Music

Saturday, 28 December 2013

Untukmu Sahabat



Bismillahirahmanirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah..

Assaalamualaikum.. Hi semua.. Yall tengah buatpe tu ? Adakah korang sedang menunggu entri aku yang seterusnya.. Hehe.. Hari ni aku nak update entri mengenai sahabat2 aku yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati.. Dan sudah semestinya entri ini aku buat khas untuk sahabat2 aku seperti mereka dan mereka.. Ceh banyak mereka dan mereka tu kan ? *gelak tutup mata* Okay..... Sekarang mehlah kita teruskan cerita yang aku nak ceritakan ini..

Buat sahabat aku ,  Wan Anis Shafikah , Norshakilla Shaira dan Shahzuanie Izatty. Entri ini khas aku buat semata2 untuk korang.. Terharu tak ? Hehe.. Wey korang ingat tak semua kenangan2 kita yang pernah kita lalui sesama. Kalau korang tak ingat , meh sini aku ingatkan kat korang. Tapi satu kenangan jelah yang aku nak ceritakan balik untuk korang. Okay.... Korang ingat tak kita berempat pernah di panggil masuk Logistik sebab ada kes dan waktu tu bulan puasa. Ingat tak lepas kita keluar dari logistik, masing2 muka bengang sebab tak pasal2 kena marah walaupun kita tak salah.

Ingat tak lepas kita dah blaa dari situ. Kita berempat lepak kat depan kedai kasut Jukebox. Eh pandai tak aku sebut Jukebox ? Hehe.. Kita berempat duduk kat situ sebab masing2 tengah dok mencari jalan nak settle kan masalah tu kan ? Ingat lagi , lepas tu Atty terus call mak die sampai menangis2.. Tapi aku , Wan and Kecik relax je walaupun aku tengah marah jgak. Tapi paling kelakar yang Atty call mak die sampai nangis2.. Haha.. Lepas dah kita rasa kemarahan tu macam dah reda sikit.. Masing2 bincang nak buka puasa walaupun waktu tu lagi 3 ke 4 jam. Haha.. *hah ponteng puasa*

Buat sahabatku Wan Anis Shafikah , Norshakilla Shaira dan Shahzuanie Izatty. Sahabatmu ini terlalu rindukan kalian.. Rindu nak bedtime story dengan korang.. Rindu nak bergaduh dan bertekak mulut dengan korang.. Rindu nak tengok wayang sesama dan semuanya lah yang pernah kita buat sesame before this. Tapi aku tahu, kita semakin hari akan semakin jauh dan taktahu bile kita akan reunion kembali kan ? Cuma Allah je yang tahu betapa rindunya aku kat korang semua. Dan untuk Atty, meh kita lupakan apa yang pernah terjadi antara kita.. Aku dah tak marah dengan kau.. Senang2 kau contact lah aku.. Aku rindu..... :'(  *menangis*

Buat Sahabat dengarlah ini :

SAHABAT adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.. Dialah ladang hati yang kau taburi dengan KASIH dan kau suburi dengan rasa TERIMA KASIH.. Dia jugalah pendorongmu dan jua pelindungmu, kerana kau menghampirinya di saat hati lupa dan mencarinya di saat jiwa memerlukan kedamaian... Itulah sahabat...

Dan..... Di akhir entri ini ada sedikit bingkisan sebagai santapan buat kalian andai kalian hampir terlupa pada kenangan kita ataupun sebagai santapan jika rindu :)


     
 Sahabat..


Happy Birthday, Sayang



Bismillahirahmanirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah..

Assalamualaikum.. Hi semua. Awak2 semua apa khabar tu ? Awak2 semua tu dah tido ke ? Eh jangan tido lagi.. Dengarlah bebelan aku dulu kat entri ni ye.. Sehari aku ter miss update blog disebabkan busy dengan keje dan keluar dengan sepupu ku Faiz.. Hehe. Tapi nanti akan ada entri2 aku yang lebih menarik okay. Walaupun takde masa , akan aku cari jugak masa untuk update entri kesayangan aku ni.. *amik hati*

Sebelum aku nak update new entri kat sini. Izinkan aku nyanyikan lagu Happy Birthday atau Selamat Hari Lahir untuk sahabatku yang seorang ini ye..

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
               Happy Birthday to Norshakilla Shaira,
Happy Birthday to you.

