Music

Monday, 21 April 2014

Sabarlah Wahai Kalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya.. Kalian semua apa khabar ? Semoga kalian berada di dalam keadaan sihat sentiasa.. InsyaAllah.. Jika di tanya apa khabar dengan saya ? Sudah semestinya saya akan cakap alhamdulillah sihat dan semakin bahagia juga tenang.. Hari ni saya tersangat rasa bahagia atas kegembiraan sepupu saya.. Allah telah memudahkan urusan die setelah beberapa minggu dalam keadaan dilema..

Hari ni saya nak update sedikit information atau nasihat atau sebagai renungan bersama bagi yang belum memiliki pasangan.. Sabarlah andai sehingga sekarang kita belum memiliki pasangan seperti orang lain.. Sabarlah andai ada di antara kita yang ingin berkahwin tetapi masih tidak mempunyai calon.. Setiap manusia itu telah Allah tetapkan jodoh masing2.. Cuma cepat dengan lambat sahaja..



Kadang-kadang kita tak sedar jodoh kita sebenarnya berada sangat dekat dengan kita. Bila kita diberi terlalu banyak pilihan.

Kita buntu.

Namun Allah swt pasti ada jawapannya. Istikharahlah, biarlah Allah swt yang selesaikan soal jodoh untuk kita.

Suatu masa yang tepat seperti mana yang Allah swt telah takdirkan akan datang ketika kita perlukan nanti.

Kalau sekarang cinta manusia buat kita buntu memilih. Semoga Allah swt membawa kita kepada cintaNya dahulu. Semoga DIA membantu kita dalam soal jodoh ini.

Semoga cintaNya akan membawa kita kepada cinta yang dicari yang boleh membuatkan kita makin dekat padaNya.

Tabahkan hati buat sahabat yang sedang menanti cinta..

Dimiliki atau masih bersendiri , kita akan tetap diuji. Damaikan hati, lapangkan perasaan dan luahkan bicara hati pada Ilahi. Moga itu membuatkan kita makin tabah , kuat dan berkeyakinan.

Seterusnya mudah mencapai rahmat Allah swt dan kasih Nabi Muhammad Saw..

Thursday, 17 April 2014

Biar..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya.. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat hendaknya.. Dan moga2 kalian semua sentiasa berada di dalam keadaan bahagia dan membahagiakan.. Biar beribu ujian dan halangan yang sedang kalian hadapi saat ini , janganla kalian mengalah tetapi bangkit dan kuatkan hati supaya kalian mampu mengadapinya.. Menangislah kalau kalian rasa kalian perlu menangis untuk suatu ujian itu.. Sesungguhnya Allah sedang merindui kita hambaNya untuk merintih dan mengadu kepada-Nya.. Sungguh kita tak kuat tetapi kerana Allah kita harus kuat.. Ya ! Kuat demi Allah yang kita cintai ! 

Oh ya , apa khabar plak iman dan akhlakmu ? Semoga iman dan akhlak kita sentiasa terjaga.. Semoga Allah sentiasa membantu kita dalam menjaga iman dan akhlak kita.. InsyaAllah..

Malam ni saya nak update entri yang bertajuk "Biar".. Ya biar.. Terlalu mendalam tajuk biar ini.. Setiap malam cousin saya selalu nyanyikan lagu ini untuk saya melalui whatsapp.. Die nyanyikan lagu Biar dan saya kadang2 nyanyikan lagu yang saya suka.. Antaranya lagu Heliza Helmi "La Tahzan".. Rasa bahagianya hidup.. Eh dahlah.. Jom saya bawa kalian jenguk2 di bawah apa yang ada..


Kau hadir membawa seribu hikmah
Memanah senyuman yang kian pudar
Mengenal erti sebuah persahabatan
Menerima baik buruk seorang teman


Pengubat luka rindu dan kasih sayang
Memberi semangat dan harapan


Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku bukannya niatku
Untuk mencintaimu
Semua ini tiba-tiba


Berikanlah ku peluang
Untuk jadi yang terbaik untukmu
Takkan aku kecundang
Selagi kau bukan milikku


Biar, biar, biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku


Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku
Bukannnya niatku untuk mencintaimu
Semua ini tiba-tiba


Biar, biar, biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku
Biar, biar, biar aku tertunggu
Cinta tulus ikhlas dari hatimu





~ Sekian ~


Tuesday, 15 April 2014

Jodoh Berdua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya.. Apa khabar kalian semua ? Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat hendaknya.. Rasa dah lama tak update cerita dalan blog ni kan ? Dan saya terasa macam rindu plak nak update blog.. Hah mesti kalian rindukan nak tunggu next entry blog ni.. Sorry lah , beberapa minggu ni saya terlampau busy sangat dengan cousin.. Dan malam ni baru dapat pegang laptop.. :D So malam ini saya nak update sikit je cerita.. Luahan perasaan katanya.. Mehlah singgah tengok kat bawah ni..

Dengarkanlah :

"Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita"

Cuba korang teka lagu apa ni ? Kalau betul korang teka , nanti dapat gula2 sorang sebiji.. Hehe..

