Music

Thursday, 19 March 2015

Pengajian Diploma Di Bumi Mesir

Bismillah..
Assalamualaikum wbt buat kalian semua si pembaca setia blog.. Walau di manapun kalian berada dan sedang lakukan, semoga semuanya berada di dalam jagaan dan peliharaan Allah hendaknya.. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w ..

Alhamdulillah.. Semalam 18 March 2015, Allah memberikan saya kesempatan waktu untuk berjumpa dengan Yasmin Sofia (kakyong), Syakirah dan Ustazah Asni di KLIA..

Aku datang agak lewat ketika itu dalam sekitar 8.45pm.. Sesampai je aku ke KLIA, aku cuba call ustazah dan kakyong tapi takde jawapan.. Hati bimbang kalau2 mereka telah masuk ke departure hall dan aku mungkin terlewat beberapa minit.. Dan kebetulan, sahabat sama2 belaja dulu juga akan terbang ke Turki bersama suaminya dan kemudian mengerjakan ibadah umrah.. Alhamdulillah, dapat juga jumpa sahabat sebelum dia berlepas..

Selesai berjumpa dengan sahabat.. Aku masih juga try call ustazah dan kakyong tetapi tak berjawab.. Namun, kuasa Allah Yang Maha Hebat.. Allah mengerakkan hati kecil ini untuk aku berlegar2 sekitar balai pelepasan.. Kemudian, aku ternampak sekumpulan golongan sedang berkumpul di situ.. Aku yakin itu adalah murabbi bersama family nya.. Aku dekati kumpulan itu.. Hati sebak.. Sayu.. Hiba.. Aku datang terus mendapatkan kakyong dan terus berpeluk cium kuat2.. Kemudian aku salam nenek dan murabbi memanggil nama aku setelah menyedari aku berada di situ dan aku seterusnya dapatkan murabbi terus salam peluk cium kuat2..

Kakyong dan sahabatnya Syakirah dapat membuat Diploma Bahasa Arab di bumi Mesir selama 2 tahun.. Kemudian, syakirah student murabbi yang juga akan sama2 ke Mesir datang salam dan peluk cium kuat2 denganku.. Aku cuma membisikkan di telinga Yasmin dan Syakirah "jaga diri baik2.. belaja rajin2 tau" cuma tu saja yg aku bole lafazkan.. Aku takut airmata ini akan gugur andai aku berbicara banyak.. Kemudian, ketika sdg memeluk murabbi.. Aku juga membisikkan kpd murabbi "ustazah, jaga diri baik2 tau" cuma ayat itu juga yg bole aku lafazkan dan murabbi juga sempat bisikkan kpdku "shafelah, awak jaga diri baik2".. Dan aku cepat2 meleraikan pelukan kami.. Sebab aku sedih..

Aku kemudian beralih tempat dan hanya berdiri di tepi menjadi pemerhati.. Aku melihat kakyong menangis.. Melihat adik2 nya yang lain juga menangis.. Allah.. Akrabnya hubungan mereka adik beradik.. Dan aku terus menjadi pemerhati yg setia.. Mereka saling berpelukan adik beradik..

Semoga Allah menjaga dan memelihara kalian sepanjang di sana.. I love you all because of Allah!

Monday, 2 March 2015

Bicara Dakwah Di Majlis Ilmu

Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian si pembaca setia blog saya.. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik dan sihat serta berada di dalam lindungan Allah hendaknya.. In shaa Allah.. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w .. Alhamdulillah, Allah masih memberikan saya kesempatan waktu untuk saya update sedikit perkongsian ilmu di sini.. Dan semestinya saya terasa macam dah lama tak update blog even baru je sebulan tak update..

In shaa Allah, sedikit perkongsian akan saya share dengan kalian semua.. Mudah2 an dengan perkongsian kisah2 dan bicara dakwah ini mampu memberi asbab kebaikan buat semua.. In shaa Allah..

Alhamdulillah, dua tiga hari lepas Allah berikan saya kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu Raudhah D Ridhuan Hulu Kelang pada sabtu yang lalu.. Dan alhamdulillah juga, ahad keesokannya Allah memberi saya kesempatan waktu untuk saya menemani murabbi saya pergi memberi ceramah kuliah dhuha beliau di Surau Nurul Iman Puncak Jalil.. In shaa Allah, saya akan kongsikan beberapa kisah dari saya pergi ke majlis raudhah sehingga saya mengikuti kuliah dhuha murabbi..

