Music

Monday, 22 December 2014

Langkah-Langkah Untuk Istiqomah.

Bismillah.. Assalamualaikum semua.. Assif (maaf) malam2 ini baru saya update blog. Mata tidak boleh berapa nak lelap. Hati dan perasaan terlalu futur saat dan ketika ini. Tahajud menjadi peneman. Di dalam tahajud jiwa yang futur ini merintih. Doakan saya moga diberikan kekuatan.

Malam ni saya nak bagi sedikit tips tentang langkah2 untuk kita benar2 istiqamah.. Mudah2 an tips ini memberi serba sedikit manfaatnya kepada kita semua.. InsyaAllah..

Sebelum itu, saya nak jelaskan sedikit definisi istiqamah. Mungkin ada antara kita yang tidak paham maksud istiqamah. Takpe. Saya cuba jelaskan apa yang saya tahu dan paham. InsyaAllah. Istiqamah bermaksud consistant atau lebih tepat sekali berterusan. Contohnya, kita nak berubah. Mesti kita nak perubahan itu adalah perubahan yang berterusan kan? Haaa.. Itu maksudnya Istiqamah.. :)

MIND SET
Apa yang di maksudkan mind set ini adalah letakkan niat kita betul2 kerana Allah Taala yang kita ni betul2 nak berubah. Yang kita ni betul2 nak jadi baik. Serta sematkan sekemas2 nya niat kita untuk berada dalam keadaan istiqomah di atas jalan Allah ini sebaik2 nya di dalam hati. InsyaAllah, bila kita dah betul2 niat kerana Allah. Pasti kita mampu untuk beristiqomah.

DOA
Apa yang dimaksudkan dengan doa? Setiap kali selesai solat mohonlah kepada Allah agar Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa berada di dalam keadaan istiqomah atas jalanNya. Mohon pada Allah diberikan kekuatan hati dan iman. Bukan saja setiap kali selesai solat untuk berdoa mohon istiqomah. Tetapi berdoalah selalu mohon Allah bantu kita untuk terus istiqomah.

MUHASABAH
Muhasabah yang di maksudkan. Apabila kita berada di dalam keadaan keseorangan. Waktu itu adalah waktu yang paling tepat sekali untuk kita refleksi kembali diri. Renung dan tenung diri sendiri dan tanya pada diri "adakah aku sudah cukup istiqomah?" Muhasabah ini sangat penting untuk kita supaya kita sentiasa dapat melihat dan mencari kesalahan dan kesilapan diri sendiri.

MEMBACA/MENDENGAR BAHAN ILMIAH
Selain itu, banyakkan membaca bahan2 ilmiah. Dengan melalui pembacaan sedikit sebanyak dapat membantu kita jadi lebih bersemangat untuk terus istiqomah.. Kalau malas nak membaca tetapi lebih suka mendengar.. Saya suggest kan dengar radio IkimFm.. Setiap petang IkimFm akan membincangkan topik2 yang sangat menarik. Contohnya segmen usrati. Islam itu indah dan sebagainya. Ianya juga dapat membantu dan sangat bermanfaat..

MENGHADIRI MAJLIS2 ILMU
Selain itu, perkara yang kita boleh lakukan untuk kekalkan istiqomah ini adalah dengan menghadiri majlis2 ilmu. Menghadiri kuliah dhuha ke atau apa sahaja majlis ilmu yang boleh bagi manfaat untuk kita. Maka pergilah. Dengan cara menghadiri majlis2 ilmu macam ini serba sedikit dapat membantu kita dari segi menambah ilmu pengetahuan dan juga bantu kita untuk istiqomah.

JOIN GROUP/KELAS USRAH
Di zaman teknologi yang tinggi seperti hari ini. Kita semua sebenarnya boleh sahaja menubuhkan group usrah sendiri di application whatsapp, telegram, wechat dan sebagainya. Pendek kata semuanya berada di hujung jari dan unlimited place. Dimana jika kita masih tidak ada kesempatan masa untuk ke majlis2 ilmu. Kita juga boleh berusrah di application seperti yang saya sebut. Tidak alasan lagi untuk tidak mencari apa yang perlu kita cari.

MENCARI MURABBI/MENTOR
Jadikan orang yang kita rasa boleh bimbing dan bantu kita sebagai mentor atau murabbi yang boleh kita rujuk perkara2 yang kita tidak tahu. Yang boleh dijadikan tempat untuk kita bertanya dan meluahkan. Tapi ingat. Hati kena niat untuk belajar kerana Allah Taala daripada seorang murabbi/mentor.

BERDAMPING DENGAN ORANG YANG BAIK2
Untuk jadi baik, kita kena belajar berdamping dan menghampiri orang yang baik2. Kawan yang baik2. Orang2 yang soleh dan solehah. Sebab dengan cara macam tu, kita dapat memperbaiki diri kita. Dan for sure apabila kita mendekati mereka semua, secara tak langsung kita akan rasa dekat sangat dengan Allah. Sebab mereka mengajak kita membuat kebaikan. Mengajak kita menuju redha Allah s.w.t. Walaupun kita tidak sebaik mereka. Jangan malu untuk mendekati orang2 seperti mereka.

Pesan Imam Al-Ghazali ada tiga jenis kawan yang kita kena pegang. Yang pertama kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. Yang kedua dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.
Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT. Dan yang Ketiga, dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Kata Imam Al- Ghazali jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

Alhamdulillah.. Itu serba sedikit tips dan perkongsian daripada saya hamba yang hina dan yang kurang ilmunya.. Semoga perkongsian coretan kecil saya ini akan Allah lihat. InsyaAllah!

Sekian,
Wallahu'aklam
22.12.2014 (01.25 am)

Sunday, 14 December 2014

Tips Memulakan Penghijrahan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian yang dirahmati Allah. Semoga kalian semua berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam pelindungan Allah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .

InsyaAllah, hari ini ada sedikit perkongsian tips dan ilmu berkaitan penghijrahan. Tips ini juga adalah atas perkongsian group usrah gethering UM KL saya dan saya applikasikan di dalam blog ini. Moga2 ianya memberi manfaat buat semua. Andai malam ini Malaikat maut datang mengambil nyawa saya. Sekurang2 nya saya sudah menunaikan tanggungjawab saya untuk menyampaikan kepada yang lain dari apa yang saya dapat dan jika ada yang mengamalkan tips ini. Mudah2 an ianya menjadi sedekah jariah buat saya. InsyaAllah!

1. NIAT
Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas mengharap keredhaan Allah. Perubahan diri yang dimulai dengan niat pasti mendapat pertolongan Allah. Manakala hijrah ke arah kebaikan yang dilakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk pasti mengundang kemarahan Allah dan tidak kekal lama kebaikannya.

2. TETAPKAN MATLAMAT
Matlamat yang ulung pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Namun yang harus ditelusuri ialah persoalan sejauh mana relevannya matlamat yang ditetapkan. Matlamat yang disasarkan harus realistik dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Contohnya anda ingin berubah daripada seorang yang jahil tentang ilmu agama menjadi sarjana Islam yang hebat dalam masa beberapa minggu. Tentu mustahil bukan? Mulakan dengan usaha yang mudah. Contohnya anda kini konsisten mengikuti kuliah agama di surau dan masjid setiap malam. Itu mungkin hijrah diri terhadap ilmu. Anda meletakkan sasaran bahawa dalam masa 1-2 tahun ini anda dapat memahami konsep asas Islam. Atau dalam masa 2 tahun akan datang anda dapat menguasai hukum tajwid dan dapat membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.

3. BUANG PERSEPSI YANG SALAH
Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan. Anda mungkin mempunyai persepsi bahawa hanya golongan yang baik-baik sahaja yang dapat kemanisan iman. Segala tanggapan negatif bahawa anda tidak layak untuk berubah harus dibuang jauh-jauh. Ambil sehelai kertas dan tuliskan apakah keinginan anda. Catatkan juga apa yang ingin diubah, lantas sebutkan sebarang perubahan positif tersebut berkali-kali agar membentuk suatu persepsi yang baik. Buang segala persepsi hanya insan terpilih sahaja yang boleh menemui jalan pulang. Mengapa tidak anda?

4. HENTIKAN PERKATAAN NEGATIF
Perhatikan perkataan yang negatif yang sentiasa keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif yang keluar daripada orang-orang hebat. Latihlah diri untuk menuturkan kata-kata hebat tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru. Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan. Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.

5. BANYAKKAN MEMBACA DAN MENDENGAR KISAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA
Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya, bacalah buku-buku di pasaran tentang bagaimana akhirnya wanita- wanita mendapat hidayah untuh tampil bertudung menutup aurat. Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah. Itulah kuasa hijrah. Dekatilah tokoh-tokoh serta ahli agama yang sentiasa akan memberikan motivasi dan nasihat. Ambillah pengajaran daripada kisah kesedaran insan terpilih tersebut. Ia penting untuk anda mengorak langkah mencerna hijrah diri. Hadirilah ceramah motivasi pengkisahan insan-insan yang berjaya mengubah diri ke arah kebaikan.

6. PEDULIKAN APA KATA ORANG
Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan. Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan. Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji. Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui. Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang iri hati dengan perubahan positif anda. Kita mungkin hanya diumpat demi untuk hijrah diri, tetapi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah dibaling batu dan disakiti oleh golongan kafir. Jadikanlah segalanya sebagai suatu pendorong untuk terus beristiqamah dalam perjuangan mengubah sikap.

7. BERDOALAH
Allah sesungguhnya telah berfirman:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."

(Al-Mu’min 40: 60)

Berdoalah untuk pilihan yang unggul buat kita mengharap pertolongan daripada Allah. Tiada kuasa lain yang mampu untuk membantu keinginan diri untuk berhijrah daripada kesesatan kepada kebaikan..

Fitrah manusia itu tiada yang sempurna kita hamba yang bernama manusia ini lah yang lagi dhaif pendosa tanpa noktah!       

Tapi bila kita ingin kembali padaNYA, kembali lah, Allah azza wa jalla sangat menyukai hambanya yang bertaubat ! Jangan nilai diri orang lain tapi nilai lah diri kita dahulu...jangan dilihat hanya pujian...tapi lihat lah disebalik pujian itu ada ujiannya.. semoga kita semua peroleh hidayah dari Nya..

wallahualam

Friday, 12 December 2014

Mencari Cahaya Illahi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian si pembaca setia blog saya. Moga2 kalian semua berada di dalam peliharaan Allah. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w . InsyaAllah, hari ni saya akan kongsikan sedikit perkongsian daripada group usrah "Gathering UM KL" di whatsapp yang saya join. Moga2 ianya memberi serba sedikit manfaat buat kita semua. Dan semoga menjadi asbab hidayah dan kebaikan buat seluruh pelusuk dunia. InsyaAllah!

Segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati dan jiwa manusia.. Yang Maha membolak balikkan hati dan jiwa manusia.. dan Maha pemberi cahaya hidayah buat sekalian manusia..

HIDAYAH, betapa mahalnya ia jika dibicarakan dalam rentang hidup manusia.. Hidayah Allah azza wa jalla itu diberikan kepada orang yg dikehendaki oleh Nya dan berhak untuk menerimanya.. Hidayah Allah dikerahkan bagi yang memang ingin mencarinya dan gemar untuk mendapatkannya..

Pernahkah ada diantara kita yg terdetik dalam hati, aku ingin berubah! aku ingin jadi baik! Tiada insan yg tidak sukakan kebaikan.. Malah ramai diantara kita yg berusaha mencari hidayah untuk menjadi baik dan ramai juga yg masih ditakuk lama kerana tidak ada keberanian untuk mengubah dirinya..

Tahukah Allah sangat dekat dengan kita? Bahkan lebih dekat dengan urat leher kita..

Adakah kita mengerti, tiap desah nafas adalah kasih sayang Nya.. DIA telah memanggil, menegur dengan sangat dekat dan memberi kita surat cinta utk dibaca..

Selangkah saja kita mendekati Nya, DIA akan mendekati kita beribu langkah..

