Music

Tuesday, 11 March 2014

Kapten Zaharie (MH370)..

Buatmu MH370 :-


Kapten Zaharie,
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya..

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia



Monday, 10 March 2014

Dimana Kamu MH370..


Buatmu MH370 :-



Wahai MH370
Siang bertukar menjadi malam,
Malam sudah bertukar menjadi siang,
Beratus-ratus tentera dikerahkan,
peralatan terhebat digunakan,
Tetapi sehingga ke hari ini tiada hasil,
DIMANAKAH KAMU WAHAI MH370..

Wahai MH370
Di sini kami semua menantimu,
Tidak kira bangsa,
Tidak kira pegangan agama,
Mahupon politik,
Kami semua bersatu padu,
bekerjasama,dan saling mendoakan,
Semua nya itu kerana mahukan kamu kembali..

Wahai MH370
Sehebat dan secanggih mana pun kamu,
Sehebat mana pun jurumudi kamu,
JIka ALLAH dah berkata,KUNFAYAKUN( JADILAH,MAKA JADILAH IA),
Tiada benda yang boleh menghalangnya,
Perancangan ALLAH mengatasi segala kehebatan manusia..

Wahai MH370
Muncullah kamu,
Disini kami merindukanmu,
Disini kami menantikanmu,
Tidak kira selamat atau tidak,
Kami semua akan menerimanye dengan redha..

Wahai MH370
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
Sesungguhnya di langit dan dibumi ini milikmu,
Semua ini berlaku kerana kehendakmu,
Kami mohon kasih sayangMU YA ALLAH,
Lindungilah mereka semua YA ALLAH..

Wahai MH370
YA ALLAH YA RABBI,Tunjukkanlah kekuasaanmu dan kehebatanmu,
Agar semua terhenti,Agar semua bisa memahami,
YA ALLAH YA RAHMAN,
Kami merancang Engkau juga merancang,
Kami sudah lakukan yang terbaik mungkin,
Namun Engkau jauh lebih baik dari kami..

Wahai MH370
Disini pelbagai pihak , 
bermacam2 bantuan datang semata-mata untuk mencari mu,
bersekang mata berhari-hari,
berpenat lelah , bertungkus lumus ,
Dan terlalu bnyak air mata yang telah mengalir kerana untuk mencari mu, KEMBALILAH kepada kami..

Wahai MH370
YA ALLAH Hanya ENgkau yang MAHA BERKUASA,
Bantulah kami YA ALLAH,
Jika ia masih diLangit Engkau turunkanlah ia,
Jika ia didasar lautan Engkau timbulkanlah ia,
Jika ia didaratan Engkau buka kanlah mata kami,
Bantu kami YA ALLAH,
Tanpa bantuanMu,kami hilang arah untuk mencarinya,
Bantulah kami YA ALLAH.

Wahai MH370
Kawan-kawanku, dan kepada semua,
Hentikanlah berita-berita yang tidak benar, kerana ia akan lebih menyakitkan dan menyedihkan hati keluarga mangsa..
Seharusnya kita berdoa,berdoa dan terus berdoa,
Hanya itu sahaja yang mampu kita lakukan,
Jangan cepat mengalah dan jangan cepat menyerah..



-Syaza Affens-


Reunion Yang Penuh Barakah..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya.. Doa saya semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam keadaan bahagia dan membahagiakan.. Insya Allah , sesama kita doakan.. Sebelum saya nak update cerita yang terbaru , marilah kita bacakan Surah Al-Fatihah dan berdoa kepada mangsa2 MH370 yang sehingga kini masih tidak dapat dikesan.. Semoga mereka berada di dalam keadaan selamat.. Buat keluarga mangsa2 MH370 , mudah2 anda tabah dalam menghadapi ujian Allah ini..

Jumaat kelmarin , saya dan beberapa kawan yang lain mengadakan reunion persahabatan di Meru selama tiga hari dua malam .. Terima kasih kepada Mama Wan Anis Shafikah sebab berbaik hati untuk kami adakan reunion dan bermalam di rumah makcik.. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan makcik.. Insya Allah.. Tiga hari berada di Meru , Klang.. Pelbagai cerita dan berita yang kami ceritakan bersama.. Almaklumlah , sudah berapa bulan kami tidak bertentang secara lapan mata.. Apabila yang dirancangkan oleh kami menjadi kenyataan dan di izinkan oleh Allah.. Kami terlalu bersyukur dan gembira atas pertemuan ini.. Alhamdulillah..

