Music

Sunday, 30 November 2014

10 Golongan VVIP Syurga Allah..

Bismillah.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya. Semoga kita semua berada di dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. InsyaAllah! Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Doakan saya semoga diberikan kekuatan untuk terus menulis dan menyampaikan sedikit dakwah kecil ini kepada semua. InsyaAllah!

InsyaAllah, di entry kali ini saya akan cuba kongsikan tentang tajuk "VVIP Syurga". Hmm.. Siapakah VVIP Syurga Allah ini? Kat syurga pun ada VVIP juga ke? Apa maksud VVIP ini? Segala persoalan ini akan saya bentangkan di dalam entry ini. InsyaAllah!

Tajuk "VVIP Syurga" ini, saya petik daripada rancangan Tanyalah Ustazah pada tahun lepas dan yang disampaikan oleh Ustazah Asni Abu Mansor kalau tak silap saya.. Dan saya cuba untuk mengaplikasikan di dalam blog saya untuk di kongsikan kepada kalian semua andai ada yang tidak berkesempatan menontonnya sehingga sekarang. InsyaAllah!

VVIP Syurga itu apa sebenarnya? Haa.. Maksud VVIP ini full name nya adalah Very Very Important Person. Siapakah 10 golongan VVIP Syurga Allah ini? Okay.. Meh sini lihat di bawah ini 10 golongan VVIP Syurga Allah.

1. AHLUH FADH
Apa Ahluh Fadh ini? Ahluh Fadh bermaksud ahli kemuliaan di sisi Allah. Orang selalu bertawakal dan berserah kepada Allah. Contoh, ada seorang manusia ini demam. Sebelum dia makan ubat, dia buat solat hajat terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab dia tahu ubat bukan sebab dia akan sihat tapi dengan izin Allah dia akan sihat.

2. AHLUH SOBUR (Orang yang bersabar)
Ahluh Sobur ini adalah orang2 yang selalu berada dalam keadaan sabar.. Orang mengata pasal dia, dia bersabar.. Orang membuat fitnah pada dia, dia bersabar.. Orang memaki hamun dia, dia tetap sabar.. Maksudnya orang itu tidak membalas sedikitpun perbuatan jahat yang orang dah buat pada dia.. SubhanaAllah..

3. ORANG YANG MATI DALAM PERJALANAN MENUNAIKAN UMRAH DAN HAJI
Orang yang mati dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah dan haji juga di kategorikan dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah. SubhanaAllah.. Walaupun dia meninggal semasa dalam perjalanan ke Airport. Dan orang ini juga mungkin tetap di kira sebagai VVIP Syurga Allah.

4. ORANG YANG MENJADI JIRAN2 ALLAH
Eh bole ke jadi jiran Allah? Macam mana jadi jiran Allah? Haa.. Meh sini nak habak mai.. Orang yang menjadi jiran Allah ini maksudnya ialah orang2 yang suka menghubungkan silaturrahmi/silaturrahim kerana Allah.. Dan ingat tidak akan masuk syurga orang suka memutuskan silaturrahim. Sebab itu, kalau kita rasa kita ada bergaduh dengan orang sampai 5 6 tahun. Carilah balik orang yang kita gaduh dulu. Hubungkan balik silaturrahim yang dah lama terputus itu. Nak masuk syurga tak?

5. ORANG YANG MATI DALAM KEADAAN MENUNTUT ILMU
Tidak kiralah ilmu yang kita tuntut itu ilmu engineering ke, ilmu perkapalan ke? Tidak kisah.. Selagi kita menuntut ilmu kerana Allah, tetap di senaraikan dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah.

6. ORANG YANG MENGASUH ANAK2 KECIL
Maksudnya orang atau cikgu tadika yang mengajar anak2 kecil. Misalnya, cikgu tadika mengajar anak2 kecil ini menyebut perkataan Allah sehingga anak2 kecil ini pandai menyebutnya dengan betul. Ianya juga di kategorikan di dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah.. Sebab itu, jangan sesekali kita memandang rendah dengan cikgu tadika ini. Cikgu tadika inilah yang mengajar anak2 kalian menyebut Allah sehingga pandai. Dan ianya juga di kira sebagai sedekah jariah. MasyaAllah. Hebat!

