Seperti kalian semua tahu dunia sekarang adalah dunia yang sangat tercabar.. Kadang2 kita sendiri tidak mampu nak tepis.. Ada orang yang berlumba2 antara satu sama lain dalam bidang perrniagaan.. Ada orang sedang berlumba2 untuk jadi kaya.. Ada orang sedang berusaha untuk memperbaiki diri.. Ada orang sedang berlawan antara sesama mereka.. Dan macam2 lagi.. Itulah ragam manusia..
Kenapa mahu berlagak ? Hah kalian pernah ayat ini ? Saya pasti dan pasti mesti semua pernah dengarkan.. Kadang2 saya tidak paham kepada sesetengah manusia di luar sana yang hidupnya mahu berlagak saja.. Kata orang biar papa asalkan bergaya.. Bagi saya, buat apa mahu berlagak di atas dunia yang sementara ini ? Sebenarnya saya sendiri tidak paham secara jujurnya walaupun kadang2 saya cuba untuk memahami perasaan orang2 yang suka berlagak ini.. Tetapi saya tidak berjaya menyelami perasaan mereka.. Mungkin Allah tidak mengizinkan saya untuk menyelami hati orang2 berlagak seperti setengah manusia..
Kenapa sombong ? Manusia zaman serba moden ini kebanyakkan cepat sangat perasaan sombongnya itu wujud dalam diri.. Lagi2 baru mempunyai harta sedikit.. Belum jutawan ye.. Allah baru kurniakan harta yang sedikit kepada kita.. Kita dah mula rasa hidung tinggi.. Kita dah mula rasa tak layak nak bercampur dengan orang yang tidak setaraf.. Malah , mungkin ada yang malu untuk mengaku keluarga sendiri.. Lupa ke kita bahawa apa yang kita ada itu semuanya milik Allah.. Ingat , bukan susah sahaja ujian tetapi senang juga adalah ujian Allah buat kita..
Kenapa riak ? Saya percaya di zaman yang serba moden ini ramai dalam kalangan kita semua masing2 ingin berlumba2 menunjuk setiap aset yang mereka ada.. Mereka berlumba2 mahu menayangkan atau menunjuk2 gadget2 , smartphone dan macam2 lagi kepada mereka yang mungkin tidak mampu dimiliki oleh segolongan lapisan masyarakat yang kurang berpendapatan seperti mereka.. Mereka riak kerana mereka berharta dan berkedudukan orangnya.. Tetapi lupa ke kita ? Semua yang kita ada ini adalah milik kepunyaan Allah.. Kita hanya meminjam sahaja.. Malah , riak ini akan merosakkan segala2 nya.. Dan bila kita bercakap janganlah sesekali kita bercakap dalam keadaan yang penuh riak di dada.. Allah tidak suka.
Sahabat sekalian , saya ingin berpesan pada diri saya dan juga kepada yang lain.. Janganlah kita sesekali ada perasaan seperti itu.. Ada orang kaya Allah berikan lagi kekayaan kepada mereka sebab apa ? Sebab mereka adalah golongan orang kaya yang tidak berlagak , yang tidak sombong dan yang tidak riak.. Malah , mereka adalah golongan yang sentiasa bersikap merendah diri biarpun mereka berkedudukan tinggi..
Mohon maaf andai entri kali ini tidak seberapa jelas perjelasannya.. Kerana saya adalah manusia yang serba kekurangan dan sedang berjinak2 mahu terjun ke dunia blog sebagai medan dan alternatif untuk saya menyampai mesej dakwah.. Sekiranya ada kekurangan daripada entri saya ini , mohonlah sangat sahabat2 semua dapat membantu saya untuk memantapkan lagi dunia penulisan saya kelak.. InsyaAllah.. Semoga Allah membantu saya dan sahabat semua.
~Sekian Wallahualam~
No comments:
Post a Comment