Music

Thursday, 5 February 2015

Bumi Palestine/Al-Aqso.. Tunggu Aku Datang..

Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua si pembaca blog. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat hendaknya juga di dalam peliharaan Allah selalu. InsyaAllah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .. Alhamdulillah.. Selepas sekian lama menyepi daripada dunia blog.. Hari ini di izinkan Allah untuk meng update blog yang tidak seberapa..

Bumi Palestine.. Tunggu Aku Datang.. Ini adalah impian aku.. Bukan impian daripada kecik tetapi lahirnya impian ini semenjak aku mula melibatkan diri dalam aktivis kemanusiaan Palestine.. Senang kata semenjak aku menjadi sukarelawan Palestine setahun yang lalu.. Hati aku kuat berkata suatu hari nanti aku kena jejakkan kaki di Palestine.. Aku mahu rasai bagaimana rasanya berada di bumi bertuah itu..

Impian untuk pergi ke Bumi Palestine ini tidak hanya berada di dalam pkiran semata2 tetapi turut terbawa2 di dalam tido.. Tahun lepas, ada satu malam tu entah macam mana aku boleh mimpi aku salah seorang sukarelawan aman palestine yang terpilih untuk ke bumi bertuah itu dalam misi bantuan kecemasan di sana.. Ya Allah.. Waktu tu aku rasa happy sebab terpilih..

Dalam mimpi tu, ketua aman palestine memberi taklimat ringkas. Dan aku di tugaskan untuk mengagih2 kan barang makanan juga keperluan kepada saudara di Palestine. Dalam misi bantuan kecemasan ini juga di sertai selebriti terkenal iaitu Heliza Helmi.. Bagaikan tidak percaya, antara ramai2 sukarelawan palestine. Cuma aku saja yang terpilih untuk menyertai misi kemanusiaan palestine ini..

Sesampai saja di bumi bertuah itu. Hati jadi serbak terharu dan semua perasaan bercampur baur.. Hanya Allah yang tahu.. Waktu tu, Palestine sedang di bedil oleh tentera zionist laknatullah. Hati jadi gentar.. Walaupun hanya sekadar mimpi dapat pergi ke bumi bertuah itu. Dan mimpi tu hanya sekadar bercerita sampai di airport sana.. Tapi cukup buat aku berkobar2 dan bersemangat nak pergi ke bumi bertuah itu..

Selain tu, hati aku jadi lebih bersemangat nak jejak bumi bertuah itu apabila aku sering kali retweet pasal Palestine dan Al-Aqso di twitter.. Twitter IFalasteen yang selalu tweet pasal Palestine buat aku semakin berkobar2.. Pemandangan yang sangat subhanaAllah cantik..

Kalau tak silap, tahun lepas ada seorang pendakwah selebriti pergi kesana ketika bulan puasa. Bila tengok gambar2 Al-Aqso yang di post di laman sosial.. Perasaan jadi makin bersemangat plak.. Aku pernah sekali siap messenger ustazah semata2 nak tanya best tak pergi sana? And of course ustazah kata best.. Aku tahu memang best bila berada di bumi bertuah itu..

Tapi, cuma aku yang belum lagi bertuah untuk ke sana.. Dan terbaru ni, aku ada tengok Instagram Heliza Helmi.. Ustaz Amin ada buat ziarah Al-Aqso bulan Mei tahun ini.. Nak pergi tapi rasanya belum cukup lagi kos aku nak pergi ke sana untuk tahun ni.. Takde rezki mungkin.. InsyaAllah di masa2 akan datang pasti aku akan pergi.. Doakan ye ;)

Kalau sekalipun aku dapat pergi sana. Biarlah aku pergi dengan hasil duit titik peluh aku sendiri. Baru dapat rasai nikmatnya pergi sana dengan duit sendiri.. Aku tahu biarpun lama lagi taktahu bila? Tapi aku yakin suatu hari nanti pasti dapat jejakkan kaki kat sana.. Mudah2 an Allah kabulkan.. InsyaAllah..

