Saja untuk berkongsi sedikit cerita tentang aktiviti sukan lasak yang aku baru jinak-jinak ceburi sejak tahun 2015 lagi. Belum setahun tapi terasa macam dah terlalu lama aku melibatkan diri dalam aktiviti lasak ni. Tapi aku bukanlah selejen kawan aku yang dah berjaya tawan 7 gunung tertinggi malaysia. Dia memang lejen habis sebab tu dapat gelaran g7. As a friend, I am so proud! :)
Takdelah banyak mana gunung dan bukit yang aku dah tapau tapi bolehlah untuk pendaki nubis kubis macam aku ni. Seingat aku gunung yang first aku pergi dulu di sg chiling. Waktu tu saja suka-suka meredah masuk berkaki ayam tanpa ada apa2 safety langsung. Bayangkan setiap check point kau kena redah air sungai yang sangat deras. Tapi aku cuma mampu sampai ke check point ke-4 je. Tak ingat total check point ada berapa? Kalau tak silap aku tu tahun 2014 aku pergi. Saja nak mencabar diri konon. Haha.
Tahun 2015, barulah aku macam lebih serius dengan aktiviti hiking ni. Walaupun waktu tu bukan every weekend hike sebab takde kawan sekaki dan sekepala yang nak join hike. Jadi it’s quite to slow. Bukit pertama yang aku hike mula2, bukit kiara ttdi. Tak ramai tahu kat situ boleh hiking. Track situ majoritinya yang berbasikal mountain bike je banyak dalam tu. Track situ sesuai juga untuk berlari. Lagi satu hal, masa aku hike bukit tu. Aku takde prepare apa2 benda pun. Jenis main redah juga sebab asalnya nak jogging je kat situ. Track dia mencabar juga. View KL.
Bukit Broga pun beberapa kali je aku tapau. First time naik dengan kawan2 sekolah rendah tahun 2015. Kami buat trip tu last minit sebenarnya. Nasib ada dua orang lejen gunung yang join. Sape lagi kalau bukan Azella & Daniel anak mat salleh. Hihi. Kami start hike awal kul 5pagi mcm tu. Kami kejar sunrise. Subuh semua kat atas. Tahun ni awal je broga aku dah tapau 2 kali naik atas.
Pine Tree Trail plak, aku naik last year bulan october macam tu. Gunung yang agak mencabar mental & fizikal kau jugak sebenarnya. 4 jam perjalanan nak naik ke twin peak. Turun jugak 4 jam tapi time aku turun 8 jam sebab injured teruk.. haha.. Sejak injured tu terus aktiviti hiking aku jadi slow.. Slow sangatlah konon.. Dua minggu je aku rest lepas tu sambung balik naik gunung.. *tak serik*
Gunung Datuk N9 ceritanye plak lepas 3 minggu lebih aku merehatkan diri dari aktiviti hiking. Aku terus ajak kawan aku pergi naik gunung datuk. Nak lepaskan gian mendaki punya pasal. Padahal, kaki still tak baik lagi. *jenis degil* Gunung datuk tu takdelah tinggi mana sebenarnya tapi ikut stamina masing2 jugak.. Perjalanan aku naik ke puncak dalam masa 2jam lebih macam tu. Banyak kali jugak take 5 sebab tu jadi lama. Bila nak turun tu jadi sekejap sebab aku berlari. Haha. So masa jadi 45min menurun. Gunung datuk 2 kali jugak aku tapau. Sekali bulan Nov and lagi sekali bulan Dis. Tu dah kira penutup tahun 2015. ;)
Cukup dulu sampai sini aku cerita pasal bukit dan gunung. Almaklumlah, kite ni nubis kubis je.. :)
Apapun, niatlah setiap aktiviti mendaki kita ini kerana Allah Taala.. InsyaAllah, moga pahala mengalir di situ..
No comments:
Post a Comment