Music

Saturday, 25 October 2014

Ayah, Hijrahlah..

"Ayah, jomlah hijrah.. Ayah, hijrahlah.. Aku merayu pada ayah, hijrahlah.. Ayah tidak mahu kita bersatu di syurga Allah ke? Ayah tidak sayangkan anak ayah? Ayah, aku mahu melihat kau berubah. Aku sangat mahu melihat ayah berhijrah. Ayah, sempena maal hijrah ini. Aku tidak mahu meminta apa2 daripada ayah kecuali satu permintaan anak ayah ini. Aku mahu melihat ayah hijrah. Aku sayangkan ayah. Aku mahu berjumpa dengan ayah di syurga Allah."

"Ayah, hijrahlah.. Jujur ayah, selama aku menjadi anakmu. Aku belum pernah melihat ayah duduk bersujud di tikar sejadah. Aku tidak pernah melihat ayah pergi ke masjid untuk solat jumaat seperti ayah2 orang lain.. Setiap kali solat jumaat, ayah cuma duduk di hadapan tv.. Kenapa ayah? Telinga anakmu ini tidak pernah mendengar ayah memanggil anakmu untuk solat berjemaah.. Aku tidak pernah solat berimamkan ayah sendiri.. Hati aku teringin.. Jujur, sangat teringin ayah menjadi imam di setiap solat wajib.. Walaupun sehari cuma dua kali.. Sudah cukup buat aku.."

"Ayah, hijrahlah. Setiap kali masuknya bulan ramadhan. Aku tidak pernah sekalipun melihat ayah berpuasa.. Tidak pernah sekalipun.. Tidak.. Aku hairan dan aku tertanya2 kenapa ayah tidak berpuasa? Ayah tidak pernah berbuka puasa bersama.. Terawih apa entah lagi.. Ayah tidak pergi.. Sedangkan ayah tidak ada apa2 kemudharatan untuk tidak berpuasa. Kenapa ayah? Soalan yang selalu bermain di fikiran aku.. Jangan cakap anakmu ini tidak pernah menegur ayah.. Banyak kali ayah.. Tapi jawapan ayah cuma "jangan kau sibuk pasal ayah"..

"Ayah, hijrahlah.. Jujur ayah, aku sangat malu menjadi anakmu.. Ayah tahu, setiap kali kawan2 aku tanyakan perihal ayah. Setiap kali itu, aku cuba mengelak. Aku malu kalau mereka tahu mengenai ayah. Orang lain bangga punya ayah tetapi anakmu ini? Sama sekali tidak pernah rasa bangga ada ayah seperti ayah.."

"Ayah, hijrahlah.. Ayah buanglah egomu itu sedikit.. Ayah lupa ke ayah pernah terlantar koma sehari suatu ketika dulu? Ayah, ayah lupa ke? Ayah tahu, sewaktu ayah sehari koma tidak sedarkan diri.. Anakmu berdoa mudah2 an ada sesuatu yang Allah tunjukkan kepada ayah sepanjang ayah berada di dalam keadaan koma. Tapi, sesedar saja ayah daripada koma. Hati anakmu ini kecewa. Sebab ayah tidak belajar daripada ujian koma yang Allah berikan pada ayah. Ayah ego. Ayah cuma bertuhankan ego ayah semata2."

"Ayah, hijrahlah.. Ayah tahu, bila orang tegur anakmu ini cantik bertudung seperti ustazah. Aku cuma mampu senyum je ayah. Bila ada seorang hamba Allah bertanya kepadaku "kenapa kau saja nampak alim mcm ustazah tapi ayah kau tidak?" Aku terus terdiam ayah. Aku tidak tahu nak jawab bagaimana. Hati aku menangis ayah.."

"Ayah, hijrahlah.. Anakmu merayu pada ayah.. Mati boleh berlaku pada bila2 masa saja ayah.. Puas aku berdoa supaya Allah berikan hidayah dan hati yang baru kepada ayah.. Tapi ayah, doa aku belum cukup kuat untuk Allah makbulkan. Mungkin aku bukan anak yang terbaik untukmu ayah."

"Ayah, hijrahlah.. Allah menunggu penghijrahanmu ayah.. Anakmu selalu mendoakan kebahagiaan dan kebaikanmu di dunia dan di akhirat.. Aku menanti penghijrahanmu wahai ayah.. Mohon ayah doakan anakmu ini agar menjadi anak yang solehah dan menjadi hamba Allah yang bertakwa.."

- Si Pendosa -

Bukan Main Lagi..