Yakin dan percayalah!

Sunday, 30 November 2014

10 Golongan VVIP Syurga Allah..

Bismillah.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya. Semoga kita semua berada di dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. InsyaAllah! Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..

Doakan saya semoga diberikan kekuatan untuk terus menulis dan menyampaikan sedikit dakwah kecil ini kepada semua. InsyaAllah!

InsyaAllah, di entry kali ini saya akan cuba kongsikan tentang tajuk "VVIP Syurga". Hmm.. Siapakah VVIP Syurga Allah ini? Kat syurga pun ada VVIP juga ke? Apa maksud VVIP ini? Segala persoalan ini akan saya bentangkan di dalam entry ini. InsyaAllah!

Tajuk "VVIP Syurga" ini, saya petik daripada rancangan Tanyalah Ustazah pada tahun lepas dan yang disampaikan oleh Ustazah Asni Abu Mansor kalau tak silap saya.. Dan saya cuba untuk mengaplikasikan di dalam blog saya untuk di kongsikan kepada kalian semua andai ada yang tidak berkesempatan menontonnya sehingga sekarang. InsyaAllah!

VVIP Syurga itu apa sebenarnya? Haa.. Maksud VVIP ini full name nya adalah Very Very Important Person. Siapakah 10 golongan VVIP Syurga Allah ini? Okay.. Meh sini lihat di bawah ini 10 golongan VVIP Syurga Allah.

1. AHLUH FADH
Apa Ahluh Fadh ini? Ahluh Fadh bermaksud ahli kemuliaan di sisi Allah. Orang selalu bertawakal dan berserah kepada Allah. Contoh, ada seorang manusia ini demam. Sebelum dia makan ubat, dia buat solat hajat terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab dia tahu ubat bukan sebab dia akan sihat tapi dengan izin Allah dia akan sihat.

2. AHLUH SOBUR (Orang yang bersabar)
Ahluh Sobur ini adalah orang2 yang selalu berada dalam keadaan sabar.. Orang mengata pasal dia, dia bersabar.. Orang membuat fitnah pada dia, dia bersabar.. Orang memaki hamun dia, dia tetap sabar.. Maksudnya orang itu tidak membalas sedikitpun perbuatan jahat yang orang dah buat pada dia.. SubhanaAllah..

3. ORANG YANG MATI DALAM PERJALANAN MENUNAIKAN UMRAH DAN HAJI
Orang yang mati dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah dan haji juga di kategorikan dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah. SubhanaAllah.. Walaupun dia meninggal semasa dalam perjalanan ke Airport. Dan orang ini juga mungkin tetap di kira sebagai VVIP Syurga Allah.

4. ORANG YANG MENJADI JIRAN2 ALLAH
Eh bole ke jadi jiran Allah? Macam mana jadi jiran Allah? Haa.. Meh sini nak habak mai.. Orang yang menjadi jiran Allah ini maksudnya ialah orang2 yang suka menghubungkan silaturrahmi/silaturrahim kerana Allah.. Dan ingat tidak akan masuk syurga orang suka memutuskan silaturrahim. Sebab itu, kalau kita rasa kita ada bergaduh dengan orang sampai 5 6 tahun. Carilah balik orang yang kita gaduh dulu. Hubungkan balik silaturrahim yang dah lama terputus itu. Nak masuk syurga tak?

5. ORANG YANG MATI DALAM KEADAAN MENUNTUT ILMU
Tidak kiralah ilmu yang kita tuntut itu ilmu engineering ke, ilmu perkapalan ke? Tidak kisah.. Selagi kita menuntut ilmu kerana Allah, tetap di senaraikan dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah.

6. ORANG YANG MENGASUH ANAK2 KECIL
Maksudnya orang atau cikgu tadika yang mengajar anak2 kecil. Misalnya, cikgu tadika mengajar anak2 kecil ini menyebut perkataan Allah sehingga anak2 kecil ini pandai menyebutnya dengan betul. Ianya juga di kategorikan di dalam 10 golongan VVIP Syurga Allah.. Sebab itu, jangan sesekali kita memandang rendah dengan cikgu tadika ini. Cikgu tadika inilah yang mengajar anak2 kalian menyebut Allah sehingga pandai. Dan ianya juga di kira sebagai sedekah jariah. MasyaAllah. Hebat!

7. ORANG YANG BERSABAR MENGHADAPI BENCANA ALLAH TERHADAP DIRINYA
Allah menguji dia dengan ujian sakit. Tapi dia tetap sabar dengan ujian sakit itu. Tidak mengeluh walaupun sepatah. Apabila dia di uji dengan ujian sakit. Bibirnya tidak henti2 menyebut Innalilah Wainna lillahirojiun. Maksudnya dia redha dengan ujian sakit yang Allah timpakan keatasnya. Orang ini juga adalah antara 10 golongan VVIP Syurga Allah.

8. ANAK YANG BERBAKTI KEPADA ORANG TUA
Anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya juga dikira sebagai VVIP Syurga Allah.. Misalnya, anak2 yang menjaga kedua orang tuanya sakit sehinggalah mereka meninggal dunia.. Anak2 ini juga akan di masukkan ke dalam syurga oleh Allah tanpa hisab..

9. ORANG YANG SABAR MENTAATI PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH
Contoh walaupun dia jarang2 solat di masjid. Solat di rumah saja. Tapi bila dia didatangi perempuan yang cantik mahu menggodanya. Dia tidak mudah tergoda dan sebaliknya dia menjauhi perempuan itu tadi. Sebab apa? Sebab dia takut dengan peringatan Allah.. Dan orang ini juga adalah golongan VVIP Syurga Allah..

10. ORANG YANG MATI SYAHID DI JALAN ALLAH
Walaupun dia cuma seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Cuma menjaga suami dan anak2. Selagi mana dia taat pada perintah Allah dan suami.. Jika dia mati, dia dikira syahid di jalan Allah..

SubhanaAllah! Antara ciri2 golongan VVIP Syurga yang mungkin masuk ke syurga Allah tanpa hisab.. MasyaAllah..

Itu adalah serba sedikit yang dapat saya kongsikan di dalam entri kali ini.. Semoga ianya memberi manfaat pada semua.. InsyaAllah.. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang terkurang itu datangnya daripada diri saya sendiri..

P/S: nak mohon pada ustazah, jika ada penerangan saya yang kurang tepat di dalam blog ini. Mohon memperbetulkan saya ye..

Friday, 14 November 2014

Dia Murobbiku Di Alam Maya..

Nukilan ini bukan nukilan yang mahu memuji tetapi nukilan daripada hati kecil yang ikhlas buat murobbi tanda syukurku kepada Allah.

Dia,
Sudah lama aku mengenali,
Sejak kecil lagi,
Tetapi tidak pernah berbicara,
Sudah lama aku mengikuti,
Sejak kecil lagi,
Tetapi tidak pernah berjumpa.

Dia Murobbi,
Yang aku setia,
Mengikuti perkembangan,
Yang aku setia,
Mengikuti bicara dakwahnya,
Kerana aku yakin ada sesuatu yang Allah cuba sampaikan kepadaku.

Murobbi,
Allah faham isi hati dan niatku,
Allah izinkan aku berguru dengannya di alam maya,
Walaupun masih baharu tetapi cukup bermakna.

Dia Murobbiku,
Dia seorang yang tidak pernah jemu menjawab,
Setiap soalan dan persoalan yang aku keutarakan,
Dari di alam maya hingga di alam realiti,
Kerana niatnya yang begitu suci kerana Allah Taala,
Yang ingin membantu.

Dia Murobbiku,
Dia adalah seorang guruku di alam maya,
Seorang murobbi yang sangat membantu,
Seorang murobbi yang sangat pemurah,
Seorang murobbi yang sangat mulia hatinya.

Dialah Murobbiku di alam maya,
Ustazah Asni Abu Mansor.

Wahai Allah, peliharalah dan lindungilah murobbiku bersama keluarganya. Dan permudahkanlah segala urusan kerja dakwah beliau. Ameen.

Hamba Fakir,
Shafelah Suhaimi (14.11.2014)

Monday, 10 November 2014

Mencari Kelas Usrah..

Bismillah. Assalamualaikum buat semua yang disayangi Allah. Entri kali ini nak mintak sedikit jasa baik kalian kalau2 ada di antara kalian yang tahu tentang kelas usrah di mana2 area sekitar selangor atau kl.

Actually, saya dah lama sangat mencari kelas usrah ni. Puas saya google. Tak dapat jugak. Puas jugak cari kat muka buku. Ada saya jumpa tu adalah. Page tu dikenali sebagai JUS (Jom Usrah). Tengok macam menarik. Eh memang menarik pun. Tapi tulah, bila dah ramai sangat. Jadi tempat terhad. Jadi agak susah sikit nak join JUS ni.

Serius, diri yang sangat kerdil lagi hina ini benar2 dahagakan ilmu. Banyak benda dan perkara yang masih tidak tahu. Bila tidak tahu, macam mana nak bimbing diri sendiri kan?

Jadi, saya berharap sangat kalian semua dapat membantu saya bagi suggestion tempat2 usrah yang berdekatan.

Seriously, bila teringatkan balik zaman muda mudi dulu. Rasa nak menjerit sepuas hati kat telinga sendiri.. Nak jerit kuat2 kat telinga! Menyesal dengan kehidupan zaman tok kadok dulu. (Emosi plak tiba2)

Tapi, bila di fikir2 kan balik. Kalau tidak ada nostalgia yang dulu. Tak akan mungkin kita akan belajar daripada kesilapan lalu kan? Saya teringat kata2 Ustazah Norhafizah Musa di IKIM FM bulan lalu. Katanya jika tidak ada yang dulu. Tidak akan ada yang sekarang. Maksudnya, kalau tidak disebabkan kesilapan kita yang lalu. Kita tidak akan belajar tentang kehidupan yang sekarang. Jadi, bersyukurlah. Allah beri peluang.

Saya harap saya tidak terlambat untuk memperbaiki semuanya.. InsyaAllah! Mohon doa dan hajat daripada kalian semua jugak ye.

Moga2 Allah membalas setiap kebaikan kalian dengan syurga yang tertinggi. InsyaAllah!

- Si Pencarian -

Sunday, 9 November 2014

Kerana Allah Rindukan Aku, Dia Menguji..

"Minggu lalu ntah kenapa aku rasa sangat berserabut. Ada je perkara yang aku buat tidak kena. Semuanya serba tak kena.. Ntah kenapa minggu lalu aku terasa ingin membawa diri pergi jauh daripada rumah. Ye jauh. Aku rasa berserabut duduk di rumah. Aku mahu mencari sesuatu. Tetapi aku tidak pasti apa yang aku cuba carikan sebenarnya."

"Sehingga pada suatu petang, aku membuka al-quran. Pada mulanya, aku membaca ayat2 al quran seperti biasa. Sehinggalah sampai ke satu ayat. Tiba2 hati aku jadi sebak. Mata aku jadi berkaca2 apabila membaca ayat itu. Aku cuba menahan mata supaya air dari kelopak mata tidak jatuh. Tiga kali aku mengulangi ayat yang sama. Dan tiga kali itu juga aku cuba menahan airmata daripada terjatuh. Semakin aku ulang ayat yang sama semakin hati aku menjadi sebak secara tiba2. Semakin sebak! Sebak yang luar biasa. Kali keempat aku cuba mengulangi ayat yang sama tapi aku tidak mampu untuk meneruskan bacaan ayat yang seterusnya."

"Selesai aku menutup al quran itu. Aku terus berlari ke hadapan. Aku duduk diam di suatu sudut sofa dan aku menangis sepuasnya. Ye sepuas2 nya! Tangisan aku tidak berhenti setakat itu. Tangisan aku semakin laju sehingga ke maghrib. Aku duduk di sofa sehingga air mata aku betul2 rasa kering."

