Music

Sunday, 14 February 2016

HIKING TRANSKIT 29.01.2016: BUKIT BATU PUTIH, TANJUNG TUAN PD

Bismillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat percakapan dan segala nikmat yang diberikan keatas kita.. Tanpa kurnia dan ehsan-Nya, siapalah kita.. Syukur Ya Allah syukur..

Alhamdulillah.. Cerita kali ni aku nak bercerita pasal aktiviti hiking aku bersama kawan2 di Bukit Batu Putih.. Tak ramai pun sebenarnya, dua orang je.. *bunyi mcm ramai* haha.. Kalau pasal hiking, biasanya kami plan seminggu awal ataupun 3 hari sebelum mendaki.. Sebab nak buat persiapan mental & fizikal.. Ecewah.. Aku plan dengan dorang, gerak dr KL jam 4am dan dalam masa sejam bole sampai ke Tanjung Tuan.. Tapi... Biasolah manusia merancang dan Allah jgak merancang.. Nak d jadikan cerita.. Aku terbabas lewat bangun jam 4.15am mcm tulah.. Barang sume memang aku tak prepare.. Biasa esok nak hiking malam tu aku akan prepare tapi tak malam tu sbb penat terlampau.. haha.. *tido lagi penting dari kemas barang* ��

Start gerak dr KL jam 5am dan alhamdulillah sampai masjid teluk kemang jam 6am.. Singgah solat subuh dulu then lepas solat, kami terus pecut ke tanjung tuan.. *dah dekat dgn teluk kemang dlm 5km*
Kami start hiking dlm jam 7.15am.. Perjalanan nak ke puncak bukit batu putih cuma mengambil masa dlm 15 ke 20 min mcm tu dr kawasan parking kete.. *jgn kata x mencabar* 7.40am mcm tu kami sampai puncak bukit batu putih tapi nak naik puncak tu kena memanjatlah sikit.. *nama pun mendaki* tapi bila da sampai puncak perasaan kau akan rasa teruja sgt.. SubhanaAllah.. View yang sangat awesome.. *tak percaya bole pegi sendiri tengok*

Sampai puncak pertama, alhamdulillah kami terjumpe sorang uncle ni.. *guru kimia wei* dan uncle menawarkan perkhidmatannye utk membawa kami tapau 5 bukit dlm masa 4 jam including turun & naik.. Memang rezeki kami dipertemukan dgn uncle tu.. Dapatlah jelajah 5 bukit terus.. Setiap check point yg kami pergi, view tak pernah kecewakan hati kami.. SubhanaAllah.. Indah ciptaan Allah.. Kami tak expect yg kami akan jelajah 5 bukit, so kami bawa bekalan naik puncak cuma 1 botol kecik air mineral dan 1 botol kecik air 100plus dan makanan hanya sebiji pau kaya berkongsi 3 org.. *bayangkan padahal jauh lagi perjalanan* haha

Di transkit yang terakhir iaitu checkpoint yg ke-5.. Kami terjumpa tali tarzan, perigi belanda & tapak kaki hang tuah.. Tali tarzan tu paling buat kami teruja.. haha.. Masing2 mencuba aksi2 tarzan.. Sampai terjatuh tergolek semuanya hado.. Tapi memang have fun.. Lepas tu, kami bergerak keluar menuju ke car park dlm jam 11 lebih ke 12 macam tu.. Uncle tunjukkan kami tempat utk mandi dan laut airnye memang biru.. Nama tempat tu "BLUE LAGOON".. *tak jauh dr tanjung tuan* dan uncle siap offer kami belanje makan nasi lomak laghi wei.. Baiknye uncle..

Selesai makan nasi lemak, uncle tu terus balik dan kami pun mencari port tempat nak memasak.. *makan lagi* haha.. Port kami paling hujung sekali.. Betul2 kat ceruk pantai.. Lepas da masak memasak tu dan kenyangkan perut.. *kuat makan* kami pun menyolamlah ke dalam laut.. Feeling2 janam2 dulu kononnye.. haha..

