Music

Friday, 14 October 2016

PSORIASIS FIGHTER

KLINIK KJ: JAN 2016

Aku mula beranikan diri untuk membuat pemeriksaan masalah kulit kepala selepas 3 tahun aku menanggung masalah ni. Selepas aku mendapat surat refer ke hospital daripada Klinik Kelana Jaya. Aku terus menelefon Ustazah Asni untuk memberitahu tentang perkara ni. Beliau antara orang yang selalu aku berhubung mengenai hal ni. Moga Allah balas kebaikannya. Dan beliau adalah antara orang yang menyuruh aku untuk membuat pemeriksaan dengan cepat. Supaya penyakit aku ni boleh di diagnose oleh Doktor sendiri. Sehari selepas mendapat surat refer ke hospital. Aku masih tidak yakin untuk membuat pemeriksaan kulit. Mungkin terlalu takut andai aku tak dapat menerima kenyataan.

Sebenarnya, aku tak pernah sangka yang aku akan ada penyakit macam tu. Dulu aku selalu fikir mungkin ni cuma kelemumur biasa dan akan hilang sendiri. Tapi sangkaan aku meleset jauh dari apa yang aku pernah fikirkan. Dulu kawan aku pernah juga nasihat suruh aku buat pemeriksaan Dr tapi aku je yang degil taknak buat. Kawan aku pernah teka, dia kata yang aku ni mungkin penyakit Psoriasis. Tapi waktu tu aku tak pernah amik port apa dia cakap sebab aku anggap ia biasa.

HOSPITAL: JAN 2016

Aku berjalan ke bahagian pakar kulit dalam keadaan fikiran yang masih tak boleh nak tune andai aku disahkan sebagai Psoriasis Fighter. Aku tunjukkan surat refer tu kepada nurse yang bertugas dan aku di daftarkan sebagai pesakit luar. Sementara menunggu no giliran dipanggil. Nurse menyuruh aku untuk masuk ke dalam bilik buat pemeriksaan sebelum Dr panggil. Selepas nurse dah membuat pemeriksaan, aku diminta untuk tunggu di ruang menunggu.

Tiba no giliran aku di panggil. Jantung aku berdegup laju sambil berjalan masuk ke dalam bilik Dr. Selepas selesai pemeriksaan yang lebih terperinci. Dr nasihatkan aku supaya tidak melakukan apa² aktiviti outdoor sebab ia akan bagi effect yang lebih teruk. Antara lagi Dr nasihatkan aku supaya tidak terlalu stress dengan apapun situasi. Selesai semua, Dr bagi aku cream sapu dan ubat makan. Tapi ia tidak menjamin akan sembuh. Sekurang-kurangnya kita usaha.

Tapi alhamdulillah, aku rasa sangat bersyukur sebab aku tidak seteruk orang lain yang mengalami penyakit ni. Aku cuma mengalami penyakit ni di bahagian kepala dan beberapa bahagian lain tapi yang agak teruk cuma di bahagian kepala. Kalau korang nak tahu, sesiapa saja yang menghidap penyakit psoriasis ni pasti mereka akan rasa satu perasaan yang orang lain tak akan rasa. Nak tahu apa? Perasaan terlalu merendah diri dan takut untuk bergaul dengan orang sekeliling. Sebab dia dah kehilangan satu perasaan yang orang panggil "keyakinan diri". Yes! That whats I'm feel! Tulah yang aku rasa bila aku juga salah seorang psoriasis fighter.

Orang yang tidak pernah lalui apa yang kami lalui. Mereka tak akan paham perasaan tu. Yang mereka tahu cuma komen "eee pengotorlah kau ni". Aku sangat pantang bila orang kata ayat macam tu. Kau ingat kami semua ni nak ke jadi macam ni? Nak ke dapat penyakit macam ni? Tak pernah mintak. Tapi Allah tetap bagi sebab apa? Sebab Allah tahu mereka ini kuat untuk hadapi. Dan mereka orang yang terpilih. Kau tahu setiap kali aku tengok keadaan aku. Aku jadi manusia yang paling lemah. Aku hilang keyakinan diri. Sebab penyakit ini. Ketika hati aku belum redha dan kini mungkin dah semakin redha pun. Kadang setiap malam tido bertemankan airmata. Doa selalu mintak Allah sembuhkan. Allah tetap bagi aku kekuatan untuk hadapi. Dia kata sabar.

Bersambung...

Thursday, 23 June 2016

Kawan Kau Kawan Aku, Kawan Aku Kawan Kau

Assalamualaikum.