Okay.... Now aku nak update mengenai BestFriend aku sorang ni.. awak2 semua nak tahu tak , hari ni bday die.. Sedih sebab tak dapat nak buat surprise untuk bday die macam tahun lepas.. Tapi takpelah.. Kata akak Nozie "takpelah awak tak boleh surprise kan utk die pun takpe. Wish pun dah good enough dear." So tahun ni aku tak dapat nak buat surprise depan2 kat die macam tahun lepas.. Tapi aku still nak buat surprise jgak untuk die.. *opps* Sorry cerita kita terganggu sekejap sebab dapat call daripada sayang aku.. Hehe

Hari ni aku nak update blog dan entri ini khas untuk sahabat susah dan senang aku sapa lagi kalau bukan Norshakilla Shaira Binti Safri. Walaupun tak dapat celebrate bday die seperti tahun lepas tetapi memories kiteorang semasaa celebrate bday die bersama Wan Anis Shafikah dan Shahzuanie Izzaty tetap kuat bermain di kotak fikiran ini.

Buat sayangku, Norshakilla Shaira this entry just special for you. Hope you love it :)

Bday Girl 28.12.13




Wednesday, 25 December 2013

Untukmu Gaza




Bismillahirahmanirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Segala puji2 an hanyalah untuk Allah..

Assalamualaikum.. Hi semua.. Berjumpa lagi kita pada entri yang terbaru.. Alhamdulillah , bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan, ruang dan peluang untuk memperbaiki kekurangan diri yang serba kurang ini.. Serta diberi peluang untuk meng update entri yang seterusnya.. Semoga korang jgak sentiasa berada di dalam lindungan Allah selalu..


Entri kali ini aku nak bercerita mengenai peluang aku dan sepupu2 ku menyertai Program Amal Palestine.. Walaupun sebulan dah berlalu tapi rasanya masih sempat kot nak update. Hehe. Aku tidak tahu bagaimana hati kecilku ini terdetik untuk menyertai program2 seperti ini. Dan ini adalah program amal yang pertama aku sertai. Semuanya bermula selepas aku terbaca satu artikel mengenai Program Amal Palestine di Fanpage selebriti yang cantik manis sape lagi kalau bukan Heliza Helmi. Sebaik baca mengenai artikel tersebut , tanpa berpkir panjang. Aku terus inform kan pada sepupu2 ku. Tidak salah kita memberanikan diri untuk menyertai program2 amal seperti itu. Walau tak banyak , sedikit pun sudah memadai.


3 Nov 2013 : Hari dimana Gaza 10k Run yang diadakan di Wangsa Walk bermula seawal lebih kurang pukul 6.30 pagi. Tetapi aku dan sepupu2 ku sempat sampai ke situ pada pukul 7 pagi. Ramai peserta yang telah amik tempat masing2. Dan peserta yang menyertai program ini bukan sahaja bangsa melayu tetapi pelbagai bangsa jgak menyertai program ini. Kami mengambil bahagian di dalam penyertaan Run Distance 10KM.. Selain itu , warga mas jgak turut serta dalam misi larian ini. Walaupun nampak mereka tua tetapi semangat mereka seperti orang muda seperti kita semua.


Selesai berlari 10K. Dalam pukul 9 ke 10 pagi. Aku dan sepupu2 ku duduk berehat di hadapan restoran NZ. Kami sekadar duduk sekejap untuk merehatkan badan. Usai selesai larian tersebut, kami dihiburkan dengan Nyanyian dan Perkongsian oleh Yatt Hamzah, Heliza Heliza dan ramai lagi mengenai serba sedikit tentang pengalaman mereka semasa berada di bumi Gaza. Aku melihat Heliza Helmi dan Yatt Hamzah begitu lantang apabila mereka berdua berbicara mengenai Gaza. Seperti ada satu semangat yang sangat besar yang berada di dalam diri dua wanita ini.


Selain itu, Lagu "Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang" jgak telah diubah oleh Heliza Helmi dan Salima kepada lirik lagu "Gaza Yang Dulu Bukan Yang Sekarang" seperti lirik berikut "Gaza yang dulu bukanlah yang sekarang , dulu dulu dulu Gazanya Aman sekarang Gaza diserang , cita2 ku ingin membantu mereka , jika berjaya ku ucapkan Alhamdulillah , ku bersyukur pada Yang Maha Kuasa memberi jalan buat semua." Itulah antara serba sedikit lirik yang diubah oleh Heliza Helmi.


Alhamdulillah , bersyukur sangat kepada Allah kerana diberikan peluang untuk kami menyertai Program Amal Palestine ini. Walaupun penat berlari sejauh 10k tetapi kami berasa sangat puas. Walaupun kami tidak berada di tempat tersebut. At least kami dapat merasainya dengan mata hati kami.


Dan di akhir entri ini ada sedikit bingkisan gambar buat santapan kalian.




Sekian......