Hari jumaat malam sampai , saya dan Norshakilla Shaira.. Kami berkumpul di rumah Wan Anis Shafikah.. Malam itu , kami tidak berpeluang lepak di kedai makan kerana hari pun dah tengah malam.. Tak manis anak dara keluar di waktu tengah malam begitu.. Jadi kami sekadar lepak di rumah Shafikah menonton tv sambil berborak.. Dalam hati saya berkata , Ya Allah , terasa begitu lama kami tidak duduk seperti ini berborak2 , bergelak ketawa , bergaduh manja dan semuanya.. Alhamdulillah.. Kami juga sempat berborak2 dengan makcik.. Dan makcik pun begitu teruja dan gembira dengan kedatangan kami ke rumah makcik..Syukur kepada Allah.. Malam itu , kami bertiga tidur jam hampir pukul 5 pagi. Kerana malam itu kami merancang bermacam2 aktiviti untuk hari esok.. Sambil merancang , sambil kami buat treatment kaki dan muka.. Alhamdulillah.

Hari sabtu tengaharinya plak , sebelum kami bertiga keluar untuk berjumpa dengan Shahzuanie Izatty dirumahnya.. Kakak dan mama Shafikah memasakkan kami hidangan yang istimewa iaitu ayam masak coke dan ikan masak asam pedas. *asam pedas Favourite Shakilla* Sabtu petangnya plak , kami bertiga bertandang ke rumah Shahzuanie yang beberapa beratus meter sahaja jaraknya dengan rumah Shafikah.. Kami adakan perjumpaan secara berlapan mata di KFC yang terletak berapa meter dengan rumah Shahzuanie.. Terasa lama tidak keluar berempat seperti hari itu.. *rindu* Bila dah bertentang secara berlapan mata , sudah tentu pelbagai cerita yang menarik , suka duka yang ingin dikongsi bersama.. Malam harinya plak , kami berempat menghadirkan diri di kenduri kahwin *malam berinai* abang Mohd Fitri *kawan shafikah* di sekitar Meru jugak.. Kami berempat cuba memanfaatkan masa yang terhad ini dengan pelbagai aktiviti.. Alhamdulillah..

Hari ahad merupakan hari terakhir kami berkumpul sebegitu.. Tengahari itu , kami bersiap2 mengenakan baju kurung untuk menghadiri majlis persandingan abang Fitri.. Tetapi kami tidak terus pergi ke majlis persandingan itu sebaliknya kami menyinggah ke SACC Mall terlebih dahulu.. *mama shafikah tidak tahu* Hampir sejam lebih kami berada di mall itu.. Mujur makcik bagi pinjamkan kereta untuk kami pergi majlis kahwin abang Fitri.. Tetapi makcik tidak tahu kami pergi SACC Mall dahulu sehinggalah lepas balik dari kenduri kahwin kami berempat bersikap jujur dengan mama Shafikah mengenai kepergian kami ke SACC Mall itu.. Nasib makcik jenis yang sporting orangnya.. hehe.. 

Waktu dan hari semakin mencemburui pertemuan kami berempat.. Jam pun sudah hampir menunjukkan ke arah jam 6 petang.. Salam perpisahan saya , Shakilla hulur dan ucapkan kepada makcik Faridah , Shafikah dan Shahzuanie tanda kami ingin pulang.. Terasa sebak dan sedih yang menggunung bertandang di hati kami semua.. Doa kami semoga kami diberi kesempatan untuk berjumpa seperti ini lagi.. Insya Allah.. Dan tak lupa terima kasih juga kepada makcik Faridah kerana membekalkan ubat untuk saya merawat penyakit di sekitar kepala ini.. Semoga Allah membalas kebaikan makcik.. Insya Allah.. Akhir kata , doa saya semoga persahabatan kami ini terus berkekalan hingga ke Jannah dan dipenuhi dengan cahaya iman serta menguatkan lagi kasih sayang di antara kita.. Insya Allah..