JANGAN TUNGGU DAH BUTA, BARU NAK BACA AL-QURAN.
Cerita ni saya petik daripada pendakwah selebriti iaitu Ustazah Asni Mansor.. Sebenarnya cerita ni panjang tapi saya pendekkan.. Ketika itu di majlis raudhah d ridhuan dalam slot forum perdana isyak dengan tajuk "Hijrah Hati, Hijrah Hakiki".. Di dlm slot itu, beliau ada menceritakan tentang kisah sahabat beliau yg sama2 belajar menuntut ilmu tetapi selepas 17 tahun Allah berikan nikmat penglihatan kepada sahabatnya. Di takdirkan Allah dia disahkan mempunyai ketumbuhan di kepala dan perlu di operate.. Dan operate itu memberi side effect menyebabkan matanya menjadi buta kerana bahagian sarat optik di potong.. Setiap ujian pasti ada hikmah dan Allah mahu gantikan dgn sesuatu.. Redha dgn takdir tuhan.. Beliau kembali bangkit drpd kelemahan.. Beliau berjaya membuat diploma quran selama 7 tahun kalau tak silap.. Walaupun beliau belajar dan baca quran tanpa celik penglihatan dan terpaksa menggunakan quran braille. Dan takdir Allah, beliau antara 10 org pelajar yg tersenarai dlm program pengajian al-quran sistem braille. Dan akhirnya beliau berjaya menghafaz 30 juzuk quran. Kata sahabat beliau, jika Allah tidak menarik nikmat penglihatannya, pasti beliau tidak akan menyentuh quran. Benar janji Allah itu pasti.. Allah tarik nikmat penglihatannya dan kemudian Allah gantikannya dengan 30 juzuk ayat Al-Quran di dalam dada. Dan selepas beberapa tahun, beliau di takdirkan Allah mempunyai ketumbuhan buat kali kedua di kepala dan beliau kembali di samping Maha Pencipta dengan membawa 30 juzuk ayat Al-Quran..
Kata ustazah, ini adalah amanah dari sahabat beliau utk disampaikan kpd masyarakat supaya jgn tinggalkan quran. Jgn tunggu dah buta baru nak baca.

JANGAN PANDANG RENDAH KEPADA ORANG YANG BERSKIRT PENDEK
Kisah ini juga dipetik drpd Ustazah Asni Mansor ketika sy mendengar kuliah dhuha beliau.. Kata ustazah, kita jangan pandang rendah pada orang yg tidak menutup aurat sbb kita tak tahu esok lusa kita jadi apa? Ustazah sempat ceritakan tentang seorang pengusaha salon di mana beliau kini telah berhijab sepenuhnya malah telahpun berpurdah. SubhanaAllah. Kata beliau, sepanjang berkawan dgn pengusaha salon itu semasa dia belum hijrah. Bukan takde niat mahu berdakwah dia supaya menutup aurat. Cuma kita perlu berdakwah dgn cara berhikmah. Ada suatu hari tu, beliau mengajak pengusaha salon itu menemani beliau utk bagi talk. Kemudian dia agak terkejut bila beliau mengajak. Beberapa kali pengusaha salon itu bertanya kpd beliau betul ke beliau mengajak dia? Tanda tak percaya seorang ustazah mengajak seorang pengusaha salon yg ketika itu belum menutup aurat sepenuhnya. Di pendekkan cerita, selepas beliau menemankan ustazah bagi talk. Di awal ramadhan tahun lepas, beliau telahpun berhijab sepenuhnya. Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah dan kita bukan manusia yang boleh memberi hidayah kpd orang tapi kita boleh menjadi asbab hidayah Allah kpd org..

Alhamdulillah.. Saya sangat tertarik dgn dua kisah cerita ini.. Ada pengajaran yang boleh di ambik oleh kita semua.. Dan semoga perkongsian ini memberi serba sedikit teladan dan pengajaran.. Dan mudah2 an menjadi asbab kebaikan buat semua.. In shaa Allah.. Dan terima kasih kpd murabbi kerana mengizinkan sy share dua kisah ini..

Thursday, 5 February 2015

Bumi Palestine/Al-Aqso.. Tunggu Aku Datang..

Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua si pembaca blog. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat hendaknya juga di dalam peliharaan Allah selalu. InsyaAllah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .. Alhamdulillah.. Selepas sekian lama menyepi daripada dunia blog.. Hari ini di izinkan Allah untuk meng update blog yang tidak seberapa..