Bukan main lagi ,
Kau rindu sangat kat dia ,
Sedangkan dia bukan halal untuk kau ,
Sedangkan dia belum tentu jodoh kau ,
Tak usah kau rindu sangat kat dia ,
Tak usah kau bergantung harap padanya .

Bukan main lagi ,
Kau chatting dan layan dia ,
Sedangkan kau belum pasti kejujurannya ,
Jagalah maruah kau agar ia tidak tercalar ,
Usahlah kau layan kemahuan dan kehendaknya ,
Jadilah mahal dan sombong supaya hati kau kental .

Bukan main lagi ,
Kau terlalu asyik dengan cinta manusia ,
Sudah lupakah kau yang cinta manusia tak kekal ?
Sudah lupakah kau yang cinta Allah abadi ?
Jangan biarkan diri kau hanyut pada cinta manusia ,
Jangan kau serahkan cinta kau pada manusia .

Bukan main lagi ,
Kau menangis disebabkan manusia ,
Baru sekarang kau sedar cinta manusia tidak abadi ,
Baru sekarang kau berasa kecewa terhadap manusia ,
Bangkitlah dari kejatuhan kau sekarang ,
Berjuanglah cinta kau demi ingin mendapat redha Allah .

Bukan main lagi ,
Kau merintih pada Allah ,
Kini kau sedar cinta Allah sentiasa abadi ,
Akhirnya kau bangkit dari kejatuhan kau itu ,
Kau terus latihkan hati untuk terus mencintai Allah ,
Kau tak mahu sia-siakan cinta suci kau terus dipermainkan .

Bukan main lagi ,
Mereka mengata dan membuka aib kau ,
Namun kau tidak membalas perbuatan mereka ,
Kau berdoa kepada Allah agar memberikan kesedaran ,
Kau sentiasa memaafkan segala kesalahan mereka ,
Hidup kau sentiasa ingin mencari keredhaan Maha Esa .

Penulis yang Jujur
- Mawar Hijrah -
19/10/14

Sunday, 19 October 2014

HambaMu Allah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. Blog yang kedua untuk hari ini.. Alahai banyak plak cerita nak update kan? Ni semua sebab mood bosan active.. Tapi takpe.. Walaupun mood bosan active, biarlah mood bosan yang bermanfaat okay..

Haaa... Hari ni nak bawa kalian semua mood menghayati lirik lagu.. Siapa pernah dengar lagu "HambaMu"? Bestkan lagu ni? Walaupun lagu ni dah bertahun2 berlalu tapi lagu ni ada auranya tersendiri.. Saya suka sangat dengar lagu ni.. Lagu ni benar2 bagi saya inspirasi.. Bila tiba2 mood sedih active lagu ni jadi peneman setia dan saya akan turut sama nyanyi.. Lagi2 waktu drive sorang dan laju.. Pernah saya menangis teresak2 dengar lagu ni.. Sebab lagu ni betul2 menyentuh hati..

Lagu ni menceritakan tentang dalam hidup ini tak semua perkara akan kita perolehi.. Dan hidup ini kita harus bergantung dan berharap hanya kepada Allah..

Jom kita cuba menghayati setiap bait2 lagu "HambaMu" ini..

"Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah"

Kerana Allah Itu Lebih Tahu..

"Kau pernah rasa macam mana peritnya hidup ini? Kau pernah rasa macam mana kecewanya hati ini apabila semua yang dirancang tak jadi kenyataan? Kau pernah ke rasa apa yang aku rasa? Kau tak pernah rasakan? Sebab itu kau tak paham apa yang aku rasa? Dunia kau dan dunia aku berbeza. Sangat berbeza kau tahu?"

"Jadi, kau cuba mempersoalkan takdir Allah kepada kau? Kau rasa takdir Allah itu tidak adil bagi kau?"

"Aku bukan mahu mempersoalkan takdir Allah. Tetapi aku ingin tahu kenape setiap yang aku mahukan. Mesti susah untuk aku dapat?"

"Sahabat. Takdir Allah itu tidak pernah salah. Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu."

"Allah.. Sahabat.. Tapi, aku juga seperti kau. Pernah merasai betapa peritnya hidup ini dan kecewanya hati ini bila semua yang dirancang tidak menjadi realiti. Siapa kata aku tidak pernah rasa? Siapa kata aku tidak pernah mempersoalkan ini semua? Aku pernah jatuh. Dan bila aku jatuh. Aku cuba bangkit semula. Aku cuba berjalan walaupun aku terpaksa bertatih kembali."

"Apa yang kau faham dengan takdir Allah? Apa yang membuat kau bangkit semula?"

