Music

Monday, 10 February 2014

Duhai Remaja

Semalam adalah hari aku dan sepupu2 ku keluar berjalan2.. Kami bukan berjalan ke manapun.. Kami saja berjalan pergi ke Bangi dan Kajang.. Di waktu cuti , jika masing2 ada kelapangan masa , pasti kami akan merancang sesuatu.. Walaupun kadangkalanya ada beberapa perancangan kami tidak berjaya.. Ialah kan manusia hanya merancang dengan cita2 tetapi Allah merancang dengan Cinta dan Kasih Sayang-Nya..

Di sebelah petang kami sampai ke rumah abang saudara kami di Kajang.. Saja kami datang melepak di rumahnya untuk bermain2 dengan anak keciknya yang comey tu.. Hehe.. Setelah selesai kami menjamu selera , aku dan beberapa orang sepupu aku , kami duduk melepak di halaman rumah. Sedangkan orang "Tue2" duduk berborak di dalam..

Tengah aku dan sepupu2 aku sedang leka berborak dengan pelbagai topik yang menarik.. Tiba2 sepasang mata ini terpandang pada sekumpulan remaja yang terdirinya daripada lelaki dan juga perempuan.. Bukan aku sorang saja yang memerhatinya tetapi sepupu2 ku turut memerhati sama.. Kami sama2 memerhati pada remaja2 tersebut.. Ialah bayangkan dua orang perempuan dikelilingi oleh empat ke lima orang lelaki kalau tak silap.. Mesranya mereka sampai bergambar2 di kawasan perumahan plak tu.. Astagfirullah alai'zim..

Aku dan sepupu2 aku yang lain masing2 memberi pendapat masing2 mengenai sekumpulan remaja tadi.. Tidak tahu bagaimana nak dilakukan.. Mudah2 an remaja itu sedar akan kelakuan mereka.. Sedang aku leka berbual2 dengan sepupu2 ku.. Ntah kenapa pkiran ini masih jugak memikirkan remaja tadi.. Dalam hatiku berkata betul cakap Ustazah Fatimah Syarha " Mula2 chatting , lepas tu dating , lepas dating , meeting dan lepas meeting , bunting".. Na'uzubillah , Ya Allah , jauhkanlah kami semua perkara yang sebegitu..

Cerita yang serba ringkas ini sekadar untuk peringatan buat diriku sendiri.. Andai ada di antara pembaca blog ini terasa dengan cerita aku ini. Aku terlebih dahulu ingin mohon ampun dan maaf dari diriku yang tidak sempurna ini.. Moga ianya membawa manfaat pada kita semua.. Dan akhir kata buat remaja semua , carilah sesuatu aktiviti yang boleh mendatang manfaat dan kepuasan pada diri kalian. Jangan bazirkan masa dengan berdating dengan orang yang belum pasti menjadi milik kita.. Wallahu'alam..

~ Sekian ~

No comments:

Post a Comment