"Apabila aku merasakan airmata aku benar2 kering. Aku berjalan mengambik wudhuk untuk tunaikan solat maghrib. Ntah kenapa sepanjang aku solat. Airmata aku setitis demi setitis jatuh lagi. Aku jadi tidak paham dengan diri sendiri. Selesai aku memberi salam akhir. Aku bermunajat kepada Allah terlebih dahulu. Sebaik saja aku menadah tangan untuk berdoa. Hati jadi semakin sebak yang menjadi2. Airmata aku semakin laju mengalir seperti air terjun di sungai. Semakin sebak lagi ketika aku menyebut nama seseorang di dalam doa aku."

"Tiga kali maghrib aku menangis teresak2 di dalam sujud dan doaku. Aku tidak paham kenapa? Bukannya aku tidak pernah menangis di dalam solat sebelum ini. Pernah. Cuma bezanya lain daripada perasaan tempoh hari. Memang.. Dua tiga hari tempoh hari, hati dan perasaan aku rasa sayu. Tidak tahu kenapa? Puas aku mencari sebab. Tapi tidak jumpa."

"Dua tiga hari itu juga aku membuat hal sendiri. Duduk terkurung di dalam bilik. Keluar apabila perlu saja. Ye. Aku seorang yang suka buat hal sendiri. Mungkin kerana dah terlalu banyak perkara yang aku pendamkan selama ini. Akhirnya di tikar sejadah aku meluahkan segala isi hati yang terpendam kepada si Dia Yang Maha Mendengar."

"Kepada Allah, aku menceritakan segala2 nya. Kepada Allah, aku meluahkan segala2 nya. Baik perasaan gembira mahupun perasaan sedih. Semuanya aku luahkan di dalam tangisan memohon kekuatan. Kepada Allah, aku memohon hajat. Kepada Allah, aku mohon agar di setiap doaku diperkenankan oleh Dia."

"Aku puas.. Puas di dalam tangisan yang aku luahkan.. Aku menangis dan terus menangis.. Bimbang andai Allah tidak mendengarkan aku.. Tapi aku yakin benar2 yakin.. Sebab Allah rindu hambaNya, sebab itu Allah menguji."

Tuhan,
Berikan aku rasa kekuatan dan sedikit sifat sabar agar diri ini selalu tabah menghadapi ujianMu.

- Si Pendosa -

Saturday, 8 November 2014

Hands Off Al-Aqso..

Robek hati ku...
Rindu yang tak pernah padam ....
لبيك يا أقصى...........

Tuhanku....
Sudah tibakah masanya bumi ini menjadi bumi mahsyar....
Sudah tibakah masanya bumi ini menjadi bumi mansyar...

Sudah tibakah masanya nabi Isa pulang ke pintu aqso....
Sudah tibakah masanya aqso bermandi darah...
Sudah tibakah masanya Galilee menjadi kering...sudah tibakah masanya....

Kecilnya masaalah kami...
Jika dibanding masaalah ummat diaqso...

Kecilnya derita kami..
Jika dibandingkan derita imam aqso yang ditahan untuk masuk ke aqso untuk menyentuh dahi ke mihrob aqso qodim.....

Kecilnya sedih kami...
Jika dibandingkan sedihnya wanita aqso yang menangisi anak dipenjara yahudi...

Tuhan....
Air mata yang tidak tertahan...
Kerana kaki ini pernah memijak bumi ini....

Pernah menyatuni anak Palestine.. Pernah berjemaah bersama mereka...Pernah makan bersama mereka... Pernah disuap makanan dari tangan ibu tua aqso..

Mana mungkin ingatan ini harus dipadam dengan mudah...
Pernah... Pernah..pernah...

Tuhan....
Wahai Allah selamatkan Aqso...
Agar ramai lagi zuriat kami Boleh menulis..
Bahawa kami "pernah " memijak..melangkah..
Ke bumi mi'roj...

Allahumma amin..

- Ustazah Asni Abu Mansor -
- 07.11.2014 (20.32pm) -

Saturday, 1 November 2014

Tetamu Istimewa Kesayangan Hati Kiriman Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang di sayangi Allah.. Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan moga esok lebih baik daripada hari ini.. InsyaAllah.. Saya excited sebenarnya.. Nak tahu excited sebab apa? Excited sebab nak update short story yang sangat best..

Alhamdulillah.. Dua hari lepas kami Musanip's Family (Family sebelah mak) ada membuat majlis bacaan yassin dan kenduri doa selamat bersempena anak makcik saya akan menduduki exam SPM hari isnin ini. Doakan yang yang terbaik ye moga Anis Ayuni dipermudahkan urusan. InsyaAllah. Majlis ini cuma untuk ladies sahaja dan diadakan di rumah maklang saya di Sri Aman Puchong..

Sehari sebelum majlis berlangsung, saya ada menjemput tetamu yang sangat istimewa di hati saya. Saya menjemput Ustazah Asni Abu Mansor untuk datang majlis bacaan yassin dan kenduri doa selamat maklang saya. Alhamdulillah, jemputan saya menjemput ustazah datang disambut baik oleh ustazah. Tapi ustazah tidak berjanji samada bole datang ataupun tidak. Sebab hari itu, ustazah ada program lain.

Pagi khamis sebelum majlis, saya bertanyakan pada ustazah samada ustazah dapat hadir ataupun tidak. Kata ustazah, ustazah tidak dapat hadir ke majlis kami malam ini (2 hari lepas). Saya kata, takpe ustazah tak dapat hadir tapi nanti kalau sempat ustazah datanglah ye. Tapi ustazah kata ustazah akan cuba singgah kalau sempat. Dan saya terus bagi alamat rumah. Pesan ustazah, jangan harap tinggi tau takut nanti tak jadi.

Jujur, instings saya kata insyaAllah ustazah akan datang malam ni. Tapi tidaklah saya letak harapan yang tinggi. Saya cuma letak 20% je harapan saya tu. Hee..

Petang sebelum saya ke rumah makcik saya. Saya terima call daripada ustazah. Alhamdulillah. Ustazah kata, insyaAllah ustazah datang waktu yang ustazah sempat datang. Sambil saya tersenyum, kata saya takpe ustazah. Saya tunggu.. Alhamdulillah, ustazah sampai ke majlis kami selepas isyak.

Pada mulanya, tetamu yang hadir ramai yang tidak perasan beliau adalah Ustazah Asni kecuali makcik2 saya. Sehinggalah maklang saya mengumumkan kepada tetamu yang hadir. Ustazah sempat memberi tazkirah pendeknya dan membacakan bacaan doa sebelum jamuan makan. Alhamdulillah, malam itu seronok tengok tetamu yang hadir. Masing2 tidak melepaskan peluang bergambar dengan beliau.

Ramai tetamu yang hadir bertanyakan kepada saya macam mana saya boleh kenal dengan ustazah. Kata saya, alhamdulillah semua ini Allah yang izinkan. Saya cuma kenal ustazah di tv je. Dari kecik saya memang minat. Mengikuti perkembangan ustazah. Penulisan ustazah. Saya pernah beberapa kali share penulisan ustazah di dalam blog saya.

SubhanaAllah.. MasyaAllah.. Ustazah sangatttt sempoi dan sporting.. Ustazah yang sangat merendah diri orangnya.. Kebetulan, Musanip's Family berasal daripada negeri sembilan. Bila ustazah cakap nogori masa bagi tazkirah semuanya gelak. Sempat nenek saya dan ustazah berdialog dalam bahasa nogori.. Saya menjemput ustazah ke meja untuk makan. Dan sambil2 tu makcik2 saya sempat berbual2 dengan beliau di meja makan.

Saya memang tidak menang tangan. Sampaikan saya tidak sempat nak bergambar pun. Malam itu memang ustazah milik mereka bukan milik saya. Bila tengok balik gambar2 kat phone. Gambar saya cuma ada dua je. Sedihhh.. haha.. Tapi takpelah..

Terima kasih ustazah kerana sudi hadir majlis kami walaupun ustazah busy. Hanya Allah saja dapat membalas kebaikan ustazah. Terima kasih Allah, kerana mengirimkan beliau untuk kami. Mengirimkan beliau untuk si fakir ini. Alhamdulillah. Syukur sangat2.. Sujud syukur.

InsyaAllah, nanti saya cuba share video yang sempat saya record semasa ustazah beri tazkirah. Moga menjadi asbab hidayah dan kebaikan buat semua.

Sekian,

Wallahu'aklam.

- Hamba Fakir -

Saturday, 25 October 2014

Ayah, Hijrahlah..

"Ayah, jomlah hijrah.. Ayah, hijrahlah.. Aku merayu pada ayah, hijrahlah.. Ayah tidak mahu kita bersatu di syurga Allah ke? Ayah tidak sayangkan anak ayah? Ayah, aku mahu melihat kau berubah. Aku sangat mahu melihat ayah berhijrah. Ayah, sempena maal hijrah ini. Aku tidak mahu meminta apa2 daripada ayah kecuali satu permintaan anak ayah ini. Aku mahu melihat ayah hijrah. Aku sayangkan ayah. Aku mahu berjumpa dengan ayah di syurga Allah."

"Ayah, hijrahlah.. Jujur ayah, selama aku menjadi anakmu. Aku belum pernah melihat ayah duduk bersujud di tikar sejadah. Aku tidak pernah melihat ayah pergi ke masjid untuk solat jumaat seperti ayah2 orang lain.. Setiap kali solat jumaat, ayah cuma duduk di hadapan tv.. Kenapa ayah? Telinga anakmu ini tidak pernah mendengar ayah memanggil anakmu untuk solat berjemaah.. Aku tidak pernah solat berimamkan ayah sendiri.. Hati aku teringin.. Jujur, sangat teringin ayah menjadi imam di setiap solat wajib.. Walaupun sehari cuma dua kali.. Sudah cukup buat aku.."

"Ayah, hijrahlah. Setiap kali masuknya bulan ramadhan. Aku tidak pernah sekalipun melihat ayah berpuasa.. Tidak pernah sekalipun.. Tidak.. Aku hairan dan aku tertanya2 kenapa ayah tidak berpuasa? Ayah tidak pernah berbuka puasa bersama.. Terawih apa entah lagi.. Ayah tidak pergi.. Sedangkan ayah tidak ada apa2 kemudharatan untuk tidak berpuasa. Kenapa ayah? Soalan yang selalu bermain di fikiran aku.. Jangan cakap anakmu ini tidak pernah menegur ayah.. Banyak kali ayah.. Tapi jawapan ayah cuma "jangan kau sibuk pasal ayah"..

"Ayah, hijrahlah.. Jujur ayah, aku sangat malu menjadi anakmu.. Ayah tahu, setiap kali kawan2 aku tanyakan perihal ayah. Setiap kali itu, aku cuba mengelak. Aku malu kalau mereka tahu mengenai ayah. Orang lain bangga punya ayah tetapi anakmu ini? Sama sekali tidak pernah rasa bangga ada ayah seperti ayah.."

"Ayah, hijrahlah.. Ayah buanglah egomu itu sedikit.. Ayah lupa ke ayah pernah terlantar koma sehari suatu ketika dulu? Ayah, ayah lupa ke? Ayah tahu, sewaktu ayah sehari koma tidak sedarkan diri.. Anakmu berdoa mudah2 an ada sesuatu yang Allah tunjukkan kepada ayah sepanjang ayah berada di dalam keadaan koma. Tapi, sesedar saja ayah daripada koma. Hati anakmu ini kecewa. Sebab ayah tidak belajar daripada ujian koma yang Allah berikan pada ayah. Ayah ego. Ayah cuma bertuhankan ego ayah semata2."

"Ayah, hijrahlah.. Ayah tahu, bila orang tegur anakmu ini cantik bertudung seperti ustazah. Aku cuma mampu senyum je ayah. Bila ada seorang hamba Allah bertanya kepadaku "kenapa kau saja nampak alim mcm ustazah tapi ayah kau tidak?" Aku terus terdiam ayah. Aku tidak tahu nak jawab bagaimana. Hati aku menangis ayah.."