[SHORTCUT]
Dalam kul 2 lebih kami terus gerak g melaka plak.. *semata2 coconutshake* haha.. Then singgah surau area mane ntah kat melaka.. *den sompek lolap dlm surau* haha.. Selesai sume perkara wajib, terus gerak g cari coconutshake *gagah mencari gune waze*.. Lepas tu singgah ler ke pantai klebang feeling2 janam2 lagi kat pasir sane.. ;) Tapi memang have fun sebab hiking, berkelah & berjalan dgn kwn2 sekepala dgn kite kan.. Dan aku terus jd stress masuk melaka sbb byk gler trafik light nak kena hadap.. Last sekali, decide balik KL terus.. haha.. Dan berhenti makan kt bangi seksyen 8.. *tahan lapar dr melaka*

Kami sampai rumah masing2 jam 11 lebih mlm.. Bergerak dr KL ke PD time gelap dan balik ke KL pun time gelap.. Tapi apapun alhamdulillah.. Dan akhirnya misi kami menawan Bukit Batu Putih menjadi satu realiti.. *tepuk tangan*

Sekian,
Cerita Bukit Batu Putih

Friday, 12 February 2016

CNY TRIP 2016: PANGKOR KAMI REDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W (jawab S.A.W) dan keatas seluruh keluarga baginda S.A.W (jawab S.A.W).. Doa aku moga kalian semua berada di dalam sihat wal'afiat.. InsyaAllah.. Dan buat murabbiku yang kini berada di Palestine.. Doaku dari jauh buat kamu di sana.. *menangis jap kesat airmata* Sejak akhir-akhir ni jejari aku memang gatal sangat nak menekan papan kekunci telefon ini.. Kalau zaman belajar dulu, papan kekunci laptop tapi sekarang zaman dah upgrade so semuanya di hujung jari dan kemana jua saja.. Ecewah.. haha

Okay.. Begini ceritanya.. Aku nak bercerita pasal Pulai Pangkor yang kami redah in last minute pada jam 3am dari KL.. Ceritanya, ahad malam tu kami kawan2 saja dok mengeteh coffee kat uptown dsara.. Almaklum.. Si Natasha, Fifi dan aku memang addicted dengan coffee.. Tak kira apepun coffee.. Kami bantai minum.. *teruknya lahai* Kami mengeteh sampai jam 12 lebih macam tu.. Memandangkan cuti panjang so kami dok mengeteh pun lama.. Borak punya borak dari hal yang serius sampailah hal yang tak serius.. Dannnnn.. Tiba2 aku tersuara pasal cikgu roziman (guru sek rendah) kata kalau kami datang langkawi bagitau sebab nanti bole dapat homestay free dan cikgu nak bawa kami pusing 1 langkawi.. Yang paling penting cikgu nak belanja makannnn... haha *makan tu penting okay* Then lepas dorang dengar aku cakap mcm tu, terus dorang kata "OK JOM SEKARANG KITE GERAK".. Aku yang tengah meneguk air terus rasa nak tercekik.. "KORANG GLER KE HAPE NAK GERAK SEKARANG.. SERIUSLAH KORANG NI?" *nada mcm nak marah tp x marah* haha

Lepas tu terus dorang cakap "SERIUSLAH".. Okay, aku paham keadaan dorang kalau betul2 tengah serius.. Lepas je bayar air, terus gerak balik rumah aku dulu sebab rumah aku paling dekat dgn uptown dsara.. Lepas habis packing barang, terus pecut pegi subang rumah si natasha dgn fifi.. Settle packing barang masing2 dalam jam 2am.. Sebelum tu aku tanya lagi dorang *rasa x puas hati* "KORANG NI SERIUSLAH WEI?" "SERIUSLAH TAPI KITE PEGI PANGKOR JE SBB KLU PEGI LANGKAWI TAKUT TAK SEMPAT NAK BALIK SINI.. JALAN DA JEM NANTI".. In last min, plan bertukar ke pangkor.. Kalau ikut aku, melaka je aku bawa.. Tapi sebab si haziq kawan kteorg ni nak sgt pangkor.. So kami tawakkal redah je dengan langkah bismillah.. Kul 3am kami gerak dr KL dan sampai ke jeti lumut jam 5.50am.. Jd gelendangan kami di tepi parking kete jeti lumut.. Makan merempat.. Sambil menunggu azan subuh utk solat..

Kami naik feri jam 7.30am sampai jeti pangkor.. Memasing kemain seronok sbb unplan trip menjadi.. Kami pegi balik hari so jimat kos sikit.. *dah nama pun daypack je* haha.. Sewa motor then pusing 1 pulai tu.. Ya Allah.. Memang seronok.. Pangkor ni 2nd time aku dtg.. Ok lepas selesai breakfast sume, kteorg decide naik boat and nak menyelam kat pulai lain lah.. Tapi apokan dayo.. Tak sompek den nak menyolam.. Kaki den jadi mangsa korban batu karang laut.. Menangis den di bueknye.. Tapi sebab sis punya hati tabah, so sis redo jelah.. *sedapkan hati* lepas da kena tu, terus fifi call abg boat yg bawa kami tu, dtg balik pick up kami.. Benda da nak jadikan..