"FriendshipNeverEnd"

Friday, 7 March 2014

Bila Hatimu Pedih.. Jangan Kacau Hati itu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca setia blog saya.. Sebelum saya memulakan cerita yang seterusnya , izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih saya kepada Ustazah Asni Mansor kerana beliau memberi saya keizinan untuk berkongsi karya beliau ini.. Semoga karya beliau ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca semua.. Jika saya membaca karya beliau hampir2 mengeluarkan airmata , apa lagi anda semua :) Hayatilah bait2 rangkap karya beliau ini..


Bila hati mu pedih...
Sakit dan luka yang amat perih...
Jangan dikacau hati itu...
Gantikan dgn tasbih...
Subhanallah wa bi hamdih..
Jangan biar dia pedih....
Kepada Allah kita merintih....
Menuju iman kita bertatih...

Bila hati mu khuatir...
Banyaknya perkara nak difikir..
Jangan kacau hati itu..
Jangan di layan hati yang fakir..
Ayuh..gantikan dgn 3 rakaat witir...
Sebelum tidur dengan bilangan ganjil..
Yg diajar nabi dgn tertil...

Bila hati mu resah...
Semua perkara serba salah..
Apa dipegang jatuh pecah..
Apa dijalan habis diredah...
Jantung berdegup tak tentu arah..
Ayuh..gantikan dgn sedeqah...
Amalan nabi dan ahlussuffah..
Maka keluar apa yg gundah..
Terlerai segala serabut masaalah..
ALLAH dtgkan rasa hikmah..
Harta tak berkurang malah bertambah..
Jangan hairan ini kerja Allah..

Bila hati dilanda badai..
Jangan dikacau hati itu....
Ayuh..jgn dibiarkan badai..
melanda hati yang longlai.....
Akan hancur bak ombak memukul pantai..
Bertebar pasir bersepai-sepai..
Gantikan lah..dengan berqiyamullail.....
Bangun la hati yg pernah longlai...
Penuh rasa mencari damai...
Damai...

Bila hati rasa berputus asa....
Berhenti mengharap segala rasa...
Jangan....dikacau hati itu....
Ayuh gantikanlah dengan berpuasa...
Beribu hikmah beribu kuasa..
Nabi daud.sehari berbuka sehari berpuasa..
Inilah Puasa yang paling Allah suka...
Isnin dan khamis amalan nabi kita..
Menguatkan hati dan jua rasa..
dtg ruh dari yg kuasa..
Memberi kekuatan jasmani dan jiwa..
Menguatkan hati dari putus asa...
Hanya yang cuba baru merasa.
hikmah menahan diri makan dan dahaga.

Bila hati rasa serba salah...
Kanan ke kiri memilih arah..
Yang mana satu keputusan nk diserah..
Adakah benar jiwa sudah pasrah..
Jangan dikacau hati itu...
Gantikanlah dengan beristikhorah...
Tidak rugi mencari petunjuk Allah..
Tidak akan rugi yang beristikharah..
2 rakaat mencari Allah...
Mohon ditunjuk taufiq dan hidayah...
Agar keputusan bkn dari nafsu serakah..
Tapi inayah robbul jalalah...

Bila jasad mu sakit...
Ujian datang berdikit-dikit..
Habis ditabur wang dan ringgit..
Agar segar tubuh yang sakit..
Menelan ubat payau dan pahit..
Mula rasa mengapa aku dan bukan orang lain..
Jangan dikacau hati itu...
Sakit ujian dari tuhanmu...
Meningkat iman senipis kulit bawang..
Dosa kita melambak sedang pahala kita kurang...
Tapi syurga jadi idaman...
Sebab itu Allah bagi sakit...
Biar jiwa faham sihat sementara..
Sakit pun sementara...
Jangan kacau hati dengan sakit mu...
Ucapkan "innalillah...."..jangan jemu...
Indah sabar jadi tetamu...