Okay, rasa macam dah lama tak update blog since bermulanya puasa ni kan. Lately ni seriuslah sangat busy kat office dan rumah. Dan lagi satu penat gler so bila dah penat jalan akhir tido. haha. Busy kat office bukan sebab buat kerja dalam office tapi banyak merayap keluar ke sana sini atas urusan office. Tapi its okay sebab tu tanggungjawab sebagai seorang staff kan. Okay sat, tolong baca sikit title kat atas tu.

Okay begini ceritanya, semalam aku keluar iftar dengan kawan2 fikri. Fikri ni sape? Fikri seorang manusia yang dah lama aku kenal waktu buat kerja partime kat Toys R Us, Tropicana tiga tahun yang lalu. Nothing between us. Kawan je pun. Semalam sebenarnya aku takde nak plan apa2 pun ingat nak dok lepak kat rumah je. Sekali Syafiek kawan si Fikri whatsapp dalam group ajak buka puasa kat luar sambil depa dok cari barang kat area KL.

Aku kenal Syafiek dan Pae (bakal tunang syafiek) masa kiteorang pergi hiking bukit gasing dua bulan lepas. Dari situ terjalin lah sebuah ukhuwah dengan dorang sehingga sekarang. Alhamdulillah. So kawan dia dah jadi kawan aku. Okay berbalik pada cerita iftar semalam, selain syafiek dan pae. Ada jugak kawan dia yang lain. Nama depa Nurin and Shahfaez. Dorang berempat ni kawan2 office dia jgak. So memandangkan aku baru kenal nurin and faez, so aku agak selesa jgaklah macam aku selesa dengan syafiek and pae. Kawan2 dia memasing masuk air. Serius tak tipu! So kawan dia lagi dua orang tu dah jadi kawan aku gak. Cuma aku tak tau macam nak mulakan conversation dulu. Sape kenal aku so dia tahulah aku jenis yang macam mana? haha

Okay tu part dia kenalkan kawan2 dia. Now part aku plak sebenarnya, tak banyak pun aku kenalkan kawan2 aku kat dia kecuali aku kenalkan Dr.Afzan kat dia. Itupun sebab main badminton. Seingat aku takde dah aku kenalkan kawan2 aku kat dia macam dia kenalkan kawan2 dia. Teruk perangai aku ni kan? kahkah. Bagi aku nothing. Aku suka berahsia sebenarnya.

So begitulah ceritanya, Kawan Kau Kawan Aku, Kawan Aku Kawan Kau. Kita hidup kena ada silaturahim sesama manusia biarpun baru kenal sehari. Fikri ni dah kira best friend lah sekarang. Cuma dulu kat tempat kerja kiteorang tak rapat sebab muka dia muka sombong nak mati tahu! haha. Kalau kau baca ni fikri, mohon gelak sendiri. haha

Sekian

Sunday, 12 June 2016

BILA NAK KAHWIN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa korang! Semoga ramadhan tahun ni memberi 1001 rahmat keatas kita dan sama2 berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Moga ramadhan ini sebagai satu langkah untuk kita sama2 meraih redha dan rahmat Allah s.w.t . Selawat dan salam keatas baginda Nabi Muhammad s.a.w .

Dah lama tak menulis dalam blog. Bukan blog saja dah lama aku tak menulis even puisi pun dah lama aku tak berkarya. Okay sekarang nak bersembang pasal topik yang sangat hangat dan hot ketika hari raya nanti. Belum hari raya pun topik tu dah hangat tahuuu. Tapi kita perlu bijak menangani topik tersebut supaya orang tanya kita sekali je. Haha

Okay begini. Lately ramai sangat yang dok bertanya bila nak kahwin, bila nak kahwin? Jawapan simple aku bagi "insyaAllah, doakan". Aku tahu jawapan ni orang tak akan berpuas hati. Haha. Ingatkan selamatlah sikit bila bagi jawapan yang macam tu. Rupanya tidak! Soalan seterusnya, bila nak kahwin? Orang muda nikah awal bagus. Aku jawab betul nikah awal tu bagus tapi empunya diri pun belum ada calon kata aku.

Kau ingat selamatlah bagi jawapan takde calon tu? Haha. Jangan memilih sangat. Eh sape kata memilih. Tapi sometime kita harus memilih sebab kita nak kahwin sekali seumur hidup dan biar sampai hujung nyawa perkahwinan tu. Kau tu pun jangan jenis memilih sangat. Cukup yang jaga 5 waktu okaylah. Yes exactly cukup yang jaga 5 waktu sebab bila terjaga 5 waktu insyaAllah kita akan dijaga dengan baik. Pandai kau berkata eh! Saja berdebat dengan akak2 makcik2.

