Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya. Kalian semua apa khabar? Moga2 kalian semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan baik2 saja. Dan semoga kalian semua saling bahagia dan membahagiakan. Oh ya apa khabar plak dengan iman dan hati kita? Moga2 setiap hari iman kita makin meningkat dan hati kita plak sentiasa terjaga. Jika kita rasa iman kita makin menurun, mohon pada Allah mintak diberikan kekuatan dan ketingkatan iman di hati kita. InsyaAllah. Dalam kita bergembira dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Jangan kita lupa kepada saudara kita yang sedang diuji oleh Allah. Jangan kita lupa pada saudara kita di Palestin,Mesir,Syria,Rohingnya dan serata dunia. Jangan lupa mendoakan mereka ye.
Beberapa hari lepas, saya keluar berdating dengan akak sepupu saya. Kami berjalan2 sambil menemankan kakak shopping. Sepanjang kami di dalam shopping mall. Pelbagai ragam manusia yang saya lihat. Ada si perempuan yang cantik bertudung litup tetapi sayangnya dia merokok. Ada si lelaki yang mukanya nampak baik tetapi sayangnya berani menyentuh perempuan. Dan si perempuan plak bagaikan merelakan dirinya diperlakukan seperti itu. Astagfirullah. Ada jgak si sales man yang cuba ingin mengorat2 kakak saya. Tetapi mujur kami terus melangkah laju malah tidak memandang sedikitpun muka si sales man tadi. Alhamdulillah Allah selamatkan kami.
Saya pelik. Saya hairan. Saya keliru. Kenapa setiap yang bercouple tanpa ikatan ini boleh merelakan diri masing2 disentuh oleh bukan muhrim. Padahal mereka tahu bahawa berpegang pegangan ini berdosa. Malah daripada berpegang tangan ini boleh melarat ke merata tempat. Tak sedar ke mereka tentang hal itu? Bagi mereka yang tahu menjaga diri itu mungkin risikonya tidak tinggi. Malah 100% pasangan yang bercouple ini. Mungkin 10% pasangan yang akan bernikah. SubhanaAllah. Jika sebelum bernikah segala2nya kita dah rasa semasa bercouple nanti setelah bernikah apa yang tinggal?
Hal inilah yang kadang2 buat saya takut. Takut untuk ada pasangan sebelum bernikah walaupun hati kecil ini kadang2 meronta2 inginkan teman seperti orang lain. Tetapi bila saya ingat kembali apa yang saya dengar dan apa yang saya lihat. Hati kecil tadi cepat2 mengingatkan diri. Mahu merelakan diri bercouple sebelum bernikah atau merelakan diri bercinta selepas bernikah? Lagipun saya masih punya Allah. MasyaAllah. Walaupun saya belum berkahwin tapi saya dapat rasakan bahawa kehidupan bercinta selepas nikah ini adalah satu pengalaman yang sangat sweet. Ya ramai di antara kita yang lebih suka berpacaran dahulu kemudian baru mengambil keputusan untuk berkahwin. Sebab itu dalam Islam mengalakkan kita adakan adat merisik. Tetapi jangan plak kita salah ertikan. Merisik bukan bonus untuk kita berbuat sesuka hati. Tetapi merisik adalah proses untuk kita kenal pasangan kita. Kenal yang bagaimana? Akan saya update di next entri saya. InsyaAllah.
Sejujurnya saya kesian. Kesian tengok kawan2 yang ada pasangan ini. Bukan sebab saya cemburu tiada pasangan. Tetapi sebab saya tidak tahu apakah kesudahan hubungan mereka? Adakah hubungan mereka akan berakhir dengan air mata kesakitan kekecewaan? Air mata bahagia kerana sudah sah menjadi milik pasangan? Saya ingin sekali menegur kamu2 di luar sana. Andai mahukan si dia sebagai peneman hidup kamu. Muliakanlah walinya. Mintaklah kepada si pemegang hati iaitu Allah. Dan ingat setiap yang ingin bercinta atau bercouple ini mestilah ada niat untuk berkahwin. Di dalam Al-Quran surah Al-Isra ayat 32 ada menyebut "WALA TAQRABOO ALZZINA INNAHU KANA FAHISNATAN WASAA SABEELAN" Maksudnya "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Dan di akhir entri saya ini, ingin sekali saya berpesan kepada diri sendiri jugak sahabat2 yang baik di luar sana. Kalau boleh bila nak keluar berdating tu biarlah bawa orang ketiga iaitu adik beradik ataupun saudara mara. Sebab bila kita berdating berdua duaan pasti akan ada yang ketiga iaitu syaitan. Semasa saya sekolah dulu ustazah saya selalu pesan macam ini kepada saya. Maafkan saya jika entri saya ini ada menyinggung mana2 hati. Saya update dengan niat ingin menyampai dakwah menerusi tulisan di blog. Semoga Allah teruskan memberikan saya kekuatan untuk menyebarkan dakwah. InsyaAllah. Doakan saya ye sahabat.. Sekian..
No comments:
Post a Comment