. Kitaorang jadi rapat.. Kebetulan Wan Anis and Atty sama cos DCA dengan aku.. Cuma Ayu jer amik cos DHM.. Perghh..lepas betul2 kenal dengan diorang bertiga , memang betul2 gler kot.. Rupa2 nya yang kitaorang berempat satu kepala kot.. So orang cakap bole masuk sekaki larh..haha.. Tiga orang crazy housemates aku ni memang suka sangat buat keje gler.. Keje gler yang macam mana ? Keje gler diaorang ialah suka buat sesuatu tanpa dirancang..haha.. Sebab apa ? Sebab kalau kitaorang merancang nak buat sesuatu tu , sure punya tak jadi :D So lebih baik tak payah merancang kan ?

Kitaorang kalau nak pergi mana2 even kalau nak pergi kedai runcit pun.. Mesti kitaorang akan pergi berempat.. Ke mana2 jer yang kitaorang nak pergi , mesti berempat punya.. Kalau salah sorang yang takda , rasa macam tak cukup kuota kitaorang..haha.. Nanti mula larh , bila dah berjalan berempat.. Sepanjang perjalanan nanti asyik penuh gelak ketawa kitaorang.. Kadang2 jalan raya tu dah jadi jalan bapak kitaorang dah..haha.. Sebab tu aku cakap yang diaorang ni crazy housemates.. Hah..lagi satu kan aku bagitau kat sini.. antara kitaorang berempat , dua daripada kitaorang kalau makan duduk semeja mesti lebih dari sejam..

Ayu and Wan Anis ni adalah dua orang crazy housemates yang kuat makan sangat.. Kalau budak dua orang ni makan duduk semeja kan , mesti lebih dari sejam punya larh.. Sedangkan aku and Atty dah pun siap makan tapi budak dua orang ni larh yang lama sangat kat meja makan tu.. Selagi lauk2 yang kat meja tu tak habis , selagi tu larh diaorang tak henti2 makan.. Even lepas sejam diaorang benti makan pun , diaorang akan cakap macam ni "wey korang perut aku lapar larh , jom makan".. Hah..ni larh ayat diaorang berdua..haha.. Kalau korang tak percaya aku bole tunjukan bukti.. Korang tunggu sekejap ye aku nak upload gambar diaorang berdua..

 

"ini larh dua orang crazy housemates aku Wan Anis and Ayu yang kuat makan"
 
Cuba korang perhatikan satu persatu apa yang ada kat atas meja yang diaorang tengah makan tu.. Time ni diaorang tengah makan nasi goreng kalau tak silap aku.. Selain nasi goreng yang ada kat meja tu.. Ada jugak air susu chocolate dutch lady , mirinda merah , empat glass air milo panas , dua botol sos cili and macam2 lagi yang ada.. Banyak kan budak diaorang ni makan ?

Thursday, 19 January 2012

Kenangan Tercipta Bersama Mereka

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia wahai Mr blog :) Kalau semalam tajuk blog aku adalah air mata seorang ibu dan hari ni plak aku nak cter satu lagi title yang bertajuk seperti diatas iaitu "Kenangan Tercipta".. Hah..mesti Mr blog tertanya2 kan dengan title diatas.. Sebenarnya takda benda pun dengan title diatas tapi ntah tiba2 hari ni aku teringat satu kenangan waktu aku di sekolah dua tahun yang lepas.. Waktu tu aku di tahun akhir tingkatan 5 di SMK S.A.S.. Sepanjang menjadi student di sekolah Sultan Abdul Samad , banyak kenangan yang aku lalui.. Tapi sorry larh Mr blog , aku bukan nak cter semua kenangan aku sepanjang aku jadi student kat sekolah Samad.. Aku nak cter kenangan aku waktu tingkatan 5 jer ok :)

Ok Mr blog , cternya macam ni.. Mr blog dengar baik2 tau :) Aku masih ingat lagi di bulan Mei 2010 , ada seorang cikgu sains ni nama cikgu tu Miss Annie.. Cikgu ni mengajar aku subjek sains dari aku form 4 lagi.. Dulu aku kat sekolah , aku cuma kelas sastera je tapi amik ekonomi asas.. Aku ni mana pandai sangat macam kawan2 aku yang lain :) Sebelum dua minggu nak cuti sekolah pertengahan tahun , cikgu ni ada bagitahu kelas aku yang beliau tak akan mengajar kitaorang subjek sains lagi lepas cuti ni..