InsyaAllah, ada jodoh sampai masa kahwinlah. Jangan risau. Ingat selamat bagi jawapan macam tu? Haha. Tak selamat lagi rupanya. Soalan yang seterusnya, pergi panjat gunung sana, panjat bukit sini, jogging merata, main badminton selalu, cycling sana sini tak akan takde yang terlanggar bahu terus sangkut. Aktif sukan tu bagus dah tapi terlebih aktif pun payah jgak nanti takde orang nak. Amboi cik kemain soalan tu yo? Takpe cik. Yakin pada aturan Allah. Dia dah susun cantik perjalanan hidup kita. Bab terlanggar bahu tu belum lagi lah sebab biasa hiking niat nak tengok nature je. Haha

Penatlah acik cakap dengan kau ni. Ada je jawapan yang kau bagi. Takpolah, acik doakan semoga kau dijodohkan dengan encik sempurna. Amboi cik, doa ikhlas atau doa perli? Haha. Cari yang sempurna tu takdolah. Tapi insyaAllah. Okay cik lepas ni jangan tanya soalan cepumas ni lagi.

Allah keep me safe and Allah knows better. The time will come on the right place.

InsyaAllah

Tuesday, 24 May 2016

PPUM: KENANGAN BERSAMA ARWAH NENEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera gais.. Semoga semuanya berada di dalam keadaan baik2 saja juga di dalam jagaan Allah hendaknya.. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan keatas keluarga baginda S.A.W .. Dah lama rasanya aku tak update any entry dalam blog ni.. Entry kali ni nak cerita pasal arwah nenek.. Entah tiba2 rasa rindu sangat dengan arwah. *kesat airmata*

Pagi tadi aku pergi hospital Universiti Malaya (PPUM) untuk check suhu badan sebab demam dah 2 ari so better mencegah dulu daripada merawat. Aku dtg macam biasa amik no then tunggu turn no kena panggil dan kemudian berjalan tunggu plak depan bilik sementara doktor panggil utk check selebihnya. Sementara aku dok menunggu no giliran yang pertama iaitu pendaftaran. Fikiran aku dok melayang sangat jauh. Aku perhatikan setiap sudut ppum ni sebenarnya memberi kesan kepada aku.

Aku duduk diam di bangku biru ppum dan tiba2 mata aku tertumpu pada suatu tubuh yang sedang menunggu no giliran bersama anaknya mungkin. Aku terus teringat arwah nenek. Rinduuu! Aku rindu arwah nenek! Aku rindu nak tengok kebaikan arwah nenek pada staff ppum. Dan aku tak berapa ingat nama doktor bahagian ruka yang pernah merawat nenek setiap kali check up. Doktor akan puji nenek, bagus cucu2 makcik rajin temankan makcik. Macam tulah kata doktor. Waktu aku kecik2 rajin ikut nenek pergi hospital. Sebab nenek rajin belanja cucu2 dia makan. :)

Cuma di akhir2 hayatnya, aku tak dapat selalu temankan nenek utk follow up check up dengan doktor. Aku cuma berpeluang temankan nenek cuma 2 kali selainnya sepupu aku yang lain temankan. Sebab waktu tu, aku dah start study. Jadi aku selalu takde dengan nenek. Walaupun 2 kali cuma dapat teman ketika akhir hayatnya. Ada sesuatu yang aku belajar daripada arwah nenek. Arwah nenek didik aku sesuatu dengan cara dia tanpa memberitahu. 2 kali aku temankan nenek bersama sorang sepupu aku, waktu tu setiap 2 minggu sekali nenek kena datang utk cuci kaki. Setiap kali sebelum nak pergi ppum, mesti nenek akan bawa duit lebih atau buah tangan untuk staff ppum.

Biasanya semua dah selesai. Nenek akan hulur sedikit duit atau buah tangan kat staff ppum yang mana nenek dah kenal atau tak kenal. Nenek akan bagi jugak. Aku belajar daripada arwah nenek "MEMBERILAH KETIKA TIADA MAHUPUN KETIKA ADA". Arwah nenek rajin bersedekah. Itu yang aku perasan. Allah! Baiknya nenek bisik hati aku! Nenek anggap staff ppum macam family sendiri macam anak2 sendiri.

Aku teringat di saat2 genting, 2 minggu sebelum nenek pergi. Arwah nenek di jadualkan utk buat operation kali kedua kali ni operation ibu kaki. Nenek sempat lagi bagi buah tangan pada staff ppum. Bila di operation teater, doktor akan bagi serba sikit penerangan tentang kesan operation selepas itu ini. Nenek dengan nada redha, "doktor, buatlah apa yg patut. Makcik dah redha". Aku dan beberapa orang sepupu makcik dan pakcik sesama tunggu sampai operation habis. Dalam kul 4 pagi operation baru selesai. Arwah nenek keluar drpd bilik operation dlm keadaan sedar sambil tersenyum.

