Bismillah.. Assalamualaikum semua.. Assif (maaf) malam2 ini baru saya update blog. Mata tidak boleh berapa nak lelap. Hati dan perasaan terlalu futur saat dan ketika ini. Tahajud menjadi peneman. Di dalam tahajud jiwa yang futur ini merintih. Doakan saya moga diberikan kekuatan.
Malam ni saya nak bagi sedikit tips tentang langkah2 untuk kita benar2 istiqamah.. Mudah2 an tips ini memberi serba sedikit manfaatnya kepada kita semua.. InsyaAllah..
Sebelum itu, saya nak jelaskan sedikit definisi istiqamah. Mungkin ada antara kita yang tidak paham maksud istiqamah. Takpe. Saya cuba jelaskan apa yang saya tahu dan paham. InsyaAllah. Istiqamah bermaksud consistant atau lebih tepat sekali berterusan. Contohnya, kita nak berubah. Mesti kita nak perubahan itu adalah perubahan yang berterusan kan? Haaa.. Itu maksudnya Istiqamah.. :)
MIND SET
Apa yang di maksudkan mind set ini adalah letakkan niat kita betul2 kerana Allah Taala yang kita ni betul2 nak berubah. Yang kita ni betul2 nak jadi baik. Serta sematkan sekemas2 nya niat kita untuk berada dalam keadaan istiqomah di atas jalan Allah ini sebaik2 nya di dalam hati. InsyaAllah, bila kita dah betul2 niat kerana Allah. Pasti kita mampu untuk beristiqomah.
DOA
Apa yang dimaksudkan dengan doa? Setiap kali selesai solat mohonlah kepada Allah agar Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa berada di dalam keadaan istiqomah atas jalanNya. Mohon pada Allah diberikan kekuatan hati dan iman. Bukan saja setiap kali selesai solat untuk berdoa mohon istiqomah. Tetapi berdoalah selalu mohon Allah bantu kita untuk terus istiqomah.
MUHASABAH
Muhasabah yang di maksudkan. Apabila kita berada di dalam keadaan keseorangan. Waktu itu adalah waktu yang paling tepat sekali untuk kita refleksi kembali diri. Renung dan tenung diri sendiri dan tanya pada diri "adakah aku sudah cukup istiqomah?" Muhasabah ini sangat penting untuk kita supaya kita sentiasa dapat melihat dan mencari kesalahan dan kesilapan diri sendiri.
MEMBACA/MENDENGAR BAHAN ILMIAH
Selain itu, banyakkan membaca bahan2 ilmiah. Dengan melalui pembacaan sedikit sebanyak dapat membantu kita jadi lebih bersemangat untuk terus istiqomah.. Kalau malas nak membaca tetapi lebih suka mendengar.. Saya suggest kan dengar radio IkimFm.. Setiap petang IkimFm akan membincangkan topik2 yang sangat menarik. Contohnya segmen usrati. Islam itu indah dan sebagainya. Ianya juga dapat membantu dan sangat bermanfaat..
MENGHADIRI MAJLIS2 ILMU
Selain itu, perkara yang kita boleh lakukan untuk kekalkan istiqomah ini adalah dengan menghadiri majlis2 ilmu. Menghadiri kuliah dhuha ke atau apa sahaja majlis ilmu yang boleh bagi manfaat untuk kita. Maka pergilah. Dengan cara menghadiri majlis2 ilmu macam ini serba sedikit dapat membantu kita dari segi menambah ilmu pengetahuan dan juga bantu kita untuk istiqomah.
JOIN GROUP/KELAS USRAH
Di zaman teknologi yang tinggi seperti hari ini. Kita semua sebenarnya boleh sahaja menubuhkan group usrah sendiri di application whatsapp, telegram, wechat dan sebagainya. Pendek kata semuanya berada di hujung jari dan unlimited place. Dimana jika kita masih tidak ada kesempatan masa untuk ke majlis2 ilmu. Kita juga boleh berusrah di application seperti yang saya sebut. Tidak alasan lagi untuk tidak mencari apa yang perlu kita cari.
MENCARI MURABBI/MENTOR
Jadikan orang yang kita rasa boleh bimbing dan bantu kita sebagai mentor atau murabbi yang boleh kita rujuk perkara2 yang kita tidak tahu. Yang boleh dijadikan tempat untuk kita bertanya dan meluahkan. Tapi ingat. Hati kena niat untuk belajar kerana Allah Taala daripada seorang murabbi/mentor.
BERDAMPING DENGAN ORANG YANG BAIK2
Untuk jadi baik, kita kena belajar berdamping dan menghampiri orang yang baik2. Kawan yang baik2. Orang2 yang soleh dan solehah. Sebab dengan cara macam tu, kita dapat memperbaiki diri kita. Dan for sure apabila kita mendekati mereka semua, secara tak langsung kita akan rasa dekat sangat dengan Allah. Sebab mereka mengajak kita membuat kebaikan. Mengajak kita menuju redha Allah s.w.t. Walaupun kita tidak sebaik mereka. Jangan malu untuk mendekati orang2 seperti mereka.
Pesan Imam Al-Ghazali ada tiga jenis kawan yang kita kena pegang. Yang pertama kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. Yang kedua dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.
Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. Dan yang Ketiga, dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Kata Imam Al- Ghazali jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.
Alhamdulillah.. Itu serba sedikit tips dan perkongsian daripada saya hamba yang hina dan yang kurang ilmunya.. Semoga perkongsian coretan kecil saya ini akan Allah lihat. InsyaAllah!
Sekian,
Wallahu'aklam
22.12.2014 (01.25 am)
No comments:
Post a Comment