Thursday, 3 April 2014

Dia Sepupu Saya.. So ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya.. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera.. Semoga kita semua saling bahagia dan membahagiakan.. Insya Allah.. Sementara saya tengah dok menunggu sepupu saya yang sorang ni datang.. Harapnya sempatlah saya update sedikit cerita ringkas.. Kat sini saya nak share sedikit cerita dengan kalian semua.. Ini cuma sekadar cerita saja..

Baru2 ini saya ada terima satu DM di Twitter.. Mungkin DM itu dah lama cuma saya je yang baru terasa nak check DM saya.. Saya taklah berapa kenal sangat orang yang mengirimkan DM tersebut.. Tapi dari apa yang die tulis dalam tu.. Mungkin ada sesuatu yang die ingin sangat tahu.. Soalan2 die mungkin nampak macam bertubi2 sampaikan saya amik sedikit masa untuk reply.. Antara soalan die "kenapa suka sgt update tweet pasal cousin je? korang takde boypren/girlpren ke?" Adoi , soalan apakah ini yang cuba die nak tanya ? Saya confuse.. Saya tidak pasti perempuan atau lelaki  ke yang DM saya.. Sebab saya memang tak follow die.. Mungkin saya ade accept untuk die follow twitter saya.. Twitter saya agak privacy , so susah orang nak stalk saya kalau tak follow..

Berbalik pada soalan tadi , saya cuba bagi jawapan yang sangat bernas dan positive.. Saya jawab "kenapa salah ke sy update pasal sepupu2 sy kat twitter ? Inikan twitter sy so suka hati sy nak update apapun. This is not your problem and one more thing kami ni mungkin tiada teman istimewa dlm hidup seperti orang lain sebab kami percaya Tuhan itu sedang menjaga kami untuk insan terpelihara." Soalan yang kedua plak die cuba bertanya lagi mungkin tanda tak puas hati.. "Tak rasa sunyi ke takde teman istimewa mcm kawan2 lain ada?" Fuhh.. Soalan apakah lagi ini ? Takpe saya cuba jawab lagi.. "kenapa nak rasa sunyi? Allah tu kan sentiasa ada dengan kita.. saya tak rasa sunyi pun sebab Allah izinkan saya dan sepupu2 saya berkumpul." Itulah antara jawapan yang saya cuba berikan.. Berharap die akan berpuas hati dengan jawapan itu..

"Ataupun korang semua menolak cinta?" Lagi soalan yang die dok bertanya.. "Kami bukan menolak cinta , mungkin waktu ini waktu menghabiskan masa bersama kami." Saya semakin tidak larat untuk menjawab setiap soalan yang die cuba bertanyakan.. Jadi , saya biarkan soalan2 yang lain terus membisu tanpa sebarang jawapan.. Kami sepupu memang rapat.. Rapatnya macam belangkas.. Mungkin kami adalah sepupu yang termuda dan belum berkahwin.. Yang pasti kami sepupu yang termuda.. Sebenarnya kami terdiri daripada lima orang tapi kadang2 tak semua sekali lima orang dapat berkumpul bersama.. Tetapi alhamdulillah.. Syukur ada sepupu seperti mereka..

Nak update gambar dorang tapi takde gambar berlima plak.. Hehe.. Tapi takpelah , saya memperkenalkan dorang secara ringkas. Faiz merupakan doktor cinta kami.. Zahid merupakan guru kami dlm hal agama.. Farah merupakan orang yang happy go lucky dan macam tu jugak dengan Rina happy go lucky.. Saling bertukar dan berkongsi cerita bersama.. Sepupu2 yang lain juga ada tapi masing2 dah berumahtangga.. So kami jelah yang bujang dok tinggal.. Hehe :)


Wednesday, 2 April 2014

Istikharah Cinta..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca setia blog saya.. Lama rasanya tak update blog.. Rindunya.. Rindu juga pada kalian semua.. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera.. InsyaAllah.. Dalam kesibukkan , Tidak lupa dalam mendoakan kalian.. Mari kita tengok di bawah apa yang ada :)

Hari ini saya ingin mendendangkan anda semua dengan sebuah lirik lagu yang saya rasa sangat best untuk anda semua dengar.. Sebenarnya sekarang ini mood saya dengan lagu2 je sebab tu saya update lagu "Istikharah Cinta" ini.. Selain itu , sebenarnya lagu ini mengajar kita supaya kita melakukan Solat Istikharah (Petunjuk) saat kita membuat pilihan ataupun menerima seseorang yang sangat penting dalam hidup kita.. Contoh calon2 suami ataupun isteri dan apa2 pun yang kita inginkan kepastian dalam hidup kita.. Tapi kalau cousin saya baca blog ni mesti dorang pelik.. Ialah tertiba je saya update blog "Istikharah Cinta" Ada makna tersurat dan tersirat di sebalik blog ni mungkin.. :D 

Jom Kita Hayatikan Bait2 Demi Bait Lirik ini :-

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta

~ Istikharah Cinta ~