Tapi apakan daya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia. Tiga hari selepas operation, aku dikhabarkan dengan berita yg mengejutkan oleh sepupu aku. Waktu tu bulan ramadhan puasa kedua dan aku baru habis klas. Sepupu kata nenek dah tenat. Allah! Mcm tak percaya. Aku kelam kabut balik ptg tu jgak terus pecut ke PPUM. Doktor kata tiada harapan. Nenek kami dah 50 50. Nenek mengalirkan airmata bila kami cucu2 nya berbisik ketika dia terlantar tenat. Yakin, arwah nenek dengar apa yang kami bicarakan! Keesokan harinya, waktu buka puasa. Dapat fon call nenek dah takde! Nenek dah takde!

Terima kasih nenek sebab dah mengajar kami semua tentang manisnya memberi daripada manisnya menerima. Memberi ketika ada mahupun tiada tetaplah memberi kerana rezki itu harus dikongsi biarpun sedikit. Dan terima kasih utk semua doktor, nurse, staff ppum yang menjaga dan merawat arwah nenek kami.

Semoga Allah balas jasa dan budi baik kalian!

Nenek,
Tenanglah dikau disamping sang pencipta.

Al-Fatihah.
4 tahun berlalu

Saturday, 2 April 2016

PERKAHWINAN: UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan selawat keatas keluarga baginda S.A.W.. Doa aku semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik-baik dan tentunya juga berada di dalam jagaan Allah..

BERKAHWIN IMPIAN SETIAP PASANGAN
Sudah menjadi fitrah manusia yang ada perasaan ingin di cintai dan mencintai pasangan masing-masing dan hidup berumahtangga sudah menjadi satu impian besar bagi setiap pasangan. Namun, tidak semua orang akan memikirkan soal perkahwinan ini secara serius. Di zaman yang serba moden ini, mungkin berkahwin itu sudah menjadi satu "trend" bagi golongan remaja atau muda. Dan aku tidak kata salah jika kahwin muda malah ia amat bagus kerana kita mampu menjauhkan diri daripada terjebaknya zina lalu melahirkan anak yang tidak sah taraf. Tetapi walau bagaimanapun, semuanya kena berbalik semula pada agama dan diri kita juga pasangan.

NIAT BERKAHWIN
Niat itu sangat penting sebenarnya. Dalam hadis juga ada sebut tentang peranan niat. "INNAMAL AL'MALUU BIN NIAT (SETIAP PERKARA PERLU DISERTAI DGN NIAT)". Niat ni penting sebab ianya bersangkut paut dengan kehidupan kita. Jika niat berkahwin kerana Allah dan hanya untuk mencari redha Allah semata, insyaAllah perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kerana Allah dan Rasul pasti akan bahagia walaupun kadang-kadang badai berumahtangga itu tetap ada kerana itu tanda Allah sayang.

JANGAN SUSAHKAN PERKARA YANG MUDAH
Sepatutnya nikah menjadi mudah bagi mereka yang telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan suami dan isteri. Tidak perlu membazirkan duit untuk buat majlis yang grand sehingga diangkat sebagai "WEDDING OF THE YEAR" di kalangan kawan-kawan kita. Jangan jadikan urusan pernikahan itu susah sedangkan ia mudah. Jika kita seorang yang tahu tentang soal agama pastinya akan mudah. Kita semua tahu rukun wajib nikah itu cuma akad, wali, saksi dan pengantin itu sendiri. Jika 4 rukun ini kita paham, insyaAllah semuanya akan jadi mudah.

KEMAMPUAN PENGANTIN
Sudah menjadi satu kewajipan keatas kita untuk membuat sesuatu majlis perkahwinan itu mengikut kemampuan yang kita miliki baik di sebelah pengantin lelaki mahupun perempuan. Dan bukan kerana trend ikut-ikutan pada zaman moden ini. Kalau pengantin lelaki tidak mampu untuk membuat majlis yang meriah dan pengantin perempuan janganlah sesekali cuba memaksa pasangan supaya mengikut kehendak kita. Biarlah majlis itu nampak sederhana asalkan ada barokah di dalamnya.

ILMU BERUMAHTANGGA
Setiap pasangan yang dah bersedia untuk melalui kehidupan berumahtangga. Kita wajib mempelajari ilmu berkaitan dengan alam rumahtangga. Bukan hanya mempelajarinya ketika khusus nikah semata-mata. Ianya tidak mencukupi untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia. Mahukan rumahtangga yang harmoni dan bahagia selalu, kita wajib menjaga solat kita. InsyaAllah, jika solat kita jaga dengan baik. Semuanya juga akan baik-baik.

Alhamdulillah, ini cuma pandangan dari sudut peribadi setiap individu yang ingin mencorak sesuatu untuk kehidupannya. Moga tips ini memberi serba sedikit manfaat.

