Music

Saturday, 25 October 2014

Ayah, Hijrahlah..

"Ayah, jomlah hijrah.. Ayah, hijrahlah.. Aku merayu pada ayah, hijrahlah.. Ayah tidak mahu kita bersatu di syurga Allah ke? Ayah tidak sayangkan anak ayah? Ayah, aku mahu melihat kau berubah. Aku sangat mahu melihat ayah berhijrah. Ayah, sempena maal hijrah ini. Aku tidak mahu meminta apa2 daripada ayah kecuali satu permintaan anak ayah ini. Aku mahu melihat ayah hijrah. Aku sayangkan ayah. Aku mahu berjumpa dengan ayah di syurga Allah."

"Ayah, hijrahlah.. Jujur ayah, selama aku menjadi anakmu. Aku belum pernah melihat ayah duduk bersujud di tikar sejadah. Aku tidak pernah melihat ayah pergi ke masjid untuk solat jumaat seperti ayah2 orang lain.. Setiap kali solat jumaat, ayah cuma duduk di hadapan tv.. Kenapa ayah? Telinga anakmu ini tidak pernah mendengar ayah memanggil anakmu untuk solat berjemaah.. Aku tidak pernah solat berimamkan ayah sendiri.. Hati aku teringin.. Jujur, sangat teringin ayah menjadi imam di setiap solat wajib.. Walaupun sehari cuma dua kali.. Sudah cukup buat aku.."

"Ayah, hijrahlah. Setiap kali masuknya bulan ramadhan. Aku tidak pernah sekalipun melihat ayah berpuasa.. Tidak pernah sekalipun.. Tidak.. Aku hairan dan aku tertanya2 kenapa ayah tidak berpuasa? Ayah tidak pernah berbuka puasa bersama.. Terawih apa entah lagi.. Ayah tidak pergi.. Sedangkan ayah tidak ada apa2 kemudharatan untuk tidak berpuasa. Kenapa ayah? Soalan yang selalu bermain di fikiran aku.. Jangan cakap anakmu ini tidak pernah menegur ayah.. Banyak kali ayah.. Tapi jawapan ayah cuma "jangan kau sibuk pasal ayah"..

"Ayah, hijrahlah.. Jujur ayah, aku sangat malu menjadi anakmu.. Ayah tahu, setiap kali kawan2 aku tanyakan perihal ayah. Setiap kali itu, aku cuba mengelak. Aku malu kalau mereka tahu mengenai ayah. Orang lain bangga punya ayah tetapi anakmu ini? Sama sekali tidak pernah rasa bangga ada ayah seperti ayah.."

"Ayah, hijrahlah.. Ayah buanglah egomu itu sedikit.. Ayah lupa ke ayah pernah terlantar koma sehari suatu ketika dulu? Ayah, ayah lupa ke? Ayah tahu, sewaktu ayah sehari koma tidak sedarkan diri.. Anakmu berdoa mudah2 an ada sesuatu yang Allah tunjukkan kepada ayah sepanjang ayah berada di dalam keadaan koma. Tapi, sesedar saja ayah daripada koma. Hati anakmu ini kecewa. Sebab ayah tidak belajar daripada ujian koma yang Allah berikan pada ayah. Ayah ego. Ayah cuma bertuhankan ego ayah semata2."

"Ayah, hijrahlah.. Ayah tahu, bila orang tegur anakmu ini cantik bertudung seperti ustazah. Aku cuma mampu senyum je ayah. Bila ada seorang hamba Allah bertanya kepadaku "kenapa kau saja nampak alim mcm ustazah tapi ayah kau tidak?" Aku terus terdiam ayah. Aku tidak tahu nak jawab bagaimana. Hati aku menangis ayah.."

"Ayah, hijrahlah.. Anakmu merayu pada ayah.. Mati boleh berlaku pada bila2 masa saja ayah.. Puas aku berdoa supaya Allah berikan hidayah dan hati yang baru kepada ayah.. Tapi ayah, doa aku belum cukup kuat untuk Allah makbulkan. Mungkin aku bukan anak yang terbaik untukmu ayah."

"Ayah, hijrahlah.. Allah menunggu penghijrahanmu ayah.. Anakmu selalu mendoakan kebahagiaan dan kebaikanmu di dunia dan di akhirat.. Aku menanti penghijrahanmu wahai ayah.. Mohon ayah doakan anakmu ini agar menjadi anak yang solehah dan menjadi hamba Allah yang bertakwa.."

- Si Pendosa -

No comments:

Post a Comment