Music

Monday, 10 February 2014

Duhai Remaja

Semalam adalah hari aku dan sepupu2 ku keluar berjalan2.. Kami bukan berjalan ke manapun.. Kami saja berjalan pergi ke Bangi dan Kajang.. Di waktu cuti , jika masing2 ada kelapangan masa , pasti kami akan merancang sesuatu.. Walaupun kadangkalanya ada beberapa perancangan kami tidak berjaya.. Ialah kan manusia hanya merancang dengan cita2 tetapi Allah merancang dengan Cinta dan Kasih Sayang-Nya..

Di sebelah petang kami sampai ke rumah abang saudara kami di Kajang.. Saja kami datang melepak di rumahnya untuk bermain2 dengan anak keciknya yang comey tu.. Hehe.. Setelah selesai kami menjamu selera , aku dan beberapa orang sepupu aku , kami duduk melepak di halaman rumah. Sedangkan orang "Tue2" duduk berborak di dalam..

Tengah aku dan sepupu2 aku sedang leka berborak dengan pelbagai topik yang menarik.. Tiba2 sepasang mata ini terpandang pada sekumpulan remaja yang terdirinya daripada lelaki dan juga perempuan.. Bukan aku sorang saja yang memerhatinya tetapi sepupu2 ku turut memerhati sama.. Kami sama2 memerhati pada remaja2 tersebut.. Ialah bayangkan dua orang perempuan dikelilingi oleh empat ke lima orang lelaki kalau tak silap.. Mesranya mereka sampai bergambar2 di kawasan perumahan plak tu.. Astagfirullah alai'zim..

Aku dan sepupu2 aku yang lain masing2 memberi pendapat masing2 mengenai sekumpulan remaja tadi.. Tidak tahu bagaimana nak dilakukan.. Mudah2 an remaja itu sedar akan kelakuan mereka.. Sedang aku leka berbual2 dengan sepupu2 ku.. Ntah kenapa pkiran ini masih jugak memikirkan remaja tadi.. Dalam hatiku berkata betul cakap Ustazah Fatimah Syarha " Mula2 chatting , lepas tu dating , lepas dating , meeting dan lepas meeting , bunting".. Na'uzubillah , Ya Allah , jauhkanlah kami semua perkara yang sebegitu..

Cerita yang serba ringkas ini sekadar untuk peringatan buat diriku sendiri.. Andai ada di antara pembaca blog ini terasa dengan cerita aku ini. Aku terlebih dahulu ingin mohon ampun dan maaf dari diriku yang tidak sempurna ini.. Moga ianya membawa manfaat pada kita semua.. Dan akhir kata buat remaja semua , carilah sesuatu aktiviti yang boleh mendatang manfaat dan kepuasan pada diri kalian. Jangan bazirkan masa dengan berdating dengan orang yang belum pasti menjadi milik kita.. Wallahu'alam..

~ Sekian ~

Saturday, 8 February 2014

Mari Bantu

Assalamualaikum semua.. Semoga kalian semua sihat hendaknya.. Dan semoga kalian semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah sentiasa.. Okay , hari ni kami nak buat sedikit iklan yang tidak berbayar pada ruangan blog ini untuk memperluaskan dan mempromosikan chocolate yang kami cuba iklan di FB.. hehe..

Sebenarnya , kami menjual chocolate ini bukanlah untuk mencari keuntungan semata2 tetapi kami ingin cuba membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti rakyat di Palestine.. Tak kesian ke kita pada keadaan mereka di sana ? Kita di sini dapat makan makanan yang sedap2 , berpakaian yang cantik2 dan sebagainya.. Tetapi mereka di sana menderita ! Berapa ramai rakyat Palestine yang terkorban termasuk kanak2 yang tidak tahu apa2 apa yang mereka sedang berhadapan jugak dibunuh oleh tentera Zionis Israel..

Masihkah kita nak berdiam diri tanpa memberi apa2 pertolongan kepada mereka.. Jadi , dari situ kami memikirkan satu inisiatif dan jalan bagaimana kami dan anda semua boleh membantu mereka ? Dan oleh itu , terpancul satu idea yang di izinkan oleh-Nya untuk kami meneruskan niat kami ni.. Kami mengorak dan mencari langkah dan akhirnya terlahirlah konsep "Membeli Sambil Membantu" dengan membeli chocolate2 yang kami jual ini..

Chocolate ini telahpun mendapat sambutan oleh orang ramai.. Chocolate ini bukanlah khas untuk orang melayu sahaja tetapi terbuka kepada semua bangsa yang ada.. Mari kita sesama bantu mereka di sana dengan membeli Chocolate kami.. Oh ya , jika ada yang berminat selepas tengok sample chocolate di bawah ini.. Bolehlah pm saya di FB.. Jangan segan2 untuk membeli sambil membantu ye..

~ Sekian ~




Tuesday, 4 February 2014

Izinkan Aku

Assalamulaikum semua.. Apa khabar.. Harap semuanya berada di dalam keadaan sihat hendaknya.. Dan semoga kalian semua sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah selalu.. Hari ni saya ingin ajak kalian semua menghayati sedikit puitis ini yang dipetik dari Ustazah Fatimah Syarha.. Sangat mendalam maksudnya..


Allahku,
Izinkan lidahku,
Pertama , menyebut namaMu,
Sebelum mataku terlena ,
Pertama juga mengungkap namaMu ,
Setelahku terjaga semula.

Allahku ,
Izinkan kakiku ,
Berlari menyahut panggilan-Mu ,
Tatkala azan-Mu berkumandang ,
Tetapku merangkak datang ,
Biarpun tikaku kesakitan ,
Kerana aku tidak rela ,
Hidup dalam kerugian.

Duhai Allahku ,
Izinkan bibirku ,
Basah membaca Quran-Mu ,
Biar berulang ,
Isinya segar sepanjang zaman ,
Kerana aku tak rela ,
Hidup dalam kebosanan ,
Bila hati jemu dengan kebenaran.

Duhai Allahku ,
Bantulah aku memiliki ,
Hati yang berperasaan ,
Hati yang merasai ,
Pentingnya
Mengekspresikan cinta ,
Kepada Tuhan.



~ Ustazah Fatimah Syarha ~