Sekian,
Bukan Si Wedding Planning

Friday, 25 March 2016

BUKAKAN HATI UNTUK SOMEONE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan selawat keatas keluarga baginda S.A.W.. Doa aku semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik-baik dan tentunya juga berada di dalam jagaan Allah..

Entri kali ini, aku nak bercerita tentang hati.. Okay memandangkan ini pertama kali aku buka entri cerita pasal hati dan perasaan.. Aku harap kalian tidak kecam ataupun salah anggap dengan entri kali ini.. Aku sekadar ingin berkongsi pendapat dan rasa semata-mata dari segi sudut pandangan peribadi..

Secara peribadi, ramai je kawan-kawan, saudara-mara even orang yang kenal aku.. Rata-ratanya akan bertanyakan soalan "bila nak kahwin".. And of course the best answer for that question is "InsyaAllah, doakan".. Berbalik pada hati dan perasaan, tidak semua orang suka adanya komitmen dengan bercouple atau erti kata lain declare sebagai pasangan pakwe/makwe yang kononnya acah2 sawittt tu.. Sebenarnya tak semua orang jenis yang macam gitu.. Believe in me..

Honestly, sebenarnya adalah jugak dua tiga orang yang admirer kat aku and siap whatsapp aku personal mintak declare utk jadi yang paling sawittt tapi aku plak jenis yg malas nak ada komitmen dengan relay yg tak pasti.. Even kawan aku sendiri penah kenalkan kawan dia dengan aku.. Kawan aku tu siap bagi dah nombor fon aku kat kawan dia.. Suatu hari tu aku terima whatsapp dari nombor yg aku sendiri tak kenal.. Mula2 aku tanya siapa? Lepas tu dia introduce lah pasal diri dia, pekerjaan bagai even aku tak tanya.. Lastly, aku malas nak layan.. Teka aku buat ape? Aku paskan fon aku kat kawan aku yg masa tu kebetulan aku tgh lepak makan dengan farid and tunang dia.. Aku cakap dgn si farid "wei tolong wei reply kan whatsapp ni, aku rimas".. Mana taknya, bila aku tak reply mamat tu sibuk anta je whatsapp non stop.. I is rimas..

So kawan aku si farid tula yg reply sume whatsapp mamat tu.. And aku plak enjoy berborak dgn tunang dia sambil menikmati makanan yg aku order tu.. Its more delicious drpd aku layan mamat tu.. Kadang2 tu adalah sorang mamat ni rajin jgak whatsapp aku dan kadang2 aku terpaksa cakap whatsapp aku ada problem so tak bole nak reply. Aku terpaksa private kan last seen. Bila whatsapp aku tak reply, mula plak sms biasa.. Serius rimas.. Jalan terbaik aku buat, bila terima whatsapp atau sms.. Aku amik langkah utk tidak membaca tetapi sebaliknya men delete terus message tu.. Dengar macam kejam kan? Haha

Seriously, aku bukan takut nak ada komitmen cuma aku lebih berhati2 dan berjaga2.. Aku byk belajar pengalaman dr kwn2 aku yg bercouple ni.. Sometimes will end with happy ending and sometimes they will end with something you not expected.. Don't put expection too high when you're in sawitt couple.. That my advise.. Sebab waktu tgh sawit couple tu sume benda kau akan nampak indah belaka.. Takde satu pun kau nampak tercela walau sikit.. Waktu couple segala panggilan sayang/abg etc bole dtgkan dosa.. Tak macam bila dah kahwin, segala panggilan itu sume akan jadi ladang pahala buat kita.. Percayalah.. Tak di nafikanlah ada jgak kawan2 pernah cakap kat aku "cuba kau bukakan hati kau tu for someone".. Bukan aku tak cuba buka hati utk someone but aku rasa belum masanya.. Aku taknak sia2 kan masa aku dengan benda2 yg tak berfaedah.. Biasalah kan, bila orang yg bercouple ni.. Mesti nak 24/7 whatsapp, hari2 nak jumpa and etc.. Seriously, aku rasa rimas..

Cara aku mudah je.. Banyakkan doa, usaha perbaiki diri, jaga hubungan dgn Allah, belajar mempersiapkan diri and etc.. Walaupun kawan aku cakap "kalau kau doa je tapi tak usaha tak bole jgak? Sebab jodoh jgak satu usaha".. Ye memang betul apa kawan aku cakapkan tu.. InsyaAllah, one day hati ni akan terbuka utk someone.. Aku ada target dan aku ada rules sendiri.. InsyaAllah.. Aku sangat berhati2 dalam memilih paling kurang pun biarlah yang menjaga 5 waktu, terima baik buruk aku, bertanggungjawab and etc lah.. Tak boleh bgtau lelebih..

Okay ini cuma dari sudut pandangan aku secara peribadi.. Lain orang, lain cara.. Dan secara peribadi, aku respect pada mereka yg pandai menjaga batas-batas mereka dalam hubungan..