Bumi Palestine.. Tunggu Aku Datang.. Ini adalah impian aku.. Bukan impian daripada kecik tetapi lahirnya impian ini semenjak aku mula melibatkan diri dalam aktivis kemanusiaan Palestine.. Senang kata semenjak aku menjadi sukarelawan Palestine setahun yang lalu.. Hati aku kuat berkata suatu hari nanti aku kena jejakkan kaki di Palestine.. Aku mahu rasai bagaimana rasanya berada di bumi bertuah itu..

Impian untuk pergi ke Bumi Palestine ini tidak hanya berada di dalam pkiran semata2 tetapi turut terbawa2 di dalam tido.. Tahun lepas, ada satu malam tu entah macam mana aku boleh mimpi aku salah seorang sukarelawan aman palestine yang terpilih untuk ke bumi bertuah itu dalam misi bantuan kecemasan di sana.. Ya Allah.. Waktu tu aku rasa happy sebab terpilih..

Dalam mimpi tu, ketua aman palestine memberi taklimat ringkas. Dan aku di tugaskan untuk mengagih2 kan barang makanan juga keperluan kepada saudara di Palestine. Dalam misi bantuan kecemasan ini juga di sertai selebriti terkenal iaitu Heliza Helmi.. Bagaikan tidak percaya, antara ramai2 sukarelawan palestine. Cuma aku saja yang terpilih untuk menyertai misi kemanusiaan palestine ini..

Sesampai saja di bumi bertuah itu. Hati jadi serbak terharu dan semua perasaan bercampur baur.. Hanya Allah yang tahu.. Waktu tu, Palestine sedang di bedil oleh tentera zionist laknatullah. Hati jadi gentar.. Walaupun hanya sekadar mimpi dapat pergi ke bumi bertuah itu. Dan mimpi tu hanya sekadar bercerita sampai di airport sana.. Tapi cukup buat aku berkobar2 dan bersemangat nak pergi ke bumi bertuah itu..

Selain tu, hati aku jadi lebih bersemangat nak jejak bumi bertuah itu apabila aku sering kali retweet pasal Palestine dan Al-Aqso di twitter.. Twitter IFalasteen yang selalu tweet pasal Palestine buat aku semakin berkobar2.. Pemandangan yang sangat subhanaAllah cantik..

Kalau tak silap, tahun lepas ada seorang pendakwah selebriti pergi kesana ketika bulan puasa. Bila tengok gambar2 Al-Aqso yang di post di laman sosial.. Perasaan jadi makin bersemangat plak.. Aku pernah sekali siap messenger ustazah semata2 nak tanya best tak pergi sana? And of course ustazah kata best.. Aku tahu memang best bila berada di bumi bertuah itu..

Tapi, cuma aku yang belum lagi bertuah untuk ke sana.. Dan terbaru ni, aku ada tengok Instagram Heliza Helmi.. Ustaz Amin ada buat ziarah Al-Aqso bulan Mei tahun ini.. Nak pergi tapi rasanya belum cukup lagi kos aku nak pergi ke sana untuk tahun ni.. Takde rezki mungkin.. InsyaAllah di masa2 akan datang pasti aku akan pergi.. Doakan ye ;)

Kalau sekalipun aku dapat pergi sana. Biarlah aku pergi dengan hasil duit titik peluh aku sendiri. Baru dapat rasai nikmatnya pergi sana dengan duit sendiri.. Aku tahu biarpun lama lagi taktahu bila? Tapi aku yakin suatu hari nanti pasti dapat jejakkan kaki kat sana.. Mudah2 an Allah kabulkan.. InsyaAllah..

Allah,
Sampaikan aku ke Bumi Al-Aqso

Sekian,

Penulis Jalanan

Dan mohon pembaca blog doakan kesihatan atok saya ye.. Syukran..

Saturday, 3 January 2015

Sebuah Pertemuan..

Ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan
tika aku diuji dengan dugaan

Saatku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNya mengatasi segala

Menitis air mata ku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasihMu Allah

Titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar
diuji dugaan mengharum dalam harapan
moga kan kesampaian kepadaMu Tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
di kurniakan dia
menuju jalan dekatiNya
tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajar ku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi (Cinta Allah)

Tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasihMu Tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan
bernama Murabbi.

Allah,
Jagakan dia
Peliharalah dia
Lindungilah dia.

Monday, 22 December 2014

Langkah-Langkah Untuk Istiqomah.

Bismillah.. Assalamualaikum semua.. Assif (maaf) malam2 ini baru saya update blog. Mata tidak boleh berapa nak lelap. Hati dan perasaan terlalu futur saat dan ketika ini. Tahajud menjadi peneman. Di dalam tahajud jiwa yang futur ini merintih. Doakan saya moga diberikan kekuatan.

