Music

Sunday, 13 December 2015

PUISI BUAT KAMU

PUISI BUAT MURABBI ASNI ABU MANSOR

Bismillah...

Kamu adalah insan yang aku sayang selepas kedua ibubapaku

Kamu hadir dalam hidupku membawa seribu satu sinar yang Allah titipkan kepadaku

Kamu hadir ketika aku berada di dalam kegelapan dan kejahilan diri yang meninggi

Kamu hadir ketika aku benar-benar ingin pulang ke pangkal jalan dalam menuju redha Illahi

Walaupun kadangkala aku selalu tewas tapi kamu tidak putus-putus memberi tarbiyyah dan dakwahmu kepadaku

Setiap kali kamu beraksi di depan camera untuk pelbagai rancangan motivasi dan dakwah

Aku sering perasan sendiri bahawa kamu sedang memberi tarbiyyahmu kepadaku biarpun kamu sedang live di kaca tv

Walau kamu tidak memberi dakwah secara direct kepadaku

Tapi cukup sikap, cara dan kata-kata yang keluar dari mulutmu buat aku makin sedar akan hakikat diri

Semakin sedar untuk mendekatkan diri pada Allah

Sebelum ini bukan aku tidak pernah mencuba

Puas aku mencuba berjalan dan berlari dalam mendekatkan diri pada Allah

Namun aku gagal

Aku sentiasa gagal menemui jalan itu
Sehinggalah Allah temukan aku dengan kamu

Tidak hairanlah mengapa ramai orang begitu kagum dengan kamu

Tidak hairanlah mengapa ramai orang sangat senang dengan kamu

Kerana cara, sikap dan penerimaan kamu pada orang sepertiku buat ramai orang sayang dengan kamu

Setiap kali aku menyebut namamu di dalam doaku

Setiap kali itu aku cuba menahan airmataku dari terus mengalir

Aku mintak supaya Allah jagakan kamu

Aku mintak supaya Allah balas budi baik kamu wahai murabbi dengan ganjaran Allah yang paling tinggi

Walaupun sebenarnya aku tahu aku tak layak berdamping dengan orang seperti kamu

Aku malu bila duduk mendekat dengan kamu

Namun dalam hati aku sungguh berterima kasih kepada Allah

Terima kasih Allah
Kerana titipkan dia padaku

Terima kasih duhai murabbi
Kerana selalu ada membantuku

Tulus,
@shafelahsuhaimi
(Peminat Tegar Lagi Setia)

08.12.2015

Monday, 9 November 2015

HIKING: PINE TREE TRAIL (24 Oct 2015)

Assalamualaikum dan salam perkenalan bagi mereka yang baru pertama kali menyinggah ke dunia blog aku ni.. Aku ni bukan penulis yang terkenal tapi cuma penulis yang biasa2 aje yang saja menulis untuk memory sendiri.. Senang bila dah kahwin dan ada anak nanti, boleh je terus anak2 buka blog aku ni haaa.. Kahkahkah.. Okay2 gurau je pun..

Kali ni aku nak menulis cerita yang agak berbeza sedikit iaitu berkenaan dengan aktiviti hiking.. Dua minggu lepas, aku dan Natasha kami berdua follow group hiking yang aku sendiri tak kenal tapi Natasha kenal sebab die memang aktif join group whatsapp hiking.. Apa yang aku tahu aku just follow je.. Haha.. Natasha ajak aku join hiking ke Pine Tree Trail, Bukit Fraser.. Aku pun okay je sebab aku takde aktiviti lain waktu tu dan dah lama aku tak pergi hike.. Sabtu kul 3 am lagi, Natasha dengan sorang lagi akak zai (natasha kenal tp aku tak kenal mase hike baru kenal) datang umah jemput aku.. Perghh bayangkanlah kul 3 am kot.. Haha..

Okay lepas amik aku, akak zai terus amik kawan die kat area selayang dalam kul 4am kami terus gerak ke Bentong, Pahang.. Sampai bentong, kami singgah umah kawan kak zai dan terus gerak naik ke Bukit Fraser sebab kawan kak zai je tahu jalan pergi sana kot.. Sampai je then terus solat subuh kat surau bukit fraser dan kemudian dalam kul 7 am kami start hike.. Time tu aku memang excited gler2 sebab nak jelajah gunung kan.. haha

Bayangkanlah 4 jam perjalanan nak sampai ke puncak twin peak tu.. Masa starting hike tu aku okay dan biasa2 aje.. Stamina memang kuat cuma bila sampai ke suatu tempat yang jalannya hanya mencacak keatas dan takde langsung jalan landai.. Waktu tu aku rasa nyawa macam di hujung tanduk je.. Serius penat tapi aku sempat merehatkan diri.. haha.. Bila sampai kat puncak pertama tu, aku rasa fuhh lega sangat2 wei sebab berjaya naik keatas..

Dipendekkan cerita, selesai buat "kem fire" kat puncak dan lepas dah siap makan sume.. Kiteorang sempat merakamkan moment2 indah ketika di atas puncak.. Habis je amik gambar semua.. Maka bermulalah perjalanan keluar daripada puncak tadi.. Kali ni keluar agak mencabar sedikit.. Pecah rekod 8 jam aku berada di dalam gunung untuk perjalanan keluar.. Bayangkanlah start kul 1.30pm turun dari puncak dan akhirnya aku dapat sampai betul2 depan pintu pine tree trail tu kul 9pm..