Doakan yang terbaik!
InsyaAllah, Ready ;)

Sekian

Sunday, 14 February 2016

HIKING TRANSKIT 29.01.2016: BUKIT BATU PUTIH, TANJUNG TUAN PD

Bismillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat percakapan dan segala nikmat yang diberikan keatas kita.. Tanpa kurnia dan ehsan-Nya, siapalah kita.. Syukur Ya Allah syukur..

Alhamdulillah.. Cerita kali ni aku nak bercerita pasal aktiviti hiking aku bersama kawan2 di Bukit Batu Putih.. Tak ramai pun sebenarnya, dua orang je.. *bunyi mcm ramai* haha.. Kalau pasal hiking, biasanya kami plan seminggu awal ataupun 3 hari sebelum mendaki.. Sebab nak buat persiapan mental & fizikal.. Ecewah.. Aku plan dengan dorang, gerak dr KL jam 4am dan dalam masa sejam bole sampai ke Tanjung Tuan.. Tapi... Biasolah manusia merancang dan Allah jgak merancang.. Nak d jadikan cerita.. Aku terbabas lewat bangun jam 4.15am mcm tulah.. Barang sume memang aku tak prepare.. Biasa esok nak hiking malam tu aku akan prepare tapi tak malam tu sbb penat terlampau.. haha.. *tido lagi penting dari kemas barang* ��

Start gerak dr KL jam 5am dan alhamdulillah sampai masjid teluk kemang jam 6am.. Singgah solat subuh dulu then lepas solat, kami terus pecut ke tanjung tuan.. *dah dekat dgn teluk kemang dlm 5km*
Kami start hiking dlm jam 7.15am.. Perjalanan nak ke puncak bukit batu putih cuma mengambil masa dlm 15 ke 20 min mcm tu dr kawasan parking kete.. *jgn kata x mencabar* 7.40am mcm tu kami sampai puncak bukit batu putih tapi nak naik puncak tu kena memanjatlah sikit.. *nama pun mendaki* tapi bila da sampai puncak perasaan kau akan rasa teruja sgt.. SubhanaAllah.. View yang sangat awesome.. *tak percaya bole pegi sendiri tengok*

Sampai puncak pertama, alhamdulillah kami terjumpe sorang uncle ni.. *guru kimia wei* dan uncle menawarkan perkhidmatannye utk membawa kami tapau 5 bukit dlm masa 4 jam including turun & naik.. Memang rezeki kami dipertemukan dgn uncle tu.. Dapatlah jelajah 5 bukit terus.. Setiap check point yg kami pergi, view tak pernah kecewakan hati kami.. SubhanaAllah.. Indah ciptaan Allah.. Kami tak expect yg kami akan jelajah 5 bukit, so kami bawa bekalan naik puncak cuma 1 botol kecik air mineral dan 1 botol kecik air 100plus dan makanan hanya sebiji pau kaya berkongsi 3 org.. *bayangkan padahal jauh lagi perjalanan* haha

Di transkit yang terakhir iaitu checkpoint yg ke-5.. Kami terjumpa tali tarzan, perigi belanda & tapak kaki hang tuah.. Tali tarzan tu paling buat kami teruja.. haha.. Masing2 mencuba aksi2 tarzan.. Sampai terjatuh tergolek semuanya hado.. Tapi memang have fun.. Lepas tu, kami bergerak keluar menuju ke car park dlm jam 11 lebih ke 12 macam tu.. Uncle tunjukkan kami tempat utk mandi dan laut airnye memang biru.. Nama tempat tu "BLUE LAGOON".. *tak jauh dr tanjung tuan* dan uncle siap offer kami belanje makan nasi lomak laghi wei.. Baiknye uncle..

Selesai makan nasi lemak, uncle tu terus balik dan kami pun mencari port tempat nak memasak.. *makan lagi* haha.. Port kami paling hujung sekali.. Betul2 kat ceruk pantai.. Lepas da masak memasak tu dan kenyangkan perut.. *kuat makan* kami pun menyolamlah ke dalam laut.. Feeling2 janam2 dulu kononnye.. haha..

