Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kamu semua si pembaca setia blog saya.. Kalian semua apa khabar ? Mudah2 an kalian baik2 saja ye.. Jangan lupa setiap kali bangun dari tido yang lena mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah sebab Dia mengizinkan lagi kita bernafas..
Okay saya taknak membebel panjang hari ni.. Blog hari ni cuma ringkas saja.. Hari ni hari ibu kan atau omputihnya sebut Mother's Day.. Mungkin hari ni adalah tarikh yang spesifik untuk menyambut hari ibu bagi seluruh dunia untuk kita menghargai dan mengingati lebih pengorbanan seorang ibu.. Kalau nak di sebut pengorbanan ibu kita satu persatu mungkin kita tak mampu nak sebut.. Sebab terlalu banyak pengorbanan mereka..
Orang kata seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak.. Tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.. Jadi saya nak ingat kepada kalian di luar sana termasuk diri saya sendiri agar sentiasalah menghargai ibu kita setiap saat..Kelak bila mereka tidak ada lagi di atas dunia ini maka terputuslah satu keberkatan daripada seorang ibu kepada anak2 nya iaitu Doa..
Ibu Dikaulah Ratu Hati Kami.. Terima kasih atas pengorbananmu kepada kami..
P/S: Everyday is Mother's Day..
Sekian..
No comments:
Post a Comment