Music

Sunday, 9 November 2014

Kerana Allah Rindukan Aku, Dia Menguji..

"Minggu lalu ntah kenapa aku rasa sangat berserabut. Ada je perkara yang aku buat tidak kena. Semuanya serba tak kena.. Ntah kenapa minggu lalu aku terasa ingin membawa diri pergi jauh daripada rumah. Ye jauh. Aku rasa berserabut duduk di rumah. Aku mahu mencari sesuatu. Tetapi aku tidak pasti apa yang aku cuba carikan sebenarnya."

"Sehingga pada suatu petang, aku membuka al-quran. Pada mulanya, aku membaca ayat2 al quran seperti biasa. Sehinggalah sampai ke satu ayat. Tiba2 hati aku jadi sebak. Mata aku jadi berkaca2 apabila membaca ayat itu. Aku cuba menahan mata supaya air dari kelopak mata tidak jatuh. Tiga kali aku mengulangi ayat yang sama. Dan tiga kali itu juga aku cuba menahan airmata daripada terjatuh. Semakin aku ulang ayat yang sama semakin hati aku menjadi sebak secara tiba2. Semakin sebak! Sebak yang luar biasa. Kali keempat aku cuba mengulangi ayat yang sama tapi aku tidak mampu untuk meneruskan bacaan ayat yang seterusnya."

"Selesai aku menutup al quran itu. Aku terus berlari ke hadapan. Aku duduk diam di suatu sudut sofa dan aku menangis sepuasnya. Ye sepuas2 nya! Tangisan aku tidak berhenti setakat itu. Tangisan aku semakin laju sehingga ke maghrib. Aku duduk di sofa sehingga air mata aku betul2 rasa kering."

"Apabila aku merasakan airmata aku benar2 kering. Aku berjalan mengambik wudhuk untuk tunaikan solat maghrib. Ntah kenapa sepanjang aku solat. Airmata aku setitis demi setitis jatuh lagi. Aku jadi tidak paham dengan diri sendiri. Selesai aku memberi salam akhir. Aku bermunajat kepada Allah terlebih dahulu. Sebaik saja aku menadah tangan untuk berdoa. Hati jadi semakin sebak yang menjadi2. Airmata aku semakin laju mengalir seperti air terjun di sungai. Semakin sebak lagi ketika aku menyebut nama seseorang di dalam doa aku."

"Tiga kali maghrib aku menangis teresak2 di dalam sujud dan doaku. Aku tidak paham kenapa? Bukannya aku tidak pernah menangis di dalam solat sebelum ini. Pernah. Cuma bezanya lain daripada perasaan tempoh hari. Memang.. Dua tiga hari tempoh hari, hati dan perasaan aku rasa sayu. Tidak tahu kenapa? Puas aku mencari sebab. Tapi tidak jumpa."

"Dua tiga hari itu juga aku membuat hal sendiri. Duduk terkurung di dalam bilik. Keluar apabila perlu saja. Ye. Aku seorang yang suka buat hal sendiri. Mungkin kerana dah terlalu banyak perkara yang aku pendamkan selama ini. Akhirnya di tikar sejadah aku meluahkan segala isi hati yang terpendam kepada si Dia Yang Maha Mendengar."

"Kepada Allah, aku menceritakan segala2 nya. Kepada Allah, aku meluahkan segala2 nya. Baik perasaan gembira mahupun perasaan sedih. Semuanya aku luahkan di dalam tangisan memohon kekuatan. Kepada Allah, aku memohon hajat. Kepada Allah, aku mohon agar di setiap doaku diperkenankan oleh Dia."

"Aku puas.. Puas di dalam tangisan yang aku luahkan.. Aku menangis dan terus menangis.. Bimbang andai Allah tidak mendengarkan aku.. Tapi aku yakin benar2 yakin.. Sebab Allah rindu hambaNya, sebab itu Allah menguji."

Tuhan,
Berikan aku rasa kekuatan dan sedikit sifat sabar agar diri ini selalu tabah menghadapi ujianMu.

- Si Pendosa -

No comments:

Post a Comment