"Kau nak tahu. Masa aku jatuh. Takde seorang pun yg dtg bg aku semangat utk bangkit. Yg ada cuma manusia yg hanya tahu mencaci aku dan memandang rendah kat aku. Manusia yang tahu mencari salah aku. Waktu itu aku cuba refleksi kembali diri aku. Aku cari mana silap aku."

"Tetapi takdir Allah mengatasi segala2 nya. Allah berikan kekuatan yg luar biasa utk aku bangkit dgn satu semangat yg baru walaupun aku terpaksa bertatih. Semakin hari aku cuba dekatkan diri aku dgn Allah. Aku mohon pertolongan dan kekuatan drpd Allah. Aku malu. Malu sebab saat aku tak punya siapa disisi. Barulah aku tercari2 Allah. Aku tahu aku tak layak nak meminta apa2 drpd Allah. Tapi Allah itu maha baik. Dia kabulkan doaku."

"Aku bangkit. Aku belajar bertatih semula. Saat itu aku harus kuat untuk bangkit. Walaupun tiada orang di sisi aku. Dengan pertolongan Allah yang maha kuat. Aku terus melangkah tanpa menoleh lagi kebelakang. Aku harus percaya dgn kelebihan dan kebolehan diri sendiri. Aku tidak boleh paksa orang untuk tidak membenci dan mencaci aku."

"Hampir setiap malam aku menangis sendirian di kamar aku. Di hadapan orang lain aku masih boleh senyum dan gelak ketawa. Orang taktahu apa yang aku alami. Dan saat itu juga aku belajar apa itu Redha. Aku menyepikan diri aku daripada orang sekeliling. Aku diamkan diri aku daripada kawan2 aku. Berapa bulan aku cuba kumpul kembali kekuatan dan keyakinan diri. Waktu itu hidup aku cuba di dalam kamar je.."

"Jadi, jangan kau sesekali menyalahkan takdir Tuhan untuk kau.. Apa yang Allah uji itu, pasti ada hikmah yang menanti. Walaupun perit. Tapi kau harus kuat menempuhnya.. Allah akan selalu ada bersama kau.. Yakinlah.. You just need to stay strong, friend.. Don't give up!"

Sekian, Wallahu'aklam

- Si Pendosa -

Saturday, 18 October 2014

Berubah? Poyo Ke?

"Wey petang ni jom temankan aku pegi cari baju labuh2 bole tak? Eh. Kau da kenape nak cari baju labuh2. Poyolah kau ni."

Pernah rasa situasi begini? Pernah dengar orang sekeliling atau kawan yang paling rapat dengan kita kata kita poyo sebab nak berubah? Saya pasti, mesti ada di antara kalian pernah alami perkara seperti ini. Saya nak share satu cerita daripada kawan saya.

Kawan saya pernah mengajak roommate nya untuk temankan dia pegi mencari baju yang labuh dan besar sedikit. Roommate nya kata kawan saya itu poyo. Poyo sebab kawan saya tu tiba2 nak cari baju yang labuh dan besar. Kata roommate nya "kau takyah nak poyo sgt erk pakai baju labuh2 bagai tu".

Apa perasaan kalian apabila roommate sendiri cakap macam tu pada kalian. Mesti semangat kita down kan? Yelah. Kita da semangat nak pakai baju labuh2 dan besar. Tiba2 roommate sendiri cakap macam tu. Lagaknya seperti tidak setuju ataupun tidak suka kawan saya berubah. Tetapi saya suka dia berubah.

Kawan saya menangis bila dia menceritakan kat saya. Saya sebagai sahabat yang dah berjanji akan membantu dia dalam apa jua keadaan cuba memberi dia semangat. Saya cuba motivate dia. Saya kata kat dia "kenape roommate kau tu rasa berubah ini poyo ke? Roommate kau yg poyo sebenarnye sebab taknak berubah. Poyo sebab ego. Poyo sebab tak support kau. Bukan kau yg poyo sbb nak berubah."

Kita berubah bukan sebab kita ni poyo. Kita berubah sebab hati kita telah dijentik oleh Allah dengan hidayahNya. Jangan kata berubah sebab poyo. Berubah adalah bermaksud dari kita seorang yang tidak peka dengan hal akhirat. Kita menjadi peka dengan hal akhirat. Dan kita hidup adalah untuk akhirat. Bukan dunia. Dunia cuma tempat untuk kita mencari bekalan untuk bawa ke satu alam yang semua manusia akan pergi. Iaitu alam akhirat.

Bantulah mereka yang nak berubah. Walaupun kita masih berdegil untuk tidak berubah. Berubah ni bukan poyo. Berubah juga maksudnya berhijrah. Berhijrah daripada tidak bertudung kepada bertudung. Berhijrah daripada seorang yang jahat kepada yang baik. Berhijrah untuk cuba menjadi yang soleh dan solehah. Jangan sesekali kita cakap "kau ni poyolah. Dulu bole je kau pakai baju pendek2. Sekarang plak nak pakai labuh2."

