Nukilan ini bukan nukilan yang mahu memuji tetapi nukilan daripada hati kecil yang ikhlas buat murobbi tanda syukurku kepada Allah.
Dia,
Sudah lama aku mengenali,
Sejak kecil lagi,
Tetapi tidak pernah berbicara,
Sudah lama aku mengikuti,
Sejak kecil lagi,
Tetapi tidak pernah berjumpa.
Dia Murobbi,
Yang aku setia,
Mengikuti perkembangan,
Yang aku setia,
Mengikuti bicara dakwahnya,
Kerana aku yakin ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan kepadaku.
Murobbi,
Allah faham isi hati dan niatku,
Allah izinkan aku berguru dengannya di alam maya,
Walaupun masih baharu tetapi cukup bermakna.
Dia Murobbiku,
Dia seorang yang tidak pernah jemu menjawab,
Setiap soalan dan persoalan yang aku keutarakan,
Dari di alam maya hingga di alam realiti,
Kerana niatnya yang begitu suci kerana Allah Taala,
Yang ingin membantu.
Dia Murobbiku,
Dia adalah seorang guruku di alam maya,
Seorang murobbi yang sangat membantu,
Seorang murobbi yang sangat pemurah,
Seorang murobbi yang sangat mulia hatinya.
Dialah Murobbiku di alam maya,
Ustazah Asni Abu Mansor.
Wahai Allah, peliharalah dan lindungilah murobbiku bersama keluarganya. Dan permudahkanlah segala urusan kerja dakwah beliau. Ameen.
Hamba Fakir,
Shafelah Suhaimi (14.11.2014)
No comments:
Post a Comment