7. ORANG YANG BERSABAR MENGHADAPI BENCANA ALLAH TERHADAP DIRINYA
Allah menguji dia dengan ujian sakit. Tapi dia tetap sabar dengan ujian sakit itu. Tidak mengeluh walaupun sepatah. Apabila dia di uji dengan ujian sakit. Bibirnya tidak henti2 menyebut Innalilah Wainna lillahirojiun. Maksudnya dia redha dengan ujian sakit yang Allah timpakan keatasnya. Orang ini juga adalah antara 10 golongan VVIP Syurga Allah.

8. ANAK YANG BERBAKTI KEPADA ORANG TUA
Anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya juga dikira sebagai VVIP Syurga Allah.. Misalnya, anak2 yang menjaga kedua orang tuanya sakit sehinggalah mereka meninggal dunia.. Anak2 ini juga akan di masukkan ke dalam syurga oleh Allah tanpa hisab..

9. ORANG YANG SABAR MENTAATI PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH
Contoh walaupun dia jarang2 solat di masjid. Solat di rumah saja. Tapi bila dia didatangi perempuan yang cantik mahu menggodanya. Dia tidak mudah tergoda dan sebaliknya dia menjauhi perempuan itu tadi. Sebab apa? Sebab dia takut dengan peringatan Allah.. Dan orang ini juga adalah golongan VVIP Syurga Allah..

10. ORANG YANG MATI SYAHID DI JALAN ALLAH
Walaupun dia cuma seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Cuma menjaga suami dan anak2. Selagi mana dia taat pada perintah Allah dan suami.. Jika dia mati, dia dikira syahid di jalan Allah..

SubhanaAllah! Antara ciri2 golongan VVIP Syurga yang mungkin masuk ke syurga Allah tanpa hisab.. MasyaAllah..

Itu adalah serba sedikit yang dapat saya kongsikan di dalam entri kali ini.. Semoga ianya memberi manfaat pada semua.. InsyaAllah.. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang terkurang itu datangnya daripada diri saya sendiri..

P/S: nak mohon pada ustazah, jika ada penerangan saya yang kurang tepat di dalam blog ini. Mohon memperbetulkan saya ye..

Friday, 14 November 2014

Dia Murobbiku Di Alam Maya..

Nukilan ini bukan nukilan yang mahu memuji tetapi nukilan daripada hati kecil yang ikhlas buat murobbi tanda syukurku kepada Allah.

Dia,
Sudah lama aku mengenali,
Sejak kecil lagi,
Tetapi tidak pernah berbicara,
Sudah lama aku mengikuti,
Sejak kecil lagi,
Tetapi tidak pernah berjumpa.

Dia Murobbi,
Yang aku setia,
Mengikuti perkembangan,
Yang aku setia,
Mengikuti bicara dakwahnya,
Kerana aku yakin ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan kepadaku.

Murobbi,
Allah faham isi hati dan niatku,
Allah izinkan aku berguru dengannya di alam maya,
Walaupun masih baharu tetapi cukup bermakna.

Dia Murobbiku,
Dia seorang yang tidak pernah jemu menjawab,
Setiap soalan dan persoalan yang aku keutarakan,
Dari di alam maya hingga di alam realiti,
Kerana niatnya yang begitu suci kerana Allah Taala,
Yang ingin membantu.

Dia Murobbiku,
Dia adalah seorang guruku di alam maya,
Seorang murobbi yang sangat membantu,
Seorang murobbi yang sangat pemurah,
Seorang murobbi yang sangat mulia hatinya.

Dialah Murobbiku di alam maya,
Ustazah Asni Abu Mansor.

Wahai Allah, peliharalah dan lindungilah murobbiku bersama keluarganya. Dan permudahkanlah segala urusan kerja dakwah beliau. Ameen.

Hamba Fakir,
Shafelah Suhaimi (14.11.2014)

Monday, 10 November 2014

Mencari Kelas Usrah..