Bila hati rasa tersasar...
Jasad berdosa kecil dan besar..
Hati berdosa tak tentu rasa..
Mula merasa Allah tak ampun dosa...
Jangan dikacau hati itu..
Rasa berdosa itu perlu...
Tapi jangan sampai hidup tak lalu..
Lupakah pada maghfirah tuhan..
Diberi pada hamba yang memohon keampunan..
Rahmah Allah meluas serata alam

Walau bertahun kita tersasar..
Berdosa dgn yang maha besar..
Jangan kacau hati.itu....
Ayuh.. Gantikan dengan istighfar...
Diampun dosa..oleh robbul ghoffar..
Gantikan dengan sesal...
Ditambah rezeki yang tidak disangkal..
Gantikan dengan istighfar...
Min.robbul qohhar...

Bila hati tidak tenteram...
Cahaya suria pun rasa kelam..
Mata memandang berbalam-balam..
Menyangka siang menjadi malam...
Jangan dikacau hati itu...
Gantikan dengan yang maha salam...
YA SALAM...YA SALAM...
Serulah yang maha sejahtera...
Bahagia..damai..sejahtera..
Adalah miliknya...

Gantikan hati itu...
Dengan menyemai benih kebaikan...
Walau membantu situa melintas jalan...
Walau pokok dahaga diberi siram..

~ Alfaqiroh Ila Allah ~

~ Ustazah Asni Mansor ~

Tuesday, 4 March 2014

Kenapa Aku ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengikut setia blog aku.. Terasa begitu lama aku tidak update apa2 cerita di dalam blog ini.. Mungkin faktor kesibukan yang melampau menyebabkan tiada masa aku nak update blog.. Insya Allah di masa2 akan datang aku akan cuba mencuri sedikit masa untuk update dari masa ke semasa.. Moga Allah bantu.. Mohon juga doa kalian semua :)

"Kenapa Aku ?" Sering menjadi tanda tanya pada diri kita sendiri kan ? Mesti kalian semua pernah mendengar kawan2 , adik beradik atau sesiapa saja akan meluahkan rasa seperti itu.. Kenapa Aku ? Contoh ayat yang acapkali kita dengar "kenapa aku yang Allah uji ?" "kenapa aku yang kena semua ni ?" kenapa aku kena hadapi semua ni ?" "kenapa aku aku aku , aku bukannya kuat untuk hadapi semua ini". Aaa hah.. Pasti kita semua pernah dengarkan keluhan dari sahabat atau sesiapa jua yang bergelar manusia.. 

Seandainya itu berlaku pada diri kalian , pujuklah hati dengan berkata Allah beri ujian pada kita sebab Allah tahu kita mampu hadapi.. Sebab kita adalah insan2 yang terpilih oleh Allah untuk menerima ujian daripada-Nya dan sebab Allah sayangkan kita , Dia beri kita ujian.. Dan selalu lah ingat bahawa Allah tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu yang tidak bersesuai dengan kemampuan kita.. Juga setiap ujian yang Allah berikan pada kita tersimpan banyak hikmah yang kita sendiri tidak tahu.. Jadi bersyukurlah dengan ujian2 yang Allah berikan kepada kita..

Antara hikmah Allah menguji kita ialah sebab Allah mahu lihat keimanan kita saat di uji.. Allah mahu kita mengadu segala yang terbuku di hati kepada Dia.. Allah mahu kita belajar erti sabar dan redha.. Sebagai penghapus dosa2 kita.. Bertujuan memperolehi pahala dan memartabatkan kedudukan manusia di sisi Allah.. Mengingatkan manusia tentang nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah.. Allah mahu kita belajar daripada kesilapan lalu.. Allah mahu kita mohon ampun dan bertaubat.. Dan banyak lagi hikmah yang ada disebalik ujian yang Allah berikan kepada kita..

Buat pembaca blog yang di rahmati Allah , seandainya kita di uji dengan ujian yang berat.. Marilah kita berbalik kepada Allah.. Mungkin ujian yang diberikan ini sebagai peringatan Allah kepada kita.. Insya Allah , mari kita cuba bermuhasabahkan diri bersama.. Dan mohon ampun dan maaf jika blog aku ini ada kekurangan dan kurang jelas perjelasannya.. Serta jika terdapat kesalahan di dalam blog aku ini mohon tegur dan perbetulkan.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri aku sendiri..

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang"

~ Wallahu'alam ~