Allah,
Sampaikan aku ke Bumi Al-Aqso

Sekian,

Penulis Jalanan

Dan mohon pembaca blog doakan kesihatan atok saya ye.. Syukran..

Saturday, 3 January 2015

Sebuah Pertemuan..

Ketika diri mencari sinar
secebis cahaya menerangi laluan
adakalanya langkahku tersasar
tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
mengalun kalimah menyapa keinsafan
kehadiranmu menyentuh kalbu
menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
kau bisikkan bicara keinsafan
kau beri kekuatan
tika aku diuji dengan dugaan

Saatku kehilangan keyakinan
kau nyalakan harapan
saatku meragukan keampunan Tuhan
kau katakan rahmatNya mengatasi segala

Menitis air mata ku keharuan
kepada sebuah pertemuan
kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
kau gilap cahaya kebahagiaan
tulus keikhlasan menjadi ikatan
dengan restu kasihMu Allah

Titisan air mata menyubur cinta
dan rindu pun berbunga
mekar tidak pernah layu
damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar
diuji dugaan mengharum dalam harapan
moga kan kesampaian kepadaMu Tuhan
lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
di kurniakan dia
menuju jalan dekatiNya
tika diri dalam kebuntuan
betapa aku menghargai
kejujuran yang kau beri
mengajar ku mengenal erti
cinta hakiki yang abadi (Cinta Allah)

Tiada yang menjadi impian
selain rahmat kasihMu Tuhan
yang terbias pada ketulusan
sekeping hati seorang insan
bernama Murabbi.

Allah,
Jagakan dia
Peliharalah dia
Lindungilah dia.

Monday, 22 December 2014

Langkah-Langkah Untuk Istiqomah.

Bismillah.. Assalamualaikum semua.. Assif (maaf) malam2 ini baru saya update blog. Mata tidak boleh berapa nak lelap. Hati dan perasaan terlalu futur saat dan ketika ini. Tahajud menjadi peneman. Di dalam tahajud jiwa yang futur ini merintih. Doakan saya moga diberikan kekuatan.

Malam ni saya nak bagi sedikit tips tentang langkah2 untuk kita benar2 istiqamah.. Mudah2 an tips ini memberi serba sedikit manfaatnya kepada kita semua.. InsyaAllah..

Sebelum itu, saya nak jelaskan sedikit definisi istiqamah. Mungkin ada antara kita yang tidak paham maksud istiqamah. Takpe. Saya cuba jelaskan apa yang saya tahu dan paham. InsyaAllah. Istiqamah bermaksud consistant atau lebih tepat sekali berterusan. Contohnya, kita nak berubah. Mesti kita nak perubahan itu adalah perubahan yang berterusan kan? Haaa.. Itu maksudnya Istiqamah.. :)

MIND SET
Apa yang di maksudkan mind set ini adalah letakkan niat kita betul2 kerana Allah Taala yang kita ni betul2 nak berubah. Yang kita ni betul2 nak jadi baik. Serta sematkan sekemas2 nya niat kita untuk berada dalam keadaan istiqomah di atas jalan Allah ini sebaik2 nya di dalam hati. InsyaAllah, bila kita dah betul2 niat kerana Allah. Pasti kita mampu untuk beristiqomah.

DOA
Apa yang dimaksudkan dengan doa? Setiap kali selesai solat mohonlah kepada Allah agar Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa berada di dalam keadaan istiqomah atas jalanNya. Mohon pada Allah diberikan kekuatan hati dan iman. Bukan saja setiap kali selesai solat untuk berdoa mohon istiqomah. Tetapi berdoalah selalu mohon Allah bantu kita untuk terus istiqomah.

