Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan selawat keatas keluarga baginda S.A.W.. Doa aku semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik-baik dan tentunya juga berada di dalam jagaan Allah..
BERKAHWIN IMPIAN SETIAP PASANGAN
Sudah menjadi fitrah manusia yang ada perasaan ingin di cintai dan mencintai pasangan masing-masing dan hidup berumahtangga sudah menjadi satu impian besar bagi setiap pasangan. Namun, tidak semua orang akan memikirkan soal perkahwinan ini secara serius. Di zaman yang serba moden ini, mungkin berkahwin itu sudah menjadi satu "trend" bagi golongan remaja atau muda. Dan aku tidak kata salah jika kahwin muda malah ia amat bagus kerana kita mampu menjauhkan diri daripada terjebaknya zina lalu melahirkan anak yang tidak sah taraf. Tetapi walau bagaimanapun, semuanya kena berbalik semula pada agama dan diri kita juga pasangan.
NIAT BERKAHWIN
Niat itu sangat penting sebenarnya. Dalam hadis juga ada sebut tentang peranan niat. "INNAMAL AL'MALUU BIN NIAT (SETIAP PERKARA PERLU DISERTAI DGN NIAT)". Niat ni penting sebab ianya bersangkut paut dengan kehidupan kita. Jika niat berkahwin kerana Allah dan hanya untuk mencari redha Allah semata, insyaAllah perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kerana Allah dan Rasul pasti akan bahagia walaupun kadang-kadang badai berumahtangga itu tetap ada kerana itu tanda Allah sayang.
JANGAN SUSAHKAN PERKARA YANG MUDAH
Sepatutnya nikah menjadi mudah bagi mereka yang telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan suami dan isteri. Tidak perlu membazirkan duit untuk buat majlis yang grand sehingga diangkat sebagai "WEDDING OF THE YEAR" di kalangan kawan-kawan kita. Jangan jadikan urusan pernikahan itu susah sedangkan ia mudah. Jika kita seorang yang tahu tentang soal agama pastinya akan mudah. Kita semua tahu rukun wajib nikah itu cuma akad, wali, saksi dan pengantin itu sendiri. Jika 4 rukun ini kita paham, insyaAllah semuanya akan jadi mudah.
KEMAMPUAN PENGANTIN
Sudah menjadi satu kewajipan keatas kita untuk membuat sesuatu majlis perkahwinan itu mengikut kemampuan yang kita miliki baik di sebelah pengantin lelaki mahupun perempuan. Dan bukan kerana trend ikut-ikutan pada zaman moden ini. Kalau pengantin lelaki tidak mampu untuk membuat majlis yang meriah dan pengantin perempuan janganlah sesekali cuba memaksa pasangan supaya mengikut kehendak kita. Biarlah majlis itu nampak sederhana asalkan ada barokah di dalamnya.
ILMU BERUMAHTANGGA
Setiap pasangan yang dah bersedia untuk melalui kehidupan berumahtangga. Kita wajib mempelajari ilmu berkaitan dengan alam rumahtangga. Bukan hanya mempelajarinya ketika khusus nikah semata-mata. Ianya tidak mencukupi untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia. Mahukan rumahtangga yang harmoni dan bahagia selalu, kita wajib menjaga solat kita. InsyaAllah, jika solat kita jaga dengan baik. Semuanya juga akan baik-baik.
Alhamdulillah, ini cuma pandangan dari sudut peribadi setiap individu yang ingin mencorak sesuatu untuk kehidupannya. Moga tips ini memberi serba sedikit manfaat.
Sekian,
Bukan Si Wedding Planning