Bismillah. Assalamualaikum buat semua yang disayangi Allah. Entri kali ini nak mintak sedikit jasa baik kalian kalau2 ada di antara kalian yang tahu tentang kelas usrah di mana2 area sekitar selangor atau kl.

Actually, saya dah lama sangat mencari kelas usrah ni. Puas saya google. Tak dapat jugak. Puas jugak cari kat muka buku. Ada saya jumpa tu adalah. Page tu dikenali sebagai JUS (Jom Usrah). Tengok macam menarik. Eh memang menarik pun. Tapi tulah, bila dah ramai sangat. Jadi tempat terhad. Jadi agak susah sikit nak join JUS ni.

Serius, diri yang sangat kerdil lagi hina ini benar2 dahagakan ilmu. Banyak benda dan perkara yang masih tidak tahu. Bila tidak tahu, macam mana nak bimbing diri sendiri kan?

Jadi, saya berharap sangat kalian semua dapat membantu saya bagi suggestion tempat2 usrah yang berdekatan.

Seriously, bila teringatkan balik zaman muda mudi dulu. Rasa nak menjerit sepuas hati kat telinga sendiri.. Nak jerit kuat2 kat telinga! Menyesal dengan kehidupan zaman tok kadok dulu. (Emosi plak tiba2)

Tapi, bila di fikir2 kan balik. Kalau tidak ada nostalgia yang dulu. Tak akan mungkin kita akan belajar daripada kesilapan lalu kan? Saya teringat kata2 Ustazah Norhafizah Musa di IKIM FM bulan lalu. Katanya jika tidak ada yang dulu. Tidak akan ada yang sekarang. Maksudnya, kalau tidak disebabkan kesilapan kita yang lalu. Kita tidak akan belajar tentang kehidupan yang sekarang. Jadi, bersyukurlah. Allah beri peluang.

Saya harap saya tidak terlambat untuk memperbaiki semuanya.. InsyaAllah! Mohon doa dan hajat daripada kalian semua jugak ye.

Moga2 Allah membalas setiap kebaikan kalian dengan syurga yang tertinggi. InsyaAllah!

- Si Pencarian -

Sunday, 9 November 2014

Kerana Allah Rindukan Aku, Dia Menguji..

"Minggu lalu ntah kenapa aku rasa sangat berserabut. Ada je perkara yang aku buat tidak kena. Semuanya serba tak kena.. Ntah kenapa minggu lalu aku terasa ingin membawa diri pergi jauh daripada rumah. Ye jauh. Aku rasa berserabut duduk di rumah. Aku mahu mencari sesuatu. Tetapi aku tidak pasti apa yang aku cuba carikan sebenarnya."

"Sehingga pada suatu petang, aku membuka al-quran. Pada mulanya, aku membaca ayat2 al quran seperti biasa. Sehinggalah sampai ke satu ayat. Tiba2 hati aku jadi sebak. Mata aku jadi berkaca2 apabila membaca ayat itu. Aku cuba menahan mata supaya air dari kelopak mata tidak jatuh. Tiga kali aku mengulangi ayat yang sama. Dan tiga kali itu juga aku cuba menahan airmata daripada terjatuh. Semakin aku ulang ayat yang sama semakin hati aku menjadi sebak secara tiba2. Semakin sebak! Sebak yang luar biasa. Kali keempat aku cuba mengulangi ayat yang sama tapi aku tidak mampu untuk meneruskan bacaan ayat yang seterusnya."

"Selesai aku menutup al quran itu. Aku terus berlari ke hadapan. Aku duduk diam di suatu sudut sofa dan aku menangis sepuasnya. Ye sepuas2 nya! Tangisan aku tidak berhenti setakat itu. Tangisan aku semakin laju sehingga ke maghrib. Aku duduk di sofa sehingga air mata aku betul2 rasa kering."

"Apabila aku merasakan airmata aku benar2 kering. Aku berjalan mengambik wudhuk untuk tunaikan solat maghrib. Ntah kenapa sepanjang aku solat. Airmata aku setitis demi setitis jatuh lagi. Aku jadi tidak paham dengan diri sendiri. Selesai aku memberi salam akhir. Aku bermunajat kepada Allah terlebih dahulu. Sebaik saja aku menadah tangan untuk berdoa. Hati jadi semakin sebak yang menjadi2. Airmata aku semakin laju mengalir seperti air terjun di sungai. Semakin sebak lagi ketika aku menyebut nama seseorang di dalam doa aku."