Bukan ape, ini semua gara2 aku terjatuh daripada puncak batu yang bertali tu.. Aku hampir2 jatuh ke dalam gaung tapi alhamdulillah nasib ada hamba Allah ni si Syed tolong selamatkan aku daripada terjatuh ke dalam gaung.. Die sempat tolak aku ke depan time tu dan aku plak nasib tak lepaskan tali dari tangan.. Kalaulah ditakdirkan aku terlepas tali biru tu mungkin memang dah takde dah aku ni.. Lepas dah nak hampir2 jatuh ke gaung tu, aku terus jadi fobia.. Airmata terus je bertakung kat kelopak mata tapi nasib boleh menahan daripada terjatuh.. haha.. Ya Allah, waktu tu aku pkir mati je.. Memang dah tak pkir lain..

Lepas 10 minit aku cuba hilangkan rasa fobia aku.. Syed bantu aku turun dari puncak batu bertali tu perlahan2.. Die tak sentuh cuma die bagi arahan.. Nasib die ade time tu.. Kalau die takde, aku taktau jadi ape? Sedangkan group aku sume dah jauh cuma aku dgn syed je yg tinggal.. Turun je daripada batu bertali tu, aku teruskan jugak perjalanan walaupun aku tahu kaki kiri aku dah injured kesan jatuh kat batu bertali tadi.. Aku gagahkan diri jgak walaupun ade pakcik2 dan akak2 kat situ tanya kaki okay tak? Aku pun cakap je okay.. haha.. Taknak susahkan org punya pasal konon dan akhirnya syed lah yg jadi mangsa kesusahan aku.. Sori syed! Moga Allah balas kebaikanmu..

Perjalanan diteruskan semakin laju sebab aku nak keluar cepat dari gunung punya pasal dan akhirnya aku terjatuh lagi sekali.. Nak plak kena kaki kiri yang memang dah injured.. So bertambah sakit dan bengkaklah buku lali aku.. Teruskan jgak berjalan walaupun si syed dah suruh aku berehat banyak kali.. Sampaikan aku marah syed balik kalau asik rehat je bile nak kuar dari sini.. Hari pun makin gelap.. See tak pasal2 die kena marah kan? Haha.. Sorilah syed..

Dan akhirnya, aku terima bantuan daripada fahmi (kawan si syed) dan pakcik2 otai yang dah keluar dari gunung awal lagi dan terpaksa masuk balik ke gunung malam2 untuk rawat kaki aku.. Aduh memang rasa serba salah gler aku time tu.. Moga Allah saja dapat membalas kebaikan kalian semua.. Aku berjaya keluar dari gunung atas bantuan dorang semua jam 9 malam..

Sepanjang perjalanan 8 jam keluar tu, syed lah antara best buddies hiking yang paling setia tunggu kelembapan aku berjalan.. Tolong carikan kayu bagi memudahkan pergerakan aku berjalan dan mcm2.. Padahal, aku tak kenal pun mamat tu sebenarnya.. Tulah first time kenal mamat tu.. Moga Allah balas kebaikan kamu Syed..

Sekian,
Cerita Gunung Pine Tree Trail

Saturday, 31 October 2015

HATIKU TERTINGGAL DI AS SIRAJUL MUNIR (PART 2)

Ketika aku sampai di As Sirajul Munir, kaum muslimat sedang menjamu selera.. Aku sampai tepat waktu lagi 10 min nak masuk waktu azan maghrib.. Ustazah Zaidatul Akmam  menjemput aku masuk dan menyuruh aku makan makanan yang disediakan.. Aku rasa tempat tu sangat asing untuk aku sebab tiada seorang manusia pun yang aku kenal di situ..

Tapi kerana niat aku "bermusafir" mencari ilmu.. Aku jadi tidak kisah kalau aku hanya seorang diri.. Selesai aku mengambil wudhuk, aku cuba mencari saf yang paling depan atau yang tengah tetapi kedua2 saf depan dan tengah telah dipenuhi.. Jadi pilihan akhir adalah saf belakang.. Sementara menanti azan maghrib, aku perhatikan orang2 yang berada di situ.. Majoriti yang datang ke situ semuanya bersama kawan2, anak2, dan family kecuali aku yang hanya datang seorang diri..

Selesai semuanya.. Kami diperdengarkan dengan halwa telinga tentang kisah para nabi yang disampaikan oleh saudari Shaykha Safia Shahid.. (orang arab) Beliau sampaikan ceramahnya di dalam bahasa inggeris.. Seusai habis ceramah beliau pada malam tu.. Atur program diteruskan dengan solat isya' berjemaah dan kemudian berehat beberapa minit dan diteruskan dengan solat sunat tasbih..

Namun, aku tidak berpeluang membuat solat sunat tasbih kerana aku mengalami gangguan sakit kepala yang amat teruk tapi still terkawal.. Apa yang aku buat cuma bersandar di tepi dinding dan sempat baca beberapa tafsir quran di dalam app pro muslim.. Sedang aku membaca tafsir quran.. Aku menerima whatsapp drpd pakcik sham (pakcik teksi).. Kata pakcik tu, alhamdulillah hari ni Allah telah memudahkan urusan adik utk ke majlis di sini (as sirajul munir).. Sebaik aku baca msg drpd pakcik tu.. Tak semena2 mata terus masuk habuk.. Hati tak habis2 lafazkan kalimah syukur kepada Allah.. Kerana Dia mengizinkan semua ini berlaku..