"Ayah, hijrahlah.. Anakmu merayu pada ayah.. Mati boleh berlaku pada bila2 masa saja ayah.. Puas aku berdoa supaya Allah berikan hidayah dan hati yang baru kepada ayah.. Tapi ayah, doa aku belum cukup kuat untuk Allah makbulkan. Mungkin aku bukan anak yang terbaik untukmu ayah."

"Ayah, hijrahlah.. Allah menunggu penghijrahanmu ayah.. Anakmu selalu mendoakan kebahagiaan dan kebaikanmu di dunia dan di akhirat.. Aku menanti penghijrahanmu wahai ayah.. Mohon ayah doakan anakmu ini agar menjadi anak yang solehah dan menjadi hamba Allah yang bertakwa.."

- Si Pendosa -

Bukan Main Lagi..

Bukan main lagi ,
Kau rindu sangat kat dia ,
Sedangkan dia bukan halal untuk kau ,
Sedangkan dia belum tentu jodoh kau ,
Tak usah kau rindu sangat kat dia ,
Tak usah kau bergantung harap padanya .

Bukan main lagi ,
Kau chatting dan layan dia ,
Sedangkan kau belum pasti kejujurannya ,
Jagalah maruah kau agar ia tidak tercalar ,
Usahlah kau layan kemahuan dan kehendaknya ,
Jadilah mahal dan sombong supaya hati kau kental .

Bukan main lagi ,
Kau terlalu asyik dengan cinta manusia ,
Sudah lupakah kau yang cinta manusia tak kekal ?
Sudah lupakah kau yang cinta Allah abadi ?
Jangan biarkan diri kau hanyut pada cinta manusia ,
Jangan kau serahkan cinta kau pada manusia .

Bukan main lagi ,
Kau menangis disebabkan manusia ,
Baru sekarang kau sedar cinta manusia tidak abadi ,
Baru sekarang kau berasa kecewa terhadap manusia ,
Bangkitlah dari kejatuhan kau sekarang ,
Berjuanglah cinta kau demi ingin mendapat redha Allah .

Bukan main lagi ,
Kau merintih pada Allah ,
Kini kau sedar cinta Allah sentiasa abadi ,
Akhirnya kau bangkit dari kejatuhan kau itu ,
Kau terus latihkan hati untuk terus mencintai Allah ,
Kau tak mahu sia-siakan cinta suci kau terus dipermainkan .

Bukan main lagi ,
Mereka mengata dan membuka aib kau ,
Namun kau tidak membalas perbuatan mereka ,
Kau berdoa kepada Allah agar memberikan kesedaran ,
Kau sentiasa memaafkan segala kesalahan mereka ,
Hidup kau sentiasa ingin mencari keredhaan Maha Esa .

Penulis yang Jujur
- Mawar Hijrah -
19/10/14

Sunday, 19 October 2014

HambaMu Allah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. Blog yang kedua untuk hari ini.. Alahai banyak plak cerita nak update kan? Ni semua sebab mood bosan active.. Tapi takpe.. Walaupun mood bosan active, biarlah mood bosan yang bermanfaat okay..

Haaa... Hari ni nak bawa kalian semua mood menghayati lirik lagu.. Siapa pernah dengar lagu "HambaMu"? Bestkan lagu ni? Walaupun lagu ni dah bertahun2 berlalu tapi lagu ni ada auranya tersendiri.. Saya suka sangat dengar lagu ni.. Lagu ni benar2 bagi saya inspirasi.. Bila tiba2 mood sedih active lagu ni jadi peneman setia dan saya akan turut sama nyanyi.. Lagi2 waktu drive sorang dan laju.. Pernah saya menangis teresak2 dengar lagu ni.. Sebab lagu ni betul2 menyentuh hati..

Lagu ni menceritakan tentang dalam hidup ini tak semua perkara akan kita perolehi.. Dan hidup ini kita harus bergantung dan berharap hanya kepada Allah..

Jom kita cuba menghayati setiap bait2 lagu "HambaMu" ini..

"Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah"

Kerana Allah Itu Lebih Tahu..

"Kau pernah rasa macam mana peritnya hidup ini? Kau pernah rasa macam mana kecewanya hati ini apabila semua yang dirancang tak jadi kenyataan? Kau pernah ke rasa apa yang aku rasa? Kau tak pernah rasakan? Sebab itu kau tak paham apa yang aku rasa? Dunia kau dan dunia aku berbeza. Sangat berbeza kau tahu?"

"Jadi, kau cuba mempersoalkan takdir Allah kepada kau? Kau rasa takdir Allah itu tidak adil bagi kau?"

"Aku bukan mahu mempersoalkan takdir Allah. Tetapi aku ingin tahu kenape setiap yang aku mahukan. Mesti susah untuk aku dapat?"

"Sahabat. Takdir Allah itu tidak pernah salah. Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu."

"Allah.. Sahabat.. Tapi, aku juga seperti kau. Pernah merasai betapa peritnya hidup ini dan kecewanya hati ini bila semua yang dirancang tidak menjadi realiti. Siapa kata aku tidak pernah rasa? Siapa kata aku tidak pernah mempersoalkan ini semua? Aku pernah jatuh. Dan bila aku jatuh. Aku cuba bangkit semula. Aku cuba berjalan walaupun aku terpaksa bertatih kembali."

"Apa yang kau faham dengan takdir Allah? Apa yang membuat kau bangkit semula?"

"Kau nak tahu. Masa aku jatuh. Takde seorang pun yg dtg bg aku semangat utk bangkit. Yg ada cuma manusia yg hanya tahu mencaci aku dan memandang rendah kat aku. Manusia yang tahu mencari salah aku. Waktu itu aku cuba refleksi kembali diri aku. Aku cari mana silap aku."

"Tetapi takdir Allah mengatasi segala2 nya. Allah berikan kekuatan yg luar biasa utk aku bangkit dgn satu semangat yg baru walaupun aku terpaksa bertatih. Semakin hari aku cuba dekatkan diri aku dgn Allah. Aku mohon pertolongan dan kekuatan drpd Allah. Aku malu. Malu sebab saat aku tak punya siapa disisi. Barulah aku tercari2 Allah. Aku tahu aku tak layak nak meminta apa2 drpd Allah. Tapi Allah itu maha baik. Dia kabulkan doaku."

"Aku bangkit. Aku belajar bertatih semula. Saat itu aku harus kuat untuk bangkit. Walaupun tiada orang di sisi aku. Dengan pertolongan Allah yang maha kuat. Aku terus melangkah tanpa menoleh lagi kebelakang. Aku harus percaya dgn kelebihan dan kebolehan diri sendiri. Aku tidak boleh paksa orang untuk tidak membenci dan mencaci aku."

"Hampir setiap malam aku menangis sendirian di kamar aku. Di hadapan orang lain aku masih boleh senyum dan gelak ketawa. Orang taktahu apa yang aku alami. Dan saat itu juga aku belajar apa itu Redha. Aku menyepikan diri aku daripada orang sekeliling. Aku diamkan diri aku daripada kawan2 aku. Berapa bulan aku cuba kumpul kembali kekuatan dan keyakinan diri. Waktu itu hidup aku cuba di dalam kamar je.."

"Jadi, jangan kau sesekali menyalahkan takdir Tuhan untuk kau.. Apa yang Allah uji itu, pasti ada hikmah yang menanti. Walaupun perit. Tapi kau harus kuat menempuhnya.. Allah akan selalu ada bersama kau.. Yakinlah.. You just need to stay strong, friend.. Don't give up!"

Sekian, Wallahu'aklam

- Si Pendosa -

Saturday, 18 October 2014

Berubah? Poyo Ke?

"Wey petang ni jom temankan aku pegi cari baju labuh2 bole tak? Eh. Kau da kenape nak cari baju labuh2. Poyolah kau ni."

Pernah rasa situasi begini? Pernah dengar orang sekeliling atau kawan yang paling rapat dengan kita kata kita poyo sebab nak berubah? Saya pasti, mesti ada di antara kalian pernah alami perkara seperti ini. Saya nak share satu cerita daripada kawan saya.

Kawan saya pernah mengajak roommate nya untuk temankan dia pegi mencari baju yang labuh dan besar sedikit. Roommate nya kata kawan saya itu poyo. Poyo sebab kawan saya tu tiba2 nak cari baju yang labuh dan besar. Kata roommate nya "kau takyah nak poyo sgt erk pakai baju labuh2 bagai tu".

Apa perasaan kalian apabila roommate sendiri cakap macam tu pada kalian. Mesti semangat kita down kan? Yelah. Kita da semangat nak pakai baju labuh2 dan besar. Tiba2 roommate sendiri cakap macam tu. Lagaknya seperti tidak setuju ataupun tidak suka kawan saya berubah. Tetapi saya suka dia berubah.

Kawan saya menangis bila dia menceritakan kat saya. Saya sebagai sahabat yang dah berjanji akan membantu dia dalam apa jua keadaan cuba memberi dia semangat. Saya cuba motivate dia. Saya kata kat dia "kenape roommate kau tu rasa berubah ini poyo ke? Roommate kau yg poyo sebenarnye sebab taknak berubah. Poyo sebab ego. Poyo sebab tak support kau. Bukan kau yg poyo sbb nak berubah."

Kita berubah bukan sebab kita ni poyo. Kita berubah sebab hati kita telah dijentik oleh Allah dengan hidayahNya. Jangan kata berubah sebab poyo. Berubah adalah bermaksud dari kita seorang yang tidak peka dengan hal akhirat. Kita menjadi peka dengan hal akhirat. Dan kita hidup adalah untuk akhirat. Bukan dunia. Dunia cuma tempat untuk kita mencari bekalan untuk bawa ke satu alam yang semua manusia akan pergi. Iaitu alam akhirat.

Bantulah mereka yang nak berubah. Walaupun kita masih berdegil untuk tidak berubah. Berubah ni bukan poyo. Berubah juga maksudnya berhijrah. Berhijrah daripada tidak bertudung kepada bertudung. Berhijrah daripada seorang yang jahat kepada yang baik. Berhijrah untuk cuba menjadi yang soleh dan solehah. Jangan sesekali kita cakap "kau ni poyolah. Dulu bole je kau pakai baju pendek2. Sekarang plak nak pakai labuh2."

Allah.. Janganlah kita kata macam tu kepada mereka yang mahu berubah. Berubah ni bukannya poyo. Berubah ni adalah sesuatu perkara yang sangat Allah suka.

Pesan saya, jika ada sahabat kita yang mahu berhijrah.. Pimpinlah tangan mereka.. Dan jangan lepaskan.. Jika ada sahabat kita yang tidak mahu berhijrah.. Jangan hina atau caci mereka. Sebaliknya mendoakan mereka dan tunjukkan kepada mereka tentang akhlak yang baik2.. Mana tahu Allah nak jentik hatinya dengan hidayah Allah untuk berubah kan?

Sekian, Wallahu'allam.

- Hamba Fakir -

Wednesday, 15 October 2014

Tujuh Sunnah Hebat Nabi Muhammad S.A.W By Ustaz Don Daniyal..

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan.. Dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Semoga ianya memberi manfaat pada semua..

Wallahu'alam.

Saturday, 4 October 2014

Berubah Kerana Allah Atau Manusia?

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Raya ni kalian balik kampung mana? Kepada yang pulang ke kampung halaman semoga selamat pergi dan balik. Dan kepada mereka yang takde kampung macam saya ni. Jangan bersedih okay. Eh silap. Saya bukan takde kampung. Ada. Cuma dekat je kat Kampung Sri Aman, Puchong. Kat Negeri Sembilan pun kampung jgak cuma jarang2 balik. Sebab dah takde sape. Semuanya dah menetap kat selangor.

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana masih izinkan kita semua bernafas di atas muka bumi Allah ini untuk terus melakukan amal ibadat sebagai bekalan kita ke sana. Hari ni sebagai pembukaan bicara di bulan oktober ini. Saya nak share dengan kalian tentang perbincangan antara saya dan sepupu saya semalam.