"Tiga kali maghrib aku menangis teresak2 di dalam sujud dan doaku. Aku tidak paham kenapa? Bukannya aku tidak pernah menangis di dalam solat sebelum ini. Pernah. Cuma bezanya lain daripada perasaan tempoh hari. Memang.. Dua tiga hari tempoh hari, hati dan perasaan aku rasa sayu. Tidak tahu kenapa? Puas aku mencari sebab. Tapi tidak jumpa."

"Dua tiga hari itu juga aku membuat hal sendiri. Duduk terkurung di dalam bilik. Keluar apabila perlu saja. Ye. Aku seorang yang suka buat hal sendiri. Mungkin kerana dah terlalu banyak perkara yang aku pendamkan selama ini. Akhirnya di tikar sejadah aku meluahkan segala isi hati yang terpendam kepada si Dia Yang Maha Mendengar."

"Kepada Allah, aku menceritakan segala2 nya. Kepada Allah, aku meluahkan segala2 nya. Baik perasaan gembira mahupun perasaan sedih. Semuanya aku luahkan di dalam tangisan memohon kekuatan. Kepada Allah, aku memohon hajat. Kepada Allah, aku mohon agar di setiap doaku diperkenankan oleh Dia."

"Aku puas.. Puas di dalam tangisan yang aku luahkan.. Aku menangis dan terus menangis.. Bimbang andai Allah tidak mendengarkan aku.. Tapi aku yakin benar2 yakin.. Sebab Allah rindu hambaNya, sebab itu Allah menguji."

Tuhan,
Berikan aku rasa kekuatan dan sedikit sifat sabar agar diri ini selalu tabah menghadapi ujianMu.

- Si Pendosa -

Saturday, 8 November 2014

Hands Off Al-Aqso..

Robek hati ku...
Rindu yang tak pernah padam ....
لبيك يا أقصى...........

Tuhanku....
Sudah tibakah masanya bumi ini menjadi bumi mahsyar....
Sudah tibakah masanya bumi ini menjadi bumi mansyar...

Sudah tibakah masanya nabi Isa pulang ke pintu aqso....
Sudah tibakah masanya aqso bermandi darah...
Sudah tibakah masanya Galilee menjadi kering...sudah tibakah masanya....

Kecilnya masaalah kami...
Jika dibanding masaalah ummat diaqso...

Kecilnya derita kami..
Jika dibandingkan derita imam aqso yang ditahan untuk masuk ke aqso untuk menyentuh dahi ke mihrob aqso qodim.....

Kecilnya sedih kami...
Jika dibandingkan sedihnya wanita aqso yang menangisi anak dipenjara yahudi...

Tuhan....
Air mata yang tidak tertahan...
Kerana kaki ini pernah memijak bumi ini....

Pernah menyatuni anak Palestine.. Pernah berjemaah bersama mereka...Pernah makan bersama mereka... Pernah disuap makanan dari tangan ibu tua aqso..

Mana mungkin ingatan ini harus dipadam dengan mudah...
Pernah... Pernah..pernah...

Tuhan....
Wahai Allah selamatkan Aqso...
Agar ramai lagi zuriat kami Boleh menulis..
Bahawa kami "pernah " memijak..melangkah..
Ke bumi mi'roj...

Allahumma amin..

- Ustazah Asni Abu Mansor -
- 07.11.2014 (20.32pm) -

Saturday, 1 November 2014

Tetamu Istimewa Kesayangan Hati Kiriman Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang di sayangi Allah.. Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan moga esok lebih baik daripada hari ini.. InsyaAllah.. Saya excited sebenarnya.. Nak tahu excited sebab apa? Excited sebab nak update short story yang sangat best..