Bersambung in part 3

Friday, 11 September 2015

HATIKU TERTINGGAL DI AS SIRAJUL MUNIR (PART 1)

AS SIRAJUL MUNIR AKU PERGI (PART 1)

Jumaat, 24 April 2015.. Petang itu aku menerima satu whatsapp daripada seseorang.. Kata dia lebih elok aku pergi qiam di As Sirajul Munir di Salak Tinggi, Sepang.. Aku pun berfikir betul jugak kata dia memandangkan aku pun dah lama tak join mana2 qiam dan majlis ilmu.. Apa salah aku korbankan sedikit masa aku untuk Allah.. Selama ni banyak masa yang aku bazirkan dengan perkara yang tak berfaedah.. Allahu.. Banyak sebenarnya diri aku ni lalai..

Kebetulan, minggu tu sebenarnya memang minggu yang aku tak tahu nak pergi kemana? Almaklum cousin kite hampir kesemuanya dah pun berkahwin.. Jadi, had masa dengan dorang pun agak terbatas jugak.. Kawan plak kebanyakkanya busy dengan hal masing2.. Jadi, aku ambik peluang yang ada untuk bermalam di As Sirajul Munir walaupun ianya cuma untuk satu malam..

Awalnya, aku bercadang nak drive sendiri ke As Sirajul Munir tapi bila di fikir2 kan semula hal itu hal ini.. Aku lebih prefer naik ERL turun ke station Salak Tinggi.. Memandangkan aku cuma sorang kalau drive sendiri lagi payah sebab aku tahu aku akan sesat utk kesana even aku guna MAP..

Sepanjang perjalanan dalam ERL, aku plan aku akan ambik teksi utk ke As Sirajul Munir.. Kalau tidak, Pn.Rasyidah (guru smk s.a.s aku) yg akan ambik di station Salak Tinggi tp kebetulan dia berada di Tampin waktu tu.. Namun, apa yg aku sangkakan semuanya meleset dr fikiran.. Sampai je aku di station ERL Salak Tinggi, rupanya tiada satu teksi pun yang ada di situ.. Aku dah mula risau dan rasa menyesal pun ada sebab tak drive sendiri.. Rasa nak berpatah balik amik kereta then drive sendiri pun ada waktu tu.. Namun, Allah menggerakkan hati aku utk bertanyakan pd kaunter tiket manalah tahu kot2 ada teksi kan?

[PENDEKKAN CERITA]

Aku berkenalan dengan sorang pakcik teksi dan nama pakcik tu yg aku kenal Pakcik Sham.. Begitulah.. Aku tunjukkan address tempat yg aku nak pergi.. Alhamdulillah, pakcik tu kata pakcik tahu tempat ni dan dia memang orang Salak Tinggi so memang tak jadi hal lah utk pakcik tu bawa aku.. Waktu tu, aku ibarat sedang bermusafir seorang diri dari tempat sendiri ke tempat orang lain.. Sampai je depan As Sirajul Munir, pakcik Sham tolong bertanyakan dgn salah seorang makcik yg kebetulan ada di luar utk confirmkan tempat tu..

Jujur aku kata, sampai je aku di depan As Sirajul Munir.. Kaki aku terus rasa mengeletar.. Taktahu kenapa? Rasa tenangnya jangan tanyalah.. Memang time tu perasaan rasa tenang sangat.. Ketika tu perasaan rasa lain macam.. Rasa hiba sebak semua adalah.. Sebaik saja aku terpandang sebuah gazebo yang tersegam indah dan yang dipenuhi dengan kaum muslimat saja.. Aku jadi segan dan malu.. Rasa diri sangat kecik dikelilingi dengan orang2 yg hebat2 ilmu agama nya.. Berbanding dgn diri aku yg sangat cetek tentang ilmu agama..

Bersambung...

Sunday, 30 August 2015

A DAY TO REMEMBER..

29 August 2014, petang jumaat sebelum daie bermula aku sempat bermessenger dengan ustazah. Nak beritahu hasrat hati untuk datang menziarah madrasah beliau dalam masa terdekat..

Aku: bile ustazah free? Sy pk nak dtg ziarah madrasah dlm masa terdekat..
Ustazah: mlm ni dtg plaza alam sentral, shah alam. Ade program daie live. Sy ade di sana..

Panjang lebar jugak messenger aku dgn ustazah petang tu.. Alhamdulillah, hari itu Allah mempermudahkan segala urusan aku utk ke sane.. Time tu aku datang dengan kawan aku.. Die lah jadi saksi pertemuan aku.. haha

Selesai.. Selesai program daie pada malam tu.. Aku da ready nak kedepan utk jumpe dgn ustazah.. Walaupun ustazah ade bg no PA die tapi aku tak berani nak whatsapp ataupun call sbb aku segan.. Segan gler.. Nak taknak aku kena beranikan diri jgak kedepan walaupun time tu jantung rasa mcm nak terkeluar..

Tiga kali aku berpatah balik kedepan ke belakang sampai kawan aku pun pening tgk aku..haha.. Kawan aku ckp "klu ko x jmpe ko rugi sbb ini peluang Allah da bagi so grab it!" Dan akhirnye aku beranikan diri jgak..