[SHORTCUT]
Dalam kul 2 lebih kami terus gerak g melaka plak.. *semata2 coconutshake* haha.. Then singgah surau area mane ntah kat melaka.. *den sompek lolap dlm surau* haha.. Selesai sume perkara wajib, terus gerak g cari coconutshake *gagah mencari gune waze*.. Lepas tu singgah ler ke pantai klebang feeling2 janam2 lagi kat pasir sane.. ;) Tapi memang have fun sebab hiking, berkelah & berjalan dgn kwn2 sekepala dgn kite kan.. Dan aku terus jd stress masuk melaka sbb byk gler trafik light nak kena hadap.. Last sekali, decide balik KL terus.. haha.. Dan berhenti makan kt bangi seksyen 8.. *tahan lapar dr melaka*

Kami sampai rumah masing2 jam 11 lebih mlm.. Bergerak dr KL ke PD time gelap dan balik ke KL pun time gelap.. Tapi apapun alhamdulillah.. Dan akhirnya misi kami menawan Bukit Batu Putih menjadi satu realiti.. *tepuk tangan*

Sekian,
Cerita Bukit Batu Putih

Friday, 12 February 2016

CNY TRIP 2016: PANGKOR KAMI REDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W (jawab S.A.W) dan keatas seluruh keluarga baginda S.A.W (jawab S.A.W).. Doa aku moga kalian semua berada di dalam sihat wal'afiat.. InsyaAllah.. Dan buat murabbiku yang kini berada di Palestine.. Doaku dari jauh buat kamu di sana.. *menangis jap kesat airmata* Sejak akhir-akhir ni jejari aku memang gatal sangat nak menekan papan kekunci telefon ini.. Kalau zaman belajar dulu, papan kekunci laptop tapi sekarang zaman dah upgrade so semuanya di hujung jari dan kemana jua saja.. Ecewah.. haha

Okay.. Begini ceritanya.. Aku nak bercerita pasal Pulai Pangkor yang kami redah in last minute pada jam 3am dari KL.. Ceritanya, ahad malam tu kami kawan2 saja dok mengeteh coffee kat uptown dsara.. Almaklum.. Si Natasha, Fifi dan aku memang addicted dengan coffee.. Tak kira apepun coffee.. Kami bantai minum.. *teruknya lahai* Kami mengeteh sampai jam 12 lebih macam tu.. Memandangkan cuti panjang so kami dok mengeteh pun lama.. Borak punya borak dari hal yang serius sampailah hal yang tak serius.. Dannnnn.. Tiba2 aku tersuara pasal cikgu roziman (guru sek rendah) kata kalau kami datang langkawi bagitau sebab nanti bole dapat homestay free dan cikgu nak bawa kami pusing 1 langkawi.. Yang paling penting cikgu nak belanja makannnn... haha *makan tu penting okay* Then lepas dorang dengar aku cakap mcm tu, terus dorang kata "OK JOM SEKARANG KITE GERAK".. Aku yang tengah meneguk air terus rasa nak tercekik.. "KORANG GLER KE HAPE NAK GERAK SEKARANG.. SERIUSLAH KORANG NI?" *nada mcm nak marah tp x marah* haha

Lepas tu terus dorang cakap "SERIUSLAH".. Okay, aku paham keadaan dorang kalau betul2 tengah serius.. Lepas je bayar air, terus gerak balik rumah aku dulu sebab rumah aku paling dekat dgn uptown dsara.. Lepas habis packing barang, terus pecut pegi subang rumah si natasha dgn fifi.. Settle packing barang masing2 dalam jam 2am.. Sebelum tu aku tanya lagi dorang *rasa x puas hati* "KORANG NI SERIUSLAH WEI?" "SERIUSLAH TAPI KITE PEGI PANGKOR JE SBB KLU PEGI LANGKAWI TAKUT TAK SEMPAT NAK BALIK SINI.. JALAN DA JEM NANTI".. In last min, plan bertukar ke pangkor.. Kalau ikut aku, melaka je aku bawa.. Tapi sebab si haziq kawan kteorg ni nak sgt pangkor.. So kami tawakkal redah je dengan langkah bismillah.. Kul 3am kami gerak dr KL dan sampai ke jeti lumut jam 5.50am.. Jd gelendangan kami di tepi parking kete jeti lumut.. Makan merempat.. Sambil menunggu azan subuh utk solat..

Kami naik feri jam 7.30am sampai jeti pangkor.. Memasing kemain seronok sbb unplan trip menjadi.. Kami pegi balik hari so jimat kos sikit.. *dah nama pun daypack je* haha.. Sewa motor then pusing 1 pulai tu.. Ya Allah.. Memang seronok.. Pangkor ni 2nd time aku dtg.. Ok lepas selesai breakfast sume, kteorg decide naik boat and nak menyelam kat pulai lain lah.. Tapi apokan dayo.. Tak sompek den nak menyolam.. Kaki den jadi mangsa korban batu karang laut.. Menangis den di bueknye.. Tapi sebab sis punya hati tabah, so sis redo jelah.. *sedapkan hati* lepas da kena tu, terus fifi call abg boat yg bawa kami tu, dtg balik pick up kami.. Benda da nak jadikan..