Alhamdulillah.. Dua hari lepas kami Musanip's Family (Family sebelah mak) ada membuat majlis bacaan yassin dan kenduri doa selamat bersempena anak makcik saya akan menduduki exam SPM hari isnin ini. Doakan yang yang terbaik ye moga Anis Ayuni dipermudahkan urusan. InsyaAllah. Majlis ini cuma untuk ladies sahaja dan diadakan di rumah maklang saya di Sri Aman Puchong..

Sehari sebelum majlis berlangsung, saya ada menjemput tetamu yang sangat istimewa di hati saya. Saya menjemput Ustazah Asni Abu Mansor untuk datang majlis bacaan yassin dan kenduri doa selamat maklang saya. Alhamdulillah, jemputan saya menjemput ustazah datang disambut baik oleh ustazah. Tapi ustazah tidak berjanji samada bole datang ataupun tidak. Sebab hari itu, ustazah ada program lain.

Pagi khamis sebelum majlis, saya bertanyakan pada ustazah samada ustazah dapat hadir ataupun tidak. Kata ustazah, ustazah tidak dapat hadir ke majlis kami malam ini (2 hari lepas). Saya kata, takpe ustazah tak dapat hadir tapi nanti kalau sempat ustazah datanglah ye. Tapi ustazah kata ustazah akan cuba singgah kalau sempat. Dan saya terus bagi alamat rumah. Pesan ustazah, jangan harap tinggi tau takut nanti tak jadi.

Jujur, instings saya kata insyaAllah ustazah akan datang malam ni. Tapi tidaklah saya letak harapan yang tinggi. Saya cuma letak 20% je harapan saya tu. Hee..

Petang sebelum saya ke rumah makcik saya. Saya terima call daripada ustazah. Alhamdulillah. Ustazah kata, insyaAllah ustazah datang waktu yang ustazah sempat datang. Sambil saya tersenyum, kata saya takpe ustazah. Saya tunggu.. Alhamdulillah, ustazah sampai ke majlis kami selepas isyak.

Pada mulanya, tetamu yang hadir ramai yang tidak perasan beliau adalah Ustazah Asni kecuali makcik2 saya. Sehinggalah maklang saya mengumumkan kepada tetamu yang hadir. Ustazah sempat memberi tazkirah pendeknya dan membacakan bacaan doa sebelum jamuan makan. Alhamdulillah, malam itu seronok tengok tetamu yang hadir. Masing2 tidak melepaskan peluang bergambar dengan beliau.

Ramai tetamu yang hadir bertanyakan kepada saya macam mana saya boleh kenal dengan ustazah. Kata saya, alhamdulillah semua ini Allah yang izinkan. Saya cuma kenal ustazah di tv je. Dari kecik saya memang minat. Mengikuti perkembangan ustazah. Penulisan ustazah. Saya pernah beberapa kali share penulisan ustazah di dalam blog saya.

SubhanaAllah.. MasyaAllah.. Ustazah sangatttt sempoi dan sporting.. Ustazah yang sangat merendah diri orangnya.. Kebetulan, Musanip's Family berasal daripada negeri sembilan. Bila ustazah cakap nogori masa bagi tazkirah semuanya gelak. Sempat nenek saya dan ustazah berdialog dalam bahasa nogori.. Saya menjemput ustazah ke meja untuk makan. Dan sambil2 tu makcik2 saya sempat berbual2 dengan beliau di meja makan.

Saya memang tidak menang tangan. Sampaikan saya tidak sempat nak bergambar pun. Malam itu memang ustazah milik mereka bukan milik saya. Bila tengok balik gambar2 kat phone. Gambar saya cuma ada dua je. Sedihhh.. haha.. Tapi takpelah..

Terima kasih ustazah kerana sudi hadir majlis kami walaupun ustazah busy. Hanya Allah saja dapat membalas kebaikan ustazah. Terima kasih Allah, kerana mengirimkan beliau untuk kami. Mengirimkan beliau untuk si fakir ini. Alhamdulillah. Syukur sangat2.. Sujud syukur.

InsyaAllah, nanti saya cuba share video yang sempat saya record semasa ustazah beri tazkirah. Moga menjadi asbab hidayah dan kebaikan buat semua.

Sekian,

Wallahu'aklam.

- Hamba Fakir -