Time tu ramai yg tgh bergambar dgn ustazah.. Aku perhati dr jauh.. Da mcm okay sikit aku trus melangkah cepat2 ke arah ustazah.. Aku just mencuit lengan beliau sambil panggil "ustazah".. Klu x salah kali yg ke3 baru ustazah toleh kebelakang terus ustazah cakap masyaAllah, Shafelah! Dan aku terus dipeluk erat oleh ustazah terlalu erat.. (malu gak sebenarnya)haha

Time tu punye nervous nye hati jangan tanyalah mcm mane? Cuma tuhan je yg tahu.. Time tu perasaan sumenye bercampur baur.. Tapi yg pasti HAPPY CAUSE DREAM COME TRUE!

Daripada aku start contact beliau di alam maya lagi sebenarnya banyak sangat beliau membantu aku dari segi agama dan dari segi lain jgak.. Walau tak banyak tapi yang sikit tulah banyak membantu.. Beliau tak pernah jemu nak jawab setiap persoalan aku.. Tak kisah jam berapa dan hari apapun beliau tetap akan jawab.. Kadang2 aku sampai segan nak tanya lagi..

Alhamdulillah.. Allah terus memelihara ukhuwah ini walaupun adakalanya bila berdepan dengan beliau.. Aku rasa sangatlah segan.. Tapi beliau tetap sempoi dengan lawaknya.. Kata2 nya sangat tegas tetapi tegasnya itu ada lembutnya..

Moga Allah sajalah dapat membalasnya..

Tuhan,
Terima kasih mempertemukan aku dengan insan ini..
Tuhan,
Jagakanlah dia untukku..

Sekian,
Shafelah Suhaimi

Tuesday, 28 July 2015

5 Syarat Istiqomah Dalam Amalan by Ustaz Muhammad Al Amin

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat percakapan dan segala nikmat yang diberikan keatas kita.. Syukur Ya Allah syukur.. Alhamdulillah, syukur juga diatas nikmat penulisan yang dipinjam oleh Allah untuk insan yang kerdil ini.. Sesungguhnya, saya tidak punya ilmu dan Allah lah yang maha berilmu dan yang maha mengajarkan.. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan keatas keluarga baginda muhammad juga para sahaba baginda..

Lama tidak menulis apa-apa entri di dalam blog.. Rindu untuk beraksi di dalam blog ini bukan kepalang :) In shaa Allah, kali ini saya nak share sikit tentang perkongsian yang saya dengar di dalam majlis ilmu oleh Ustaz Muhammad Al Amin.. (sebenarnya dengar dalam Youtube je pun) hihi ;)

Andai ada kebaikan dan perkongsian yang boleh di ambik dan praktikkan dalam kehidupan.. Ambiklah.. Jika tidak, ambik ia sebagai pengajaran..

5 Syarat Istiqomah Dalam Amalan:

1. NIAT DAN MEMPERBAHARUI NIAT
Yang paling penting sekali untuk kita terus istiqomah dalam setiap yang kita lakukan adalah niat.. Dan niat ini mestilah kena pakai HATI.. Sebab apa pakai hati, sebab hati ini sangat ajaib.. Hati ni punya connection dengan mind set kita.. Niat ini penting kerana dengan niat kita akan lakukan apa yang telah kita niatkan walaupun kita cuma berniat nak bagi kucing makan.. Dan setiap hari hendaklah kita sentiasa memperbaharui niat.. Kenapa? Kerana dengan kita memperbaharui niat, kita akan sentiasa nak buat lagi dan lagi.. Itulah dia betapa pentingnya peranan niat ini.. Niat ini seperti surat jika kita tersalah menulis alamat, pasti surat itu akan sampai tersalah tempat bukan? Ustaz Muhammad ada menyebut satu ayat ini tapi aku tak ingat.. Cuma aku ingat, "setiap amalan itu perlu dilakukan dengan niat"..

2. KURANGKAN PILIHAN
Kadang-kadang kita rasa susah nak istiqomah dalam amalan kita sebab kita ini terlalu banyak pilihan di dalam kehidupan.. Bila aku fikir-fikirkan balik, memang betul.. Kita ini terlalu banyak pilihan dan selalu amik jalan yang mudah je.. Aku bagi situasi, antara solat maghrib dan drama akasia pukul 7 tu.. Mana korang pilih? Aku yakin mesti ada yang memilih untuk tunggu drama tu iklan dulu lepas tu baru amik wudhuk and solat selaju yang mungkin.. Bila kita solat laju macam ERL, kita tidak akan paham dengan solat yang kita lakukan.. Sebab tu kita kena kurangkan pilihan untuk kita dapatkan rasa istiqomah dalam amalan..

3. BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG SOLEH DAN SOLEHAH
Faktor lain, kita kena berani mendekati orang-orang yang lebih soleh dan solehah ini.. Walaupun kadang-kadang tu kita akan rasa kerdilnya diri kita ketika kita mendampangi mereka.. Tapi percayalah, itu cuma perasaan kita je.. Aku pun pernah ada perasaan yang macam tu.. Rasa malu, rasa segan bila duduk dan bersilaturahim dengan orang alim ni.. Hakikatnya, mereka Allah kirimkan sebab Allah tahu kita nak jadi baik.. Kita nak berubah.. Sebab tu, Allah pertemukan kita dengan ustaz ustazah, selebriti pendakwah, sahabat yang baik-baik.. Kita nak jadi baik, perlu cari sahabat yang baik juga.. Carilah kawan2 yang selalu mengajak kita pegi kuliah.. Macam tulah lebih kurang aku nak jelaskan.. Harap2 kalian bole paham apa yang aku maksudkan..

