Bismillahirahmanirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Segala puji2 an hanyalah untuk Allah..
Assalamualaikum.. Hi semua.. Berjumpa lagi kita pada entri yang terbaru.. Alhamdulillah , bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan, ruang dan peluang untuk memperbaiki kekurangan diri yang serba kurang ini.. Serta diberi peluang untuk meng update entri yang seterusnya.. Semoga korang jgak sentiasa berada di dalam lindungan Allah selalu..
Entri kali ini aku nak bercerita mengenai peluang aku dan sepupu2 ku menyertai Program Amal Palestine.. Walaupun sebulan dah berlalu tapi rasanya masih sempat kot nak update. Hehe. Aku tidak tahu bagaimana hati kecilku ini terdetik untuk menyertai program2 seperti ini. Dan ini adalah program amal yang pertama aku sertai. Semuanya bermula selepas aku terbaca satu artikel mengenai Program Amal Palestine di Fanpage selebriti yang cantik manis sape lagi kalau bukan Heliza Helmi. Sebaik baca mengenai artikel tersebut , tanpa berpkir panjang. Aku terus inform kan pada sepupu2 ku. Tidak salah kita memberanikan diri untuk menyertai program2 amal seperti itu. Walau tak banyak , sedikit pun sudah memadai.
3 Nov 2013 : Hari dimana Gaza 10k Run yang diadakan di Wangsa Walk bermula seawal lebih kurang pukul 6.30 pagi. Tetapi aku dan sepupu2 ku sempat sampai ke situ pada pukul 7 pagi. Ramai peserta yang telah amik tempat masing2. Dan peserta yang menyertai program ini bukan sahaja bangsa melayu tetapi pelbagai bangsa jgak menyertai program ini. Kami mengambil bahagian di dalam penyertaan Run Distance 10KM.. Selain itu , warga mas jgak turut serta dalam misi larian ini. Walaupun nampak mereka tua tetapi semangat mereka seperti orang muda seperti kita semua.
Selesai berlari 10K. Dalam pukul 9 ke 10 pagi. Aku dan sepupu2 ku duduk berehat di hadapan restoran NZ. Kami sekadar duduk sekejap untuk merehatkan badan. Usai selesai larian tersebut, kami dihiburkan dengan Nyanyian dan Perkongsian oleh Yatt Hamzah, Heliza Heliza dan ramai lagi mengenai serba sedikit tentang pengalaman mereka semasa berada di bumi Gaza. Aku melihat Heliza Helmi dan Yatt Hamzah begitu lantang apabila mereka berdua berbicara mengenai Gaza. Seperti ada satu semangat yang sangat besar yang berada di dalam diri dua wanita ini.
Selain itu, Lagu "Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang" jgak telah diubah oleh Heliza Helmi dan Salima kepada lirik lagu "Gaza Yang Dulu Bukan Yang Sekarang" seperti lirik berikut "Gaza yang dulu bukanlah yang sekarang , dulu dulu dulu Gazanya Aman sekarang Gaza diserang , cita2 ku ingin membantu mereka , jika berjaya ku ucapkan Alhamdulillah , ku bersyukur pada Yang Maha Kuasa memberi jalan buat semua." Itulah antara serba sedikit lirik yang diubah oleh Heliza Helmi.
Alhamdulillah , bersyukur sangat kepada Allah kerana diberikan peluang untuk kami menyertai Program Amal Palestine ini. Walaupun penat berlari sejauh 10k tetapi kami berasa sangat puas. Walaupun kami tidak berada di tempat tersebut. At least kami dapat merasainya dengan mata hati kami.
Dan di akhir entri ini ada sedikit bingkisan gambar buat santapan kalian.
Sekian......
No comments:
Post a Comment