Music

Tuesday, 24 May 2016

PPUM: KENANGAN BERSAMA ARWAH NENEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera gais.. Semoga semuanya berada di dalam keadaan baik2 saja juga di dalam jagaan Allah hendaknya.. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan keatas keluarga baginda S.A.W .. Dah lama rasanya aku tak update any entry dalam blog ni.. Entry kali ni nak cerita pasal arwah nenek.. Entah tiba2 rasa rindu sangat dengan arwah. *kesat airmata*

Pagi tadi aku pergi hospital Universiti Malaya (PPUM) untuk check suhu badan sebab demam dah 2 ari so better mencegah dulu daripada merawat. Aku dtg macam biasa amik no then tunggu turn no kena panggil dan kemudian berjalan tunggu plak depan bilik sementara doktor panggil utk check selebihnya. Sementara aku dok menunggu no giliran yang pertama iaitu pendaftaran. Fikiran aku dok melayang sangat jauh. Aku perhatikan setiap sudut ppum ni sebenarnya memberi kesan kepada aku.

Aku duduk diam di bangku biru ppum dan tiba2 mata aku tertumpu pada suatu tubuh yang sedang menunggu no giliran bersama anaknya mungkin. Aku terus teringat arwah nenek. Rinduuu! Aku rindu arwah nenek! Aku rindu nak tengok kebaikan arwah nenek pada staff ppum. Dan aku tak berapa ingat nama doktor bahagian ruka yang pernah merawat nenek setiap kali check up. Doktor akan puji nenek, bagus cucu2 makcik rajin temankan makcik. Macam tulah kata doktor. Waktu aku kecik2 rajin ikut nenek pergi hospital. Sebab nenek rajin belanja cucu2 dia makan. :)

Cuma di akhir2 hayatnya, aku tak dapat selalu temankan nenek utk follow up check up dengan doktor. Aku cuma berpeluang temankan nenek cuma 2 kali selainnya sepupu aku yang lain temankan. Sebab waktu tu, aku dah start study. Jadi aku selalu takde dengan nenek. Walaupun 2 kali cuma dapat teman ketika akhir hayatnya. Ada sesuatu yang aku belajar daripada arwah nenek. Arwah nenek didik aku sesuatu dengan cara dia tanpa memberitahu. 2 kali aku temankan nenek bersama sorang sepupu aku, waktu tu setiap 2 minggu sekali nenek kena datang utk cuci kaki. Setiap kali sebelum nak pergi ppum, mesti nenek akan bawa duit lebih atau buah tangan untuk staff ppum.

Biasanya semua dah selesai. Nenek akan hulur sedikit duit atau buah tangan kat staff ppum yang mana nenek dah kenal atau tak kenal. Nenek akan bagi jugak. Aku belajar daripada arwah nenek "MEMBERILAH KETIKA TIADA MAHUPUN KETIKA ADA". Arwah nenek rajin bersedekah. Itu yang aku perasan. Allah! Baiknya nenek bisik hati aku! Nenek anggap staff ppum macam family sendiri macam anak2 sendiri.

Aku teringat di saat2 genting, 2 minggu sebelum nenek pergi. Arwah nenek di jadualkan utk buat operation kali kedua kali ni operation ibu kaki. Nenek sempat lagi bagi buah tangan pada staff ppum. Bila di operation teater, doktor akan bagi serba sikit penerangan tentang kesan operation selepas itu ini. Nenek dengan nada redha, "doktor, buatlah apa yg patut. Makcik dah redha". Aku dan beberapa orang sepupu makcik dan pakcik sesama tunggu sampai operation habis. Dalam kul 4 pagi operation baru selesai. Arwah nenek keluar drpd bilik operation dlm keadaan sedar sambil tersenyum.

Tapi apakan daya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia. Tiga hari selepas operation, aku dikhabarkan dengan berita yg mengejutkan oleh sepupu aku. Waktu tu bulan ramadhan puasa kedua dan aku baru habis klas. Sepupu kata nenek dah tenat. Allah! Mcm tak percaya. Aku kelam kabut balik ptg tu jgak terus pecut ke PPUM. Doktor kata tiada harapan. Nenek kami dah 50 50. Nenek mengalirkan airmata bila kami cucu2 nya berbisik ketika dia terlantar tenat. Yakin, arwah nenek dengar apa yang kami bicarakan! Keesokan harinya, waktu buka puasa. Dapat fon call nenek dah takde! Nenek dah takde!

Terima kasih nenek sebab dah mengajar kami semua tentang manisnya memberi daripada manisnya menerima. Memberi ketika ada mahupun tiada tetaplah memberi kerana rezki itu harus dikongsi biarpun sedikit. Dan terima kasih utk semua doktor, nurse, staff ppum yang menjaga dan merawat arwah nenek kami.

Semoga Allah balas jasa dan budi baik kalian!

Nenek,
Tenanglah dikau disamping sang pencipta.

Al-Fatihah.
4 tahun berlalu