4. MEMPERTINGKATKAN ILMU
Kita tahu kita takde ilmu, jadi kita kenalah usaha cari ilmu.. Nak berjaya di dunia, carilah ilmu.. Nak berjaya di akhirat, carilah ilmu.. Nak berjaya kedua-duanya dunia dan akhirat, carilah ilmu (hadis riwayat tirmizi).. Nak mempertingkatkan ilmu ini, kita kenalah rajin sikit pegi kuliah-kuliah agama.. Pegi kelas usrah ke.. Tak kisahlah kelas apapun, janji memberi faedah untuk kita dan kita dapat belajar daripada kelas2 tersebut.. Cubalah.. Jangan malu.. Dulu aku pun macam tu jugak, malu nak pegi.. Lama2 aku pegi je sebab aku fikir sampai bila taknak pegi dengar majlis ilmu sedangkan kita nak istiqomah dalam amalan.. Kalau takde ilmu, macam mana nak kekalkan rasa istiqomah tu? Macam tulah..

5. DOA
Dan akhir sekali adalah Doa.. Kenapa kena doa? Sebab doa juga memainkan peranan yang penting.. Kuasa doa itu sendiri sangat ajaib.. Bukan hati sahaja yang ajaib tetapi doa juga sangat ajaib.. Maka itu, berdoalah kepada Allah.. Mintak Allah bantu kita untuk istiqomah dalam amalan yang kita perbuat.. Doa kenalah bersungguh2.. Doa dengan penuh yakin yang doa kita itu Allah dengar dan Allah akan makbulkan.. Itu senjata yang kita ada selain usaha yang kita dah usahakan..

In shaa Allah, cubalah deh kita istiqomah dalam setiap perkara yang kita kerjakan walaupun selalu je tersasar jauh.. Janji kita jangan putus asa pada rahmat Allah.. Makin kita nak dekatkan diri kita pada Allah, makin banyak ujian Dia bagi..
Firman Allah: sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada sesiapa yang memperbaiki amalannya (Surah Al-Araaf: 56)

Sadokan hati okay :)

Sekian,
Wallahu'alam

Monday, 6 April 2015

Bagaimanakah Caranya Untuk Aku Berhijrah

Bismillah..

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca setia blog.. Walau dimanapun kalian berada dan sedang lakukan, doa saya semoga kita semua berada di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t .. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan keatas keluarga baginda s.a.w ..

Entri untuk kali ini saya akan kongsikan tentang "bagaimanakah caranya untuk aku berhijrah".. Yes, before this saya ada update pasal hijrah.. Ramai orang kata untuk berhijrah ini memang senang bahkan sesenang A B C mungkin.. Tetapi ada tetapinya ye.. Tetapi untuk istiqamah dalam berhijrah sangat mencabar dan tercabar.. Oleh itu apa yang boleh kita buat hanyalah kekalkan iman dan sadokan hati dalam berhijrah..

Di bawah ini antara tips untuk permulaan hijrah :

1. JAGA NIAT
Jaga niat supaya selalu berhijrah kerana Allah supaya bila kita tergelincir kita pasti akan teguh sebab kerana Allah lah manusia akan kuat. Dan niat mestilah pakai hati.. Daripada kitab anniah berkata "ajarkan diri kamu berniat yang baik2 seperti kamu mengajarkan diri kamu bersolat"

2. BERTAUBAT
Bertaubat juga sebahagian daripada cara untuk memperbaiki diri. Sesiapa yang bertaubat bermakna berubah dari keadaan berdosa kepada diampunkan dosanya, insyaAllah. Orang yang bertaubat juga berubah meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya sebelum itu. Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:
“Orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan perbuatan dosa. (Hadis Riwayat Ahmad).
Sesiapa juga hidup di dunia ini tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sebab itu Allah membenarkan taubat sebagai pembersih diri. Jika diri tersalah memilih jalan dosa, bersegeralah berubah memilih jalan yang sebenarnya. Dan sesungguhnya sebaik baik taubat ialah taubat nasuha.

3. BERUBAH DI USIA MUDA
Niat dan usaha hendak memperbaiki diri perlu dilakukan seawal mungkin dan tidak hanya menanti apabila memasuki usia senja. Banyak orang memberi alasan ingin bebas dan berseronok ketika usia muda. Usia muda masa terbaik untuk mengumpul lebih banyak pahala. Ketika itu tenaga masih kuat. Daya ingatan tajam dan mudah mengingati apa yang dilakukan. Semangat orang muda juga berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu yang diingini.. Orang muda biasanya belum mengidap penyakit berbahaya yang biasanya menghalang seseorang daripada bergerak bebas. Ketika usia muda, tumpuan lebih dapat diberikan untuk membina landasan kehidupan yang lebih baik. Masa muda termasuk perkara yang perlu direbut sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:  “Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; iaitu masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu” (Hadis Riwayat Tirmizi).

