Ketika aku sampai di As Sirajul Munir, kaum muslimat sedang menjamu selera.. Aku sampai tepat waktu lagi 10 min nak masuk waktu azan maghrib.. Ustazah Zaidatul Akmam menjemput aku masuk dan menyuruh aku makan makanan yang disediakan.. Aku rasa tempat tu sangat asing untuk aku sebab tiada seorang manusia pun yang aku kenal di situ..
Tapi kerana niat aku "bermusafir" mencari ilmu.. Aku jadi tidak kisah kalau aku hanya seorang diri.. Selesai aku mengambil wudhuk, aku cuba mencari saf yang paling depan atau yang tengah tetapi kedua2 saf depan dan tengah telah dipenuhi.. Jadi pilihan akhir adalah saf belakang.. Sementara menanti azan maghrib, aku perhatikan orang2 yang berada di situ.. Majoriti yang datang ke situ semuanya bersama kawan2, anak2, dan family kecuali aku yang hanya datang seorang diri..
Selesai semuanya.. Kami diperdengarkan dengan halwa telinga tentang kisah para nabi yang disampaikan oleh saudari Shaykha Safia Shahid.. (orang arab) Beliau sampaikan ceramahnya di dalam bahasa inggeris.. Seusai habis ceramah beliau pada malam tu.. Atur program diteruskan dengan solat isya' berjemaah dan kemudian berehat beberapa minit dan diteruskan dengan solat sunat tasbih..
Namun, aku tidak berpeluang membuat solat sunat tasbih kerana aku mengalami gangguan sakit kepala yang amat teruk tapi still terkawal.. Apa yang aku buat cuma bersandar di tepi dinding dan sempat baca beberapa tafsir quran di dalam app pro muslim.. Sedang aku membaca tafsir quran.. Aku menerima whatsapp drpd pakcik sham (pakcik teksi).. Kata pakcik tu, alhamdulillah hari ni Allah telah memudahkan urusan adik utk ke majlis di sini (as sirajul munir).. Sebaik aku baca msg drpd pakcik tu.. Tak semena2 mata terus masuk habuk.. Hati tak habis2 lafazkan kalimah syukur kepada Allah.. Kerana Dia mengizinkan semua ini berlaku..
Bersambung in part 3
No comments:
Post a Comment