Music

Sunday, 30 November 2014

10 Golongan VVIP Syurga Allah..

Bismillah.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya. Semoga kita semua berada di dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. InsyaAllah! Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Doakan saya semoga diberikan kekuatan untuk terus menulis dan menyampaikan sedikit dakwah kecil ini kepada semua. InsyaAllah!

InsyaAllah, di entry kali ini saya akan cuba kongsikan tentang tajuk "VVIP Syurga". Hmm.. Siapakah VVIP Syurga Allah ini? Kat syurga pun ada VVIP juga ke? Apa maksud VVIP ini? Segala persoalan ini akan saya bentangkan di dalam entry ini. InsyaAllah!

Tajuk "VVIP Syurga" ini, saya petik daripada rancangan Tanyalah Ustazah pada tahun lepas dan yang disampaikan oleh Ustazah Asni Abu Mansor kalau tak silap saya.. Dan saya cuba untuk mengaplikasikan di dalam blog saya untuk di kongsikan kepada kalian semua andai ada yang tidak berkesempatan menontonnya sehingga sekarang. InsyaAllah!

VVIP Syurga itu apa sebenarnya? Haa.. Maksud VVIP ini full name nya adalah Very Very Important Person. Siapakah 10 golongan VVIP Syurga Allah ini? Okay.. Meh sini lihat di bawah ini 10 golongan VVIP Syurga Allah.

1. AHLUH FADH
Apa Ahluh Fadh ini? Ahluh Fadh bermaksud ahli kemuliaan di sisi Allah. Orang selalu bertawakal dan berserah kepada Allah. Contoh, ada seorang manusia ini demam. Sebelum dia makan ubat, dia buat solat hajat terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab dia tahu ubat bukan sebab dia akan sihat tapi dengan izin Allah dia akan sihat.

2. AHLUH SOBUR (Orang yang bersabar)
Ahluh Sobur ini adalah orang2 yang selalu berada dalam keadaan sabar.. Orang mengata pasal dia, dia bersabar.. Orang membuat fitnah pada dia, dia bersabar.. Orang memaki hamun dia, dia tetap sabar.. Maksudnya orang itu tidak membalas sedikitpun perbuatan jahat yang orang dah buat pada dia.. SubhanaAllah..

3. ORANG YANG MATI DALAM PERJALANAN MENUNAIKAN UMRAH DAN HAJI
Orang yang mati dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah dan haji juga di kategorikan dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah. SubhanaAllah.. Walaupun dia meninggal semasa dalam perjalanan ke Airport. Dan orang ini juga mungkin tetap di kira sebagai VVIP Syurga Allah.

4. ORANG YANG MENJADI JIRAN2 ALLAH
Eh bole ke jadi jiran Allah? Macam mana jadi jiran Allah? Haa.. Meh sini nak habak mai.. Orang yang menjadi jiran Allah ini maksudnya ialah orang2 yang suka menghubungkan silaturrahmi/silaturrahim kerana Allah.. Dan ingat tidak akan masuk syurga orang suka memutuskan silaturrahim. Sebab itu, kalau kita rasa kita ada bergaduh dengan orang sampai 5 6 tahun. Carilah balik orang yang kita gaduh dulu. Hubungkan balik silaturrahim yang dah lama terputus itu. Nak masuk syurga tak?

5. ORANG YANG MATI DALAM KEADAAN MENUNTUT ILMU
Tidak kiralah ilmu yang kita tuntut itu ilmu engineering ke, ilmu perkapalan ke? Tidak kisah.. Selagi kita menuntut ilmu kerana Allah, tetap di senaraikan dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah.

6. ORANG YANG MENGASUH ANAK2 KECIL
Maksudnya orang atau cikgu tadika yang mengajar anak2 kecil. Misalnya, cikgu tadika mengajar anak2 kecil ini menyebut perkataan Allah sehingga anak2 kecil ini pandai menyebutnya dengan betul. Ianya juga di kategorikan di dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah.. Sebab itu, jangan sesekali kita memandang rendah dengan cikgu tadika ini. Cikgu tadika inilah yang mengajar anak2 kalian menyebut Allah sehingga pandai. Dan ianya juga di kira sebagai sedekah jariah. MasyaAllah. Hebat!

7. ORANG YANG BERSABAR MENGHADAPI BENCANA ALLAH TERHADAP DIRINYA
Allah menguji dia dengan ujian sakit. Tapi dia tetap sabar dengan ujian sakit itu. Tidak mengeluh walaupun sepatah. Apabila dia di uji dengan ujian sakit. Bibirnya tidak henti2 menyebut Innalilah Wainna lillahirojiun. Maksudnya dia redha dengan ujian sakit yang Allah timpakan keatasnya. Orang ini juga adalah antara 10 golongan VVIP Syurga Allah.

8. ANAK YANG BERBAKTI KEPADA ORANG TUA
Anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya juga dikira sebagai VVIP Syurga Allah.. Misalnya, anak2 yang menjaga kedua orang tuanya sakit sehinggalah mereka meninggal dunia.. Anak2 ini juga akan di masukkan ke dalam syurga oleh Allah tanpa hisab..

9. ORANG YANG SABAR MENTAATI PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH
Contoh walaupun dia jarang2 solat di masjid. Solat di rumah saja. Tapi bila dia didatangi perempuan yang cantik mahu menggodanya. Dia tidak mudah tergoda dan sebaliknya dia menjauhi perempuan itu tadi. Sebab apa? Sebab dia takut dengan peringatan Allah.. Dan orang ini juga adalah golongan VVIP Syurga Allah..

10. ORANG YANG MATI SYAHID DI JALAN ALLAH
Walaupun dia cuma seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Cuma menjaga suami dan anak2. Selagi mana dia taat pada perintah Allah dan suami.. Jika dia mati, dia dikira syahid di jalan Allah..

SubhanaAllah! Antara ciri2 golongan VVIP Syurga yang mungkin masuk ke syurga Allah tanpa hisab.. MasyaAllah..

Itu adalah serba sedikit yang dapat saya kongsikan di dalam entri kali ini.. Semoga ianya memberi manfaat pada semua.. InsyaAllah.. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang terkurang itu datangnya daripada diri saya sendiri..

P/S: nak mohon pada ustazah, jika ada penerangan saya yang kurang tepat di dalam blog ini. Mohon memperbetulkan saya ye..

No comments:

Post a Comment