4. MENGGUNAKAN AKAL BUKANNYA NAFSU
Sesungguhnya nafsu tidak mengenal usia. Kekuatan nafsu tidak berkurang dengan bertambahnya usia seperti berkurangnya tenaga, daya penglihatan dan daya pendengaran.
Nafsu masih ingin kepada keduniaan biarpun ketika hampir menemui maut. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Anak Adam boleh tua, tetapi akan tetap tinggal bersamanya dua perkara iaitu kemahuan keras (nafsu) dan panjang angan-angan” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Penyakit nafsu tidak dapat disembuhkan melainkan melalui peningkatan keimanan dan ketakwaan. Ini perlu dilakukan dengan asuhan iman yang dilakukan secara berterusan bermula sejak usia kanak-kanak,  disuburkan ketika alam remaja dan diteruskan ketika meniti alam kedewasaan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh penyakit umat-umat dahulu; sombong, suka bermegah-megah, mengumpulkan kekayaan (dengan cara yang tidak sah), berlumba-lumba merebut kemewahan dunia, pulau memulau, saling berdengki hingga mengakibatkan berlakunya penderhakaan dan keadaan kacau bilau". (Hadis Riwayat Hakim). Bagi memastikan kehidupan sentiasa dalam keredaan Allah, diri perlulah sentiasa dikuasai oleh akal dan bukannya nafsu. Akal akan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak daripada melakukan kejahatan. Dengan kekuatan akal yang dikuasai perasaan keimanan akan sentiasa menetapkan tujuan hidupnya untuk menemui Allah dengan keadaan yang sempurna amalan kehidupan di dunia ini.

5. KEAZAMAN DAN ISTIQAMAH
Kehendak diri kita sendiri yang inginkan perubahan harus menjadi faktor nombor satu untuk memulakan langkah hijrah. Dengan adanya semangat kita yang berkobar-kobar untuk berubah menjadi baik, tidak mustahil kita dapat menjadi sorang insan yang diredhai Allah. Istiqamahlah dalam setiap perkara kebaikan dengan tujuan suatu hari nanti kita mahu menggapai syurga Illahi.

6. DEKATI PARA ALIM ULAMA
Dengan cara mengelilingi diri kita dengan orang² yang boleh bimbing kita seperti kawan, murabbi atau ustaz/ustazah. Jadi bila kita jatuh atau tersasar dari penghijrahan kita ada orang akan memberi teguran dan nasihat serta boleh ingatkan kita selalu supaya istiqamah dijalanNya.

7. HADIRKAN DIRI DALAM MAJLIS ILMU
Lepas itu, selalu sibukkan diri untuk selalu menghadiri majlis ilmu supaya kita dapat kaut ilmu sebanyak mungkin untuk lebih kuatkan keazaman kita untuk terus pasak kaki di jalan ini iaitu jalan hijrah.

8. JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
And last sekali, jaga hubungan dengan Allah. Salah satunya, dengan memperolehi kekuatan dengan bangun qiam supaya takkan jatuh lama atau jatuh walau diuji sebanyak mana ujian oleh Allah. Ataupun selalu percaya dan husnudzon pada Allah. Dekatkan diri dengan Dia dan selalu berharap hanya pada Dia.

In shaa Allah, yang penting kita kena tanamkan niat di dalam hati kita hijrah untuk Allah.. Pesan seorang murabbi ketika pernah mendengar ceramah beliau, bila hati kita sudah benar2 berhijrah kemudian barulah jasad2 kita yang lain juga berhijrah..

Sekian,
06 April 2015

Thursday, 19 March 2015

Pengajian Diploma Di Bumi Mesir

Bismillah..
Assalamualaikum wbt buat kalian semua si pembaca setia blog.. Walau di manapun kalian berada dan sedang lakukan, semoga semuanya berada di dalam jagaan dan peliharaan Allah hendaknya.. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w ..

Alhamdulillah.. Semalam 18 March 2015, Allah memberikan saya kesempatan waktu untuk berjumpa dengan Yasmin Sofia (kakyong), Syakirah dan Ustazah Asni di KLIA..

Aku datang agak lewat ketika itu dalam sekitar 8.45pm.. Sesampai je aku ke KLIA, aku cuba call ustazah dan kakyong tapi takde jawapan.. Hati bimbang kalau2 mereka telah masuk ke departure hall dan aku mungkin terlewat beberapa minit.. Dan kebetulan, sahabat sama2 belaja dulu juga akan terbang ke Turki bersama suaminya dan kemudian mengerjakan ibadah umrah.. Alhamdulillah, dapat juga jumpa sahabat sebelum dia berlepas..

Selesai berjumpa dengan sahabat.. Aku masih juga try call ustazah dan kakyong tetapi tak berjawab.. Namun, kuasa Allah Yang Maha Hebat.. Allah mengerakkan hati kecil ini untuk aku berlegar2 sekitar balai pelepasan.. Kemudian, aku ternampak sekumpulan golongan sedang berkumpul di situ.. Aku yakin itu adalah murabbi bersama family nya.. Aku dekati kumpulan itu.. Hati sebak.. Sayu.. Hiba.. Aku datang terus mendapatkan kakyong dan terus berpeluk cium kuat2.. Kemudian aku salam nenek dan murabbi memanggil nama aku setelah menyedari aku berada di situ dan aku seterusnya dapatkan murabbi terus salam peluk cium kuat2..

Kakyong dan sahabatnya Syakirah dapat membuat Diploma Bahasa Arab di bumi Mesir selama 2 tahun.. Kemudian, syakirah student murabbi yang juga akan sama2 ke Mesir datang salam dan peluk cium kuat2 denganku.. Aku cuma membisikkan di telinga Yasmin dan Syakirah "jaga diri baik2.. belaja rajin2 tau" cuma tu saja yg aku bole lafazkan.. Aku takut airmata ini akan gugur andai aku berbicara banyak.. Kemudian, ketika sdg memeluk murabbi.. Aku juga membisikkan kpd murabbi "ustazah, jaga diri baik2 tau" cuma ayat itu juga yg bole aku lafazkan dan murabbi juga sempat bisikkan kpdku "shafelah, awak jaga diri baik2".. Dan aku cepat2 meleraikan pelukan kami.. Sebab aku sedih..