Allah.. Janganlah kita kata macam tu kepada mereka yang mahu berubah. Berubah ni bukannya poyo. Berubah ni adalah sesuatu perkara yang sangat Allah suka.

Pesan saya, jika ada sahabat kita yang mahu berhijrah.. Pimpinlah tangan mereka.. Dan jangan lepaskan.. Jika ada sahabat kita yang tidak mahu berhijrah.. Jangan hina atau caci mereka. Sebaliknya mendoakan mereka dan tunjukkan kepada mereka tentang akhlak yang baik2.. Mana tahu Allah nak jentik hatinya dengan hidayah Allah untuk berubah kan?

Sekian, Wallahu'allam.

- Hamba Fakir -

Wednesday, 15 October 2014

Tujuh Sunnah Hebat Nabi Muhammad S.A.W By Ustaz Don Daniyal..

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan.. Dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Semoga ianya memberi manfaat pada semua..

Wallahu'alam.

Saturday, 4 October 2014

Berubah Kerana Allah Atau Manusia?

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Raya ni kalian balik kampung mana? Kepada yang pulang ke kampung halaman semoga selamat pergi dan balik. Dan kepada mereka yang takde kampung macam saya ni. Jangan bersedih okay. Eh silap. Saya bukan takde kampung. Ada. Cuma dekat je kat Kampung Sri Aman, Puchong. Kat Negeri Sembilan pun kampung jgak cuma jarang2 balik. Sebab dah takde sape. Semuanya dah menetap kat selangor.

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana masih izinkan kita semua bernafas di atas muka bumi Allah ini untuk terus melakukan amal ibadat sebagai bekalan kita ke sana. Hari ni sebagai pembukaan bicara di bulan oktober ini. Saya nak share dengan kalian tentang perbincangan antara saya dan sepupu saya semalam.

Semalam mungkin adalah satu perjalanan yang agak panjang bagi kami. Satu perjalanan yang penuh dengan pengisian rohani dan tidak terasa boring di dalam pemanduan. Sepanjang perjalanan, saya dan sepupu. Kami sempat bincang beberapa topik tetapi salah satu topik yang sangat menarik kami bicangkan adalah mengenai hijrah.

Saya dan sepupu, kami sama2 bersependapat mengenai hijrah ini haruslah kita melakukannya dengan niat kerana Allah Taala. Dan kami sama sekali tidak setuju jika seseorang itu berubah atas kehendak manusia lain yang mahu melihat dia berubah. Atau sebab dia berubah kerana seseorang.

Jika kita berubah kerana manusia. Bimbang perubahan yang kita lakukan itu hanyalah sementara dan perubahan yang kita tidak dapat kekalkan. Juga perubahan yang Allah tidak redha sama sekali.

Tetapi. Jika kita berubah dengan niat kerana Allah Taala semata2. InsyaAllah, perubahan itu akan kekal selamanya. Dan saya percaya, Allah swt pasti akan temukan kita dengan insan2 yang baik untuk kita berdamping. Insan2 yang apabila kita mendekati mereka, mereka dapat mengingatkan kita kepada Allah.

Tapi sayangnya. Berapa ramai yang berubah kerana Allah? Berapa ramai plak yang berubah kerana manusia? Allah. Andai kita ni berubah kerana manusia. Pasti kita akan kecewa. Tetapi jika kita berubah semata2 kerana Allah. Kita tidak akan kecewa sama sekali. Percayalah. Yakinlah dengan janji2 Allah.

Di akhir zaman ini, terlalu ramai manusia yang pentingkan apa yang orang fikir tentang dia. Bukannya apa yang Allah kata tentang dia. Sedangkan kita kena fokuskan dengan apa yang Allah kata tentang kita bukannya manusia.

Banyak yang saya lihat, mereka yang berubah kerana manusia ini tidak kekal. Kawan baru tegur sikit "kau ni bajet2 ustaz ustazah je. Macam aku xtau perangai kau mcm mane". Nasihat saya, biarlah kalau kawan2 kita, family kita, saudara2 kita atau sesiapapun yang cuba mengherdik atas perubahan kita ini. Biarkan saja.

Bagi saya, mereka yang suka mengherdik ini adalah manusia yang benci dengan perubahan. Selalulah berpegang dengan prinsip redha Allah lebih bernilai daripada redha manusia. Kata2 Allah lebih penting daripada kata2 manusia.

Wallahu'alam.