Kitaorang tanya larh kenapa cikgu taknak ajar kitaorang lagi.. Then cikgu cakap yang beliau akan bersara awal dari bidang perguruan selepas lebih 20 tahun mengajar.. And dah semestinya aku rasa sedih sebab cikgu dah bersara kan :) Aku tanya kat beliau , kalau cikgu dah bersara nanti sape nak ajar kitaorang sains ? Cikgu hanya jawab nanti ada seorang cikgu yang akan ajar kitaorang.. Tapi cikgu tak bagitau sape ? Rahsia katanya.. Cikgu cuma cakap I'm sure you will like it that teacher :) Sebelum cuti sekolah , aku dapat jadual kelas baru sebab cikgu tu nak bersara kan so time table kelas bertukar sikit..


Okay.. Selepas dua minggu cuti sekolah , aku follow timetable kelas yang baru.. Kebetulan hari Isnin tu ada kelas sains.. Tiba waktunya kelas sains , aku berjalan ke makmal sains dan berdiri di luar bersama classmates yang lain.. Nak tatu tak apa jadi waktu kitaorang berdiri kat depan makmal tu ? Kitaorang kena marah dengan seorang cikgu sains baru tu sebab kitaorang beratur bersepah2 dan buat bising.. Mula2 aku tak perasan cikgu tu sebab cikgu datang dari arah tangga bawah dari makmal  kelas bawah.. Aku still ingat lagi time tu cikgu tu pakai baju kurung warna hijau.. Tak pasal2 sebelum masuk makmal dah kena marah.. Bunyi macam garang kan ? Mula2 aku tengok cikgu tu pun , aku rasa takut..haha

Dalam kelas cikgu tu memperkenalkan diri beliau sebagai Pn.Sheena.. Cikgu cakap dengan kitaorang I'll replace Miss Annie place and I going to teach all of you in science.. Dalam kelas , beliau suruh memperkenalkan diri masing2.. Masa dalam kelas beliau , banyak syarat yang kitaorang kena follow.. Students lain ada yang merungut dengan syarat beliau..haha.. Tapi aku tak merungut , aku cuma dengar je.. Sebab rasa kecut perut kot..haha.. Dalam fikiran aku fikir garangnya beliau :) Okay selepas beberapa hari aku kenal beliau.. Dalam hati aku cakap wah sporting gler cikgu ni siot..haha.. Aku cuma amik tempoh dalam masa dua minggu jer untuk rapat dengan beliau.. Eh ceh wah..haha :)

Sejak dari tu aku terus kenal dan kenal beliau dengan lebih dekat lagi.. Aku berani cakap antara banyak2 student yang beliau ajar.. Aku yang paling rapat dengan beliau.. Dan cikgu pun sama mengakui yang aku adalah student pertama yang beliau pernah rapat :) Kadang2 kalau aku datang sekolah dan kebetulan ada kelas beliau.. Bila dia tengok aku macam takda mood jer , mesti beliau tanya kenapa ? Senang cter beliau memang caring gler  ar terhadap aku.. Sampaikan beliau pernah cakap yang aku adalah special student for her :) Walaupun sekarang aku dah tak sekolah lagi , tapi we still contact in each other's.. Kadang2 kitaorang keluar bersama bila beliau tak busy :)

Kenangan yang sangat terindah buat aku sebab dapat kenal dengan beliau.. Anugerah Allah yang tak ternilai buatku :) Terima kasih Ya Allah ! Dan bermula dari situ larh semua kenangan tercipta bersama cikgu tersebut.. Sayang sangat kat cikgu tu sama seperti sayangkan Pn.Rositah.. Dua orang cikgu yang menjadi pembakar semangat aku sepanjang menjadi student Samad.. Tapi aku kenal Pn.Rositah dulu berbanding Pn.Sheena.. Aku kenal Pn.Rositah since aku form 2 lagi dan Pn.Sheena semasa aku form 5 sebab cikgu tu start mengajar kat Samad pada tahun akhir aku 2010 :)


Pn.Sheena : Dear , you are special girl to me.. You can do it.. Don't give up in everything you do.. You are a strong girl , someone who will become very great one day !