Aku kemudian beralih tempat dan hanya berdiri di tepi menjadi pemerhati.. Aku melihat kakyong menangis.. Melihat adik2 nya yang lain juga menangis.. Allah.. Akrabnya hubungan mereka adik beradik.. Dan aku terus menjadi pemerhati yg setia.. Mereka saling berpelukan adik beradik..

Semoga Allah menjaga dan memelihara kalian sepanjang di sana.. I love you all because of Allah!

Monday, 2 March 2015

Bicara Dakwah Di Majlis Ilmu

Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian si pembaca setia blog saya.. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik dan sihat serta berada di dalam lindungan Allah hendaknya.. In shaa Allah.. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w .. Alhamdulillah, Allah masih memberikan saya kesempatan waktu untuk saya update sedikit perkongsian ilmu di sini.. Dan semestinya saya terasa macam dah lama tak update blog even baru je sebulan tak update..

In shaa Allah, sedikit perkongsian akan saya share dengan kalian semua.. Mudah2 an dengan perkongsian kisah2 dan bicara dakwah ini mampu memberi asbab kebaikan buat semua.. In shaa Allah..

Alhamdulillah, dua tiga hari lepas Allah berikan saya kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu Raudhah D Ridhuan Hulu Kelang pada sabtu yang lalu.. Dan alhamdulillah juga, ahad keesokannya Allah memberi saya kesempatan waktu untuk saya menemani murabbi saya pergi memberi ceramah kuliah dhuha beliau di Surau Nurul Iman Puncak Jalil.. In shaa Allah, saya akan kongsikan beberapa kisah dari saya pergi ke majlis raudhah sehingga saya mengikuti kuliah dhuha murabbi..

JANGAN TUNGGU DAH BUTA, BARU NAK BACA AL-QURAN.
Cerita ni saya petik daripada pendakwah selebriti iaitu Ustazah Asni Mansor.. Sebenarnya cerita ni panjang tapi saya pendekkan.. Ketika itu di majlis raudhah d ridhuan dalam slot forum perdana isyak dengan tajuk "Hijrah Hati, Hijrah Hakiki".. Di dlm slot itu, beliau ada menceritakan tentang kisah sahabat beliau yg sama2 belajar menuntut ilmu tetapi selepas 17 tahun Allah berikan nikmat penglihatan kepada sahabatnya. Di takdirkan Allah dia disahkan mempunyai ketumbuhan di kepala dan perlu di operate.. Dan operate itu memberi side effect menyebabkan matanya menjadi buta kerana bahagian sarat optik di potong.. Setiap ujian pasti ada hikmah dan Allah mahu gantikan dgn sesuatu.. Redha dgn takdir tuhan.. Beliau kembali bangkit drpd kelemahan.. Beliau berjaya membuat diploma quran selama 7 tahun kalau tak silap.. Walaupun beliau belajar dan baca quran tanpa celik penglihatan dan terpaksa menggunakan quran braille. Dan takdir Allah, beliau antara 10 org pelajar yg tersenarai dlm program pengajian al-quran sistem braille. Dan akhirnya beliau berjaya menghafaz 30 juzuk quran. Kata sahabat beliau, jika Allah tidak menarik nikmat penglihatannya, pasti beliau tidak akan menyentuh quran. Benar janji Allah itu pasti.. Allah tarik nikmat penglihatannya dan kemudian Allah gantikannya dengan 30 juzuk ayat Al-Quran di dalam dada. Dan selepas beberapa tahun, beliau di takdirkan Allah mempunyai ketumbuhan buat kali kedua di kepala dan beliau kembali di samping Maha Pencipta dengan membawa 30 juzuk ayat Al-Quran..
Kata ustazah, ini adalah amanah dari sahabat beliau utk disampaikan kpd masyarakat supaya jgn tinggalkan quran. Jgn tunggu dah buta baru nak baca.

JANGAN PANDANG RENDAH KEPADA ORANG YANG BERSKIRT PENDEK
Kisah ini juga dipetik drpd Ustazah Asni Mansor ketika sy mendengar kuliah dhuha beliau.. Kata ustazah, kita jangan pandang rendah pada orang yg tidak menutup aurat sbb kita tak tahu esok lusa kita jadi apa? Ustazah sempat ceritakan tentang seorang pengusaha salon di mana beliau kini telah berhijab sepenuhnya malah telahpun berpurdah. SubhanaAllah. Kata beliau, sepanjang berkawan dgn pengusaha salon itu semasa dia belum hijrah. Bukan takde niat mahu berdakwah dia supaya menutup aurat. Cuma kita perlu berdakwah dgn cara berhikmah. Ada suatu hari tu, beliau mengajak pengusaha salon itu menemani beliau utk bagi talk. Kemudian dia agak terkejut bila beliau mengajak. Beberapa kali pengusaha salon itu bertanya kpd beliau betul ke beliau mengajak dia? Tanda tak percaya seorang ustazah mengajak seorang pengusaha salon yg ketika itu belum menutup aurat sepenuhnya. Di pendekkan cerita, selepas beliau menemankan ustazah bagi talk. Di awal ramadhan tahun lepas, beliau telahpun berhijab sepenuhnya. Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah dan kita bukan manusia yang boleh memberi hidayah kpd orang tapi kita boleh menjadi asbab hidayah Allah kpd org..