Kteorang gerak balik dr jeti pangkor dlm kul 1 lebih tghari tapi naik feri dalam kul 3pm mcm tu.. Sampai jeti lumut, start engine then terus gerak balik.. Alhamdulillah, sampai KL dalam jam 9 lebih mlm mcm tulah.. Memang sepanjang perjalanan blk aku tak terdayo nak drive sbb kaki kanan memang da bengkak gler.. Kesian natasha sbb terpaksa drive dr lumut ke KL.. Aku drive lepas aku drop natasha & fifi kat umah dorang then aku drive balik terus..

Bila renung balik pasal kejadian kaki ni, aku jadi terpkir.. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu kat aku.. Sebab tu Allah uji kulit kaki koyak sebelum menyolam.. Mana tahu kalau tak koyak kulit kaki ni, mungkin aku lemas d tengah lautan ke kan? So bersyukurlah dengan ujian yang diberi.. Dan begitulah cerita pangkor kami.. ;)

Sekian,
Si Penulis Blog

Tuesday, 2 February 2016

CERITA SI PENDAKI NUBIS KUBIS

Saja untuk berkongsi sedikit cerita tentang aktiviti sukan lasak yang aku baru jinak-jinak ceburi sejak tahun 2015 lagi. Belum setahun tapi terasa macam dah terlalu lama aku melibatkan diri dalam aktiviti lasak ni. Tapi aku bukanlah selejen kawan aku yang dah berjaya tawan 7 gunung tertinggi malaysia. Dia memang lejen habis sebab tu dapat gelaran g7. As a friend, I am so proud! :)

Takdelah banyak mana gunung dan bukit yang aku dah tapau tapi bolehlah untuk pendaki nubis kubis macam aku ni. Seingat aku gunung yang first aku pergi dulu di sg chiling. Waktu tu saja suka-suka meredah masuk berkaki ayam tanpa ada apa2 safety langsung. Bayangkan setiap check point kau kena redah air sungai yang sangat deras. Tapi aku cuma mampu sampai ke check point ke-4 je. Tak ingat total check point ada berapa? Kalau tak silap aku tu tahun 2014 aku pergi. Saja nak mencabar diri konon. Haha.

Tahun 2015, barulah aku macam lebih serius dengan aktiviti hiking ni. Walaupun waktu tu bukan every weekend hike sebab takde kawan sekaki dan sekepala yang nak join hike. Jadi it’s quite to slow. Bukit pertama yang aku hike mula2, bukit kiara ttdi. Tak ramai tahu kat situ boleh hiking. Track situ majoritinya yang berbasikal mountain bike je banyak dalam tu. Track situ sesuai juga untuk berlari. Lagi satu hal, masa aku hike bukit tu. Aku takde prepare apa2 benda pun. Jenis main redah juga sebab asalnya nak jogging je kat situ. Track dia mencabar juga. View KL.

Bukit Broga pun beberapa kali je aku tapau. First time naik dengan kawan2 sekolah rendah tahun 2015. Kami buat trip tu last minit sebenarnya. Nasib ada dua orang lejen gunung yang join. Sape lagi kalau bukan Azella & Daniel anak mat salleh. Hihi. Kami start hike awal kul 5pagi mcm tu. Kami kejar sunrise. Subuh semua kat atas. Tahun ni awal je broga aku dah tapau 2 kali naik atas.

Pine Tree Trail plak, aku naik last year bulan october macam tu. Gunung yang agak mencabar mental & fizikal kau jugak sebenarnya. 4 jam perjalanan nak naik ke twin peak. Turun jugak 4 jam tapi time aku turun 8 jam sebab injured teruk.. haha.. Sejak injured tu terus aktiviti hiking aku jadi slow.. Slow sangatlah konon.. Dua minggu je aku rest lepas tu sambung balik naik gunung.. *tak serik*

Gunung Datuk N9 ceritanye plak lepas 3 minggu lebih aku merehatkan diri dari aktiviti hiking. Aku terus ajak kawan aku pergi naik gunung datuk. Nak lepaskan gian mendaki punya pasal. Padahal, kaki still tak baik lagi. *jenis degil* Gunung datuk tu takdelah tinggi mana sebenarnya tapi ikut stamina masing2 jugak.. Perjalanan aku naik ke puncak dalam masa 2jam lebih macam tu. Banyak kali jugak take 5 sebab tu jadi lama. Bila nak turun tu jadi sekejap sebab aku berlari. Haha. So masa jadi 45min menurun. Gunung datuk 2 kali jugak aku tapau. Sekali bulan Nov and lagi sekali bulan Dis. Tu dah kira penutup tahun 2015. ;)

Cukup dulu sampai sini aku cerita pasal bukit dan gunung. Almaklumlah, kite ni nubis kubis je.. :)

Apapun, niatlah setiap aktiviti mendaki kita ini kerana Allah Taala.. InsyaAllah, moga pahala mengalir di situ..