MUHASABAH
Muhasabah yang di maksudkan. Apabila kita berada di dalam keadaan keseorangan. Waktu itu adalah waktu yang paling tepat sekali untuk kita refleksi kembali diri. Renung dan tenung diri sendiri dan tanya pada diri "adakah aku sudah cukup istiqomah?" Muhasabah ini sangat penting untuk kita supaya kita sentiasa dapat melihat dan mencari kesalahan dan kesilapan diri sendiri.

MEMBACA/MENDENGAR BAHAN ILMIAH
Selain itu, banyakkan membaca bahan2 ilmiah. Dengan melalui pembacaan sedikit sebanyak dapat membantu kita jadi lebih bersemangat untuk terus istiqomah.. Kalau malas nak membaca tetapi lebih suka mendengar.. Saya suggest kan dengar radio IkimFm.. Setiap petang IkimFm akan membincangkan topik2 yang sangat menarik. Contohnya segmen usrati. Islam itu indah dan sebagainya. Ianya juga dapat membantu dan sangat bermanfaat..

MENGHADIRI MAJLIS2 ILMU
Selain itu, perkara yang kita boleh lakukan untuk kekalkan istiqomah ini adalah dengan menghadiri majlis2 ilmu. Menghadiri kuliah dhuha ke atau apa sahaja majlis ilmu yang boleh bagi manfaat untuk kita. Maka pergilah. Dengan cara menghadiri majlis2 ilmu macam ini serba sedikit dapat membantu kita dari segi menambah ilmu pengetahuan dan juga bantu kita untuk istiqomah.

JOIN GROUP/KELAS USRAH
Di zaman teknologi yang tinggi seperti hari ini. Kita semua sebenarnya boleh sahaja menubuhkan group usrah sendiri di application whatsapp, telegram, wechat dan sebagainya. Pendek kata semuanya berada di hujung jari dan unlimited place. Dimana jika kita masih tidak ada kesempatan masa untuk ke majlis2 ilmu. Kita juga boleh berusrah di application seperti yang saya sebut. Tidak alasan lagi untuk tidak mencari apa yang perlu kita cari.

MENCARI MURABBI/MENTOR
Jadikan orang yang kita rasa boleh bimbing dan bantu kita sebagai mentor atau murabbi yang boleh kita rujuk perkara2 yang kita tidak tahu. Yang boleh dijadikan tempat untuk kita bertanya dan meluahkan. Tapi ingat. Hati kena niat untuk belajar kerana Allah Taala daripada seorang murabbi/mentor.

BERDAMPING DENGAN ORANG YANG BAIK2
Untuk jadi baik, kita kena belajar berdamping dan menghampiri orang yang baik2. Kawan yang baik2. Orang2 yang soleh dan solehah. Sebab dengan cara macam tu, kita dapat memperbaiki diri kita. Dan for sure apabila kita mendekati mereka semua, secara tak langsung kita akan rasa dekat sangat dengan Allah. Sebab mereka mengajak kita membuat kebaikan. Mengajak kita menuju redha Allah s.w.t. Walaupun kita tidak sebaik mereka. Jangan malu untuk mendekati orang2 seperti mereka.

Pesan Imam Al-Ghazali ada tiga jenis kawan yang kita kena pegang. Yang pertama kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. Yang kedua dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.
Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. Dan yang Ketiga, dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Kata Imam Al- Ghazali jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

Alhamdulillah.. Itu serba sedikit tips dan perkongsian daripada saya hamba yang hina dan yang kurang ilmunya.. Semoga perkongsian coretan kecil saya ini akan Allah lihat. InsyaAllah!

Sekian,
Wallahu'aklam
22.12.2014 (01.25 am)

Sunday, 14 December 2014

Tips Memulakan Penghijrahan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian yang dirahmati Allah. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam pelindungan Allah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .

InsyaAllah, hari ini ada sedikit perkongsian tips dan ilmu berkaitan penghijrahan. Tips ini juga adalah atas perkongsian group usrah gethering UM KL saya dan saya applikasikan di dalam blog ini. Moga2 ianya memberi manfaat buat semua. Andai malam ini Malaikat maut datang mengambil nyawa saya. Sekurang2 nya saya sudah menunaikan tanggungjawab saya untuk menyampaikan kepada yang lain dari apa yang saya dapat dan jika ada yang mengamalkan tips ini. Mudah2 an ianya menjadi sedekah jariah buat saya. InsyaAllah!

1. NIAT
Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.

2. TETAPKAN MATLAMAT
Matlamat yang ulung pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi sarjana Islam yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.

3. BUANG PERSEPSI YANG SALAH
Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mungkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apakah keinginan anda. Catatkan juga apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh menemui jalan pulang. Mengapa tidak anda?

4. HENTIKAN PERKATAAN NEGATIF
Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.

5. BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA
Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita- wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. Ambillah pengajaran daripada kisah kesedaran insan terpilih tersebut. Ia penting untuk anda mengorak langkah mencerna hijrah diri. Hadirilah ceramah motivasi pengkisahan insan-insan yang berjaya mengubah diri ke arah kebaikan.

6. PEDULIKAN APA KATA ORANG
Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.

7. BERDOALAH
Allah sesungguhnya telah berfirman:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."

(Al-Mu’min 40: 60)

Berdoalah untuk pilihan yang unggul buat kita mengharap pertolongan daripada Allah. Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan..

Fitrah manusia itu tiada yang sempurna kita hamba yang bernama manusia ini lah yang lagi dhaif pendosa tanpa noktah!       

Tapi bila kita ingin kembali padaNYA, kembali lah, Allah azza wa jalla sangat menyukai hambanya yang bertaubat ! Jangan nilai diri orang lain tapi nilai lah diri kita dahulu...jangan dilihat hanya pujian...tapi lihat lah disebalik pujian itu ada ujiannya.. semoga kita semua peroleh hidayah dari Nya..

wallahualam

Friday, 12 December 2014

Mencari Cahaya Illahi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian si pembaca setia blog saya. Moga2 kalian semua berada di dalam peliharaan Allah. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w . InsyaAllah, hari ni saya akan kongsikan sedikit perkongsian daripada group usrah "Gathering UM KL" di whatsapp yang saya join. Moga2 ianya memberi serba sedikit manfaat buat kita semua. Dan semoga menjadi asbab hidayah dan kebaikan buat seluruh pelusuk dunia. InsyaAllah!

Segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia.. Yang Maha membolak balikkan hati dan jiwa manusia.. dan Maha pemberi cahaya hidayah buat sekalian manusia..

HIDAYAH, betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup manusia.. Hidayah Allah azza wa jalla itu diberikan kepada orang yg dikehendaki oleh Nya dan berhak untuk menerimanya.. Hidayah Allah dikerahkan bagi yang memang ingin mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya..

Pernahkah ada diantara kita yg terdetik dalam hati, aku ingin berubah! aku ingin jadi baik! Tiada insan yg tidak sukakan kebaikan.. Malah ramai diantara kita yg berusaha mencari hidayah untuk menjadi baik dan ramai juga yg masih ditakuk lama kerana tidak ada keberanian untuk mengubah dirinya..

Tahukah Allah sangat dekat dengan kita? Bahkan lebih dekat dengan urat leher kita..

Adakah kita mengerti, tiap desah nafas adalah kasih sayang Nya.. DIA telah memanggil, menegur dengan sangat dekat dan memberi kita surat cinta utk dibaca..

Selangkah saja kita mendekati Nya, DIA akan mendekati kita beribu langkah..

Yakin dan percayalah!

Sunday, 30 November 2014

10 Golongan VVIP Syurga Allah..

Bismillah.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya. Semoga kita semua berada di dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. InsyaAllah! Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Doakan saya semoga diberikan kekuatan untuk terus menulis dan menyampaikan sedikit dakwah kecil ini kepada semua. InsyaAllah!