Semalam mungkin adalah satu perjalanan yang agak panjang bagi kami. Satu perjalanan yang penuh dengan pengisian rohani dan tidak terasa boring di dalam pemanduan. Sepanjang perjalanan, saya dan sepupu. Kami sempat bincang beberapa topik tetapi salah satu topik yang sangat menarik kami bicangkan adalah mengenai hijrah.

Saya dan sepupu, kami sama2 bersependapat mengenai hijrah ini haruslah kita melakukannya dengan niat kerana Allah Taala. Dan kami sama sekali tidak setuju jika seseorang itu berubah atas kehendak manusia lain yang mahu melihat dia berubah. Atau sebab dia berubah kerana seseorang.

Jika kita berubah kerana manusia. Bimbang perubahan yang kita lakukan itu hanyalah sementara dan perubahan yang kita tidak dapat kekalkan. Juga perubahan yang Allah tidak redha sama sekali.

Tetapi. Jika kita berubah dengan niat kerana Allah Taala semata2. InsyaAllah, perubahan itu akan kekal selamanya. Dan saya percaya, Allah swt pasti akan temukan kita dengan insan2 yang baik untuk kita berdamping. Insan2 yang apabila kita mendekati mereka, mereka dapat mengingatkan kita kepada Allah.

Tapi sayangnya. Berapa ramai yang berubah kerana Allah? Berapa ramai plak yang berubah kerana manusia? Allah. Andai kita ni berubah kerana manusia. Pasti kita akan kecewa. Tetapi jika kita berubah semata2 kerana Allah. Kita tidak akan kecewa sama sekali. Percayalah. Yakinlah dengan janji2 Allah.

Di akhir zaman ini, terlalu ramai manusia yang pentingkan apa yang orang fikir tentang dia. Bukannya apa yang Allah kata tentang dia. Sedangkan kita kena fokuskan dengan apa yang Allah kata tentang kita bukannya manusia.

Banyak yang saya lihat, mereka yang berubah kerana manusia ini tidak kekal. Kawan baru tegur sikit "kau ni bajet2 ustaz ustazah je. Macam aku xtau perangai kau mcm mane". Nasihat saya, biarlah kalau kawan2 kita, family kita, saudara2 kita atau sesiapapun yang cuba mengherdik atas perubahan kita ini. Biarkan saja.

Bagi saya, mereka yang suka mengherdik ini adalah manusia yang benci dengan perubahan. Selalulah berpegang dengan prinsip redha Allah lebih bernilai daripada redha manusia. Kata2 Allah lebih penting daripada kata2 manusia.

Wallahu'alam.

Wednesday, 24 September 2014

"Couple Islamik?" Wujud Ke?

"Kiteorang couple tak macam orang lain. Kiteorang tak selalu jumpe. Kiteorang couple cara 'islamik'." Saya nak tanyakan kepada kalian semua. Di dalam islam ade ke istilah couple islamik? Setahu sayalah kan tidak ada. Yang ada dalam islam bercinta selepas bernikah (BSN). Sedangkan kita semua tahu couple itu haram. Dan bila kita couple tidak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita couple itu. Dan boleh jadi atas dasar couple islamik inilah boleh jadinya maksiat sana sini. Tak sedar ke kita?

Kalau betul ada istilah "couple islamik" sekalipun. Tetap juga tak boleh sms,whatsapp dan call. Iktilat tetap saja kena jaga sekalipun kalian kata itu "couple islamik". Saya nak bagitahu, "couple islamik" tak akan ada masa nak berdating. Tak akan ada masa nak contact. Sebab masa itu kita kena gunakan dengan dekatkan diri kita kepada Allah. Perbetulkan diri menjadi orang yang soleh dan solehah. Tuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Haaa ini baru betul "couple islamik" sebab masing2 sedang menahan..

"Couple islamik" apa kalau setiap hari keluar berdating. Setiap hari contact. Setiap hari ber' we-fie laga2 pipi. Tangan tu merayap entah kemana2. Duduk serumah. Islamik ke? Cara islam ke? Semestinya tidak bukan? Tahu tak itu semua adalah ZINA? Zina Hati. Zina Mata. Zina Tangan. Dalam surah al isra ayat ke-32 ada menyebut "Jangan kalian menghampiri zina sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji"

Ya! Saya mengerti dan sangatlah paham bahawa semua manusia yang dijadikan ingin ada perasaan disayangi dan menyayangi. Dicintai dan mencintai. Tidak salah ada perasaan sebegini dan sudah menjadi fitrah manusia. Tetapi, kita kenalah tunggu. Kenalah bertahan. Sedikit masa lagi pasti kita akan merasainya juga.

Kita manfaatkanlah masa single kita ini dengan cara yang betul. Enjoy dengan cara yang Allah redha. Biarlah kalau kawan2 kita semua ada pacar masing2. Dan seeloknya kita nasihatkanlah kawan2 kita jangan berpacaran before nikah. Orang yang single ini bukanlah orang yang tidak laku tetapi Allah itu Maha Baik dan Maha Memelihara. Jadi, Dia pelihara kita supaya tidak terjebak di alam pencintaan yang sia2. Allah jaga kita dan Allah juga jaga jodoh kita. Sunyi? Orang yang selalu mendekatkan dirinya dengan Allah. Tidak akan rasa sunyi.

Lagi pula, "couple islamik" ini menghabiskan prepaid. Membuang masa. Membuang air mata. Tidak cukup rehat. Dan bila kita bergaduh ataupun putus dengan pacar, mulalah kita nak buat kerja2 gila. Nak hiris tangan dengan pisaulah. Nak bunuh dirilah. Seolah2 dunia ini dah berakhir.

Apa yang saya perhatikanlah kan. Orang yang "couple islamik" kononnya ni, tidak akan ada perasaan malu mahupun segan di khalayak ramai. Ikut suka merekalah nak peluk di depan orang ramai. Seolah2 macam suami isteri yang sah. Dan saya rasa orang yang berkahwin pun malu nak buat macam tu depan orang ramai. Lagi satu, orang yang couple ni terlalu rasa dialah yang layak memiliki si lelaki/perempuan itu. Seolah2 kita ini terlalu memegangnya sepenuh hati kita. Bila dah terlepas, kita juga yang merana bukan? Jadi, buat apa kita nak memegang sesuatu yang belum jadi milik kita?

Sebaliknya, kita serahkan saja jodoh kita kepada Allah. Dia Maha Mengatur dan Maha Penyantun. Jemputlah jodoh itu dengan doa. InshaaAllah akan ada jodoh yang baik untuk kita.

Ingat ya, tiada istilah "COUPLE ISLAMIK" di dalam Islam.

Sekian buat yang disayangi Allah. Semoga ianya memberi manfaat buat semua. Baik itu datangnya daripada Allah dan buruknya itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Saturday, 20 September 2014

Selamat Tinggal Zaman Rockku..

"Selamat tinggal zaman rockku.. Ye! Itulah yang boleh aku lafazkan ketika dan waktu ini.. Bukan senang untuk aku melupakan zaman rockersku.. Zaman yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang selama ini telah membutakan mata hatiku.. Kebahagiaan dan kegembiraan yang merupakan satu penipuan.. Yang tidak ada redha Allah di situ.."

Allahuakbar! Benarlah kata orang2 soleh. Jika Allah menghendaki seseorang hambaNya untuk menerima hidayah daripadaNya.. Tiada siapa dapat menghalangnya.. Pasti seseorang itu akan berubah kearah yang lebih di redhai oleh Tuhannya..

"Dulu aku pernah melalui fasa itu.. Fasa di mana yang remaja zaman ini lalui.. Aku seorang yang bertudung tetapi pakaianku tidak seperti seorang muslimah yang diredhai Tuhan. Bertudung tetapi berlengan pendek.. Bertudung tetapi berseluar jeans yang boleh menampakkan bentuk peha. Bertudung tetapi menyilang ke kiri dan ke kanan.. Solat tetap solat.. Tetapi redha ke Allah dengan pakaianku? Allah.. Jahilnya aku pada ketika itu.. Jahil mengenai aurat yang sebetulnya.. Allah ampunkan aku.."

"Ketika itu, aku terlalu seronok dan leka dengan kebahagiaan duniawi yang semua orang tahu ianya hanya sementara.. Tetapi.. Aku bersyukur kerana aku tidak berpakaian seksi seperti remaja lain.. Aku bersyukur kerana sebaik saja aku ke tingkatan satu.. Aku telah mengenakan hijab sepenuhnya.. Aku sudah merasai hidup seperti remaja kini.. Di zaman belajar dulu, aku suka berjimba berkaroke, lepak hingga lewat malam bersama kawan2ku.. Kadang2 4 pagi baru nampak jalan balik ke hostel.. Aku terlupa.. Pada waktu aku melakukan itu semua, Allah sedang memerhati. Malaikat ratib dan atib sedang mencatat baik dan burukku di belah tangan kanan dan kiriku.. Allah.. Berdosa aku kepadaMu Allah.. Sehingga suatu hari itu, sepupuku menegur dengan cara pakaianku. Bertudung dan berbaju lengan pendek. Katanya cardigan mana wahai sepupuku? Mungkin dengan cara itulah yang Allah mahu memberi teguran kepadaku mengenai auratku yang tidak sempurna.."

"Alhamdulillah.. Pada usia aku menginjak ke 20 tahun, ntah kenapa hatiku rasa tenang dan damai apabila melihat perempuan yang bertudung labuh dan berbaju labuh.. Hati rasa seronok melihat kakak2 yang berpurdah.. Auratnya di jaga rapi.. Tudung mereka tidak bersilang kiri dan kanan.. Tudung mereka labuh sehingga menutup dada.. Itulah sebaik2 bertudung.. Suatu hari, aku cuba mengenakan tudung yang labuh menutup dada dan berjubah hitam.. Ya Allah.. Saat itu hati terasa tenang dan damai.. Tiadalah mata2 nakal yang memerhati ketika berjalan.. Saat itu juga aku terasa setiap langkah kakiku adalah langkah yang penuh dengan keyakinan yang terlalu tinggi.. Aku suka! Pada saat itu juga aku bernekad mahu mengenakan tudung yang labuh.. Tidak mahu lagi tudung tangkap muat silang kiri dan kanan.."

"Aku memperbetulkan niat di dalam hati.. Kata aku biarlah penghijrahan ini adalah penghijrahan yang Allah redhai walaupun ramai manusia yang mencaci.. Aku yakin.. Allah ada membantu jika niat aku ini kerana Allah Taala.. Allah pasti menemukan aku dengan insan yang baik2.. Kadang2 aku jatuh.. Aku tewas dengan bisikan syaitan.. Istiqamah terlalu sakit dan banyak cabarannya.. Saat itu juga aku mencari t-shirt labuh sehingga menutup peha.. Cabaran itu tetap ada.. Terlalu sukar untuk mencari pakaian yang labuh2 menutup peha kecuali jubah.."

"Aku berubah2 sikit demi sikit.. Aku mula mengenakan tudung labuh.. Kemudian, aku berjinak2 mengenakan stokin di kaki.. Kadang2 ada masanya terasa diri sangat malas nak berstokin.. Aku tewas lagi dengan bisikan syaitan 'JANGAN PAKAI'..

Allahuakbar.. Allah Maha Besar.. Benarlah.. Apabila hatimu mula terusik2 dengan majlis2 ilmu.. Itu bermakna hidayah Allah sedang menjentik lembut hatimu.. Jika ada antara kita yang mahu berhijrah.. Janganlah tunggu esok tetapi mulakanlah sekarang.. In shaa Allah, Allah ada membantu kita.. Carilah redha Allah..

Kisah penghijrahan ini adalah perkongsian daripada salah seorang sahabat saya.. Dimana usianya sekarang telah menginjak ke 24 tahun. Alhamdulillah.. Allah memberi dia kekuatan untuk terus istiqamah.. Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada diri kita sendiri..

Sunday, 7 September 2014

Tanda-Tanda Berpenyakit Hati..

