Music

Sunday, 13 December 2015

PUISI BUAT KAMU

PUISI BUAT MURABBI ASNI ABU MANSOR

Bismillah...

Kamu adalah insan yang aku sayang selepas kedua ibubapaku

Kamu hadir dalam hidupku membawa seribu satu sinar yang Allah titipkan kepadaku

Kamu hadir ketika aku berada di dalam kegelapan dan kejahilan diri yang meninggi

Kamu hadir ketika aku benar-benar ingin pulang ke pangkal jalan dalam menuju redha Illahi

Walaupun kadangkala aku selalu tewas tapi kamu tidak putus-putus memberi tarbiyyah dan dakwahmu kepadaku

Setiap kali kamu beraksi di depan camera untuk pelbagai rancangan motivasi dan dakwah

Aku sering perasan sendiri bahawa kamu sedang memberi tarbiyyahmu kepadaku biarpun kamu sedang live di kaca tv

Walau kamu tidak memberi dakwah secara direct kepadaku

Tapi cukup sikap, cara dan kata-kata yang keluar dari mulutmu buat aku makin sedar akan hakikat diri

Semakin sedar untuk mendekatkan diri pada Allah

Sebelum ini bukan aku tidak pernah mencuba

Puas aku mencuba berjalan dan berlari dalam mendekatkan diri pada Allah

Namun aku gagal

Aku sentiasa gagal menemui jalan itu
Sehinggalah Allah temukan aku dengan kamu

Tidak hairanlah mengapa ramai orang begitu kagum dengan kamu

Tidak hairanlah mengapa ramai orang sangat senang dengan kamu

Kerana cara, sikap dan penerimaan kamu pada orang sepertiku buat ramai orang sayang dengan kamu

Setiap kali aku menyebut namamu di dalam doaku

Setiap kali itu aku cuba menahan airmataku dari terus mengalir

Aku mintak supaya Allah jagakan kamu

Aku mintak supaya Allah balas budi baik kamu wahai murabbi dengan ganjaran Allah yang paling tinggi

Walaupun sebenarnya aku tahu aku tak layak berdamping dengan orang seperti kamu

Aku malu bila duduk mendekat dengan kamu

Namun dalam hati aku sungguh berterima kasih kepada Allah

Terima kasih Allah
Kerana titipkan dia padaku

Terima kasih duhai murabbi
Kerana selalu ada membantuku

Tulus,
@shafelahsuhaimi
(Peminat Tegar Lagi Setia)

08.12.2015

No comments:

Post a Comment