Bismillah..
Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca setia blog.. Walau dimanapun kalian berada dan sedang lakukan, doa saya semoga kita semua berada di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t .. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan keatas keluarga baginda s.a.w ..
Entri untuk kali ini saya akan kongsikan tentang "bagaimanakah caranya untuk aku berhijrah".. Yes, before this saya ada update pasal hijrah.. Ramai orang kata untuk berhijrah ini memang senang bahkan sesenang A B C mungkin.. Tetapi ada tetapinya ye.. Tetapi untuk istiqamah dalam berhijrah sangat mencabar dan tercabar.. Oleh itu apa yang boleh kita buat hanyalah kekalkan iman dan sadokan hati dalam berhijrah..
Di bawah ini antara tips untuk permulaan hijrah :
1. JAGA NIAT
Jaga niat supaya selalu berhijrah kerana Allah supaya bila kita tergelincir kita pasti akan teguh sebab kerana Allah lah manusia akan kuat. Dan niat mestilah pakai hati.. Daripada kitab anniah berkata "ajarkan diri kamu berniat yang baik2 seperti kamu mengajarkan diri kamu bersolat"
2. BERTAUBAT
Bertaubat juga sebahagian daripada cara untuk memperbaiki diri. Sesiapa yang bertaubat bermakna berubah dari keadaan berdosa kepada diampunkan dosanya, insyaAllah. Orang yang bertaubat juga berubah meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya sebelum itu. Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:
“Orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan perbuatan dosa. (Hadis Riwayat Ahmad).
Sesiapa juga hidup di dunia ini tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sebab itu Allah membenarkan taubat sebagai pembersih diri. Jika diri tersalah memilih jalan dosa, bersegeralah berubah memilih jalan yang sebenarnya. Dan sesungguhnya sebaik baik taubat ialah taubat nasuha.
3. BERUBAH DI USIA MUDA
Niat dan usaha hendak memperbaiki diri perlu dilakukan seawal mungkin dan tidak hanya menanti apabila memasuki usia senja. Banyak orang memberi alasan ingin bebas dan berseronok ketika usia muda. Usia muda masa terbaik untuk mengumpul lebih banyak pahala. Ketika itu tenaga masih kuat. Daya ingatan tajam dan mudah mengingati apa yang dilakukan. Semangat orang muda juga berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu yang diingini.. Orang muda biasanya belum mengidap penyakit berbahaya yang biasanya menghalang seseorang daripada bergerak bebas. Ketika usia muda, tumpuan lebih dapat diberikan untuk membina landasan kehidupan yang lebih baik. Masa muda termasuk perkara yang perlu direbut sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; iaitu masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu” (Hadis Riwayat Tirmizi).
4. MENGGUNAKAN AKAL BUKANNYA NAFSU
Sesungguhnya nafsu tidak mengenal usia. Kekuatan nafsu tidak berkurang dengan bertambahnya usia seperti berkurangnya tenaga, daya penglihatan dan daya pendengaran.
Nafsu masih ingin kepada keduniaan biarpun ketika hampir menemui maut. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Anak Adam boleh tua, tetapi akan tetap tinggal bersamanya dua perkara iaitu kemahuan keras (nafsu) dan panjang angan-angan” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Penyakit nafsu tidak dapat disembuhkan melainkan melalui peningkatan keimanan dan ketakwaan. Ini perlu dilakukan dengan asuhan iman yang dilakukan secara berterusan bermula sejak usia kanak-kanak, disuburkan ketika alam remaja dan diteruskan ketika meniti alam kedewasaan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh penyakit umat-umat dahulu; sombong, suka bermegah-megah, mengumpulkan kekayaan (dengan cara yang tidak sah), berlumba-lumba merebut kemewahan dunia, pulau memulau, saling berdengki hingga mengakibatkan berlakunya penderhakaan dan keadaan kacau bilau". (Hadis Riwayat Hakim). Bagi memastikan kehidupan sentiasa dalam keredaan Allah, diri perlulah sentiasa dikuasai oleh akal dan bukannya nafsu. Akal akan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak daripada melakukan kejahatan. Dengan kekuatan akal yang dikuasai perasaan keimanan akan sentiasa menetapkan tujuan hidupnya untuk menemui Allah dengan keadaan yang sempurna amalan kehidupan di dunia ini.
5. KEAZAMAN DAN ISTIQAMAH
Kehendak diri kita sendiri yang inginkan perubahan harus menjadi faktor nombor satu untuk memulakan langkah hijrah. Dengan adanya semangat kita yang berkobar-kobar untuk berubah menjadi baik, tidak mustahil kita dapat menjadi sorang insan yang diredhai Allah. Istiqamahlah dalam setiap perkara kebaikan dengan tujuan suatu hari nanti kita mahu menggapai syurga Illahi.
6. DEKATI PARA ALIM ULAMA
Dengan cara mengelilingi diri kita dengan orang² yang boleh bimbing kita seperti kawan, murabbi atau ustaz/ustazah. Jadi bila kita jatuh atau tersasar dari penghijrahan kita ada orang akan memberi teguran dan nasihat serta boleh ingatkan kita selalu supaya istiqamah dijalanNya.
7. HADIRKAN DIRI DALAM MAJLIS ILMU
Lepas itu, selalu sibukkan diri untuk selalu menghadiri majlis ilmu supaya kita dapat kaut ilmu sebanyak mungkin untuk lebih kuatkan keazaman kita untuk terus pasak kaki di jalan ini iaitu jalan hijrah.
8. JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
And last sekali, jaga hubungan dengan Allah. Salah satunya, dengan memperolehi kekuatan dengan bangun qiam supaya takkan jatuh lama atau jatuh walau diuji sebanyak mana ujian oleh Allah. Ataupun selalu percaya dan husnudzon pada Allah. Dekatkan diri dengan Dia dan selalu berharap hanya pada Dia.
In shaa Allah, yang penting kita kena tanamkan niat di dalam hati kita hijrah untuk Allah.. Pesan seorang murabbi ketika pernah mendengar ceramah beliau, bila hati kita sudah benar2 berhijrah kemudian barulah jasad2 kita yang lain juga berhijrah..
Sekian,
06 April 2015
No comments:
Post a Comment