"Eh dia baru beli kereta barulah.. Kereta Madza 5 plak tu. Tapi aku tengok dia gayanya macam takde duit. Kerja pun tak menentu. Macam mana bole pakai kereta mahal2?" Astagfirullah.. Istigfarlah.. Itu adalah antara tanda2 manusia berpenyakit hati.. In shaa Allah akan saya kongsikan di dalam blog ini. Apa yang saya cuba kongsikan ini adalah hasil daripada apa yang saya dengar dan lihat..

MALAS BERIBADAT
Tanda manusia berpenyakit hati apabila kita sudah malas nak beribadat.. Contoh dulunya kita rajin beribadat.. Kita rajin buat solat sunat dhuha/tahajud.. Tiba2 kita jadi malas nak buat solat sunat sebelum kita buat solat wajib.. Kita rajin bersedekah dan memberi makan kepada anak2 yatim.. Tetapi tiba2 kita dah jadi malas nak bersedekah.. Haaa itu tanda hati kita sudah berpenyakit..

HASAD DENGKI
Memang sudah menjadi lumrah hidup manusia yang akan ada satu sifat hasad yang melampau di dalam diri.. Tetapi hasad ini kita bole merawatnya supaya ianya tidak terus berada di dalam hati kita.. Ye ramai manusia yang kurang senang melihat orang lain mempunyai rezki yang lebih.. Mampu beli kereta dua tiga biji.. Mampu beli barang yang mahal2.. Manusia jenis yang ada rasa hasad yang menembal macam inilah, jiwanya akan sentiasa di kacau dan di bisik oleh syaitan.. Manusia jenis ini jugalah tidak bole melihat orang lain lebih daripada dia.. Mesti dia yang kena lebih daripada orang lain..

IRI HATI
Manusia yang mempunyai iri hati ini juga sama sahaja dengan perangai si hasad tadi.. Cemburu dan sakit hati apabila melihat kehidupan orang lain lebih bahagia dan tenang daripada hidup dia.. Cemburu apabila ramai orang yang sayangkan orang lain daripada diri dia.. Cemburu melihat kelebihan seseorang sehingga sanggup membuat fitnah terhadap seseorang..

RIAK
Riak juga adalah antara penyakit hati.. Contoh kita suka buat kebaikan tapi kebaikan yang kita buat tadi itu adalah kebaikan yang di dalamnya mempunyai perasaan riak.. Riak dengan ibadat yang kita buat.. Ibadat yang di buat sebab mahu menunjuk2 kepada manusia lain bukan sebab Allah.. Dan kebaikan yang kita buat tadi itu adalah sesuatu yang tidak ikhlas daripada hati kita..

SOMBONG
Penyakit hati yang seterusnya plak adalah sombong.. Kita sombong dengan manusia.. Kita sombong dengan segala kemewahan yang kita ada.. Sedangkan kita tahu kemewahan yang kita miliki itu juga adalah ujian buat kita.. Contoh kita ni baru bergaji 4k kita dah sombong dengan orang.. Selain tu, kita suka merendah-rendahkan orang lain.. Suka menghina orang yang susah dan miskin..

BANGGA DIRI
Ramai manusia yang suka membangga2 kan diri dengan apa yang kita miliki.. Contoh kita rasa bangga sebab dapat menolong orang2 yang dalam kesusahan.. Ye memang kita menolong orang2 yang susah tetapi kita menolong mereka dengan perasaan bangga dan dengan harapan orang akan memuji atas kebaikan yang kita buat..

Sabda Nabi S.A.W : Tidak akan masuk syurga jika di dalam hati seseorang walaupun sedikit memiliki rasa sombong. (Riwayat Muslim)

Itulah sedikit perkongsian yang bole saya kongsikan di dalam blog ini.. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.. In shaa Allah.. Dan semoga Allah meredhai penulisan dakwah saya yang tidak seberapa ini.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.. Sekian buat semua yang disayangi Allah..

Saturday, 6 September 2014

Rawatlah Hati Dengan Vitamin Hati..

Pada hasilnya Allah telah mengurniakan kepada kita sekeping hati yang sangat bersih dan suci tetapi kitalah yang telah mengotorinya dengan penyakit hati dan kita jugalah yang harus bertanggungjawab keatas hati kita untuk menyucikannya kembali..

Tetapi.. Bagaimana kita nak merawat hati kita yang sedang sakit itu? Dan bagaimana untuk mengelakkan diri kita daripada sebarang penyakit hati? In shaa Allah saya akan kongsikan di dalam blog ini..

BERIBADAT
Bagi mengelakkan diri kita dari segala penyakit hati.. Kita kena rajin beribadat selain kita buat solat wajib 5 waktu sehari.. Apa kata kita upgrade kan lagi ibadat kita dengan melakukan solat2 sunat.. Contohnya sebelum solat subuh kita buat solat sunat dua rakaat.. Selain tu, setiap kali sebelum kita tido kita niatlah untuk bangun solat tahajud. Dengan niat kita mahu berdating berdua duaan dengan Allah di saat orang lain sedang tido di buai mimpi. Tetapi kita sedang seronok berdating dengan Allah. Cukuplah solat tahajud itu kita buat dua rakaat setiap malam asalkan kita buat berpanjangan.

BERZIKIR
Vitamin hati yang kedua plak ialah berzikir. Selain solat, kita juga kena berzikir bagi menyucikan semula hati2 kita yang mungkin banyak keladaknya. Basahkan lidah kita dengan zikrullah setiap masa.. Contoh kita tengah drive ke sambil2 tu kita bole berzikir.. Dengan berzikir selain bole menyucikan hati.. Ianya juga bole menenangkan jiwa kita.. In shaa Allah. Cuba amalkan..

DOA
Vitamin hati yang ketiga adalah doa.. Jangan malas untuk berdoa kepada Allah. Jangan malu untuk meminta dan memohon kepada Allah. Berdoalah kepada Allah supaya setiap hari Allah kurniakan kita hati yang baru. Supaya hati kita selalu terjaga dan terpelihara daripada segala bentuk penyakit hati.. Allah lebih suka kalau kita meminta kepadaNya.. Dan ingat orang yang tidak mahu berdoa ini adalah orang2 yang sangat sombong kepada Allah.. Dan Allah tidak suka pada orang2 yang sombong kepadaNya..

BUAT KEBAIKAN
Vitamin hati yang keempat ialah berbuat kebaikan.. Di atas dunia ini kita buatlah kebaikan sebanyak yang mungkin.. Walaupun kebaikan kita itu tidak dipandang oleh manusia tetapi percayalah kebaikan yang kita buat itu akan dipandang oleh Allah Azza Wajjala.. Dan Allah suka kepada hambaNya yang suka membuat kebaikan kepada hambaNya yang lain.. Setiap hari berniatlah di dalam hati untuk membuat kebaikan.. Contoh kita terdengar kawan2 kita sakit.. Pergilah menziarahi kawan kita yang sakit itu walaupun kita dah tak berapa ingat kat die.. Selain tu, usaplah kepala anak2 yatim yang belum baligh ini. Nescaya para malaikat juga mendoakan untuk kita atas kebaikan yang kita buat.. Dan Nabi sendiri pun melakukan perkara tersebut iaitu mengusap kepala anak2 yatim.

SEDEKAH
Dan vitamin hati yang kelima plak adalah bersedekah.. Dengan bersedekah ianya juga dapat menyucikan hati kita.. Contoh sedekah, bila kita dengar masjid ingin membuat kenduri.. Ambillah peluang.. Contohnya kita memberi sedekah dari segi wang ringgit untuk bantu menambah kos perbelanjaan kenduri di masjid.. Selain tu, bila kita dengar orang2 yang susah dan perlukan bantuan. Kita bantulah mereka dengan menyedekahkan apa yang patut buat mereka.. In shaa Allah semoga sedekah jariah kita ini akan dilihat oleh Allah..

Itulah adalah beberapa tip yang dapat saya kongsikan di dalam blog ini.. Andai ada kesalahan dalam perkongsian tip saya ini mohon perbetulkan ye :) Ingat.. Untuk sucikan hati, kita perlu merawat hati dengan ayat2 cinta Allah.. Bacalah Al Quran dan fahamilah terjemahan di dalamnya.. Moga Allah redha kita semua.. Sekian..

Saturday, 30 August 2014

Doa Hajat Dan Impian Yang Didengari Tuhan.

"MasyaAllah. Alhamdulillah akhirnya kita bertemu juga ye Shafelah" kata Ustazah Asni Mansor. Alhamdullilah bersyukur saya kepada Allah kerana dengan izin dan rahmatNya. Malam tadi di dalam program da'i saya dapat bertemu dengan beliau. Itulah satu2 nya seorang pendakwah dan penceramah yang sejak saya kecik lagi sangat meminatinya. Berapa tahun lamanya saya menyimpan angan2 untuk bertemu secara live dengan beliau. Dan alhamdulillah pada 29.08.2014 saya berpeluang menemuinya.

Sebenarnya. Ada pelbagai cerita dalam penantian dan angan2 saya untuk menemui beliau. Sewaktu saya di tahap sekolah rendah. Setiap kali balik dari sekolah mesti saya akan search channel tv9 atau tv3. Selalunya hari jumaat sahaja saya berkesempatan untuk menonton tv9 ataupun tv3. Sebab kebiasaannya hari jumaat saya akan balik sekolah awal jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah. Setiap kali saya search rancangan tv9 ataupun tv3 mesti akan ada beliau di dalam rancangan tersebut.

Kemudian, pada awal tahun 2014. Saya mencuba nasib dengan bertawakal kepada Allah untuk saya search nama beliau di dalam akaun facebook. Kali pertama dan kedua saya tidak menjumpai nama beliau. Dan alhamdulillah kali ketiga saya mencuba nasib dan saat itu saya dah benar2 bertawakal kepada Allah andai juga saya tidak jumpa akaun milik beliau. Allah dengar permintaan saya. Dan percubaan ketiga saya benar2 tidak mengecewakan. Kemudian saya terus add beliau. Keesokan harinya beliau approve friend request saya. Terima kasih ustazah.

Kadang2 sebulan sekali saya mesti ingin bermesseger dengan beliau. Ingin tahu perkembangan beliau. Dan selalunya apabila saya tidak pasti tentang sesuatu hukum dan persoalannya yang lain. Beliau tempat saya bertanya.

Mimpi Sebelum Berjumpa.

Seminggu sebelum saya berjumpa dengan beliau. Ada satu hari tu saya bermimpi saya bertemu dengan beliau di dalam 1 majlis ilmu. Selepas saya mimpi berjumpa dengan beliau. Saya berdoa saya kata "Ya Allah. Semoga mimpi aku bertemu dengan beliau menjadi kenyataan suatu hari nanti". Dan selang beberapa hari saya beritahu kepada beliau mengenai mimpi saya dapat berjumpa dengan beliau dalam 1 majlis ilmu. Kemudian beliau menjawab "in sha Allah". Dan beliau menjemput saya datang ke madrasah beliau untuk ziarah.

Petang sebelum program da'i. Saya ada messenger dengan beliau. Saya ingin ke madrasah beliau dalam masa terdekat ni. Kemudian beliau menjemput saya ke program da'i di shah alam. Katanya beliau berada di situ.

Saya sampai ke Program Da'i di Plaza Alam Sentral agak lewat jam 9.30 malam. Jem yang teruk sana sini membuatkan saya terlewat sedikit. Dalam perjalanan nak ke sana. Di dalam hati tidak putus2 berdoa. Merayu. Meminta kepada Allah moga2 aku berpeluang sampai ke sana sebelum program itu habis. Alhamdulillah. Sekali lagi Allah mendengar permintaan saya seorang hamba yang kerdil ini.

Usai sahaja program itu habis. Saya cuba beranikan diri untuk ke depan berjumpa dengan beliau. Waktu itu macam2 perasaan ada. Segan, malu, gembira semuanya bercampur baur. Kemudiannya saya memberanikan diri mencuit tangan beliau dengan memanggil "ustazah". Kemudiannya beliau menoleh ke belakang. Sejurus beliau menoleh ayat pertama beliau "masyaAllah shafelah" dan kemudian saya salam mencium tangan beliau. Seakan2 tidak percaya saya di peluk erat oleh seorang pendakwah, penceramah dan al hafizah yang hebat. Satu pelukan yang sangat special yang akan saya ingat. In shaaAllah.

