Bismillahirahmanirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah..
Assaalamualaikum.. Hi semua.. Yall tengah buatpe tu ? Adakah korang sedang menunggu entri aku yang seterusnya.. Hehe.. Hari ni aku nak update entri mengenai sahabat2 aku yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati.. Dan sudah semestinya entri ini aku buat khas untuk sahabat2 aku seperti mereka dan mereka.. Ceh banyak mereka dan mereka tu kan ? *gelak tutup mata* Okay..... Sekarang mehlah kita teruskan cerita yang aku nak ceritakan ini..
Buat sahabat aku , Wan Anis Shafikah , Norshakilla Shaira dan Shahzuanie Izatty. Entri ini khas aku buat semata2 untuk korang.. Terharu tak ? Hehe.. Wey korang ingat tak semua kenangan2 kita yang pernah kita lalui sesama. Kalau korang tak ingat , meh sini aku ingatkan kat korang. Tapi satu kenangan jelah yang aku nak ceritakan balik untuk korang. Okay.... Korang ingat tak kita berempat pernah di panggil masuk Logistik sebab ada kes dan waktu tu bulan puasa. Ingat tak lepas kita keluar dari logistik, masing2 muka bengang sebab tak pasal2 kena marah walaupun kita tak salah.
Ingat tak lepas kita dah blaa dari situ. Kita berempat lepak kat depan kedai kasut Jukebox. Eh pandai tak aku sebut Jukebox ? Hehe.. Kita berempat duduk kat situ sebab masing2 tengah dok mencari jalan nak settle kan masalah tu kan ? Ingat lagi , lepas tu Atty terus call mak die sampai menangis2.. Tapi aku , Wan and Kecik relax je walaupun aku tengah marah jgak. Tapi paling kelakar yang Atty call mak die sampai nangis2.. Haha.. Lepas dah kita rasa kemarahan tu macam dah reda sikit.. Masing2 bincang nak buka puasa walaupun waktu tu lagi 3 ke 4 jam. Haha.. *hah ponteng puasa*
Buat sahabatku Wan Anis Shafikah , Norshakilla Shaira dan Shahzuanie Izatty. Sahabatmu ini terlalu rindukan kalian.. Rindu nak bedtime story dengan korang.. Rindu nak bergaduh dan bertekak mulut dengan korang.. Rindu nak tengok wayang sesama dan semuanya lah yang pernah kita buat sesame before this. Tapi aku tahu, kita semakin hari akan semakin jauh dan taktahu bile kita akan reunion kembali kan ? Cuma Allah je yang tahu betapa rindunya aku kat korang semua. Dan untuk Atty, meh kita lupakan apa yang pernah terjadi antara kita.. Aku dah tak marah dengan kau.. Senang2 kau contact lah aku.. Aku rindu..... :'( *menangis*
Buat Sahabat dengarlah ini :
SAHABAT adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi.. Dialah ladang hati yang kau taburi dengan KASIH dan kau suburi dengan rasa TERIMA KASIH.. Dia jugalah pendorongmu dan jua pelindungmu, kerana kau menghampirinya di saat hati lupa dan mencarinya di saat jiwa memerlukan kedamaian... Itulah sahabat...
Dan..... Di akhir entri ini ada sedikit bingkisan sebagai santapan buat kalian andai kalian hampir terlupa pada kenangan kita ataupun sebagai santapan jika rindu :)
Sahabat..
No comments:
Post a Comment