Pn.Rositah : Shafelah , belajar rajin2.. Kejarlah impian dan cita2 kamu.. Cikgu akan sentiasa mendoakan untuk kamu dan Ayuni..

Ini larh dua orang cikgu yang sangat supporting and open minded :) Aku sangat sayang pada mereka berdua walaupun aku dah berjaya suatu hari nanti.. Walaupun dah belajar di kolej , tapi still mintak pendapat mereka berdua berkaitan dengan pelajaran :) Sayang kalian berdua <3

Saturday, 7 January 2012

Langgar

Hello Mr blog.. How are you.. Hari ni aku taknak merepek sangat dengan Mr blog.. Walau apa pun aku sebenarnya rindu sangat nak merepek dengan you , Mr blog :) Petang tadi aku balik Damansara dengan Mak Lang , nenek and Anis Ayuni itupun sekejap jer.. Aku balik sana sebab nak ambik laptop.. Sebelum balik Damansara , kiteorang pergi Tesco Puchong dulu beli barang sikit.. Lepas tu dalam kul 7 lebih baru gerak pergi Damansara..

Balik Damansara dapatlah jumpa parents and family aku kan.. Ialah minggu ni aku tak balik , aku just stay kat hostel jer.. So tadi balik sana , dapatlah aku makan masakan Ibuku tercinta kan ? Rindu Mr blog nak makan masakan air tangan seorang ibu..hehe :) Lepas kiteorang makan nasi lauk ayam masak lemak cili api and telur masak kicap.. Kiteorang makan plak Durian yang ada kat dapur.. Memang rezeki aku larh kan , balik jer sana dapat makan durian :D Dah lama aku nak makan durian tau tapi tak kesampaian..haha.. Aku makan sikit jer durian tu sebab aku tak berapa minat sangat.. Tapi kalau tempoyak , memang aku makan sampai menjilat jari larh kan..haha :P

Okay lepas dah makan , abang aku yang nombor tiga Shazlin.. Dia balik jer dari masjid lepas isyak , dia suruh aku pergi bank dekat dengan rumah aku tu.. Ok aku pun pergi larh bank naik moto.. Kebetulan plak , masa aku naik keluar tu.. Kawan kawasan rumah aku pun ada sekali.. Dia pun turut pergi ke kawasan yang sama aku pergi.. Dia naik moto dia.. So kiteorang sama2 nak ke seberang.. Sebelum aku nak ke seberang , aku nampak ada satu kereta ni dah bagi signal nak masuk sempang kiri.. So aku pun terus larh ke seberang bila tengok kereta tu bagi signal kiri.. Mr blog nak tahu tak ? Masa aku nak keseberang tu , alih2 kereta tu boleh terus plak walaupun bagi signal kiri.. 

Okay itu citer masa pergi.. Sekarang citer masa nak balik plak.. Citer masa nak balik pun lebih kurang sama macam kat atas juga.. Tapi masa nak balik tadi , aku memang hampir2 kena langgar dengan kereta yang tak berapa nak pergi sekolah sangat tu.. Aku tak tahu larh , dia pergi amik lesen kat mana pun tak tahu.. Bagi signal kiri , tapi boleh terus juga macam kereta tadi.. Masa balik  tu , memang aku betul2 nak kena langgar.. Tapi nasib baik aku sempat break emergency and pandang kereta yang tak sekolah tu.. Nasib aku break tak terus jatuh.. Kalau aku break terus jatuh tadi , aku tak tahu larh apa jadi kat aku..

Memang tadi nasib aku agak malang  sikit bawa moto dua kali hampir2 nak kena langgar dengan kereta.. Aku syukur sangat sebab tak terjadi apa2 kat aku.. Kereta tu memang betul2 mencabar kesabaran aku :) Kalau larh tadi aku betul2 kena langgar then terus tercampak , mahunya aku terus masuk ICU..  Tak balik aku kat hostel ni lagi..haha.. Tapi nasib baik.. Alhamdulillah :P
So the moral value is kepada  kereta2 yang di luar sana , bila dah bagi signal kiri atau kanan terus jer masuk simpang yang nak dimasuk.. Jangan bagi signal kanan atau kiri , tapi terus jalan straight jer.. Mana taknya accident dengan moto..

Terima Kasih Nyawa Saya Selamat :)