Beliau meminta untuk saya menunggu sebentar memandangkan ada sekumpulan anggota rela ingin bergambar dengan beliau. Selepas anggota rela berlalu pergi. Saya juga tidak terlepas peluang untuk  bergambar bersama beliau dan anak2 nya.

Dan sebelum saya ingin pulang. Ustazah sempat mendoakan saya. Katanya "semoga Allah menjaga awak. Semoga Allah temukan awak dengan jodoh yang soleh. In shaa Allah". Perbicaraannya yang lembut membuatkan mata hampir berkaca2.

SubhanaAllah. Saya rasa saya seperti bermimpi dapat berjumpa dan berbual dengan beliau secara live. Terima kasih Ya Allah atas izinMu. HambaMu berpeluang berjumpa dengan beliau. In shaa Allah andai ada rezeki pasti berjumpa lagi. Love you Ustazah Asni Mansor <3

Wednesday, 16 July 2014

Ketepikan Perasaan Malu Demimu Palestin..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya. Kalian semua apa khabar? Semoga kalian berada di dalam keadaan sihat hendaknya. In shaa Allah. Lama rasanya saya tidak update apa2 isu di dalam blog ini. Rasanya almost 2 months tak update. Ya Allah. Lama rasanya tak berkongsi cerita dengan kalian. Dan in shaa Allah hari ni saya nak update mengenai pengalaman saya menjadi Sukarelawan Aman Palestin.

Pada bulan puasa yang lalu (bulan lepas) saya ada menyertai program bersama Aman Palestin Cawangan Damansara. Dan saya juga merupakan Sukarelawan Aman Palestin. Sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Aman Palestin Damansara banyak buat aktiviti untuk kutipan kecemasan tabung Gaza. Salah satu aktiviti yang saya minat sangat adalah buat kutipan derma di bazar2 ramadhan.

Pada mulanya, saya akui saya malu untuk berbuat sedemikian. Tetapi malu saya itu hanya ada sekejap saja di dalam diri saya. Saya set kan balik di mindset saya "demi saudara aku di Gaza. Aku wajib ketepikan perasaan malu aku ini". Hanya dalam masa beberapa saat saja. Perwatakan diri saya yang tadinya malu terus bertukar rasa menjadi "friendly girl" sepanjang berada di bazar ramadhan.

Sepanjang saya membuat kutipan derma kecemasan Gaza ini. Pelbagai ragam manusia yang dapat saya lihat. Ada manusia yang berhati mulia dalam menderma. Dan ada juga manusia yang sama ada nak dan taknak menderma. Seakan2 takut untuk menderma. Malah yang menderma ini juga bukanlah di dalam kalangan orang melayu Islam sahaja tetapi non muslim juga turut memberi sumbangan. Kenapa non muslim juga memberi sumbangan buat saudara kita di Gaza? Sebab mereka bersatu atas semangat kemanusiaan. Ya! Semangat kemanusiaan.

Rupanya mereka juga bersatu memperjuangkan bumi Palestin. Dan mengutuk kencang dengan perbuatan Israel terhadap Gaza. Anak2 kecil menjadi mangsa korban mereka. Para wanita juga menjadi mangsa utama Israel untuk di bunuh. Jika kalian semua mengikuti perkembangan Palestin. Pasti kalian tahu bagaimana dahsyatnya kencaman yang Israel lakukan ke atas bumi Palestin.

Dan sebenarnya banyak lagi aktiviti Aman Palestin yang saya ingin kongsikan di dalam blog saya ini. In shaa Allah. Andai ada kesempatan waktu. Saya akan kongsikan di dalam ruangan blog ini.

Ingat.. Hal palestin bukan untuk penduduk di palestin sahaja. Tetapi ianya adalah masalah kita bersama. Ayuh bersatu dalam membantu bumi Palestin. Hulurkan sumbangan, tenaga dan keringat kita buat mereka di sana. In shaa Allah mudah2 an usaha kecil kita ini diredhai oleh Allah.

"BUMI GAZZAH BUMI MULIA"
"BUMI GAZZAH BUMI MULIA"
"BUMI GAZZAH BUMI MULIA"

Friday, 11 July 2014

Gaza Berdarah!

Wahai Allah.... tiada daya kami tuhan melainkan memohon pada mu yang maha kuat, Tiada mampu kudrat kami melainkan memohon pada yang maha kudrat,

Wahai Allah...ampunkan kami...
Saudara kami berendam air mata ketakutan..
Mereka bersiram darah nan merah. Mereka berdiri berkubukan badan yang basah Hujan air mata melihat jasad yang parah
Anak-anak keluar sebagai jenazah.. Saudara mara hilang menuju barzakh... Mereka bersahur digazza..
Mereka berbuka dijannah...

Mereka saudara kami Ya Allah ya robb Sama Mengadap satu qiblat
Sama Bartaut satu makrifat
Sama percaya dengan malaikat
Sama beriman dengan satu kitab,
Sama percaya pada akhirat..

Mereka saudara kami...
Anak mereka anak kami....
Sakit mereka sakit kami Hiba mereka hiba kami..
Takut mereka takut kami...
Raung mereka raungan kami Sedih mereka sedih kami..

AMPUNKAN KAMI YA ALLAH
Kami tidak menghantar saudara lelaki kami, Anak-anak lelaki kami..
Untuk berdiri berjuang
Duduk dan berdiri Untuk bersama berjuang terang...
Berusaha dengan empat kerat tulang...

Rasa bacul berdiam diri
Rasa malu tak buat apa- apa
Rasa bersalah tak tentu rasa
Kami tak mampu YA ALLAH
Tapi ini hanya rasa...

Kami hanya ada dua tangan untuk menadah,
Memohon dan menyerah,
Wahai. ALLAH yang Maha Izzah Tunjukkan kuasa mu Yang maha quwwah Bantu saudara kami yang kian lemah

Kami hanya ada dahi dan lantai... Untuk kami bersujud...
Memohon pada yang Maha Wadud..
Agar dimusnahkan tentera alyahud Agar kau hantar malaikat bersayap bantuan dari yang maha Wujud

Kau hancurkan mereka sepertimana kau hancur kan tentera bergajah
Yang dikepalai oleh raja Abrahah.. seperti daun dimakan ulat..mereka musnah

Kau hantarlah burung-burung Ababil Yang membawa batu dari neraka sijjil

Wahai Allah..
Selamatkan bumi yang menyimpan jasad para anbiya'
Nabi Ibrahim dan Nabi Ishaq Nabi Yaakub dan Nabi Yusya' Nabi Daud..
Nabi Sulaiman....Nabi Yusuf..nabi Zakaria...Nabi Musa dan para Nabi yang lain
Juga jasad para sahabat dan wali- walimu...
Bumi yang bermula sejarah agama disitu

Selamatkan bumi ardul mahsyar wa mansyar...
Bumi tempat nabi dimi'rojkan ke langit..dengan pandangan basar
Bumi nabi menjadi imam solat dihadapan para anbiya' alabrar
Disitu maryam alaiha salam beruzllah mencari damai dari tuhan aljabbar Disitu bumi Nabi Isa dilahirkan tampa ayah arrijal
Disitu juga Nabi Isa diangkat setelah disiksa oleh bani israel alkuffar... Disitu...semua disitu...

Bumi ini terlalu segar dan berkah Limpahkanlah dengan Arrahim dan Arrahmah
Jangan biarkan bumi ini berbasah darah Cukup-cukup sudah....
Wahai yahudi laknatullah...

Wahai Allah..ampunkan kami...
Tangan kami tak berhenti menadah Dibulan yang 'azim dan barokah Bantulah mereka Ya Allah..

Apa takdir yang kau atur untuk bumi Dan ahli bumi ...
Petanda bumi dan sampai tarikh luputnya..
Petanda nabi Isa yang akan turun membantu pejuangnya
Semua tersimpan dalam rahsiamu... Kami tak tahu...tapi engkau yang Maha tahu....

< Ustazah Asni Mansor >
<12 ramadhan 2014>

Tuesday, 8 July 2014

Tunjukkan Kami Jalan Yang Lurus.

اهدنا الصراط المستقيم
.. Sudah berlalu 10 hari ramadhan Bererti tinggal 2/3 sahaja lagi ramadhon.

Bulan yang penuh hidayah.. Ye hidayah.... Ada orang dapat hidayah selepas pulang umrah... Maka dia berubah... Berhijab..bartudung ... Ada orang dapat hidayah Setelah mendapat musibah ...

"he eh Sejak bila awak solat...? Oh selepas sy ditimpa musibah...saya insaf..."

Ada orang dapat hidayah selepas bergelar hajjah .... Namun berapa orang yang mendapat hidayah ketika berada didalam bulan barokah...Bulan agung... Bulan Mubarak....

"he eh Sejak bila kau pakai hijab .... Sejak bila belajar bartudung "Sejak bulan ramadhan "

Jangan diperlekehkan mereka yang belajar berubah didalam bulan ini... Biar dia belajar sedikit2... Jangan dipersoalkan perubahan mereka Berikan semangat dan jadikan i'tibar Untuk diri sendiri.....

"Eleh...ramadhan je tu nanti buka la balik..."

Jangan... Kita Jangan rasa diri kita mulia.. Rasalah mereka lebih mulia.. Hanya kerna kita dulu tutup sebelum dia... Barangkali Allah lebih menerima dia...dari kita.... Mana tahu tatkala kita lena dibuai mimpi... Tapi dia bangun merintih pada ilahi.... Bertaubat munajat pada robbi.. Mana tahu tatkala kita berbelanja untuk diri sendiri... Tapi dia menyuruk tangan untuk memberi... Mana tahu tatkala kita ketawa bergurau senda Dia menangis merintih hiba mengenang dosa.. Mana tahu ketika kita kekenyangan menjamah rezki Tapi mereka berpuasa sunat hari ke hari....

Mana tahu..mana lah tahu.... Sebab itu Jangan pandang diri kita mulia.. Tapi pandang lah orang lain lebih mulia... Tahniah kepada yang berusaha.. Memilih ramadhan sebagai pembuka gaya.... Gaya muslimah yang Allah suka... Semoga tabah menunai perintah Allah.... Syabas.... Semoga Allah menetapkan hatimu.... Juga hatiku..agar tetap bertaut pada perintah yang satu... Moga bahagia dalam melaksana suruhannya....

Ada tenang disitu Ada sakinah disitu Percayalah tak rugi mencari hidayah.... Lebih lagi dalam bulan barokah.. Mencari damai dari yang maha damai..

<Ustazah Asni Mansor>
<10 ramadhan>

Monday, 7 July 2014

Terima Kasih Sahabat.

Teman,
Suatu ketika dulu kita pernah menjadi musuh. Terlalu lama kita menjadi musuh hostel. Sepanjang permusuhan itu terlalu banyak salah paham yang berlaku dan peperangan mulut telah terjadi. Terlalu banyak umpatan di belakang. Orang ini salah orang itu salah. Kemudian kita di panggil duduk berbincang untuk memperbetulkan keadaan. Masa itu kalau kita tak bebaik. Orang itu akan pisahkan hostel antara kita. Kemudian kata sepakat telah di ambik. Kita menjadi sahabat yang akrab setelah perbicangan itu.

Teman,
Semakin hari kita berempat semakin rapat. Tidur setilam. Makan sepinggan. Minum secawan. Memasak bersama. Aku di tugaskan untuk memasak lauk. Kau memaksa nasi. Kau menjerang air. Kau memotong bawang. Time tu kita berempat bahagia dengan life seperti itu. Kadang2 solat berjemaah bersama. Walaupun hanya dua tiga kali mungkin. Lainnya solat bersendirian.

