Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat dan saling bahagia dan membahagiakan. Sudahkah hari ini kita melahirkan rasa syukur kita dengan menyebut alhamdulillah atas nikmat kehidupan yang Allah s.w.t berikan kepada kita semua. Semoga kita tidak terlupa untuk lahirkan rasa syukur kite kepada Allah. InsyaAllah.. Hari ni saya nak share sedikit cerita kepada kalian semua..
Di suatu petang, saya menerima call daripada kawan saya. Die tertiba ajak berjumpa di tasik. Dalam hati saya heran kenape tiba2 die ajak saya jumpe di sana. Lain macam saja. Saya pun datang ke suatu tasik seperti kami dah janjikan. Tanpa memberi apa2 salam saya terus bertanya "kenape kau ajak aku jumpe kat sini? Tak pernah2 ajak aku jumpe kat tasik. Mimpi ape malam tadi?" Tanya saya. "Ala sesekali lepaklah plak kat tasik. Bosan asik jumpe kat mall je." Jawab die. Dalam diam saya berpkir mencari jawapan. " ke kau ade something nak share dengan aku?" Teka saya. "Takdela. Saja ajak kau datang sini untuk muhasabah diri." Balas die. Dalam hati saya tertanya "muhasabah diri apa yang die maksudkan?"
"Muhasabah diri? Maksud kau ape?" Terkeluar jgak persoalan itu dari mulut saya. "Ialah kadang2 kite perlu bermuhasabah diri untuk renung dan tenung kehidupan kite" jelas die panjang lebar. "Tp kalau nak bermuhasabah diri bukan kat sini. Jomla kite pergi surau atau masjid yg terdekat" pintas saya. Die terdiam sebentar mungkin sedang berpkir. "Ke kau ada masalah lain?" Tanya saya bertubi2. "Ntahlah." Jawapan yang die berikan membuatkan hati saya melonjak ingin tahu. "Ceritalah dgn aku. Aku kan kawan kau." Pujuk saya. "Aku segan nak cter kat kau walaupun kau kawan aku" jawab die. " lah nape kau nak segan plak? Kite kan sesame perempuan." Kata saya. Lama kami berdua duduk diam. Saya saja memberi die ruang untuk die berpkir.
Dan tiba2 "ape yg aku nak semuanya aku tak dpt. Ape yg aku tanak tula yg aku dpt. Nape wey?" Tanya die. Saya cuba jelaskan kepada die satu persatu. "Kau kena ingat kdg2 ape yg kau nakkan sgt itu mungkin sesuatu yg amat buruk utk kau dan sedangkan sesuatu yg amatlah kau tak suka itula yg sgt baik utk kau. Allah Maha Mengetahui ape yg terbaik utk kite. Nnt balik kau try buka al-quran surah al-baqarah ayat 216." Jelas saya panjang lebar. "Nape susah sgt nak berubah jd baik?" Tanya die lagi. "Nak berubah menjadi baik tak susa cuma kite je yg menyusahkan situasi tu sbb kite pkir ape yg org kata" jawab saya. "Mujahadah itu pahit sbb syurga itu mahal" kata saya lagi. "Tp kuat ke aku nak truskan niat aku ni?" Tanya die kpd saya. "InsyaAllah, selagi kau tak putus harap dgn Allah. Selagi kau tak putus doa mintak Allah kuatkan hati dan iman kau. Selagi itu kau bole buat. Yg penting niat kau kena betul k" jawab saya.
"Cuba kau tengok di sekeliling kau ni. Ape yg kau nampak?" Tanya sy. "Aku nampak air, jalan" die senaraikan satu persatu. "Ok kau nampak jalan kan? Kau tau jalan ni penghujungnya sampai ke mane?" Tanya saya. "Taktahu" jawab die ringkas. "Kau tau setiap jln yg kau berjalan kat keliling ni bole tembus pelbagai tempat?" Tanya sy lagi. "Tahu" jawab die spontan. "Hah mcm tula hidup kite ini. Walau berjuta beribu masalah yg kite ade pasti ade jln penyelesaian. Ujian adala suatu tarbiyah buat kite si pendosa. Dan kite hanya hamba Allah yang selayaknya di uji." Jelas sy kpd die. Die diam mendengar penjelasan sy. "Kau ni bole jd ustazahlah" kata die dlm nada bergurau. "Bukan bole jd ustazah ke tidak. Kau ade masalah aku cuba nasihatkan kau. Aku taknak kawan aku jatuh d tgh lautan sdgkan aku telah berada d hujung lautan." Pintas sy.
Itulah adalah sebahagian daripada cerita saya dan kawan saya semasa kami berjumpa. Dalam story ini die ingin bermunasabah diri dalam perjalanan die untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Dan saya ingin katakan kepada mereka yang juga sedang berusaha untuk berubah kerana Allah s.w.t. Jangan kalian pedulikan apa yang orang kata pada kalian. Contoh ayat "ni berubah sbb boypren/girlpren die lah ni" dan macam2 lagi ayat2 negatif yang kadang2 bole buat kite jatuh di dalam perjalanan untuk berhijrah. Teruskan langkah dalam mencari redha Allah. Biarkan apa yang orang nak cakap. Selalu pesan pada diri aku ni nak cari redha Allah ke redha manusia.
Doa jangan putus. Berkawan dengan orang yang kita rasa mereka boleh membantu meningkatkanlah keimanan dan semangat kita untuk berubah. Ingat! Mujahadah itu pahit kerana syurga itu mahal. :)
Akhir sekali andai ade tersalah bicara saya di sini mohon diperbetulkan. Sekian buat semua yang disayangi kerana Allah.