InsyaAllah, di entry kali ini saya akan cuba kongsikan tentang tajuk "VVIP Syurga". Hmm.. Siapakah VVIP Syurga Allah ini? Kat syurga pun ada VVIP juga ke? Apa maksud VVIP ini? Segala persoalan ini akan saya bentangkan di dalam entry ini. InsyaAllah!

Tajuk "VVIP Syurga" ini, saya petik daripada rancangan Tanyalah Ustazah pada tahun lepas dan yang disampaikan oleh Ustazah Asni Abu Mansor kalau tak silap saya.. Dan saya cuba untuk mengaplikasikan di dalam blog saya untuk di kongsikan kepada kalian semua andai ada yang tidak berkesempatan menontonnya sehingga sekarang. InsyaAllah!

VVIP Syurga itu apa sebenarnya? Haa.. Maksud VVIP ini full name nya adalah Very Very Important Person. Siapakah 10 golongan VVIP Syurga Allah ini? Okay.. Meh sini lihat di bawah ini 10 golongan VVIP Syurga Allah.

1. AHLUH FADH
Apa Ahluh Fadh ini? Ahluh Fadh bermaksud ahli kemuliaan di sisi Allah. Orang selalu bertawakal dan berserah kepada Allah. Contoh, ada seorang manusia ini demam. Sebelum dia makan ubat, dia buat solat hajat terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab dia tahu ubat bukan sebab dia akan sihat tapi dengan izin Allah dia akan sihat.

2. AHLUH SOBUR (Orang yang bersabar)
Ahluh Sobur ini adalah orang2 yang selalu berada dalam keadaan sabar.. Orang mengata pasal dia, dia bersabar.. Orang membuat fitnah pada dia, dia bersabar.. Orang memaki hamun dia, dia tetap sabar.. Maksudnya orang itu tidak membalas sedikitpun perbuatan jahat yang orang dah buat pada dia.. SubhanaAllah..

3. ORANG YANG MATI DALAM PERJALANAN MENUNAIKAN UMRAH DAN HAJI
Orang yang mati dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah dan haji juga di kategorikan dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah. SubhanaAllah.. Walaupun dia meninggal semasa dalam perjalanan ke Airport. Dan orang ini juga mungkin tetap di kira sebagai VVIP Syurga Allah.

4. ORANG YANG MENJADI JIRAN2 ALLAH
Eh bole ke jadi jiran Allah? Macam mana jadi jiran Allah? Haa.. Meh sini nak habak mai.. Orang yang menjadi jiran Allah ini maksudnya ialah orang2 yang suka menghubungkan silaturrahmi/silaturrahim kerana Allah.. Dan ingat tidak akan masuk syurga orang suka memutuskan silaturrahim. Sebab itu, kalau kita rasa kita ada bergaduh dengan orang sampai 5 6 tahun. Carilah balik orang yang kita gaduh dulu. Hubungkan balik silaturrahim yang dah lama terputus itu. Nak masuk syurga tak?

5. ORANG YANG MATI DALAM KEADAAN MENUNTUT ILMU
Tidak kiralah ilmu yang kita tuntut itu ilmu engineering ke, ilmu perkapalan ke? Tidak kisah.. Selagi kita menuntut ilmu kerana Allah, tetap di senaraikan dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah.

6. ORANG YANG MENGASUH ANAK2 KECIL
Maksudnya orang atau cikgu tadika yang mengajar anak2 kecil. Misalnya, cikgu tadika mengajar anak2 kecil ini menyebut perkataan Allah sehingga anak2 kecil ini pandai menyebutnya dengan betul. Ianya juga di kategorikan di dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah.. Sebab itu, jangan sesekali kita memandang rendah dengan cikgu tadika ini. Cikgu tadika inilah yang mengajar anak2 kalian menyebut Allah sehingga pandai. Dan ianya juga di kira sebagai sedekah jariah. MasyaAllah. Hebat!