Kteorang gerak balik dr jeti pangkor dlm kul 1 lebih tghari tapi naik feri dalam kul 3pm mcm tu.. Sampai jeti lumut, start engine then terus gerak balik.. Alhamdulillah, sampai KL dalam jam 9 lebih mlm mcm tulah.. Memang sepanjang perjalanan blk aku tak terdayo nak drive sbb kaki kanan memang da bengkak gler.. Kesian natasha sbb terpaksa drive dr lumut ke KL.. Aku drive lepas aku drop natasha & fifi kat umah dorang then aku drive balik terus..

Bila renung balik pasal kejadian kaki ni, aku jadi terpkir.. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu kat aku.. Sebab tu Allah uji kulit kaki koyak sebelum menyolam.. Mana tahu kalau tak koyak kulit kaki ni, mungkin aku lemas d tengah lautan ke kan? So bersyukurlah dengan ujian yang diberi.. Dan begitulah cerita pangkor kami.. ;)

Sekian,
Si Penulis Blog

Tuesday, 2 February 2016

CERITA SI PENDAKI NUBIS KUBIS

Saja untuk berkongsi sedikit cerita tentang aktiviti sukan lasak yang aku baru jinak-jinak ceburi sejak tahun 2015 lagi. Belum setahun tapi terasa macam dah terlalu lama aku melibatkan diri dalam aktiviti lasak ni. Tapi aku bukanlah selejen kawan aku yang dah berjaya tawan 7 gunung tertinggi malaysia. Dia memang lejen habis sebab tu dapat gelaran g7. As a friend, I am so proud! :)

Takdelah banyak mana gunung dan bukit yang aku dah tapau tapi bolehlah untuk pendaki nubis kubis macam aku ni. Seingat aku gunung yang first aku pergi dulu di sg chiling. Waktu tu saja suka-suka meredah masuk berkaki ayam tanpa ada apa2 safety langsung. Bayangkan setiap check point kau kena redah air sungai yang sangat deras. Tapi aku cuma mampu sampai ke check point ke-4 je. Tak ingat total check point ada berapa? Kalau tak silap aku tu tahun 2014 aku pergi. Saja nak mencabar diri konon. Haha.

Tahun 2015, barulah aku macam lebih serius dengan aktiviti hiking ni. Walaupun waktu tu bukan every weekend hike sebab takde kawan sekaki dan sekepala yang nak join hike. Jadi it’s quite to slow. Bukit pertama yang aku hike mula2, bukit kiara ttdi. Tak ramai tahu kat situ boleh hiking. Track situ majoritinya yang berbasikal mountain bike je banyak dalam tu. Track situ sesuai juga untuk berlari. Lagi satu hal, masa aku hike bukit tu. Aku takde prepare apa2 benda pun. Jenis main redah juga sebab asalnya nak jogging je kat situ. Track dia mencabar juga. View KL.

Bukit Broga pun beberapa kali je aku tapau. First time naik dengan kawan2 sekolah rendah tahun 2015. Kami buat trip tu last minit sebenarnya. Nasib ada dua orang lejen gunung yang join. Sape lagi kalau bukan Azella & Daniel anak mat salleh. Hihi. Kami start hike awal kul 5pagi mcm tu. Kami kejar sunrise. Subuh semua kat atas. Tahun ni awal je broga aku dah tapau 2 kali naik atas.

Pine Tree Trail plak, aku naik last year bulan october macam tu. Gunung yang agak mencabar mental & fizikal kau jugak sebenarnya. 4 jam perjalanan nak naik ke twin peak. Turun jugak 4 jam tapi time aku turun 8 jam sebab injured teruk.. haha.. Sejak injured tu terus aktiviti hiking aku jadi slow.. Slow sangatlah konon.. Dua minggu je aku rest lepas tu sambung balik naik gunung.. *tak serik*

Gunung Datuk N9 ceritanye plak lepas 3 minggu lebih aku merehatkan diri dari aktiviti hiking. Aku terus ajak kawan aku pergi naik gunung datuk. Nak lepaskan gian mendaki punya pasal. Padahal, kaki still tak baik lagi. *jenis degil* Gunung datuk tu takdelah tinggi mana sebenarnya tapi ikut stamina masing2 jugak.. Perjalanan aku naik ke puncak dalam masa 2jam lebih macam tu. Banyak kali jugak take 5 sebab tu jadi lama. Bila nak turun tu jadi sekejap sebab aku berlari. Haha. So masa jadi 45min menurun. Gunung datuk 2 kali jugak aku tapau. Sekali bulan Nov and lagi sekali bulan Dis. Tu dah kira penutup tahun 2015. ;)

Cukup dulu sampai sini aku cerita pasal bukit dan gunung. Almaklumlah, kite ni nubis kubis je.. :)

Apapun, niatlah setiap aktiviti mendaki kita ini kerana Allah Taala.. InsyaAllah, moga pahala mengalir di situ..