Teman,
Aku bahagia. Aku happy berkenalan dengan kalian. Walaupun pada mulanya kita adalah musuh. Selepas kita rapat. Kita pernah menangis bersama. Walaupun kalian jarang melihat air mata aku terjatuh dari kelopak ini. Dulu kita pernah berjanji walau apa yang janji. Kita akan terus bersahabat. Kita dah macam adik beradik. Bila sorang sakit semua akan terasa. Kalian ingat tak lagi waktu aku pesan sebab demam je. Betapa kalian terlalu amik berat tentang aku. Dalam hati aku menangis kerana kalian.

Teman,
Jika janji kelmarin tak sempat aku tunaikan walaupun telah berjanji. Aku mohon seribu kemaafan dan keampunan daripada kalian. Walaupun kalian tidak mungkin memaafkan aku. Aku redha. Andai janji itu membuatkan kita tidak lagi bersahabat. Dan membuatkan kita membawa haluan masing2. Aku juga redha. Tapi satu aku pinta daripada kalian. Bila lagi kita tak bersua. Janganlah sesekali kalian membuka aib orang lain walaupun die pernah menjadi sahabat kalian suatu masa dulu.

Teman,
Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik. Maaf andai selama kita bersahabat. Aku tidak menjadi sahabat yang baik buat kalian. Doaku sentiasa mengiringi kalian selalu. Tak pernah aku lupa untuk mendoakan kalian walaupun sesaat. Kalian adalah kenangan terindah yang pernah terjadi dalam hidup aku walaupun cume dua tahun setengah mungkin. Aku halalkan semuanya. Aku maafkan kalian. Jaga diri. Jaga solat. Jaga aurat. Jaga tingkahlaku. Salam ribuan kemaafan. Salam ingatan buat kalian yang jauh di sana.

Ikhlas sahabatmu...

Thursday, 26 June 2014

"Biar Papa Asal Bergaya" ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia blog saya. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat walafiat serta sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah selalu. Oh ya. Jangan lupa ye kawan2 hari ni dan esok baca surah Al-Kahfi. Jika tidak boleh membacanya, cukuplah membaca maksudnya dan fahamkan. In shaa Allah.

Hari ni saya nak update entri mengenai satu pepatah yang di mana mungkin kebanyakkan daripada kita semua memegang "prinsip" BIAR PAPA ASAL BERGAYA. Kenapa saya update ini? Sebab saya tiba2 terpkir apa maksud di sebalik pepatah ini. Saya pkir macam mana nak bergaya kalau takde duit? Bukan ke zaman serba serbi moden ini memerlukan manusia mengumpul banyak wang untuk bergaya. Jika tidak ada wang macam mana golongan bawahan mahu bergaya seperti OKB? Di situ timbul lagi satu persoalan kepada diri saya sendiri.

Dari apa yang saya lihat dan dengar. Ternyata ramai orang yang memegang "prinsip" ini. Saya pernah bertanya soalan ini kepada kawan saya. Saya bertanya "kau nampak bergaya sekarang. Keje ape?" Nak tahu die jawab apa? Ternyata kawan saya juga memegang "prinsip" itu. Jawab die "orang tua2 cakap biar papa asal bergaya." Saya terdiam bila die mengeluarkan pepatah itu. Majoriti mereka yang berpegang pada prinsip ini hidupnya akan sentiasa ingin tampak bergaya walaupun tiada wang di poket.

Macam mana kalau ada mereka yang setiap bulan makan gaji bersih rm4000. Daripada rm4000 itu macam2 yang kena bayar bukan? Pada mereka yang pandai manage personal account mungkin tiada masalah. Tapi kalau gaji 4k pun masih tidak cukup kerana banyak keperluan yang perlu kita bayar. Bagi saya tak usahlah kita nak bergaya kalau poket kita sentiasa dalam kedudukan zero. Tapi ramai di luar sana yang sanggup meminjam duit sebab nak menjaga test masing2. Then bila gaji, gaji habis membayar hutang orang. Bila gaji kita habis membayar hutang. Bila plak masanya untuk kita menyimpan?

Saya nasihatkan. Buanglah prinsip biar papa asal bergaya itu. Sebab bagi saya ianya tidak membawa apa2 kebaikan. Dan yakinlah bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jauhi diri suka berhutang sebab nak bergaya. Walau kita berkawan dengan anak datuk sekalipun. Maintain kanlah kedudukan kita itu. Jangan malu pada manusia. Tapi malulah pada Allah.

Sekian buat semua yang disayangi Allah :)

Sunday, 15 June 2014

Si Kecil Pengemis Jalanan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog saya. Kalian semua apa khabar? Semoga semua berada di dalam keadaan sihat sentiasa. Dan semoga semua berada di dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Bagaimana plak dengan iman dan hati kita? Semoga setiap hari adalah hari yang sentiasa menaikkan semangat dan iman kita. InsyaAllah. Juga jangan kita kepada saudara kita di Palestine,Syria,Rohingnya dan serata dunia. Mereka perlukan doa dan sumbangan kita. Mereka perlukan kita. Teruskan mendoakan untuk mereka.

Saya pasti kalian semua pernah melihat si kecil berkeliaran berlari ke sana sini untuk mendapatkan wang daripada orang ramai. Mungkin mereka perlukan wang untuk membeli makanan. Atau mungkin si kecil itu bekerja untuk mereka yang tiada sifat berperikemanusiaan! Saya benci orang seperti mereka yang menggunakan budak kecil untuk dijadikan pengemis. Mereka sepatutnya berada di sekolah dan belajar. Mereka sepatutnya berada di rumah perlindungan kanak2. Bukannya berada di pasar2 untuk dijadikan pengemis.

Hari ni sehari suntuk saya berjalan ke KL. Saya pergi Kuala Lumpur International Hijab Fair. Kemudian saya singgah ke Masjid Jamek. Saja berjalan ke situ. Sambil berenang sambil saya menyelam air. Dalam perjalanan saya balik. Tiba2 ada seorang budak kecil menahan saya sambil menghulurkan surah yassin. Kata si kecil itu "kak, mintak derma kak." Saya pun cepat2 mencapai duit di dalam bag saya untuk diberikan kepada si kecil itu. Setelah saya hulurkan budak kecil itu terus berlari ntah ke mana. Budak kecil itu sungguh cantik dan comel bertudung. Kulitnya putih seperti orang Arab. Saya cuba membayangkan bahawa budak kecil itu adalah anak buah saya. Malah budak kecil itu mungkin bayanya baya2 anak buah saya. Mungkin darjah satu dua begitu. Saya meletakkan diri saya di dalam situasi si kecil itu. Ya Allah sanggup ke saya untuk membiarkan anak buah saya jadi pengemis jalanan seperti itu? Sedangkan saya bersenang lenang. Saya tidak sanggup!

Hati jadi sedih bila melihat si kecil itu. Ingin saja menarik tangan si kecil itu balik bersama saya. Saya tak rela tengok budak sekecil itu dijadikan pengemis jalanan. Saya tidak izinkan sama sekali! Tidak! Saya merayu dan menyeru kepada mereka yang suka jadikan anak2 kecil ini sebagai pengemis jalanan insaflah. Bayangkan kalau anak itu adalah anak anda dijadikan pengemis jalanan. Sanggup ke anda melihat? Banyak lagi cara lain untuk mencari rezeki. Bukannya dengan cara begini. Astagfirullah. Insaflah! Kesiankanlah si kecil itu!

Ya Allah, hambamu ini memohon kepadaMu Ya Rabb. Engkau lindungilah anak2 kecil ini daripada segala kejahatan manusia. Daripada manusia durjana. Ya Allah, jagakanlah anak2 kecil ini. Janganlah Engkau membiarkan anak2 kecil ini terbiar dijadikan pengemis jalanan untuk mereka yang tiada hati dan perasaan. Lindungilah mereka Ya Allah. Kasihanilah anak2 kecil ini Ya Allah. Hambamu memohon kepadaMu Ya Allah.

Friday, 13 June 2014

Tuhan , Tunjukkan Aku..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut dan pembaca blog saya.. Kalian semua apa khabar? Moga2 kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Moga2 kalian semua sentiasa saling bahagia dan membahagiakan. Walau berjuta masalah yang sedang kalian hadapi tetaplah tersenyum. Dan jangan lupa lahirkan rasa syukur kita kepada Allah kerana Dia memberi kita ujian. Jangan lupa juga kepada saudara2 kita yang sedang menghadapi ujian peperangan. Doakan mereka.

Next Entri saya kali ini yang bertajuk Tuhan , Tunjukkan Aku ini sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit kisah dengan anda semua.. Moga2 ianya menjadi pengajaran buat kita dan seterusnya memikirkan kebesaran dan kekuasaan Allah.. Beberapa minggu yang lalu , saya ada menemui sahabat saya.. Sahabat saya menceritakan mengenai perihal mimpi2 dia.. Dia kata sepanjang hidup dia tidak pernah mimpi perkara seperti itu.. Saya cuba bertanyakan mengenai mimpinya.. Tetapi dia diam.. Apabila dia diam , saya juga turut dia.. Dalam hati saya berkata mungkin terlalu privasi kot dia nak bagitau walaupun dengan sahabat baik sendiri.. Saya cuba berbaik sangka dengan sahabat saya.. Selang beberapa minit, saya tengok dia termenung lalu setetes demi setetes air mata dia mengalir..

Saya cuba bertanyakan soalan yang sama untuk kali kedua.. Alhamdulillah, dia mahu berkongsi mimpinya dengan saya.. Kata dia, mimpi2 buruk sentiasa menghantui hidup dia.. Kadang2 bila dia duduk seorang diri, tanpa dia sedar hal kematian menyinggah ke fikiran dia.. Dan dia pernah berkata pada saya "aku rasa dunia ini sudah semakin suram dan sunyi".. Saya diam bila dia berkata begitu.. Saya tidak pasti jawapan yang macam manakah patut saya berikan kepada dia.. Berbalik pada mimpi tadi, dia bertanyakan kepada saya apa maksud mimpi2 itu.. Saya bukanlah orang pandai mentafsir mimpi tetapi apa yang saya boleh cakap mungkin itu petanda hidayah Allah untuk dia..

Saya cuba menerangkan serba sedikit mengenai hidayah.. Saya cuba memberi penerangan sekadar apa yang tahu sahaja.. Saya berkata kepada dia, hidayah ini boleh datang dalam pelbagai bentuk dan perkara.. Andai mimpi2 itu membuatkan dia berubah ke arah yang lebih baik, bermakna itu adalah hidayah Allah buat dia.. Saya juga bercakap pada dia, tidak semua orang dapat hidayah seperti itu.. Rugi kalau dia melepaskan begitu sahaja.. Saya menasihatkan dia, supaya dia merebut hidayah yang telah diberikan melalui mimpi2 nya itu.. Dia bertanyakan semula kepada saya , "macam mana nak rebut hidayah itu".. Saya memberitahu , "rebutlah ia dengan melakukan sesuatu ke arah perubahan, contoh tunaikan solat"..

Saya berbisik di telinga kawan saya.. Saya berkata pada dia "alhamdulillah, jika kau betul2 nak berubah.. Walaupun diri aku juga ingin dipimpin dalam menuju redha Illahi, aku sedia membantu dan pimpin kawan2 aku.. Kita pimpin diri kita bersama.."

Saya ingin dan mahu sangat membantu kawan2 saya.. Dan saya bersyukur kawan2 yang lain juga masing2 sedang berusaha berubah ke arah yang lebih baik dan indah.. Andai mereka memerlukan bantuan dan pertolongan. in shaa Allah saya akan cuba membantu.

Allahku,
Pimpinlah tangan kami,
Pimpinlah hati2 kami,
Untuk selalu dekat denganMu.

Allahku,
Bantulah kami,
Tunjukkanlah kami,
Agar kami selalu berada di jalanMu.

Allahku,
Kasihanilah kami,
Sayangilah kami,
Agar kami dapat merasai kasih sayangMu.

Surah Ali Imran ayat 103: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh2 an (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang2 Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat2 keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Sekian Wallahu'alam. Buat kalian yang di sayangi Allah.