7. ORANG YANG BERSABAR MENGHADAPI BENCANA ALLAH TERHADAP DIRINYA
Allah menguji dia dengan ujian sakit. Tapi dia tetap sabar dengan ujian sakit itu. Tidak mengeluh walaupun sepatah. Apabila dia di uji dengan ujian sakit. Bibirnya tidak henti2 menyebut Innalilah Wainna lillahirojiun. Maksudnya dia redha dengan ujian sakit yang Allah timpakan keatasnya. Orang ini juga adalah antara 10 golongan VVIP Syurga Allah.

8. ANAK YANG BERBAKTI KEPADA ORANG TUA
Anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya juga dikira sebagai VVIP Syurga Allah.. Misalnya, anak2 yang menjaga kedua orang tuanya sakit sehinggalah mereka meninggal dunia.. Anak2 ini juga akan di masukkan ke dalam syurga oleh Allah tanpa hisab..

9. ORANG YANG SABAR MENTAATI PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH
Contoh walaupun dia jarang2 solat di masjid. Solat di rumah saja. Tapi bila dia didatangi perempuan yang cantik mahu menggodanya. Dia tidak mudah tergoda dan sebaliknya dia menjauhi perempuan itu tadi. Sebab apa? Sebab dia takut dengan peringatan Allah.. Dan orang ini juga adalah golongan VVIP Syurga Allah..

10. ORANG YANG MATI SYAHID DI JALAN ALLAH
Walaupun dia cuma seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Cuma menjaga suami dan anak2. Selagi mana dia taat pada perintah Allah dan suami.. Jika dia mati, dia dikira syahid di jalan Allah..

SubhanaAllah! Antara ciri2 golongan VVIP Syurga yang mungkin masuk ke syurga Allah tanpa hisab.. MasyaAllah..

Itu adalah serba sedikit yang dapat saya kongsikan di dalam entri kali ini.. Semoga ianya memberi manfaat pada semua.. InsyaAllah.. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang terkurang itu datangnya daripada diri saya sendiri..

P/S: nak mohon pada ustazah, jika ada penerangan saya yang kurang tepat di dalam blog ini. Mohon memperbetulkan saya ye..

Friday, 14 November 2014

Dia Murobbiku Di Alam Maya..

Nukilan ini bukan nukilan yang mahu memuji tetapi nukilan daripada hati kecil yang ikhlas buat murobbi tanda syukurku kepada Allah.

Dia,
Sudah lama aku mengenali,
Sejak kecil lagi,
Tetapi tidak pernah berbicara,
Sudah lama aku mengikuti,
Sejak kecil lagi,
Tetapi tidak pernah berjumpa.

Dia Murobbi,
Yang aku setia,
Mengikuti perkembangan,
Yang aku setia,
Mengikuti bicara dakwahnya,
Kerana aku yakin ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan kepadaku.

Murobbi,
Allah faham isi hati dan niatku,
Allah izinkan aku berguru dengannya di alam maya,
Walaupun masih baharu tetapi cukup bermakna.

Dia Murobbiku,
Dia seorang yang tidak pernah jemu menjawab,
Setiap soalan dan persoalan yang aku keutarakan,
Dari di alam maya hingga di alam realiti,
Kerana niatnya yang begitu suci kerana Allah Taala,
Yang ingin membantu.

Dia Murobbiku,
Dia adalah seorang guruku di alam maya,
Seorang murobbi yang sangat membantu,
Seorang murobbi yang sangat pemurah,
Seorang murobbi yang sangat mulia hatinya.

Dialah Murobbiku di alam maya,
Ustazah Asni Abu Mansor.

Wahai Allah, peliharalah dan lindungilah murobbiku bersama keluarganya. Dan permudahkanlah segala urusan kerja dakwah beliau. Ameen.

Hamba Fakir,
Shafelah Suhaimi (14.11.2014)