Alhamdulillah.. Saya sangat tertarik dgn dua kisah cerita ini.. Ada pengajaran yang boleh di ambik oleh kita semua.. Dan semoga perkongsian ini memberi serba sedikit teladan dan pengajaran.. Dan mudah2 an menjadi asbab kebaikan buat semua.. In shaa Allah.. Dan terima kasih kpd murabbi kerana mengizinkan sy share dua kisah ini..

Thursday, 5 February 2015

Bumi Palestine/Al-Aqso.. Tunggu Aku Datang..

Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua si pembaca blog. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat hendaknya juga di dalam peliharaan Allah selalu. InsyaAllah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .. Alhamdulillah.. Selepas sekian lama menyepi daripada dunia blog.. Hari ini di izinkan Allah untuk meng update blog yang tidak seberapa..

Bumi Palestine.. Tunggu Aku Datang.. Ini adalah impian aku.. Bukan impian daripada kecik tetapi lahirnya impian ini semenjak aku mula melibatkan diri dalam aktivis kemanusiaan Palestine.. Senang kata semenjak aku menjadi sukarelawan Palestine setahun yang lalu.. Hati aku kuat berkata suatu hari nanti aku kena jejakkan kaki di Palestine.. Aku mahu rasai bagaimana rasanya berada di bumi bertuah itu..

Impian untuk pergi ke Bumi Palestine ini tidak hanya berada di dalam pkiran semata2 tetapi turut terbawa2 di dalam tido.. Tahun lepas, ada satu malam tu entah macam mana aku boleh mimpi aku salah seorang sukarelawan aman palestine yang terpilih untuk ke bumi bertuah itu dalam misi bantuan kecemasan di sana.. Ya Allah.. Waktu tu aku rasa happy sebab terpilih..

Dalam mimpi tu, ketua aman palestine memberi taklimat ringkas. Dan aku di tugaskan untuk mengagih2 kan barang makanan juga keperluan kepada saudara di Palestine. Dalam misi bantuan kecemasan ini juga di sertai selebriti terkenal iaitu Heliza Helmi.. Bagaikan tidak percaya, antara ramai2 sukarelawan palestine. Cuma aku saja yang terpilih untuk menyertai misi kemanusiaan palestine ini..

Sesampai saja di bumi bertuah itu. Hati jadi serbak terharu dan semua perasaan bercampur baur.. Hanya Allah yang tahu.. Waktu tu, Palestine sedang di bedil oleh tentera zionist laknatullah. Hati jadi gentar.. Walaupun hanya sekadar mimpi dapat pergi ke bumi bertuah itu. Dan mimpi tu hanya sekadar bercerita sampai di airport sana.. Tapi cukup buat aku berkobar2 dan bersemangat nak pergi ke bumi bertuah itu..

Selain tu, hati aku jadi lebih bersemangat nak jejak bumi bertuah itu apabila aku sering kali retweet pasal Palestine dan Al-Aqso di twitter.. Twitter IFalasteen yang selalu tweet pasal Palestine buat aku semakin berkobar2.. Pemandangan yang sangat subhanaAllah cantik..

Kalau tak silap, tahun lepas ada seorang pendakwah selebriti pergi kesana ketika bulan puasa. Bila tengok gambar2 Al-Aqso yang di post di laman sosial.. Perasaan jadi makin bersemangat plak.. Aku pernah sekali siap messenger ustazah semata2 nak tanya best tak pergi sana? And of course ustazah kata best.. Aku tahu memang best bila berada di bumi bertuah itu..

Tapi, cuma aku yang belum lagi bertuah untuk ke sana.. Dan terbaru ni, aku ada tengok Instagram Heliza Helmi.. Ustaz Amin ada buat ziarah Al-Aqso bulan Mei tahun ini.. Nak pergi tapi rasanya belum cukup lagi kos aku nak pergi ke sana untuk tahun ni.. Takde rezki mungkin.. InsyaAllah di masa2 akan datang pasti aku akan pergi.. Doakan ye ;)

Kalau sekalipun aku dapat pergi sana. Biarlah aku pergi dengan hasil duit titik peluh aku sendiri. Baru dapat rasai nikmatnya pergi sana dengan duit sendiri.. Aku tahu biarpun lama lagi taktahu bila? Tapi aku yakin suatu hari nanti pasti dapat jejakkan kaki kat sana.. Mudah2 an Allah kabulkan.. InsyaAllah..

Allah,
Sampaikan aku ke Bumi Al-Aqso

Sekian,

Penulis Jalanan

Dan mohon pembaca blog doakan kesihatan atok saya ye.. Syukran..

Saturday, 3 January 2015

Sebuah Pertemuan..

Ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan
tika aku diuji dengan dugaan

Saatku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNya mengatasi segala

Menitis air mata ku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasihMu Allah

Titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar
diuji dugaan mengharum dalam harapan
moga kan kesampaian kepadaMu Tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
di kurniakan dia
menuju jalan dekatiNya
tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajar ku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi (Cinta Allah)

Tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasihMu Tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan
bernama Murabbi.

Allah,
Jagakan dia
Peliharalah dia
Lindungilah dia.