Music

Tuesday, 4 March 2014

Kenapa Aku ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pengikut setia blog aku.. Terasa begitu lama aku tidak update apa2 cerita di dalam blog ini.. Mungkin faktor kesibukan yang melampau menyebabkan tiada masa aku nak update blog.. Insya Allah di masa2 akan datang aku akan cuba mencuri sedikit masa untuk update dari masa ke semasa.. Moga Allah bantu.. Mohon juga doa kalian semua :)

"Kenapa Aku ?" Sering menjadi tanda tanya pada diri kita sendiri kan ? Mesti kalian semua pernah mendengar kawan2 , adik beradik atau sesiapa saja akan meluahkan rasa seperti itu.. Kenapa Aku ? Contoh ayat yang acapkali kita dengar "kenapa aku yang Allah uji ?" "kenapa aku yang kena semua ni ?" kenapa aku kena hadapi semua ni ?" "kenapa aku aku aku , aku bukannya kuat untuk hadapi semua ini". Aaa hah.. Pasti kita semua pernah dengarkan keluhan dari sahabat atau sesiapa jua yang bergelar manusia.. 

Seandainya itu berlaku pada diri kalian , pujuklah hati dengan berkata Allah beri ujian pada kita sebab Allah tahu kita mampu hadapi.. Sebab kita adalah insan2 yang terpilih oleh Allah untuk menerima ujian daripada-Nya dan sebab Allah sayangkan kita , Dia beri kita ujian.. Dan selalu lah ingat bahawa Allah tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu yang tidak bersesuai dengan kemampuan kita.. Juga setiap ujian yang Allah berikan pada kita tersimpan banyak hikmah yang kita sendiri tidak tahu.. Jadi bersyukurlah dengan ujian2 yang Allah berikan kepada kita..

Antara hikmah Allah menguji kita ialah sebab Allah mahu lihat keimanan kita saat di uji.. Allah mahu kita mengadu segala yang terbuku di hati kepada Dia.. Allah mahu kita belajar erti sabar dan redha.. Sebagai penghapus dosa2 kita.. Bertujuan memperolehi pahala dan memartabatkan kedudukan manusia di sisi Allah.. Mengingatkan manusia tentang nikmat kesihatan yang diberikan oleh Allah.. Allah mahu kita belajar daripada kesilapan lalu.. Allah mahu kita mohon ampun dan bertaubat.. Dan banyak lagi hikmah yang ada disebalik ujian yang Allah berikan kepada kita..

Buat pembaca blog yang di rahmati Allah , seandainya kita di uji dengan ujian yang berat.. Marilah kita berbalik kepada Allah.. Mungkin ujian yang diberikan ini sebagai peringatan Allah kepada kita.. Insya Allah , mari kita cuba bermuhasabahkan diri bersama.. Dan mohon ampun dan maaf jika blog aku ini ada kekurangan dan kurang jelas perjelasannya.. Serta jika terdapat kesalahan di dalam blog aku ini mohon tegur dan perbetulkan.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri aku sendiri..

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang"

~ Wallahu'alam ~

No comments:

Post a Comment