Malam ni saya nak bagi sedikit tips tentang langkah2 untuk kita benar2 istiqamah.. Mudah2 an tips ini memberi serba sedikit manfaatnya kepada kita semua.. InsyaAllah..

Sebelum itu, saya nak jelaskan sedikit definisi istiqamah. Mungkin ada antara kita yang tidak paham maksud istiqamah. Takpe. Saya cuba jelaskan apa yang saya tahu dan paham. InsyaAllah. Istiqamah bermaksud consistant atau lebih tepat sekali berterusan. Contohnya, kita nak berubah. Mesti kita nak perubahan itu adalah perubahan yang berterusan kan? Haaa.. Itu maksudnya Istiqamah.. :)

MIND SET
Apa yang di maksudkan mind set ini adalah letakkan niat kita betul2 kerana Allah Taala yang kita ni betul2 nak berubah. Yang kita ni betul2 nak jadi baik. Serta sematkan sekemas2 nya niat kita untuk berada dalam keadaan istiqomah di atas jalan Allah ini sebaik2 nya di dalam hati. InsyaAllah, bila kita dah betul2 niat kerana Allah. Pasti kita mampu untuk beristiqomah.

DOA
Apa yang dimaksudkan dengan doa? Setiap kali selesai solat mohonlah kepada Allah agar Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa berada di dalam keadaan istiqomah atas jalanNya. Mohon pada Allah diberikan kekuatan hati dan iman. Bukan saja setiap kali selesai solat untuk berdoa mohon istiqomah. Tetapi berdoalah selalu mohon Allah bantu kita untuk terus istiqomah.

MUHASABAH
Muhasabah yang di maksudkan. Apabila kita berada di dalam keadaan keseorangan. Waktu itu adalah waktu yang paling tepat sekali untuk kita refleksi kembali diri. Renung dan tenung diri sendiri dan tanya pada diri "adakah aku sudah cukup istiqomah?" Muhasabah ini sangat penting untuk kita supaya kita sentiasa dapat melihat dan mencari kesalahan dan kesilapan diri sendiri.

MEMBACA/MENDENGAR BAHAN ILMIAH
Selain itu, banyakkan membaca bahan2 ilmiah. Dengan melalui pembacaan sedikit sebanyak dapat membantu kita jadi lebih bersemangat untuk terus istiqomah.. Kalau malas nak membaca tetapi lebih suka mendengar.. Saya suggest kan dengar radio IkimFm.. Setiap petang IkimFm akan membincangkan topik2 yang sangat menarik. Contohnya segmen usrati. Islam itu indah dan sebagainya. Ianya juga dapat membantu dan sangat bermanfaat..

MENGHADIRI MAJLIS2 ILMU
Selain itu, perkara yang kita boleh lakukan untuk kekalkan istiqomah ini adalah dengan menghadiri majlis2 ilmu. Menghadiri kuliah dhuha ke atau apa sahaja majlis ilmu yang boleh bagi manfaat untuk kita. Maka pergilah. Dengan cara menghadiri majlis2 ilmu macam ini serba sedikit dapat membantu kita dari segi menambah ilmu pengetahuan dan juga bantu kita untuk istiqomah.

JOIN GROUP/KELAS USRAH
Di zaman teknologi yang tinggi seperti hari ini. Kita semua sebenarnya boleh sahaja menubuhkan group usrah sendiri di application whatsapp, telegram, wechat dan sebagainya. Pendek kata semuanya berada di hujung jari dan unlimited place. Dimana jika kita masih tidak ada kesempatan masa untuk ke majlis2 ilmu. Kita juga boleh berusrah di application seperti yang saya sebut. Tidak alasan lagi untuk tidak mencari apa yang perlu kita cari.

MENCARI MURABBI/MENTOR
Jadikan orang yang kita rasa boleh bimbing dan bantu kita sebagai mentor atau murabbi yang boleh kita rujuk perkara2 yang kita tidak tahu. Yang boleh dijadikan tempat untuk kita bertanya dan meluahkan. Tapi ingat. Hati kena niat untuk belajar kerana Allah Taala daripada seorang murabbi/mentor.

BERDAMPING DENGAN ORANG YANG BAIK2
Untuk jadi baik, kita kena belajar berdamping dan menghampiri orang yang baik2. Kawan yang baik2. Orang2 yang soleh dan solehah. Sebab dengan cara macam tu, kita dapat memperbaiki diri kita. Dan for sure apabila kita mendekati mereka semua, secara tak langsung kita akan rasa dekat sangat dengan Allah. Sebab mereka mengajak kita membuat kebaikan. Mengajak kita menuju redha Allah s.w.t. Walaupun kita tidak sebaik mereka. Jangan malu untuk mendekati orang2 seperti mereka.

Pesan Imam Al-Ghazali ada tiga jenis kawan yang kita kena pegang. Yang pertama kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. Yang kedua dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.
Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. Dan yang Ketiga, dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Kata Imam Al- Ghazali jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

Alhamdulillah.. Itu serba sedikit tips dan perkongsian daripada saya hamba yang hina dan yang kurang ilmunya.. Semoga perkongsian coretan kecil saya ini akan Allah lihat. InsyaAllah!

Sekian,
Wallahu'aklam
22.12.2014 (01.25 am)

Sunday, 14 December 2014

Tips Memulakan Penghijrahan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian yang dirahmati Allah. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam pelindungan Allah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .

InsyaAllah, hari ini ada sedikit perkongsian tips dan ilmu berkaitan penghijrahan. Tips ini juga adalah atas perkongsian group usrah gethering UM KL saya dan saya applikasikan di dalam blog ini. Moga2 ianya memberi manfaat buat semua. Andai malam ini Malaikat maut datang mengambil nyawa saya. Sekurang2 nya saya sudah menunaikan tanggungjawab saya untuk menyampaikan kepada yang lain dari apa yang saya dapat dan jika ada yang mengamalkan tips ini. Mudah2 an ianya menjadi sedekah jariah buat saya. InsyaAllah!

1. NIAT
Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.

2. TETAPKAN MATLAMAT
Matlamat yang ulung pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi sarjana Islam yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.

3. BUANG PERSEPSI YANG SALAH
Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mungkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apakah keinginan anda. Catatkan juga apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh menemui jalan pulang. Mengapa tidak anda?

4. HENTIKAN PERKATAAN NEGATIF
Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.

5. BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA
Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita- wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. Ambillah pengajaran daripada kisah kesedaran insan terpilih tersebut. Ia penting untuk anda mengorak langkah mencerna hijrah diri. Hadirilah ceramah motivasi pengkisahan insan-insan yang berjaya mengubah diri ke arah kebaikan.

6. PEDULIKAN APA KATA ORANG
Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.

7. BERDOALAH
Allah sesungguhnya telah berfirman:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."

(Al-Mu’min 40: 60)

Berdoalah untuk pilihan yang unggul buat kita mengharap pertolongan daripada Allah. Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan..

Fitrah manusia itu tiada yang sempurna kita hamba yang bernama manusia ini lah yang lagi dhaif pendosa tanpa noktah!       

Tapi bila kita ingin kembali padaNYA, kembali lah, Allah azza wa jalla sangat menyukai hambanya yang bertaubat ! Jangan nilai diri orang lain tapi nilai lah diri kita dahulu...jangan dilihat hanya pujian...tapi lihat lah disebalik pujian itu ada ujiannya.. semoga kita semua peroleh hidayah dari Nya..

wallahualam

Friday, 12 December 2014

Mencari Cahaya Illahi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian si pembaca setia blog saya. Moga2 kalian semua berada di dalam peliharaan Allah. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w . InsyaAllah, hari ni saya akan kongsikan sedikit perkongsian daripada group usrah "Gathering UM KL" di whatsapp yang saya join. Moga2 ianya memberi serba sedikit manfaat buat kita semua. Dan semoga menjadi asbab hidayah dan kebaikan buat seluruh pelusuk dunia. InsyaAllah!

Segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia.. Yang Maha membolak balikkan hati dan jiwa manusia.. dan Maha pemberi cahaya hidayah buat sekalian manusia..

HIDAYAH, betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup manusia.. Hidayah Allah azza wa jalla itu diberikan kepada orang yg dikehendaki oleh Nya dan berhak untuk menerimanya.. Hidayah Allah dikerahkan bagi yang memang ingin mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya..

Pernahkah ada diantara kita yg terdetik dalam hati, aku ingin berubah! aku ingin jadi baik! Tiada insan yg tidak sukakan kebaikan.. Malah ramai diantara kita yg berusaha mencari hidayah untuk menjadi baik dan ramai juga yg masih ditakuk lama kerana tidak ada keberanian untuk mengubah dirinya..

Tahukah Allah sangat dekat dengan kita? Bahkan lebih dekat dengan urat leher kita..

Adakah kita mengerti, tiap desah nafas adalah kasih sayang Nya.. DIA telah memanggil, menegur dengan sangat dekat dan memberi kita surat cinta utk dibaca..

Selangkah saja kita mendekati Nya, DIA akan mendekati kita beribu langkah..

Yakin dan percayalah!